Jan 24, 2008

Cinta Mekar Di Hati

BY Rose Harissa IN 6 comments

NOVEL TERBARU DARI ALAF 21
KINI BERADA DI PASARAN!



Tajuk: Cinta Mekar Di Hati
Halaman: 566
Harga: RM19.90

CINTA MEKAR DI HATI merupakan novel terbaru daripada Rose Harissa, kini sudah berada di pasaran.

Setiap cinta…pasti ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata. Cinta tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…tetapi hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan.

Ady Rafizal…cinta tidak pernah punya undang-undang, tetapi mengapa harus aku terhukum? Dalam derita, hanya bayangmu yang mampu kudakap. Namun, selagi aku bernafas dengan nama ALLAH, tidak pernah sekali aku berhenti merinduimu. Dan aku yakin, cinta akan mengembalikan kau kepadaku.

Fasha… cinta tidak pernah menyeksa tetapi sentiasa menguji. Sekali kau memberi cinta, tidak akan kubiarkan ia hilang ditelan waktu walau beribu batu kita terpisah. Sesungguhnya, kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.

Fahrin… cinta itu sebuah pengorbanan, tetapi mengapa ia bukan noktah cintaku kepadamu? Kenapa semakin sukar aku miliki cintamu setelah menanggung derita ini? Cintaku indah tapi aku derita perasaan.

Tengku Alis Marina… cinta itu madu dan racun! Andai aku tidak memiliki madunya, biarlah aku jadi racunnya!

Cinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim- Khalil Gibran
_____________________________

Alhamdulillah... akhirnya yang aku tunggu dah pun tiba... nilah hasil terbaru aku. Harap pembaca sudi memberikan komen... andai ada yang baik dalam novel ini, jadikan tauladan. Andai ada yang buruk, jadikanlah sempadan....
Terima kasih buat ALAF 21 kerana masih sudi menerbitkan karya aku!

6 comments:

  1. kak rose,tahniah sgt...ni gang gelak dah lahirkan 2 novel pd bulan yg sama...xsia2 akak + kak lynn tubuh gang gelak...ehehe...

    akak,fad beli novel akak masa pesta buku kat alaf la ye...dapat xtra diskaun...dah budget rm ni...hehehe...xsbr nak baca...

    ReplyDelete
  2. hai fad! mekasih... hahaha... mana datanglah geng gelak tu fad? hehehehe...

    ye, gi beli ms pesta buku byk sket dapat diskaun... mekasih ye fad... nanti sudi2kanlah ye komen...

    ReplyDelete
  3. Kak Rose, eyzzah baru je beli buku ni semalam. Tak sempat baca lagi. Novel dari Kak Rose memang tak pernah eyzzah miss punya lah. Tak sabar nak baca. Kena tunggu ade time dulu. Hehehehe. Anyway, tahniah.

    ReplyDelete
  4. eyzzah, terima kasih kerana menyokong akak... dah abis baca nanti, sudi2kanlah ye komen.. nak gak tau mana kelemahan diri... :)

    ReplyDelete
  5. salam rissa, tahniah buat nvl terbaru mama dah jumpa masa turun JB tp mama tak beli sbb nk dpt kan TT dari rissa masa BF nnti insyaAllah panjang umur kita bersua salam manis dari mama terus lah berkarya.;))

    ReplyDelete
  6. salam mama... x per mama... harap2 CMDH tu x lapuk dek hujan, x lekang dek panas, menanti BF dan kita jumpa di sana, Insya ALLAH Taala... terima kasih x terhingga untuk mama! muah!

    ReplyDelete