Dec 21, 2006

Multi-purpose Designer

BY Rose Harissa IN 6 comments

Aku tak paham! betul2 tak paham... hari ni aku rasa nak mengamuk sangat...dahlah tengah kibar bendera Jepun... ada pulak org buat aku sakit hati!
Aku tak paham kenapa, arkitek dan interior designer suka2 mengarah aku buat itu ini...sudahlah dtang ofis, mintak itu ini, mentang2 aku ni designer cabuk, company ni pun x letak design fee.... sukahati suh aku buat macam2... tukar design la... ingat aku ni apa??? lepas tu yang dapat kredit tu diorg... padahal aku yang pecah kepala pk nak kuar design... aku memang anti betul pada arkitek dan designer camtu.... sekali dorg dapat no hp. aku, habislah... setiap waktu mengacau... ade je mende nak suruh buat... !
Dah tu, suh aku cepat2 kuarkan design... "nora, could pls email to me the design a.s.a.p...? i nk jumpa client tomorrow"... tiuniasengg!!!
Sampaikan konsep interior pun nak suh aku bagi idea... secara logikalnya mmg aku leh berbangga sebb dorg mintak pendapat aku... tetapi secara realistiknya, aku sakit hati, aku keje ngan org lain, tapi kene buat jugak untuk org lain... apa ni??? apa gunanya diorg jd arkitek ngan id..??? eee... tak paham aku!
Sebab tu kadang2 aku rasa nak riak! sebab aku rasa, aku lagi terer dr diorg yang cuma reti teori, nak kuar design pun x reti! sudahnya cari designer cam aku ni jugak... pastu usung ke sana sini design tu, cakap diorg yg buat... ?!!
Tadi bos suh aku pegi meeting petang ni... mentang2 aku ... tapi aku cakap. sorry!! saya tak ada mood... hahaa... betapa bongkaknya muker aku masa tu,... biar! aku x peduli.. dia suka2 suh aku tolong kawan dia buat design! padahal kwn dia tu ID... ! Otak aku pun reti nk pancit!
Sorrylah ayat aku melampau kali ni... hari ini aku betul2 angin satu badan!

Dec 19, 2006

Yutaka Takenouchi

BY Rose Harissa IN , 2 comments

Yutaka Takenouchi… aku pernah gila tengok drama-drama dia. Sampai aku sanggup habiskan duit beli CD box dia. Kalau kebanyakan orang kenal dia melalui With Love, tapi aku kenal dia melalui Shotgun Married. Drama ni dekat dengan realiti, aku suke watak dia dalam ni, dari seorang lelaki yang tak serius dengan perempuan, terlalu pentingkan kerja, berubah menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Kalaulah Malaysia boleh buat citer macam tu…
Lepas tu aku belilah drama-drama dia yang lain. Bagi aku, inilah drama dia yang paling best. Sampai aku nangis2, gelak2 tengok, 2, 3 kali pun tak jemu.
Bagi aku, dia pelakon yang berkarektor. Cuma lately, bila dah tua ni, dia kurang aktif nampaknya.

p/s : maaf ye... dari hari jumaat, tagboard x berfungsi... masalah server katanya...

Dec 14, 2006

Keluhan seorang designer

BY Rose Harissa IN 4 comments


Orang ramai tanya aku, aku ni keje designer... tapi designer apa? Ye, memanglah banyak jenis designer dalam dunia design ni... aku akan jawab designer besi... design pintu pagar, railing, grille, dan apa-apa aje yang melibatkan besi atau alloy... dan aku antara student architecture yang menyimpang agak jauh dari landasan senibina. Lebih mantap dan tepat, bidang kerja aku ni, adalah tergolong dalam finishing... best? Dulu memang rasa best... tapi sekarang??

Biasa la... ego seorang designer... bila dh keje lama2 tapi terasa diperah keringat dengan gaji yang seciput... lama-lama berubah menjadi pemberontak... betullah kata orang, bila buat kerja dengan hati yang tidak ikhlas, memanglah dari minat jadi benci... satu design aku boleh siap dalam masa sehari, sekarang aku leh drag sampai berminggu-minggu! Aku pun tau penat... sakit hati, terasa dipergunakan.... keinginan nak berhenti tu dah makin teguh dari hari ke hari setelah tiada lagi keinginan aku nak bagi peluang atau memuji hati ini lagi... harapan ku agar segalanya terlaksana selepas CNY 2007...
Janganlah cakap aku bodoh atau x pk masa depan... kerana aku pk semua tu la, aku dh x ada hati lagi nak meneruskan kerjaya sebagai designer besi sedangkan aku masih banyak peluang lain di luar sana...
Bayangkan, seorang designer yang berkelulusan diploma senibina UTM, sekarang terpaksa melakukan kerja-kerja general, angkat talipon, buat purchase, deal dengan supplier, call sana, call sini, setel hal berkaitan admin, MBSA, imigeresen, interview org nak keje, jaga duit, repot mesin rosak, sampaikan hal2 akaun pun aku dh tau... bukanke itu keje general clerk??? aku ni designer je... dibayar gaji designer tapi kene buat semua tu... tolong sikit2 bleh lah... tapi sekarang dah berlarutan sampai setaun lebih..., aku dah start rasa nak muntah darah! Siapa yang boleh tahan? Angkat tangan!