Jan 9, 2009

MULANYA SATU CINTA

BY Rose Harissa IN , 19 comments

SUDAH TERBIT!!!


Tajuk : Mulanya Satu Cinta
Harga RM18.00
MS: 496
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Terbitan : Januari 2009

EDDY EZLI dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih bergelar pelajar. Malangnya, ketika anak mereka, Afizan berusia dua bulan, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang.

Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya.

Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu.

Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya 'mama'. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie.

Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli.

Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima keputusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati?





Kau nak aku berterus-terang? Ya, kau memang menjadi bebanan aku. Tapi aku perlukan kau sebagai bebanan. Iryanie… aku ibarat kapal. Tanpa bebanan yang dilemparkan di laut, kapal itu akan terumbang-ambing. Kau ibarat sauh. Tanpa sauh, aku akan terumbang-ambing tanpa arah…” - Ezli


“Iryanie… kau tahu tak, bila aku melihat kau, aku rasa aku dah bertemu dengan tulang rusuk aku yang hilang…”

__________________________

ALHAMDULILLAH.... novel yang aku nantikan sudah terbit. Novel ini paling aku tunggu kerana novel ini sangat mudah untuk aku siapkan kerana flow ceritanya mengalir tanpa henti. Pendek kata, aku menulis cerita ini tanpa gangguan 'writer's block'. Bahkan Eddy Ezli adalah hero yang paling aku suka. Hero yang buat aku teruja untuk siapkan cerita ini. Dinilai sebagai keras hati, sombong oleh sesiapa sahaja yang tidak mengenalinya secara peribadi. Tetapi dia sebenarnya seorang yang sangat penyayang. Memang aku rasa dekat dengan Ezli. Apatah lagi dengan dorongan editor aku, Kak Ruby yang sama-sama berinspirasi ketika mengedit cerita ini.
Menghidupkan watak Ezli memberikan keseronokan untuk aku . Idea yang terhasil ketika aku terlihat seorang jejaka berwajah manis berjalan berpimpin tangan dengan budak lelaki berusia lingkungan 7 tahun di Carrefour awal tahun lepas. Bila mendengar budak tu panggil papa, aku terkejut. Tercari-cari kelibat isterinya tetapi tak jumpa. Terus terlintas dalam hati, agaknya dia duda? Mudanya! Ketika itulah tercetus idea dalam kepala dan aku terus menulis. Apa kata aku tulis cerita tentang lelaki pula yang mempertahankan hak penjagaan anak. Selama ini kan asyik perempuan aje yang dibela. Jadi apa akan jadi kalau lelaki pula yang menghadapi situasi sukar tu. Aku memang sentiasa mengimpikan untuk menulis cerita yang ringan tetapi manis dikenang serta penuh pengajaran.
Semoga terhibur membaca MSC ini.
Bila lapang nanti aku akan tampalkan gambar Ezli di sini.

19 comments:

  1. Salam Rose,
    Tahniah dgn 'baby' yg keempat! Baru je hari tu kita citer2, kan? Dh kuar pun si Ezli ni... panjang umur! Hehehe...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Hezzy...
    hahaha... aku anggap Ezli penawar segala kekalutan aku... kekeke...

    ReplyDelete
  3. ady rafizal tetap dihati ku..

    ReplyDelete
  4. kak rose,

    neway, gud jobs!
    dgn novel ke 4 nih!!
    sya bngga dgn penulisan akk semakin hari semakin saya menggilai watak2 yg akk smpiakan.

    akan tetapi,
    hehhehe :D

    novel epal hijau 2 tak dapat lagik!
    saya nka beli on9 jerk lah!
    insyaallah!!ada rezeki lbey..
    saya akan cuba dapatkan kedua-dua novel akk 2.!!!

    novel baru??? neh wat saya semakin lemah nihy.. YA ALLAH!!! saya bce prolog novel nih pon dah macam angau jerk.. :)

    ohhh.!~ hero yang sangat hensem,
    ady rafizal saya tak leh tinggal lagik even. mamat nih nampak macam ensem dari ady rafizal. LALLAALLA!!

    SYABAS!!!

    Sayang Kak rose <33

    ReplyDelete
  5. Salamz Rose ,

    Wahh.. dah keluar nvl baru lagi. dasatt nii..lebat aa thn ni.. kekek. Apa2 pun, semoga nvl baru ini akan diterima ramai, sambutan yg hangat bangat dan laku keras.

    Yihaa..

    ReplyDelete
  6. TAHNIAH... sejujurnya xsuke baca novel, tp beli rajin tuk wat koleksi gobok.. wakakaka...

    ReplyDelete
  7. tahniah! mcam sebulan sekali kuar buku ja. hehe

    ReplyDelete
  8. Salam dik yang....
    Akak dah katam dah teruja nak baca sampai habis... cite yg santai tapi tetap menarik ha ha ha lepas ni naiklah saham Eddy Ezli duda terhangat yg ego dlm ego ada sifat manja yg menarik hubungan Ezli & Afizan..terharu

    ReplyDelete
  9. Adinda : setianyaaaa kat ady! :)

    Cikyuyu : hehehe... nanti bacalah yea... tgk cikyuyu angau ke dak dengan Ezli... apapun akak nak ucapkan jutaan terima kasih kat cikyuyu sbb tak henti2 sokong akak... :)

    Mersik : apa yang lebat? hujan mmg lebat skg ni... kekekek... terima kasih banyak mersik...

    Kabussenja : tengkiu nurra... takpe.. aku paham

    Rinn : tengkiu... heheh pasni lama la pulak nak kuar... lek jap...

    Qimi : bonda, terima kasih banyak2... mmg citer tu santai sangat sbb saya tak nak pening kepala... kerana nak tumpukan pada watak Ezli... heheh.. terima kasih kerana membaca... :D

    ReplyDelete
  10. TAHNIAH!!

    rasanya baru bln lepas baca novel terbaru kak rose, bln ni ada lagi. kena cari nih... -> Sambil tgk poket ayang hehehe

    norajarigebu :- dasat!! setiap bulan kuar novel erk!!

    ReplyDelete
  11. Wah...smlm pegi MPH...x tau pulak dh kuar novel terbaru. Rasenye baru lagi saya beli novel "serasi di hati". Hari ni buka blog, dh ada info pasal novel terbaru ni. Tak sabarnyer nk beli...congratulation...

    ReplyDelete
  12. Su : hehehe... lepas ni lambat pulak novel akak... ezli kira novel untuk akak rileks...

    Ilyah : takpe... terima kasih sbb baca SDH... MSC ni... baru je lagi dan citernya pun santai je. Pasni nak rileks jap... cari idea baru...

    ReplyDelete
  13. Dear Rose...

    Pertama-tamanya nak ucapkan tahniah atas kelahiran Baby baru... ngetop dan mantap gitu... Pu3 ada kesemua novel rose...dari yang pertama dengan alaf hingga dengan NB pun pu3 ada. Serius every novel yang rose hasilkan punya kelainan dan lari dari yang telah dihasilkan sebelumnya. Cuma satu yang nyata masih sinonim dengan rose iaitu heronya pasti ngetop dan handsome gitu... dapat bayangkan dan kadangkala leh jadi angau seh! apa pun tahniah... yang ke empat ni santai tapi best... bahasa selamba biarpun tak giler-giler, tapi memang suka sangat denagn watak duda sombong tapi manja dan penyayang tu... tahniah... nanti sign ekk kat buku pu3 dan nak gambar Ezli sama... boleh tak... boleh ekk....

    ReplyDelete
  14. pu3...
    terharunya saya membaca utusan pu3 di atas tu... terima kasih banyak sebab memiliki semua novel saya. terima kasih juga untuk komen2 itu... semakin saya rasa terharu tak terhingga...
    sejujurnya antara banyak hero saya memang sukakan Ezli...
    dan... semestinya, setiap novel saya hero mesti hensem pu3, barulah saya ada feel nak abiskan citer... kekekekek

    terima kasih banyak pu3... :) nanti Insya ALLAH kita jumpa dan saya pas kan gambar Ezli... ok?

    ReplyDelete
  15. kak rose,tahniah ye...saya dah call kwn saya yg memang ske giller dgn novel2 akak...tp maybe dia bli masa pesta buku nanti coz xtra diskaun...ehhe...papepun,congrats ya sis...

    ReplyDelete
  16. Fad: terima kasih banyak2 laling... errr... ada kawan fad yang ske giler ngan novel akak? alahai... terharu.. takpe, kat pesta buku tu mmg byk diskaun... kimsalam kat kawan fad tu ye

    ReplyDelete
  17. Saya tunggu nora di depan pintu PIPSB ... mana budak ni, dah siap ke belum tu? hehehe ...

    ReplyDelete
  18. wah, kak rose.. teruja saya nak baca buku baru kak rose ni. dah blh imagine dah mcm mana citernya. bila kak rose & da geng nak datang Pekan Ilmu?

    ReplyDelete
  19. Khar : alahaiiii... rasa nak ghaibkan diri aje... keke... tak siap lagi... ampun ya ampun

    knew R : hehee... tak sangka nurul teruja... dan bertanyakan soklan cepu mas tu... bila eh nk gi P.I... errr

    ReplyDelete