Nov 3, 2007

Elly - The ultimate Mr. Nice Guy

BY Rose Harissa IN 2 comments

Hilang sudah kesebuan perut aku! Awal jam sebelas pagi tadi, sekali lagi aku ke Sepang, kali ni ditemani hubby. Terus saja Paulynne bawa aku berjumpa dengan Elly! Haha… seperti yang dikatakan Paulynne, dia memang sudah tahu pasal aku dan dia memang the ultimate Mr Nice Guy. Tapinya tadi, aku pun sekadar memperkenalkan diri dan menyerahkan hasil kerja aku pada dia. Seronok sangat dia menerimanya. Aku katakan pada dia, hari ni mmg aku takkan tanya banyak. Kerana bukan tempat serta masa yang sesuai. Sempat kenal2 dengan Azlan Shah Kamarudin, rakan pasukan Elly. Tapi x sempat kenal adik Elly, Elly Idzliaikmal yang tgh praktis untuk kategori Novis. Borak2 tak sampai 10 minit. Lagipun dia kena ready untuk ujian masa. Sempat ke paddock Ah Hong kejap sebab aku nak tgk motor no 19 dia. Gambar pun tak sempat ambil, hubby ajak kuar, kerana tak nak kacau Elly lelama kat situ.

Hubby aku yang selama ini payah nak berborak dengan orang, alih2 dengan Elly, elok aje bualnya. Siap dikatanya Elly ok dan sangat sesuai sebagai rider!

Wpun berbual kejap, bertukar2 contact number, tapi ramahnya Elly mcam dah kenal lama, jadi aku pun mudah aje bergelak ketawa. Aku pun sampai terkeluar loghat utara bila cakap. Siap dia tunjukkan tulang selangkanya yang patah diskru dengan besi. Ngeri pulak aku. Tapi dan lagi aku usik kata, dia bertulang besi! Kak Lily, aku tak tersipu-sipu tau. Maintain jek! Hahaha...Tapi tak tahan panas meruwap kat litar tu. Sib baik tak migrane!

Terkejut aku bila hubby tanya Elly esok race kul bape… alahai, dah berkenan nak berborak la tu… Terima kasih banyak kat Elly, yang cukup ramah dan tak sombong walau dalam masa yang singkat.

2 comments:

  1. haluuu.. kita baru balik dri melaka terus buka laptop jengah sini..
    jangan tension.. tak per.. lepas ni byk lagi kau akan belajar.. nak nak bab yg tak dijangka jangak punya agenda.. mcm packing yg tak der ampun tu... tak per.. lain kali kau buat selamba badak snap ajer gambar.. alah, mcm lynn ... sambil bawak kereta pun boleh ambik gambar.. tak per.. jangan panik.. ni langkah sulung kau.. adatle.. beranak sulung kan byk masalah...

    ReplyDelete
  2. hahaha... terima kasih sbb sudi membebelkan aku yg dong2 ni...Lynn pun dah cakap aku bengong sbb x snap semua gambar! aduii... tidur tgn bersilang ke dahi jawabnya... malu bila diingatkan balik. yelah Elly lepas race tadi siap tanya nk ambil gambar sekarang ke? aku pulak kesian tgk dia penat... yelah, aku ni jenis x suka nak desak2 org... kang org nyampah lak... langsung x jd apa... bila dikenang2 mmg nyesal... mujur betul la budak Elly tu mmg The Ultimate Mr Nice Guy! sejuk sikit hati ni dari tensen lelebih...

    ReplyDelete