Tuesday 11 November 2008

BESTNYA BERIKAN CINTAMU


Petikan dari laman web Alaf 21. Klik imej untuk terus ke sana.

______________________________

Zaidah Harun

Kemaman, Terengganu

zaidahharun@yahoo.com

Saya seorang yang gemar membaca. Hobi saya pada waktu lapang ialah membaca novel terutamanya novel terbitan Alaf 21. Saya mula membaca seawal usia 11 tahun. Pada mulanya, saya hanya meminjam daripada rakan sahaja. Namun tidak lama kemudian, saya telah mula membeli novel untuk koleksi peribadi menggunakan duit poket. Saya rela mengikat perut dan sanggup tidak makan di sekolah semata-mata untuk membeli novel. Tambahan pula sekarang saya dalam proses menguruskan badan. Dengan duit simpanan itu, dapatlah saya membeli novel terbaru yang berada di pasaran. Dan kini, saya memiliki novel pelbagai judul terbitan Alaf 21.

Rakan sekelas saya memberitahu novel 'Berikan Cintamu' karya Rose Harissa sangat menarik. Bagi saya, Rose Harissa merupakan satu nama baru tidak seperti Aisya Sofea, Sharifah Abu Salem, Ramlee Awang Murhsid, Anis Ayuni, Damya Hanna dan lain-lain lagi yang telah menulis novel sejak lama dahulu. Oleh itu, saya tidak berkeyakinan terhadap novel 'Berikan Cintamu' dan tidak mempercayai kata-kata rakan saya.

Baru-baru ini, saya telah pergi ke kedai buku yang berdekatan untuk meninjau novel keluaran baru. Mata saya terpaut pada novel 'Berikan Cintamu' yang pada masa itu hanya tinggal senaskhah lagi di atas rak buku tersebut. Tanpa berfikir panjang, saya telah mencapai novel tersebut lalu membayarnya di kaunter. Perasaan ingin tahu kehebatan cerita novel ini membuak-buak dalam hati. Saya mengambil masa selama satu hari suntuk untuk menghabiskan novel ini. Ketika itu saya tiada aktiviti, masa panjang untuk membaca novel ini.

Selepas selesai membaca, ternyata rakan saya benar. Novel 'Berikan Cintamu' sangat best. Tidak rugi saya membelinya. Sekarang saya dalam proses membaca novel ini untuk kali kedua kerana tidak puas lagi membaca kisah yang dipaparkan dalam novel 'Berikan Cintamu'. Walaupun penulisnya masih baru dalam bidang ini, namun tidak saya nafikan Rose Harissa seorang penulis yang hebat. Saya ingin memiliki novel kedua beliau iaitu Cinta Mekar Di Hati. Harap novel itu juga menarik.


________+++++_________

Nota Kaki : Setelah sekian lama, aku ingatkan dah tak de orang nak baca BCM lagi... hehehe... Alhamdulillah... nampaknya ia masih diterima baik oleh pembaca... Terima kasih!

4 comments:

  1. BCM memang jiwang lah! hehe.. suker nih! *jiwang mode*

    ReplyDelete
  2. lohh... BCM kategori jiwang ke rinn? ingat pop! hahaha

    ReplyDelete
  3. pop? pop kat mana.. aku tak reti pulak nak letak pop ker tak pop kat novel. BCM love story tak heavy tapi ada part geram dan sedih. citer2 cam ni tak boring baca biler2 pun. you made citer simple dan tipikal jadi special dan sweet. tahniah :)

    ReplyDelete
  4. hahaha... aku gurau je la rinn... adui statement ko tu buat aku blushing ler... yela... aku pun tak suka buat citer yang memeningkan kepala pembaca... biar ringan kepala dan terhibur... tengkiu rinn!

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016