Jan 17, 2009

MULANYA SATU CINTA

BY Rose Harissa IN No comments

Petikan dari laman web : KELAB PEMINAT ALAF 21

Ulasan Novel : Mulanya Satu Cinta - Rose Harissa

Tulah… jangan terlalu benci jangan terlampau ego. Konon tak suka… konon tak akan tergoda jauh sekali terpikat, tak mustahil kata-kata itu memakan diri sendiri. Bila dah terjadi barulah mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena sebabnya merindu dan asyik terbayang-bayang lebih-lebih lagi kalau orangnya baik budi bahasa dan cantik pulak dipandangan mata. Sapa yang susah... lu pikirlah sendiri bro…

Itulah yang terjadi pada Eddy Ezli, seorang duda anak satu yang cukup ego dan sombong dalam tega mempertahankan kejituan sekeping hati dari diceroboh oleh insan bergelar perempuan. Hidup yang selama ini diuruskan oleh ibunya tiba-tiba berubah bila si ibu nekad untuk pulang dan menetap di kampung setelah sekian lama kembali menjadi tempat si anak bermanja dan bergantung harap. Kalut Eddy Ezli jadinya bila keputusan si ibu tidak dapat dipujuk jauh sekali diubah. Dalam rela penuh keterpaksaan dia mengikut saranan ibunya agar mendapatkan seorang pengasuh bagi anak lelaki kesayangannya Afizan. Maka bermulalah perubahan dalam hidup lelaki berstatuskan duda itu

Kehadiran. Iryanie cukup disenangi bukan sahaja oleh ibu Ezli malahan anak lelakinya membuatkan lelaki itu sengaja menyembunyikan sikap sebenarnya. Iryanie dijadikan teman bertelagah, berbalah hingga sukar mencapai satu persetujuan. Dia sengaja menyulitkan keadaan yang sepatutnya berjalan dengan mudah. Sindir menyindir bagai rencah yang menyempurnakan perjalanan harian mereka. Bukan Ezli buta dalam melihat kebaikan gadis itu, tapi pengalaman masa lalu bersama bekas isterinya Khairina menjadikan lelaki itu bagai fobia untuk mengakui segala yang dimiliki oleh Iryanie.

Berbagai kisah hadir sepanjang kehidupan harian mereka. Kemunculan Khairina yang ingin merampas kembali Afizan dari tangannya amat menyiksakan hingga kes menuntut hak penjagaaan dibawa ke mahkamah. Khairina tidak berpuashati dan kemuncaknya adalah tindakan nekad separa gila melarikan anak itu hingga membuatkan Ezli benar-benar terpukul.

Dapatkah bersama anaknya kembali… Sebagai lelaki normal, mana mungkin dia mampu untuk terus-terusan menutup dan menafikan bahawa nalurinya memerlukan belaian seorang yang bergelar isteri malah lebih penting anaknya amat membutuhkan kasih sayang seorang ibu hinggakan tanpa keizinan Ezli anak itu memanggil Iryanie dengan panggilan ‘Mama’.

Mampukah Ezli mempertahankan tugu keegoannya dan menolak Iryanie sejauh mungkin dari hati yang sudah mula menggoyah kasih??? Mengapa Iryanie tega membiarkan dirinya terjebak dalam sebuah perkahwinan paksa yang nyata tanpa relanya??? Apakah Afizan akan menerima Khairina sebagai mamanya semula sedangkan dalam jiwa anak kecil itu sudah ada Mama lain yang lebih disayanginya… Mulanya satu cinta punya jawapan pada tiap persoalan dan percayalah anda tidak akan bosan malah mahu berganjak sebelum tahu apa kesudahan kembara mereka semua.
Kau nak aku berterus-terang? Ya, kau memang menjadi bebanan aku. Tapi aku perlukan kau sebagai bebanan. Iryanie… aku ibarat kapal. Tanpa bebanan yang dilemparkan di laut, kapal itu akan terumbang-ambing. Kau ibarat sauh. Tanpa sauh, aku akan terumbang-ambing tanpa arah…” - Ezli

“Iryanie… kau tahu tak, bila aku melihat kau, aku rasa aku dah bertemu dengan tulang rusuk aku yang hilang…”

Apa kata aku sebagai pembaca

First time aku buka helaian pertama hati aku dah terpikat… bahasa santai yang cukup lepak yang digunakan oleh penulisnya aku rasa relex bangat. Gerek seh...Tak berat dan tak berserabut dengan plot yang digarap cantik bersulam dengan flashback dalam kronologi yang tak akan menyesatkan pembacaan. Tidak mudah hilang fokus dalam menghayati apa yang cuba disampaikan dalam tulisan penulisnya kali ini.

Segalanya smooth mengikut aliran bacaan kita, tapi kekuatan wataknya akan mengikat mata untuk berganjak sebelum menuju penamat. Aku tak tahu pada orang lain, tapi apa yang jadi pada aku adalah aku gunakan waktu yang sepatutnya aku lena untuk habiskan buku ini. Dalam erti kata lain, aku tak tidur gara-gara Mulanya Satu Cinta dan natijahnya esok aku ke office dalam keadaan mata yang sedikit sembab sebab tak tidur…. Hehehehehe tapi aku puas dan rasa berbaloi… Thanks Rose walaupun hang dah rompak masa rehatku yang sepatutnya.


Apa yang aku lihat dari tiap buah tangan Rose Harissa adalah heronya malah tak keterlaluan kalau aku katakana Rose cukup sinonim dengan symbol The Handsome Hero dalam tiap novelnya. Bermula dari Azalan dalam Berikan Cintamu, Ady Rafizal untuk Cinta Mekar Di Hati dan kini muncul pula Eddy Ezli bersama Mulanya Satu Cinta... Ceh! Tangkap jiwang seh… tapi itulah daya imaginasi yang dimiliki oleh penulis bernama Rose Harissa.

Tahniah sekali lagi dan aku perhatikan Rose sudah belajar dari kesilapan masa lalu. Kali ini lebih melakukan research dalam isu berkaitan dengan hukum dalam agama. Good jobs…

Itulah sikap yang harus dimiliki oleh setiap yang insan yang ingin bergelar penulis. Peka pada pandangan dan teguran pembaca kemudian memperbaiki dari masa ke semasa.

Mulanya Satu Cinta....
Meresap dihati terus ke jiwa Meski cuba ku tolak, ku humban dan ku nafikan Tapi nyata aku diburu kegagalan Bila wajahmu sering menggamit di pandangan Walau hakikinya aku tetap terlentang Di sebuah kamar yang masih kosong keseorangan….



Berikan Cintamu...
Pada aku yang sudah lelah menanti Mengharap dalam anyaman sebuah pencarian Menanti bersama sejuta impian, Biar ianya masih diawangan....

Cinta Mekar Dihati
Malu untuk ku akui Lantaran sukar untuk ku gapai dalam reality, Antara kita masih punya jurang Masih ada yang menghalang
Namun cinta yang mekar tak akan ku biarkan layu
Pu3Salju...


___________________________________________________

Jutaan terima kasih kepada Pu3Salju kerana sudi meluangkan masa membaca karya-karya Rose Harissa yang tak seberapa itu...

0 comments:

Post a Comment