Dec 13, 2008

Ulasan CMDH dari Amnie

BY Rose Harissa IN No comments

petikan dari laman web: http://amnies-dreams.blogspot.com/

12/13/08

Cinta Mekar Di Hati

Finally, aku dapat habiskan Cinta Mekar Di Hati karya Rose Harissa. Best cerita tu, and yang paling seronok part konflik.
Aku rasa, ni satu-satunya novel yang aku pernah baca, yang tunjukkan seorang lelaki terseksa sangat-sangat hanya sebab cinta. Tak boleh nak cerita lebih-lebih sebab aku boleh cakap yang hero cerita ni Tengku Ady Rafizal memang lelaki yang best gila. Jujur, alim, sabar walaupun mula-mula dia ni cepat temper, tapi in the end, semua yang baik-baik pergi kat dia. Haha.
Watak Fasha pun best jugak, terlampau lurus sangat and jujur.
Yang menarik lagi pasal cerita ni bila penulis tunjukkan banyak benda yang kita tak sedar berlaku dalam hidup kita. Salah satunya pasal sihir. Well, aku percaya ramai orang dah lupa dengan sihir and tak nak percaya pun kan, even aku pun tak percaya sangat dengan sihir. Tapi bila baca novel ni, aku sedar balik sihir ni tak pernah berhenti. Lepas tu pulak pasal mertua tak terima menantu pasal menantu tak sama taraf. Ramai tak percaya benda ni, tapi benda ni still berlaku kan.
Watak Tengku Alis pulak memang betul-betul buat aku benci dekat dia. Well, nampak sangat perangai dia yang jahat tu. Watak Fahrin yang kira jahat pun buat aku menangis gak. Dia buat jahat semata-mata nak tolong mak dia. Wow, walaupun cara salah, tapi benda ni tunjuk juga kasih sayang dia kat mak dia.
Overall, cerita ni best lah. Memang lain daripada cerita Berikan Cintamu karya sulung Rose Harissa. Aku tak pandai nak comment cerita sangat, tapi apa aku rasa aku tulis balik lah. Cerita ni walaupun dah lama published, aku agak ketinggalan sikit baca sebab nak habiskan PMR. Haha. Okeylah, tu aja kot. Aku baru lepas cabut gigi, sakit lgi ni. Hee. Sorry lah kalau review tak best. First time ni. Nak buat ayat tu rasa serba tak kena. And lagi satu, ayat aku pun ayat biasa-biasa aja. Hee.
Tahap suka ;

Free Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.orgFree Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.orgFree Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.orgFree Smiley Face Courtesy of www.FreeSmileys.org





0 comments:

Post a Comment