Nov 10, 2008

Sehari di NB Kara

BY Rose Harissa IN No comments

Hari ni aku bertapa seharian kat opis kak Yati (NBKara). Sebelum tu siap sesat sebab menonong aje masuk ke jalan menghala ke umah kak Lily, sebab biasanya kalau ke Kajang ke rumah Kak Lily dulu. Bila tersedar, baru teringat kenapa pulak aku nak ke rumah kak Lily, ahkak tu skang kat Bali! Aku terus berpatah balik. Tapi langsung salah masuk jalan . Last-last janji kul 10, akhirnya dalam 10 lebih baru sampai. Tujuan bertapa sebab nak siapkan (final touch-up) cover novel Kak Yati ‘Chinta’ sampai aku sendiri jatuh cinta ngan Raja Akid. Sebab dah siap pun duk renung lama-lama lagi… hahahaha…

Konon-kononnya lepas siap kerja, nak balik tapi last-last sampai kul 6 lebih juga bertapa di situ. Kalau dah jumpa Kak Su memang tak renti ler berborak macam-macam topik. Terima kasih kak Yati untuk makan tengahari yang sedap! Terima kasih gak kat Kak Su sebab banyak ajar saya teknik-teknik penerbitan. Barulah faham…

Akhirnya berjaya juga aku menyerahkan ‘Raja Akid’ dengan sempurna pada Kak Yati. Tak sabar nak tunggu ‘Raja Akid’ keluar bulan 12 nanti. Dengar Kak Su cerita dan reaksi overdosed suami Kak Nida, editor Kak Yati membuatkan aku teruja nak menatap ‘Raja Akid’ in person! Nanti aku persembahkan kat sini bila dapat lampu ijau dari kak Yati.

Sambil-sambil itu, adalah juga berborak pasal proses editing novel ‘epal ijau’ aku tu… aku dah tergelak besar bila kak Yati bagi satu gelaran kat novel tu. Oppss… tak boleh beritahu kat sini. Silalah baca dan korang pasti akan cakap begitu juga. Adalah beberapa perkara sensitif yang aku sentuh dalam tu… kak Yati soal balik aku. Aku gelak besar. Bukan tak nak jawab terus-terang… tapi jawapan tu hanya lelaki sahaja yang boleh beri jawapan. Dan balik tadi aku confirmkan dengan hubby, dia mengiyakan apa yang aku tulis itu memang benar!

Tapi mungkin ia akan jadi persoalan pada sesiapa yang membaca, dan mungkin tak boleh terima apa yang aku tulis tu. Mungkin yang tidak tahu, akan cakap... mana ada perkara macam tu! Tapi itulah realiti yang berlaku di sekeliling kita. Aku pun tak boleh nak komen apa-apa lagi sebab novel ‘epal ijau’ belum ada di tangan aku lagi. Belum tengok final produk. Tak tahu bab mana lepas LPNB (Lembaga Penapis NBKara atau yang mana tidak ) Tunggulah kemudian komenlah…

Apa yang aku nak cakap pasal watak2 dalam SDH :

Zarul itu inspirasi dari kenalan yang pernah terjebak jadi gigolo. Kisah dia tu menarik minat aku untuk dikisahkan . Jadi apa sahaja perlakuan dia di dalam itu adalah berdasarkan apa yang dia ceritakan kepada aku. Sebagaimana Zalina Asha buat kepada Zarul, itulah yang pernah 'datin' itu lakukan kepada kawan aku tu.

Intan Edrinaz atau Inn pulak aku pinjam nama kawan baik aku Intan Nazira yang juga dipanggil 'Inn'. Sebagai mengingati dia.

Ainon Nisa, memang nama sebenar. Juga kawan baik aku yang sentiasa ada dalam hati aku

Shamsul Azman, watak lelaki tanpa perasaan yang menggunakan cara yang salah menunjukkan egonya sebagai suami supaya isterinya tak pijak kepala dia.

Junaidah itu adalah watak sebenar seorang perempuan yang pernah menggoda hubby aku . Ya! Aku tak suka pergi serang depan-depan atau maki-maki perempuan lain. Kalau dia boleh main secara halus, aku pun boleh . Semua karaktor, SMS dia aku paparkan sebijik-sebijik dalam SDH. Ini cara aku bagi pengajaran biar satu dunia tahu bahawasanya memang ada perempuan sebegitu di dalam dunia ini. Jadi para lelaki, hati-hatilah... jangan sampai terjebak dengan perempuan begini...

Dan konsep penceritaan aku, biarlah awal-awal tu orang marah-marah dan tak boleh terima cara Zarul dan Edrinaz. Tapi aku mahu orang yang membaca SDH jatuh kasihan pada mereka pada akhirnya.

Bukan suka-suka aku menulis begitu… ada pengajaran di penghujungnya. Aku tak mahu sekadar tulis cerita berangan-angan (seperti yang selalu abah aku cakap... iskkkk). Aku mahu tulis cerita realiti. Kalau cerita pasal orang kaya, biar sampai orang yang membaca tahu, itulah gelagat orang kaya sebenar. Kalau cerita permasalahan rumahtangga, biar orang tahu, ada juga masalah yang begitu dalam dunia ni. Apa yang berlaku di sekelilingi aku, kawan-kawan aku, pengalaman dan sebagainya, itulah yang aku terjemahkan di dalam novel.

Itu saja cerita hari ini.

Kerana aku mula rasa nak demam… dah agak akan demam sebab hubby baru sahaja kebah dari demam. Maka sisa-sisa demam tu macam biasa, aku yang tanggung!

0 comments:

Post a Comment