Thursday 9 November 2006

Ulasan Novel

Thursday, November 09, 2006
Ulasan novel : Berikan Cintamu - Rose Harissa


Komen dari peminat novel yang sudah pun selesai membaca novel terbaru dari Alaf21 ini. Kita ikuti pendapat beliau.

Komen peribadi

Walaupun perjalanan pelayaran kali ini tenang, tetapi saya tidak dibawa ke persinggahanan yang menarik dari pelayaran ini. Cuma cuacanya yang agak tidak menentu. Sekejap mentari terang menyinari, adakala mendung menghiasi alam, dan hujan tidak pernah lupa menyirami perut bumi agar langit cerah menampakkan diri lagi.

Nukilan Rose Harissa lebih cenderung kepada pembacaan remaja muda yang sedang menerokai dunia berdikari dan berkasihsayang. Sebagai seorang remaja dewasa, saya tidak rasai kepuasan menikmati sajian yang disediakan dalam pelayaran kali ini. Walaupun pelayaran kali ini mengambil masa yang agak lama untuk pulang, tidak banyak pemandangan indah yang dapat saya nikmati.
Moga Rose Harissa akan terus berkarya dan memantapkan lagi persembahan akan datang.

Moral dari penghayatan novel

Sebagai manusia, kita dikurniakan dengan pelbagai perasaan. Apabila sesuatu perasaan menguasai diri, kita seharusnya bijak mengendalikan akal dan fikiran untuk sama2 beriringan dengan perasaan yang hadir. Tetapi tidak saya nafikan ia tidaklah semudah yang dijangka. Sering terjadi, kita lebih cenderung untuk mengikut nafsu ‘jahat’ dari memikirkan kesan dari tindakan yang diambil. Di sinilah benarnya peribahasa “kesal kemudian tiada gunanya”.

Seringkali juga kita alpa dengan keadaan sekeliling yang memungkinkan tindakan kita mendapat reflex yang negatif samada terhadap insan lain atau diri sendiri. Kita juga adakalanya alpa untuk mengingatkan diri sendiri akan ketentuan dan kekuasaan Allah SWT.

Sifat pemaaf adalah salah satu sifat yang sangat mulia. Tetapi… berapa ramaikah diantara kita yang dengan ringan mulut meminta kemaafan seawal kesedaran atau seikhlas hati memberi kemaafan? Ya, adakala, sebagai insan yang tidak puas digoda syaitan, kita mengikut telunjuk yang tidak baik tanpa berfikir panjang.

Bila nafsu menguasai segenap akal dan fikiran, kadangkala kita alpa pada iman yang dibekalkan. Sesungguhnya tiada seorang manusia pun yang terlepas dari godaan dan bisikan syaitan. Wallahualam…

kasih


Terima kasih diucapkan kepada pembaca diatas, semoga setiap novel keluaran Alaf21 ada mesejnya yang tersendiri selain dari cerita yang dipaparkan.

*Terima kasih kepada pembaca di atas. Alhamdulillah, mesej dan moral yang ingin saya sampaikan dapat diterima. Insya-Allah Taala... saya cuba menghasilkan karya yang lebih mantap.<--Rose Harissa

6 comments:

  1. Saya dah membaca novel saudari pada pertengahan Ramadhan.Tahniah.Perjalanan cerita yang menarik,ada pengajaran.Paling menarik yang cukup saya ingat dua kategori orang yang putus asa.

    Saya tak pandai nak komen cuma bagi saya novel saudari jalan bahasanya menarik.simple tapi cukup berkesan di hati.Saya akan tunggu novel kedua saudari.

    Watak Azalan cukup menarik...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak2 atas komen atas itu. Cukup beerti buat penulis baru seperti saya. Semoga apa saja kebaikan yg cuba saya sampaikan dalam novel itu, dapat dijadikan panduan... memang watak Azalan adalah kekuatan 'BC'.
    Insya-Allah Taala... akan ada novel kedua dari saya tapi akan mengambil sedikit masa kerana batas waktu...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Mula-mula masa aku nak beli novel ni aku harap benar yang isinya sehebat covernya. Aku memang tertarik dengan dengan cover dan title yang simple tak memeningkan kepala. Bagi aku untuk karya pertama ni kau memang tidak menghampakan pembaca yang gemar membaca novel sempoi dan yang kurang berat (macam aku). Infact masa aku baca novel ni ada kala aku senyum dan gelak sorang-sorang. Silap haribulan orang ingat aku gila. Character 'Azalan' tu memang mencuit hati dan best sesangat. Maklumlah susah nak cari lelaki macam tu. Benar ke Azalan tu wujud. Kalu betul aku harap dia masih mengekalkan sifat-sifat murninya tu. Anyway tahniah aku ucapkan untuk permulaan yang best ni. Bagi aku kau bukan lagi bertatih dalam penulisan ni mungkin belum tahap berlari tapi bolehlah jalan beriringan dengan novelis-novelis yang dah ada nama tu. Okey good luck for your next novel. Aku harap ia tidak menghampakan. Aku pasti membelinya nanti. Adios. Wasalam.

    ReplyDelete
  4. W'salam....
    Pertama sekali, terima kasih atas pujian kau itu dan alhamdulillah...terima kasih kerana menyukai cerita simple aku tu... ;)
    Cukuplah aku katakan, Azalan itu memang wujud dan begitulah sifatnya hingga kini, bahagia bersama isteri tercinta dan anak2 yang comel...

    ReplyDelete
  5. aku rasa macamana watak Azalan tu samalah dengan Azalan yang aku kenal sekarang ... independent, joker, tak pernah moody, romantik kot (Lan ko jangan nak perasan plak) bla, bla...
    Dah baca buku tu (tumpang Lan punya)..ok untuk beginner & tunggu novel kedua bolehlah beli sendiri.. Wassalam

    ReplyDelete
  6. wuih? ye ke sama? hehe... tumpang baca Lan punya? rasa macam kenal jek... lan mana ek? ;p
    ok la... terima kasih kerana memberi komen... novel kedua, lambat lagi la... tgh memerah otak... btw... terima kasih krn sudi menjenguk blog ni...

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016