Feb 26, 2007

Hero Novel Kedua

BY Rose Harissa IN , No comments



Hmmm... saje2lah aku letak hero bayangan aku kat sini (Dennis Joseph O'Neil)... suka dia ni sebab dia ada kategori, nakal, sweet, cute, kacak, penyayang... menepati karektor hero novel kedua aku...
  1. Gambar ni masa dia tengah mengusik heroin nak ajak kuar dating… *wink*
  2. Ni masa dia tengah kecewa kerana terpaksa berpisah dengan org yg paling dia sayang...
  3. Gaya dia ketika di pejabat... :)
Vavava... kuatnya aku berangan... manuskrip tah ke mana... ahaks! Dan dialah penawar setiap kali aku tertekan nak siapkan manuskrip kedua nih… bila aku tengok muka dia, maka akan berkobar-kobarlah aku nak siapkan manuskrip untuk penilaian editor…
Sekian, terima kasih...

Feb 25, 2007

Zhang Ziyi

BY Rose Harissa IN No comments

hanya ini yang termampu aku buat sepanjang cuti 2 minggu... alahai!

Feb 9, 2007

Kalaulah....

BY Rose Harissa IN 4 comments

Hidup kita ni, sentiasa nak dikaitkan dengan kalau untuk sesuatu yang telah terjadi terutamanya yang x diingini... betul tak? macamlah aku sekarang ni... kalaulah aku tak tolong orang tadi... mesti aku tak rasa bersalah sampai sekarang kan? aku ni baik orangnya, tak sampai hati nak membiarkan org lain dalam kesusahan terutamanya kalau di depan mata...ceritanya begini ye kawan-kawan...

Tadi, lepas tapau nasik lemak dan sate, hubby suh aku pergi kat kete dulu tapi dia x bg kunci... so, aku pun sandar je la pada kete... mata aku kemudiannya tertancap pada seorang ibu dan seorang anak perempuan, lingkungan 6-7 tahun, anak laki lingkungan 3++ . Aku nampak anaknya merengek... tapi aku dengar dia cakap " mak nak kencinglah!"
Aku dah nak tersenyum, hai, kuatnya cakap! Tapi buat derk aje... sebab lagi nak tergelak bila dengar anak dia jawab,
"ala... mak kencing ajelah kat toilet!"

Kereta dia rupanya sebelah aku jek... dia bukakan pintu untuk anak dia.... yg kecik masuk tapi yng sulung melulu pergi pintu lagi satu pastu mak dia jerit, " nak kemana lagi tu?? sinilah!" uihhh... garangnya!
pas tu dia terus masuk dalam kete pakai sit belt. anak sulung dia masuk dalam kete tapi dia pergi belah dalam. pintu ternganga luas. mak dia dah setat enjin... (aku pelik gak, how could u as a mother let the door open, like that???")

Tapi aku masih wat derk... sampai anak kecik dia tu terkial-kial nak tarik pintu tapi x lepas... aku nampak mak dia toleh ke belakang dengan wajah penuh harapan... maka aku dengan senyuman dan rasa kesian kat budak kecik tu, aku tolaklah pintu tu perlahan-lahan tapi bila nak rapat baru aku tekan kuat sikit, tapi aku rasa x kemas dan aku bukak balik... aku nampak budak tu mengesot ke dalam dengan muka berkerut... mak dia pulak pandang aku.. aku pelik bila nampak budak tu nganga mulut luas, bila mak dia keluar, barulah dia keluar suara, berteriak menangis sambil pegang jari... errkkk??? mak dia kecoh cakap tangan anak dia terkapit... "apsal taruk tangan kat situ??" jeritnya pada anak dia... (atau secara x langsung menyatakan sekali kemarahan dia pada aku?)

aku pun gabra la tgk anak dia meraung camtu sambil mak dia gosok2 jari anak dia...aku dah rasa bersalah sangat, beriya iya aku mintak maaf... mak dia cakap... "Tu la Along! mak suruh duduk sini kan? kenapa along duduk kat sana pulak?"

aku terkedu... berkali-kali mintak maaf dengan perasaan bersalah yang amat sangat... mak dia kata takpe tapi muka masam... masa tulah aku rasa menyesal yang amat! aku pandang muka hubby yang baru sampai dengan perasaan bercampur baur...muka mak dia toksah cakap lah masamnya...
"Nanti sapu minyak"... aku mintak maaf lagi... dia kata tak pe tapi tanpa pandang muka aku lagi... semakinlah aku menyesal.

Dia terus masuk kete, tekan minyak kuat2 dan terus nak reversed kuar sampai kena hon ngan kete lain...
hubby cakap... "Tu la siapa suh awak baik sangat tolong?" .
Aku terkilan sangat... hal ni mungkin nampak remeh tapi pada aku tak... aku ikhlas nak tolong.. (yelah, kalau korang tergamak ke tengok budak kecik camtu terkial-kial nak tutup pintu depan mata korang. Sedangkan kakak dia elok aje bersandar dalam kete)... kalau aku lah...sebagai mak, aku sendiri yang akan tutup pintu setelah pasti anak masuk dalam kete... baru aku masuk nak drive... ohhh!!!

sampai sekarang aku rasa menyesal! aku ke yang salah? kalaulah
aku tak tolong tadi......