Sunday 30 September 2007

Berbuka Puasa di rumah Kak Lily Haslina

Salam semua…

Semalam aku, Lynn dan Sue, ke Bandar Rinching, Semenyih. Ke mana lagi kalau bukan ke rumah Kak Lily Haslina. Jam Lebih kurang jam 4.00 petang, aku sampai Sunway, ambil Lynn dgn Sue, terus gerak ke Semenyih. Konon2nya takut terperangkap dalam jem di Bandar Semenyih setelah dengar cerita ngeri kak Lily… tapi rupanya, kul 5.00 dah sampai sana.

Apalagi… sembang panjanglah. Kena pulak Kak Lily dah siapkan segala macam masakan. Ada ayam lada hitam (favorite aku nih), sup ayam, lemak pucuk ubi, pecal, pajeri nanas, etc. yang paling spesel, asam pedas ubi kayu + ayam. Mula2 mcm pelik je dgr kombinasi bahannya. Tapi bila makan, sedap beb!

Dekat 6.30 barulah Lily Suriani sekeluarga sampai, diikuti dengan Laila Kamilia bersama suami dan anak-anaknya.

Yang sebenarnya, kami ni bukannya nak makan sangat pun… tapi nak bersembang lebih. Bayangkan, empat orang novelis bertemu. Gamat jadinya… Sue pun dah mcm novelis jadinya… hahahaha….

Dorang pulak semua ingat aku yang tega meninggalkan hubby. Tapi hubby yang tak nak pergi. Dah puas aku pujuk kata suami Lily dan Laila datang gak… tapi dia tetap x nak gi dengan alasan suh aku temankan Lynn, lagi pulak bila tau Sue ada gi sekali…

Lily Suriani pulak duk mengheboh pada dorang yg dia menyamar jadi secretary Elly masa call aku dari opis kelmarin. Hampes!

Satu soalan dari Kak Lily Haslina yang aku takleh lupa ialah… eh, ko lukis2 gambar Elly tu dia tengok tak? Yelah, mesti dia terharu ke apa ke… Aku kata tak mungkinlah dia ada tgk… entah tau entah tidak. Hahahaha…ada 2 andaian yang dorang buat. 1. Elly terharu atau bangga, sbb ada org duk lukis dia dan nak buat citer pasal dia… 2. Elly takut sebab yg lukis tu bini orang yang ‘giler’!… hahahaha… hampes kan andaian2 dorang ni… sabo jela…

Aku dengan Sue duk usik anak kak Lily, Adib yang cute. Malu2 budak tu kena ngurat dengan ‘makcik2’ yg x sedor diri. hahaha

Memang tak ingat nak balik. Suami Lily Suriani dah berapa kali terteleng kepala (duk memberi isyarat ajak balik! Hahahha).

Dekat2 kul 9.00 malam barulah Lily Suriani beredar, diikuti oleh Laila. Dan kami bertiga termasuk aku yang ‘bujang’ ni… dah dorang semua balik barulah kelam-kabut ingat nak balik… tak sedor diri sungguh!

Aku hantar Lynn dan Sue kat kondo mewah Lynn. Team manager dan sorang budak team dia turun untuk mengambil barang2 termasuk lauk pauk yang ditapaukan kak Lily.

Ya, semalam sangat havoc, happy, *plink*plink*… mcm lagi… natijahnya hari ni, aku migrane… kata Lynn kerana dosa semalam! Aduh!

Terima kasih daun keladi ye Kak Lily dan Encik Roslan… ada masa, kitorg datang buat kecoh lagi…*wink*

7 comments:

  1. hamboi hamboi... laju bebenor kau buat n3 ni ye.... aku rasa kalau adib imran baca mesti sengih sengih.. nama dia ada pulak kat sini.. apa apa pun terima kasihlah sebab sudi datang kat rumah kita yg jauh di hujung tanjung, di tepi benua ni...

    ReplyDelete
  2. Askum kak. La nak berbuke puasa kat rumah member rupenye semalam. Ingat akak nak watpe la kat Semenyih tu...Mesti best gile berbuke dengan kengkawan kan...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Kak Lily... hehehe...bagi adid imran femes sket... seronok sakat dia! malu2 kucing! seronok gak gi umah kak Lily, mujur jauh je...kut tak, tetiap petang aku gi... tapi satu je, ada kawan kita tu, lepas balik dr umah kak Lily je.. dia mesti menung panjang dan otaknya menjangkau jauh dari yang biasa! siapakah itu? tokey pizza! hahaha

    w'salam resman... kami seronok berborak .. makannya tak seberapa...

    ReplyDelete
  4. wahhh nama seensemm orgnyer huhuhu...kak lily suruh Adib Imran baca sure merah muka dia sampai ke tlinger...

    ahh sbb menung panjang ler semlm aku bawak dia pi jalan2..dari Bkt Subang ke Mutiara Damansara ke S.Alam.....ikut jalan yg berbeza hehehe...sengih sorg pon byk kali gak aku notice..bahaya btol!

    ReplyDelete
  5. dah ko buat n3 nia aku upload gambo ajelah ye....terima kasih kak lily. hhahaha lepas raya ni aku sudah diberi amaran akan diserang oleh lynn dan rakan-rakan seangkatannya....
    lynn...ko tak sendirian...aku jugak termenung panjang...bilalah citra persona aku nak siap....aku malu dan tak boleh angkat muka...

    ReplyDelete
  6. Rose dgn Sue, korang ni klu elly tu mangga muda, adib tu putik gila weh.... Hahaha. nak buat kerabu pun tak cukup isi!
    Rose 'plink2' kita, Tuhan je yg tahu! Sue tumpang suruh kita insaf tapi kita hanyut... hahaha...
    Kak Lily, baik kau jaga Adib tu! Rose dgn sue... bahaya! Haha

    ReplyDelete
  7. Sue... adib imran mmg ensem kannn? besor nanti tatau lahh... hahaha kwn ko tu, terlebih minum ribena kut Sue?

    Laila...sebab aku x de gambo la aku buat entry ni dulu.gambo yg aku ambik pun gambo lauk je... ahaks! tajuk ko bestnya... tapi x siap, x guna weh...hahhaha aku ngan lynn dh nak kuar 'anak kedua'. ko? cecepat weh

    Lynn...buat hiasan kerabu pun jadi ler... hahaha... tgk, ko pun plink2... oh, bahagia sungguh bila rasa plink2... hahaahha....
    x pe, kak lily mak yang rock!

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016