Aug 15, 2007

Karektor - A.AMIR

BY Rose Harissa IN No comments

Aku ni suka memerhatikan orang, dan menganalisis karektor orang. Tadi, aku duduk tepi tingkap di dapur. Memerhatikan ke arah blok depan. Ternampaklah pemuda tinggi lampai… hehehe… sebenarnya dia ni aku dah ‘kenal’ lama…
Al kisahnya, aku mula2 ‘kenal’ mamat ni December 1999. Masa tu aku jalan ngan hubby (masa tgh ‘pat tor’ la) kat Pasar Ramadhan SS18. Ternampak mamat ni kat gerai Zan’s Pizza. Tgh duk menebar pizza sambil tersenyum malu… hahaha… aku cuit lengan hubby aku, kata aku suka tgk muka mamat tu, yang pastinya taraf adik2 je la… (kalo bf lain sahih dah kene penampo agaknya!)
Dia bukanlah hensem sgt pun… tinggi, kurus, aku cakap kat hubby, dia adik Tom Welling versi melayu. Hahaha… muka dia manis. Kalau senyum, redup matanya dan nampak malu2, tapi kadang2 nampak nakal gak.
Sejak tu asyik terserempak… dia baik dengan Lanz (anggota 4U2C). Terserempak kat SS15, kat SS19, terserempak kat workshop, kat Bandar Utama pun pernah. Pendek kata… kalau berselisih tu mmg dah cam la muka masing2. Dan setiap kali berselisih, aku cuit hubby aku…
Sampailah aku kahwin, ternampak dia duk kat area ss19 ni ngan kwn2 dia… masa tu dia pakai Satria (BET 7**4) so, lekatlah aku panggil dia BET, sebab tatau nama (mcm citer Jika Benar Cinta lak.. ingat aku je spesis panggil nama org ngan plat keta). Aku penah dgr dia tanya kwn dia kenapa keta aku bunyi cam lori! Hampes!
Sampaikan masa aku ngandung, aku akan bergegas kat tingkap bila dgr keta dia balik… biol tak aku? (hahaha… sampai skrg hubby aku duk ungkit sbb anak aku terkenan sikit ciri2 rambut si mamat ni!).
Nak jadi citer, suatu hari aku gi Summit ngan hubby, adik aku, dan anak aku masih baby lagi. Ternampak si BET ni atas pentas. Dia masuk pertandingan nyanyi! Hahaha…nyanyi lagu AC Mizal lagi… duh! Dan punyalah aku ngan adik aku xcited sbb dpt tahu nama dia A.Amir! Sampai x sedar mak dia tersengih kat belakang aku… hahaha… lepas nyanyi dia malu2 gi kat mak dia…
Pastu barulah aku tau mak dia rupanya duk blok depan ni je ha. Tingkat bawah sekali, so, terus nampak… lepas tu dia pakai Perdana. Pastu sekarang ni Honda EK. Yang pastinya, dia anak bongsu dan abang dan kakak2nya bukan calang2 orang. Paling koman aku tgk kete Perdana dan paling gah Mercs, BMW pun ada!
A. Amir ni punyalah manja ngan mak dia, nak gi keje salam cium tangan mak, siap cium pipi lagi. Penah dia bertongkat, berbalut kaki (accident lah kut? Masa ni dia pakai skuter jap) nak kuar umah, mak tolong papahkan…hehehe… aku agak umur dia skrg dlm lingkungan pertengahan 20-an kut…
Dan karektor dia aku abadikan dalam BCM… siapa lagi kalau bukan A.Amir, abang si Eza Nylea… *wink*

0 comments:

Post a Comment