Aug 26, 2008

Female Driver

BY Rose Harissa IN 2 comments


Melihat kepada iklan ini aku berkobar-kobar hendak mencuba. Ya, tak kisahlah kalau ada yang memandang serong pada aku. Mungkin ada yang akan kata, tak padan dengan dah jadi bini orang… tapi siapa peduli? 015.gif

Dua tahun dulu, masa Red Bull hendak mencari pelumba wanita, aku berkobar-kobar nak pergi test. Tapi hubby kata, jangan nak mengada-ngada. Nanti kalau dapat masuk, anak siapa nak jaga? Kerja macam mana? Sudahnya, impian tu berkubur dft001.gif.

Kenapa aku minat nak jadi pelumba? Sebab masa aku masih dalam peringkat lesen P dulu, aku selalu dibuli oleh pemandu lain. Benci betui… mentang2 terpampang P kat cermin kereta. Ada yang siap ugut nak bawa ke balai polis. Mentang2 aku P, salah mereka, mereka reverse kan balik pada aku… sejak itu aku mula ‘berdendam’ 014.gif. Hehehehe…

Tanggal saja pelekat P yang berpuaka tu, aku mula tunjuk belang. Belajar dari ketakutan perasaan sendiri. Kena pulak dulu masa kerja selalu mengejar masa, dari utara sampai ke selatan kena drive pergi site. Rasanya masa aku lebih banyak habis dalam kereta Wira yang kini memang dah 2 tahun jadi hak milik aku sepenuhnya. Tak terfikir nak tukar kereta lain 028.gif. Orang kata belilah kereta auto, duduk di Bandar besar macam ni, pakai auto sangat praktikal. Ye… sesungghnya aku sangat takut bawak kereta auto. Tak tahu kenapa 032.gif.

Bekas bos pernah kata, aku bawak kereta macam ribut. Tapi, lepas tu dia jugak yang perturunkan skill memecut di lebuhraya pada aku 011.gif. Ya, bekas bos aku memang tak guna, tapi dalam sesetengah hal, aku bleh ngam dengan dia terutama kalau bincang pasal kete. Elly pun penah kata masa memula jumpa dulu, akak pun bleh jadi pelumba. Ya… memang aku ada hati nak jadi pelumba. Tapi aku katakan pada dia, tak ada maknanya sekarang kalo aku nk jadi pelumba… dh tua, dah bersuami… ada anak. Mimpi sajalah 009.gif.

Jadi bila tertengok balik iklan ni secara online… semangat nk mencuba tu ada balik… aku pun dengan hati berkobar-kobar mula isi form.

Why should you be one of the Red Bull Rookies? (not more than 100 words) aku dh excited nak letak jawapan antaranya… Because I don’t want to be a road racer for the rest of my life! Hahaha… 005.gif

Tapi tetiba-tiba tangan aku berhenti menaip. Kenapa? Salah satu syaratnya buat aku kecewaaa… Be 18 – 30 years old! 012.gif

Umur aku dah nak masuk 31 ujung tahun ni. sedangkan pemilihan itu untuk tahun depan punya! Terus aku closed form 002.gif dan menceritakan dengan penuh perasaan kecewa kepada hubby. Dia diam tapi lepas tu tersengih panjang. Hampes… ngutuk aku dalam hati ler tu… lagi satu aku macam terasa dorang nak mencari perempuan yang berwajah model juga jdi pelumba… almaklumlah… tgk saja 4 pelumba rookie yang terpilih menyertai Merdeka Millenium Endurance tahun ni… vogue dan tidak bertudung dan bergaya mcm model… adui! 008.gif

X pe la… manalah tau suatu hari nanti aku jadi kaya, akan ku beli jugak Evo bawak masuk Sepang 011.gif. Huhuhu…Berangan lagi!

Jadi kepada awek2 yang masih muda di bawah usia 30 tahun, silalah lawat laman web Red Bull http://www.redbull.com.my/rbfds/index.html untuk keterangan lanjut menjadi pelumba wanita. 048.gif

pompom.gifpompom.gif pompom.gif

2 comments:

  1. Rose, mula2 aku baca entry kau ni, aku pun dah excited nak try. Tapi bila part umur tu... uhuk...uhuk... aku sudah 5 tahun melewati umur 30 tuh! Hahaha

    Aku pun baru2 ni sound kat husband aku... kalau aku ada duit yg berlebih2 tu (sbb skrg ni cukup2 jer..hehe) aku nak enrol utk advance driving class atau nak cuba hobi baru... jadi female drifter! ok tak? hahaha...

    ReplyDelete
  2. Hahahaa... Hezzy... aku dh agak dah... ko mesti berminat... tp frust kan tgk had umur tu... hehehe
    ko minat drift eh? aku kureng skit... lebih suka ala2 sprint test... sebenarnya teringin nak masuk merdeka millenium Endurance... tp apakan daya, cam ko ckp, duit skg cukup2... keke... kene tunggu royalti cecah setengah juta, baru leh kita buat camtu... hahahaha... angan2 weh!

    ReplyDelete