Jan 16, 2007

Penangan Hero 'Berikan Cintamu'

BY Rose Harissa IN 3 comments


Tergerak hati aku nak tulis entry ni…sebagai tanda terharu atas sokongan pembaca terhadap novel sulung aku ‘Berikan Cintamu’. Aku tidaklah dibanjiri emel-emel yang banyak. Tapi boleh kata ada aje emel dari pembaca yang menyukai novel ini… terima kasih daun keladi….

Dan yang buat aku terkedu bila kebanyakan mereka, suka sangat pada ‘Azalan’… alahaiii… tak terkata rasanya. Tak kurang juga yang menjadikan novel aku sebagai rujukan dan panduan… alhamdulillah, hasrat aku untuk menyampaikan pengajaran melalui novel, dikira tercapai… tak sangka, mereka menggunakan pakai kata-kata, nasihat dan pedoman yang terselit dalam novel tu terutamanya nasihat berguna dari Azalan… terasa macam ada rama-rama berterbangan di sekeliling aku bila membaca emel dari pembaca dan rakan2 aku yang menyukai watak itu…

Tapi aku kena berpijak di bumi yang nyata… harus ingat daratan… bak kata nasihat Azalan:-

"bekerja kerana Allah, dapat pahala untuk elaun akhirat....sebab...bakat kita, kepandaian kita, kehebatan kita...dan terutama sekali...diri kita....bukan kita yang punya....Allah yang punya...so...bersyukur selalu dapat hidup...so ucaplah terima kasih kepada Allah...dengan bersembahyang..."

Dan rama-rama pun berguguran....
Terima kasih sahabat kerana sudi mengingatkan...kerdil terasa diri ini....

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH, malah abang long merasakan yang Rose boleh melangkah lebih jauh, walau apapun Kelab akan tetap menyokong perjuangan mu !

    ReplyDelete
  3. abang long.. mekasih banyak kerana mempercayai... dan menyokong bersama Kelab... :)

    ReplyDelete