Friday 25 April 2008

Cerita orang kaya

Aku terpanggil untuk menulis tentang ini apabila ada yang mempertikaikan cerita-cerita tentang orang kaya dalam novel. Bukan aku hendak mengagungkan orang kaya. Tetapi pengalaman kerja sebagai designer selama 8 tahun dah cukup beri aku pengalaman melihat dengan mata kepala sendiri gaya hidup mereka yang kalau ada kawan2 aku mengistilahkan, tak ingat nak mati. Kasar? Tapi itu hakikatnya. Memang betul apa yang selalu di dramakan dalam novel mahupun TV atau filem.

Dua tahun pertama, aku sekadar buat design aje… Cuma boleh ternganga bila melihat mereka sanggup sain quotation yang harganya kadang2 cecah setengah juta untuk barangan besi saja! Masih tidak percaya. Tetapi lepas tu apabila aku designer cabuk ni dikerahkan berkomunikasi dengan pelanggan, melawat site dan sebagainya, mata aku semakin terbuka.

Percaya atau tidak, Malaysia memang menyimpan orang2 kaya yang kekayaan dan kesanggupan mereka membelanjakan duit, x terjangkau dek akal fikiran kita orang biasa2 ni.

Dalam CMDH, aku tuliskan tentang keluarga Tengku Razlan yang keretanya berderet 5 buah, siap sebut jenama lagi. Tapi ada juga yang tak percaya ada orang sekaya itu. Aku pernah jumpa lebih dari itu. Seorang yang bergelar Tan Sri, masih muda orangnya. Masuk ke basement banglo dia, buat aku ternganga melihat kereta mewah yang berderet yang mana untuk membayar road tax kesemua kereta itu sahaja dah mencecah 100k! Gaji tahunan aku pun x sampai 26k! Boleh bayangkan? Dan seorang Dato’ muda memandu Ferrari yang harganya sejuta! Menyala-nyala merah warnanya. Tak lama lepas tu, membeli Brabus secara cash tanpa rasa bersalah! Tak hensem pun secara automatik akan nampak hensem di mata perempuan2 materialistik! Semua kekurangan diri akan tertutup bila poket tebal dengan duit.

Ada yang sanggup membayar harga pintu pagar yang nilainya cecah 40k semata-mata mahukan kelainan. Lantai untuk parking kereta pun dibuat dari marble import, harganya, ±RM400K. Sama harga dengan sebijik rumah teres mampu milik golongan kaya sederhana. Itu belum termasuk dengan mereka2 yang ada helipad di banglo mereka. Bayangkan, siap ada helicopter sendiri! Apa lagi yang mampu beristeri lebih dari satu sampai cukup quota dan mampu pula memberikan mereka banglo mewah sebijik seorang.

Itu baru golongan lelaki. Belum masuk perempuan. Ada beberapa orang Puan Sri & Datin yang aku jumpa, tak kiralah golongan kerabat atau berdarah biasa, yang kerjanya, hanya ke salun, memanjakan diri. Tak buat apa-apa. Yang mana, belanja bulanan mereka untuk kecantikan diri saja melebihi gaji aku sebulan! Ada pula driver khas yang bawa mereka ke sana sini.

Kalau dalam CMDH aku tulis Tengku Kamsiah yang mementingkan kebendaan, si Tengku Alis yang kerek. Ada juga yang kata pada aku, mana ada orang macam tu. Tapi itulah yang aku jumpa di kalangan orang2 kaya. Makan dalam pinggan porcelain bersudukan perak atau emas, minum dalam gelas kristal. Ada di antara mereka yang dengan selamba memukul orang gaji. Malah ada yang mengkelaskan, orang gaji A hanya bekerja untuk tingkat atas. Dan orang gaji B yang berkerja di tingkat bawah, diharamkan naik ke tingkat atas. Kalau nak apa-apa, kena hubungi orang gaji A melalui telefon.

Pernah di depan aku seorang isteri Dato’ dengan selambanya minta duit untuk beli pampers dan belanja anak kecil mereka. Dato’ terus seluk poket dan bagi 500. Itu sekadar untuk belanja hari itu sahaja. Yang mana kalau dibandingkan, itu belanja untuk anak aku sebulan. Ada pula, yang tempat shoppingnya di Paris. Gedung dalam Malaysia tak dipandangnya. London jadi tanahair kedua. Ada rumah berbiji-biji di sana. Kalau jual sebiji dah berapa? Makan tujuh keturunan pun tak habis!

Yang untungnya menjadi anak. Duduk sahaja goyang kaki. Pergi kelas memandu Subaru atau Evo. Bosan sekolah di Malaysia, mintak mummy atau daddy transferkan ke oversea. Kawan-kawan pula mesti dari golongan elit. Pakaian mestilah berjenama hebat dan terkini. Sarapan di Starbuck. Lunch di Secret Recipe. Dinner di Planet Hollywood. Kalau kita sekali sekala tetapi mereka hari-hari.

Sungguh, orang Malaysia, kalau kaya, kaya yang melampau. Aku berkesempatan melawat banglo seorang kenamaan yang terkenal kaya. Dia membina banglo itu untuk ‘heritage’. Sebagai satu kemegahan. Bayangkan kalau banglo yang lima tingkat itu setiap lining dan Cornish diukir khas dari tembaga. Ada pula ruang2 istimewa yang menggunakan kemasan gold leaves! Bayangkan dia mampu membawa masuk tiang marble yang dipotong terus dari sebuah bukit di Negara China. Railing tangga dibuat dari tembaga, diimport dari Itali, RM1.5 juta. Kosnya sudah berapa? Pada ketika aku meninggalkan syarikat, banglo itu dikatakan melebihi ±RM100 juta! Sekarang, entah berapalah harganya.

Pernah terfikir rumah ada lif? Ha, banyak banglo yang aku jumpa ada lif walaupun baru 3 tingkat! Kebanyakan kata, untuk kemudahan mereka yang dah tua. Huh, kos satu lif saja dah cecah 700k. Dan bukan boleh pasang sebarangan. Kena ada consultant bertauliah. Itu belum kira harga untuk konsultan lagi.

Kalau mampu membeli chandelier yang ukur panjangnya, 4' x 5' dengan harga cecah beratus ribu ringgit, apalah sangat kalau tempah katil khas diperbuat dari emas! Bayangkan, kalau banglo biasa saja yang pada pandangan aku kategori orang kaya gred D, pun dh mampu membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk hiasan rumah, inikan pula yang bertaraf gred A.

Bayangkan pula mereka sanggup keluar duit untuk beli seni besi. Kalau mampu turunkan tanda tangan di cek berjumlah ratusan ribu ringgit selang seminggu, apalah sangat kalau bayar cash RM100k! Boleh bayangkan betapa harumnya bau duit yang masih berbungkus plastik? Senyum dan pandang sajalah. Duit orang bukan duit kita.

Itu cerita orang kaya… yang ada di antara mereka, menjadi kaya kerana berusaha dari bawah. Ada yang kaya kerana berkahwin dengan kerabat. Ada yang kaya kerana mewarisi kekayaan keluarga. Ada juga yang kaya kerana tiba-tiba perniagaan mereka jadi maju dan dapat durian runtuh. Kerana kebanyakan orang kaya yang aku jumpa itu mereka hanya senang hati bila berbelanja… tapi percaya atau tak, mereka sebenarnya ada yang susah hati dan tidur bersilang tangan atas dahi. Samada memikirkan macam mana nak tambah kekayaan, atau memikirkan macam mana nak kekalkan orang yang mereka sayang kekal dengan mereka.

Banyaklah perkara mengenali orang kaya yang membuat aku buka mata dan minda. Kadangkala menggeleng kepala bila tahu dari mana datangnya duit. Faham-faham sendirilah. Boleh bilang dengan jari mereka golongan kaya yang berhati emas, dan masih ingat amal kebajikan serta yang fardhu.

Sebab tu lah sekarang ni aku dah tak heran tengok rumah besar2. Aku jadi lali tengok perabot mahal2. Aku jarang lagi mengatakan wow pada hiasan dalaman yang pada orang lain mungkin nampak gah. Kerana bagi aku yang pernah lihat lebih, itu biasa. Tiada lagi yang istimewa bila sudah melihat sesuatu yang lebih dari kebiasaan.

Kerana itu aku menulis biasanya dari pengalaman kerana aku ingin jadi pencerita, berkongsi rasa dan pengalaman dengan pembaca. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk, jadikan sempadan.

Apapun, bersyukurlah dengan apa yang ada.

6 comments:

  1. Rose,aku kenal sorang Tan Sri yg ada 15 kereta mewah... paling murah pun Lexus Harrier. Buat kenduri kawin anak dia 7 malam! 7 keturunan pun belum tentu abis kot harta dia tu!
    Dan ada jugak org yg work very hard from scratch sbb depa bukan dari keluarga yg senang lenang. tapi masih sempoi jer walaupun duit berkepuk-kepuk dlm poket...(mcm Fariq contohnya!)
    Mahu atau tidak, kekadang yg kita tulis dlm novel itu sebenarnya realiti...

    ReplyDelete
  2. hehehe... hezy, dan lagi ko bg contoh Fariq ye? contoh terbaik tu... heheheh
    itu ler mmg org malaysia ni kalo jgn tak hengat... duit berkepuk2... tp nk jumpa yg betul2 sempoi cam fariq tu, bleh di kira ngan jari... :)

    ReplyDelete
  3. bagi bb pulak..dah patutnya dia blnja mcm tu sbb dorg pun berusaha n bsusah payah nak cari duit...so bila rezeki blimpah ruah tu,xkan asik nak simpan jak...mstila d blnjakan tuk keselesaan dia sekeluarga..
    pasal di bsedekah/x...rasanya xsemua pkara kita tau n dia nak tunjuk atau ceritakan...

    ermmmmm...biarla org kaya bperangai mcm tu...

    ReplyDelete
  4. baby... mmg la itu duit diorang... dan berhak belanja cam mana pun...
    tapi apa salahnya kalau hati pun hati emas? :)

    ReplyDelete
  5. yup betul tu... sokong dengan apa yg kak rose tulis. Saya juga keje dengan orang ramai dan kadang2 berjumpa dengan anak2 kerabat yg masih muda (handsome n cantik)... dan kehidupan diorang memang powerfull tul.
    Pasal duit diorang pandang sebelah mata saja. Tempat shopping diorang Paris n London. Huh, ingatkan pegi luar negara sebab nak blajar tapi bila dengar diorang kata nak g shopping... rasanye tinggi lagi langit dari klcc.
    Anyway, watak orang kaya dalam sesebuah novel memang tak boleh dipisahkan. Dalam drama juga begitu. Lihatlah dalam drama korea, kebanyakkan hero adalah dari golongan atasan. Tapi kekadang pembaca akan rasa bosan dengan watak begitu. Seolah-olah macam sama saja dengan novel-novel yg lain cuma penulis perlu buat satu kelainan. Barulah pembaca tak bosan membaca...
    huh, banyaknye saya membebal. sorry yek... just bagi pendapat saja.

    ReplyDelete
  6. alamak.. sapa ni... takde nama lak... neway mekasih sbb sudi singgah sini dn bagi komen dik...
    mmg aaa... citer org kaya ni x dpt dielakkan baik dalam TV or novel... sbb biasanya kalo dikonflikkan citer org kaya ni... ia akan jadi lebih dramatik & komersil... bagi pendapat akak laa...
    tp wpun begitu akak biasanya memilih, kalo hero tu digambarkan dri golongan atasan, ok. tapi kalau dh mula cakap pasal saham juta2, syarikat juta2... meaning akak x suka citer org kaya yg byk konflik bisnes... err... faham ke maksud akak..

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016