May 16, 2007

Hari ini untuk CIKGU

BY Rose Harissa IN 3 comments

16 Mei.... semua orang tahu ia hari guru... kalau dulu2 masa aku kecik, setiap kali hari guru, semua pelajar diarahkan bawa masakan atau bekal dari rumah masing-masing untuk makan beramai-ramai dalam kelas kalau sekiranya tahun itu tidak ada sambutan besar-besaran di sekolah.

Sebut pasal cikgu, aku ada banyak kenangan manis juga pahit tentang cikgu. Sebetulnya, aku tak pernah masuk tadika. Bukan abah aku yang tak nak hantar, tapi aku sendiri yang tak nak masuk! Jadi terus masuk darjah satu. Tapi Al-Hamdulillah, itu bukan halangan untuk aku cepat membaca. So, naik darjah dua, aku dah boleh dapat nombor dua dalam kelas. Darjah dua ni juga aku ada kenangan dengan cikgu perempuan, Cikgu R. Dia memang garang giler. Ajar bahasa Melayu. Alkisahnya satu hari, dia suruh kami semuanya buat ayat dari perkataan yang diberi dan tulis cantik-cantik dalam buku latihan tapi dia sempat warning :
"Siapa suruh mak dengan ayah buat, siap! Cikgu denda berdiri atas kerusi!"
Aku pun dengan semangat tinggi dan berkobar-kobar, aku tulis dengan cantik dan kemas, betul-betul dalam baris dan tak terkeluar dari garisan dengan harapan mendapat pujian Cikgu R.
Malangnya, sebaik sahaja Cikgu R tengok, dia terus menuduh aku menyuruh abah aku yang siapkan latihan tu. Sampai menangis aku nafikan. Tapi dia tak percaya budak darjah dua boleh tulis cantik macam tu. Sudahnya aku didenda berdiri atas kerusi sampai habis masa BM! Huh!

Dan satu lagi kenangan yang aku tak boleh lupakan tentang cikgu, semasa aku terpaksa masuk Asrama (SM Teknik Kuantan - aku aliran kejuruteraan) dengan bersyarat. Aku tak tau apa salah aku. Masa tu budak2 yang masuk asrama bersyarat, hanyalah budak yang tak lulus periksa atau ada kes. Sedangkan aku bersih, wakil sekolah debat, pidato, calon pengawas, dapat pangkat 1 lagi... Last-last aku jumpa dengan Cikgu S merangkap warden aspuri. Dia ni berjubah dan bertudung labuh. Dia kata aku memang takde buat salah. Tapi dia kata ada senior yang buat report, masa aku form 4, aku tak campur dengan orang. Itu aje? Aku memang takleh terima. Lepas tu dia kata, aku tetap calon pengawas sebab aku lulus interview sebelum cuti semester. So, aku pun happy.

Tapi rupanya, Cikgu S terus cadangkan pada cikgu disiplin agar lantik budak lain (tanpa perlu diinterview) untuk jadi pengawas menggantikan tempat aku. Aku rasa Cikgu S macam sengaja nak kenakan aku sebab budak tu juga saingan aku dalam debat dan pidato. Lepas tu Cikgu S selalu perli2 aku. Aku dah hangin... jadi aku nekad, alang2 orang dah cop jahat, baik aku tunjukkan kejahatan aku. Bermula dengan keluar dari hostel waktu study, aku curi keluar tengok wayang ke kuantan dengan dua lagi rakan. Aku tak pergi study, makan sebelum waktu, buli junior dan macam2 lagi semata-mata nak menyakitkan hati Cikgu S. Kebetulan pula, dalam aspuri tu ada lagi satu group yang berjumlah 8 orang, jahat gak. Menjadikan budak perempuan jahat kat aspuri tu termasuk aku, 11 orang. Nama kami selalu berkumandang supaya masuk ke bilik disiplin, sampai melibatkan keluarga.

Dan yang paling aku tak boleh lupa, pernah sekali masa solat mahgrib berjemaah di surau Aspuri, Cikgu S jadi imam. Aku yang 11 lain ni keluar dari saf sebaik sahaja habis solat dan berkumpul di belakang. Tak dengar pun apa yang diceramahkan. Tapi ayat yang amat menyakitkan hati keluar dari mulut Cikgu S ialah :
"Untuk yang 11 orang tu, yang degil sangat tu, cikgu sumpah kamu semua gagal dalam SPM!"
Kami semua terdiam. Sampai begitu mulut Cikgu S yang dikatakan lemah lembut, berbudi bahasa? Aku memang tidak merasakan kewajaran dia berkata demikian. Pada aku saat itu, sudah tidak ada lagi rasa hormat aku pada dia.

Dan Al-hamdulillah, keputusan SPM kami semua membanggakan, 9 dari kami mendapat pangkat 1. 2 lagi tu dapat pangkat 2. Aku cuma menghadiahkan senyum sinis buat Cikgu S ketika lalu di bilik guru.

Itu kenangan aku, hanya segelintir guru yang aku tak suka. Guru-guru yang aku suka, sampai sekarang aku masih mengingati kalian:

Cikgu Zalizan (Bahasa Melayu) SRK Chini 2 (cikgu yang genit dan mengajar aku tarian zapin)

Cikgu Abu Darda (Matematik) SRK Chini 2 (cikgu yang tinggi, penyayang, nampak alim dan disukai ramai)

Cikgu Mohamed bin Saleh (English) SMK Paloh Hinai (cikgu yang hensem + kelakar, selalu cakap loghat kedah tapi selalu migrain)

Cikgu Abu Hassan bin Jantan (Seni Lukis) SMK Paloh Hinai (cikgu yang rock dan kasar tapi baik hati)

Cikgu Mohd Noor (Sejarah) SMK Paloh Hinai (cikgu yang alim berkopiah dan berjanggut, budiman, slow tapi cara mengajarnya cepat masuk dalam otak)

Cikgu Azmi (Matematik Tambahan & Lukisan Kejuruteraan) SM Teknik Kuantan (cikgu yang kelakar, sangat sabar wpun aku terang2 mengaku kat dia, aku tak nak belajar Add Math)

Cikgu (Ms) Yeo (Akaun) SM Teknik Kuantan (cikgu Cina yang garang, suka menjegilkan biji mata tapi ajarannya amat bagus, sbb tu kami budak2 jurutera cepat faham)

Puan Fattahiyah (English) Kolej Mara Kulim (cikgu yang lembut tapi sangat sabar mengajar. Kerana dia, English aku selalu dapat A. Juga mentor aku kat Kolej tu)

Mr Lim & Mr Eng (Taekwondo) Cikgu Lim yang tua tapi kerana dialah aku dapat black belt. Mr Eng yang hensem dan gigih, sabar mengajar bunga2 taekwondo.

Tak kira di mana kalian berada, terima kasih kerana pernah mengajarku yang degil ini.

Buat Cikgu Azalan dan isteri, semoga kalian menjadi guru yang dinamik dan cemerlang selalu... :)

Oh ye, tak lupa juga pada abang angkat aku yang dah lama terputus hubungan sejak tahun 1996, Abang Long (Cikgu Azhan bin Hasan) Dari Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Satu-satunya cikgu yang cakap aku comel (nyaris2 aku nak cakap dia rabun! hahaha), masa aku tengah ukir key chain untuk tunang dia di Razmie Kraf Kompleks Teruntum - 1994. Dari situ dia ambil aku jadi adik angkat. Aku terima tanpa sebarang bantahan sebab muka dia macam NORMAN KRU (zaman kurus)! Sebijik! Aku minat KRU masa tu. Semoga Abang Long terus berjaya sebagai Guru tak kira di sekolah mana jua berada... :)

3 comments:

  1. hahaha... best ler bace konyer blog. kalu ko rajin g ler kat laman website ni, Atie tunang aku kim salam kat ko.

    www.makeadifferencemovie.com

    megatz

    ReplyDelete
  2. laa... aku puas pk siapalah megat ni... ko rupanya ikram?? pesal ko pakai nama megatz? Sejak bila ko jadi megatz?

    ReplyDelete
  3. luper... kimsalam balik kat tunang ko tu :)

    ReplyDelete