Tuesday 6 November 2007

Tentang Elly


Akhirnya hari ini dapat juga Elly meluangkan masa berjumpa dengan aku. Aku ambil dan hantar dia balik ke rumah abang saudara dia. Kami ke Kenny Rogers. Duduk di situ sampai 5 jam! Bertemankan cappuccino dan kopi. Aku hanya sempat menjawab panggilan dari Kak Lily je. Yg lain2 terpaksa aku abaikan! Maaf ye kawan2! Bukan senang nak dapat berborak dengan Elly, anak jati Kangar. (sampai terpaksa tangguhkan pemergian ke jamuan Alaf 21 petang tadi, maaf ye warga Alaf sbb sy dtg lambat tadi)
Perbualan kami akhirnya dah menjadi seperti perbualan kakak – adik. Daripada ketawa, terkedu, terlopong sampai aku tak segan silu mengalirkan airmata mendengar ceritanya. Apatah lagi bila melihat matanya jugak dah merah. Lagilah aku emo…
Mengenali Elly dengan lebih dekat, buat aku termenung dan berfikir panjang. Orangnya cukup merendah diri, menghormati, berhemah cakapnya dan penuh professional. Cakapnya penuh isi dan wawasan. Pendek kata, dia bukan sekadar berlumba untuk suka2. Betullah kata orang, don’t judge the book by it’s cover! Dan aku betul2 tabik pada Elly walaupun dia cukup merendah diri mengatakan dirinya belum jadi yang terbaik. Namun begitu, pada aku, dia cukup rencah dalam merasai pengalaman hidup wpun usianya masih muda. Aku tak mahu cerita panjang2… cukup aku katakan, ini pengalaman berharga buat aku mengenali seorang pelumba bersemangat waja, wpun tubuhnya kurus tinggi, tapi dah sampai peringkat Asean! Yang mungkin pada kita2 ni, mereka tidak cukup glamour. Tapi percayalah… mereka punya komuniti tersendiri yang cukup besar. Cubalah sebut nama Elly di kalangan mat2 motor. Itu belum sebut Ahmad Fuad, Obert, Norizman, Suhadi, Fazli & Fazrul. Kerana aku pun hanya mengerti bila start mempelajari tentang mereka2 ini… :). Jangan pandang enteng kepada pelumba-pelumba motor. Ia merupakan profession yang memerlukan pengorbanan dan tekad kuat kalau mahu mencapai tahap tertinggi. Semuanya aku citerkan pada hubby. Dan dia juga memang terkejut juga mendengarnya dan bertanya, bila nak siap? Alahai...!
Thanks to Paulynne (S.A.M Sdn Bhd) yang membuka peluang untuk aku mengenali Cub Prix khususnya, seterusnya memberi jalan untuk aku bertemu Elly. Dari sekadar minat melukis mukanya, sampailah tercabar untuk buat sesuatu, nekad bertemu sendiri, belajar sesuatu tentang dunia permotoran, belajar pergi litar, etc.
Buat Elly, terima kasih banyak2! Selamat Maju Jaya untuk Yamaha Asean Cup 2007 (medan pertempuran juara2, yg menghimpunkan semua juara motor dari seluruh negara Asean). Semoga tercapailah impian yang Elly katakan itu… Chaiyok!

4 comments:

  1. rose.. wah aku pun mcm tak caya jugak..... selama ni aku nengok elly dari lukisan kau yang tak berapa cantik tu... ha!ha!ha!
    pagi ni rasa mcm magik pulak.. elly yg sebenar dah tersenyum kat blog kau ni!
    teruskan!!!!

    ReplyDelete
  2. kau pun skrg tgh berlumba. Tak kisahlah berapa banyak kau nak pusing kat litar tu, janji kau mesti sampai ke garisan penamat. Ije, Lynn, kak Lily, Laila dan aku, tunggu kau kat garisan penamat tu tau!-Lily-s

    ReplyDelete
  3. penat aku tunggu sekali tak sampai2. 5 jam? ko gila ke apa? taukeh kedai tu tak halau dengan penyapu ker?
    tahniah sis. aku kena contohi ko ni. teruskan berjuang hingga ke bau asap yang terakhir.

    ReplyDelete
  4. Kak Lily - wah, ko kena tgk gambar betul yg aku tangkap sendiri baru ko caya eh? hehehe

    Lily S - sedap sungguh ko menyamakan aku dalam perlumbaan ye? tertekan aku jadinya! namun aku tetap terharu.

    Laila - percaya ajelah kelamaan waktu itu. sori x angkat tipon... kelakar sungguh falfasah perjuangan yg ko berikan tu...

    Elly kim salam pada korang semua setelah aku ceritakan secara basic pada dia pasal korang yang dong2! yelah, tipon asik bunyik jek masa i/view...hahaha...
    Korang doakan aku ye semoga berjaya dengan misi ini ye? Aku beruntung ada kawan mcm korang.

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016