Feb 18, 2009

'Hubby' atau 'abang'?

BY Rose Harissa IN 12 comments

Aku memang panggil suamiku dengan panggilan 'hubby'.
Dulu-dulu, masa baru-baru kahwin, ramai sangat orang mempertikaikan kenapa aku memanggil suami dengan panggilan 'hubby' dan kadangkala 'B'. Tak kurang jugak yang kata kurang sopan sebab itu menunjukkan aku tak menghormati suami kerana tak memanggilnya dengan panggilan 'abang'. Agaknya mentaliti orang Melayu, lain sikit aje dah pandang serong.
Sebaliknya aku kata, kenapa nak kena panggil 'abang'? Bagi aku, panggilan 'abang' itu hanya sesuai untuk adik-beradik. Yelah kalau dah adik pun aku panggil 'abang'... abang angkat aku panggil abang... kawan-kawan lelaki yang lebih tua aku panggil abang... kadang-kadang, lelaki tukang masak kat gerai pun aku panggil abang... ayat contoh: "Bang! Bungkus sup tulang dua!"
Jadi takkanlah aku nak panggil suamiku itu abang juga... dah tak special pulak rasa. Dulu-dulu pernah juga dengar orang kata tak sesuai panggil suami 'abang'. Aku tak dapat nak sahihkan kenapa... tapi rasanya orang bijak pandai tau pasal ni...
Dulu-dulu masa mula-mula bercinta, adalah sekejap aku panggil dia abang...yelah, sebagai menghormati dia yang lebih tua dari aku. Tapi kejap aje. Bila dah hubungan selalu 'on' & 'off', aku panggil dia dengan nama dan macam-macam lagi gelaran .
Bila dekat nak kahwin, aku usulkan kepada dia untuk memanggilnya 'hubby' sebab aku kata aku 'geli' nak panggil dia 'abang' . Aku lebih suka panggil 'hubby'. Jelas maksudnya suami kan? Yelah, nak panggil 'suamiku' kang nampak macam drama queen la pulak... . Dan dia tak kisah pun. Lagi pulak, dia sendiri pun berasa 'geli' kalau aku panggil dia abang!
Sekarang, dah macam-macam cara kami cakap. Kadang-kadang 'aku' 'kau', kadang-kadang 'saya' 'awak' dan kadang-kadang memanggil nama masing-masing, ikut situasi, mood, tempat dan keselesaan. Tapi pada permulaan perbualan aku mesti sebut panggilan 'hubby'.
Hormat atau tidak, itu pandangan orang luar yang tak tahu hati budi kami. Yang penting kefahaman kami antara satu sama lain. Bila aku panggil dia 'hubby' aku rasa sangat dekat dengan dia sebagai isteri.
Jadi, janganlah memandang serong apabila seorang isteri tidak memanggil suaminya, 'abang'. Yang penting kasih sayang.

12 comments:

  1. salam nora..
    Akak pun panggil suami hubby atau bi, kadangkala darling, kadangkala sayang. Setuju sangat bila panggil abang da jadi mcm abang kita pula, da jadi mcm abang sepupu, abang jual tomyam..he.he..mesti ada yg pertikaikan remarks kita ni..jaga2. Ramai pertikaikan dlm novel akak, kenapa isteri tak panggil suami abang, panggil nama aje..tak kisahlahkan..kalau namapun, asal hormat..buat apa panggil abang tapi tak ada perasan hormat, perasaan kasih..
    Di Turki, abang kandung dipanggil Abi, dilarang sama sekali..memanggil suami Abi..dia orang panggil Kocem (kojem sebutan) bermaksud suamiku..

    ReplyDelete
  2. salam kak yati...
    ha, tak sangka kita sependapat... hahaha, mmg sy dgr kak yati panggil pak seyit dengan panggilan begitu...
    saya mmg perasan dalam novel2 kak yati panggil suami dengan nama, saya suka! Saya tau akan ada orang pertikaikan remarks kita... saya sudah bersiap sedia... hehe..
    pasal gelaran Abi di Turki tu mmg saya tau... tapi yang 'abang' di Malaysia ni saya dah lupa sumbernya di mana... kalau tak harus saya tepek kat sini..
    ala... ni mcm kes sunnah berambut panjang tu la... hanya segelintir yang tau... :)
    hormat atau tak tu bukan bergantung pada panggilan ye tak? tapi pada sikap dan perlakuan kita sebagai isteri... ewaaahh... cam bagus je sy ni... haha

    ReplyDelete
  3. Salam cik nora,
    Baru hari tu duk 'bersembang' ngan kakyati pasal ada kawan akak kata dalam novel kakyati suami tak dipanggil abang. Heheh.. Tup-tup bila tgk tajuk n3 ni rasa nak tergelak..
    Panggilla apa aje asal bahagia.. heheh

    ReplyDelete
  4. Alar.. cik rose, lupa nak tanya... cik rose org Pahang ek? Rasa ada terbaca... klu ya, pahang kat mana? Akak dulu pernah sekolah men. jerantut, masa form six. Ayah keje kat Felda Pdg Piol. Lepas pencen, terus beli tanah kat Desa Murni Kerdau..Jadi orang bandar ikan patin kita..

    ReplyDelete
  5. alaa rose kalau liza,liza panggil nama saja dil tak tahu kenapa tak panggil abang,bagi liza kalau panggil abang seolah2 kita adek beradek pula tapi suami liza panggil liza alai,panggilan manja buat liza...kha..kha..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. hi che rose...
    dhan panggil suami kengkadang abang tp kengkadang che nafis... tp mmg lg byk panggil che nafis.. dia panggil dhan che dhan.. ataupun sayang jer... tp xsuke sgt panggil abang... cam xbesh.. hehehehe...

    ReplyDelete
  8. hik..hik...aparaaa geli-gele pulak...
    aku pulak sebelum kahwin aku panggil sweetheart aku tu 'dear' hubby pulak panggil aku 'sayang'
    lepas kahwin aku panggil dia 'abang',dah lama2 tu aku panggil 'dear' balik..kalau berbual kitorang ber 'saya-awak' je...dah anak ni kadang2 aku panggil 'ayah'...
    tapi hubby tetap panggil aku 'sayang'
    tak pernah lak bincang nak panggil ape sebelum nie...spontan jer..
    tapi 'aku-engkau' memang diharamkan...he...he..he..

    ReplyDelete
  9. Salam Rose,
    Eh, eh sama lak kita ni.

    Hubby kau pun mcm hubby aku jugak.. geli bila dipanggil 'abang'. Agaknya suara aku panggil dia 'abang' tu kot yg menggelikan dia!! Hahaha

    Daripada dulu sampai sekarang, panggilan kami pun ikut mood dan situasi jugak. Sebab tu akan kedengaran panggilan spt ini antara kami 'You-I, pa-ma, yang-darling, en Am-che, kau-aku.'

    ReplyDelete
  10. Ada orang tak suka panggilan abang.. Kononnya akan membuatkan perhubungan mereka terasa seperti sumbang mahram..!!
    Kehkehkeh..!! Aparaaa..

    90% lelaki suka panggilan 'abang'.. Jadi tak reti-reti lagi?.. Laki happy, bini pun ikut happy jugak..!!

    Nota kaki:-
    Dulu mak saya panggil ayah saya 'ayah'.. Tapi lepas dia dengar bini saya panggil saya abang, dia pun ikut sekali panggil ayah saya abang..!! Kehkehkeh..

    ReplyDelete
  11. Hey samalah ngan kak eka! Tak retilah nak panggil abang kat hubby. Bukan abang Id yang geli.. Kak yang geleman sendiri....hahahaha
    Lepas 20th kahwin, segala panggilan dah keluar! heheehe

    ReplyDelete
  12. Nik : laa.. pernah sembang dengan kak yati pasal ni ke? hahaha.. betul tu, panggilah apa saja, janji bahagia... saya orang Felda Chini! :)

    Liza : oh, liza pun sama rasa cam tu eh? hehehe..

    dhan : panggilan che' tu macam agak nostalgia... lagi pulak dengan suami isteri...hahha... best!

    yus : yelerr... aku geli... hahah... macm2 gak panggilan korang eh? tapi aku sentap bab 'aku''kau' diharamkan tu hehehe...sbb aku ngan hubby selamba jekk... :P

    Hezzy : ko ngan aku mmg banyak perkara yang sama eh? betullah tu cakap ko... geli kan? aku kau pun dh selamba jek... heheh

    Cer : amboiii... ko satu2nya lelaki mithali kat sini.... 'menci' betui sis ngan statement ko tu... hak hak hak...
    macam macho je nota kaki tu... kekekeke...

    Kak Eka : yey! rupanya ramai geng ngan saya dalam bab ni ye... tula.. bila dahlama, segala panggilan kuar... janji, sayang!

    ReplyDelete