Sunday 8 February 2009

LOMPAT TIKAM

Hahaha... macam takde kena mengena aje tajuk di atas...
Sebenarnya, masa balik kampung baru-baru ni mak dan adik-adik aku bagitau, Sales Manager dari company lama dulu ada call mintak nombor baru aku dan mintak nombor hubby. Katanya nak ajak minum-minum. Mujurlah aku awal-awal lagi dah pesan jangan sesekali bagi nombor handphone aku pada orang lain. Aku tak suka diganggu!
Tapi dalam hati berkata jugak, tu takde lain nak meluahkan perasaan tak happy kerja kat C****loy lah tu! Bukannya apa, dulu masa aku kerja, aku nilah tempat dia mengadu domba akan gaji kecik, komisyen kecik, tak cukup nak tampung belanja sekolah anak-anak. Sebab company lain, kalau jawatan Sales Manager, gaji basic tinggi amat. Tapi bos aku ni dia ada satu teori hampes. Biar basic kecik, nanti dapat sales banyak, komisyen pun banyak jadi kena kerja keras. Samalah jugak macam aku ni. Designer tapi lepas tu terlibat gak buat sales bila bos nampak potensi aku. Tapi komisyen aku tak sama dengan sales exec. Kalau sales exec dapat 3%, tapi aku cuma dapat 1.5%. Alasan dia aku ni bukan full time buat sales. Tak puas hati? Memanglah... tapi pada aku masa tu oklah dari tak dapat langsung. Dah kebetulan ada chance buat duit lebih.
Aku ni memang cakap lepas jugak. Dah terbiasa kena trained dengan cara kerja yang kasar. Jadi kalau setakat nak mencarut dalam Kantonis tu, memang cair di mulut aku. Lagi pulak bos jenis maki orang tak ingat tempat. Sedap mulut dia aje. Sedikit sebanyak memang aku faham kalau dengar orang Cina bercakap. Lagi-lagi kalau dalam dialek Hokkien. Ni bukan sebab aku beriya-iya belajar. Tapi kalau dah 8 tahun bergelumang kerja dengan Cina, sedikit sebanyak dah boleh tangkap percakapan diorang. Lagi pulak bos aku kalau meeting, setiap Sabtu lebih banyak cakap Kantonis dan Hokkien. Sampai ada satu ketika kontraktor mengata aku sebab aku ni perempuan kat site dan takde pengalaman, aku sound balik dalam bahasa Melayu. "Lu cakap baik-baik sikit aaa! Ingat saya perempuan saya tatau ka macam mana nak solve itu problem. Tiu****" Mereka apalagi... pandang aku dengan muka terkejut ....
Satu hal bos aku ni dia suka sangat pandang rendah pada orang lain. Malah dia pernah sound aku, "Hey, perempuan, tak bolehkah lu pergi beli baju mahal sikit? Lu tiap-tiap hari jumpa datin, jumpa tan sri tak malu ka pakai baju pasar malam? Orang tengok pun tak ada hati lu tau ka?"
"Kalau nak saya beli baju mahal, bagilah saya gaji mahal. Ala, saya pakai macam ni pun, datin2 tan sri tu suka jugak dengan design saya. Tak payah nak confirm banyak kali pun macam Miss **** tu!"
Ha... berani kan aku cakap dengan bos macam tu? Apa nak takut? Benda betul. Dan dia memang terdiam tak boleh nak bidas balik. Itu hakikat. Memang aku sebenarnya malu jugak bila berjumpa orang-orang kenamaan dengan pakai baju kurung atau blouse yang tak ada jenama. Tapi aku sedar kemampuan aku kat mana. Orang kata beli baju ukur badan sendiri. Dah memang aku tak mampu, buatlah cara yang tak mampu. Cuma kelebihan aku, tak perlu pedulikan sangat penampilan tak seberapa aku kerana mereka lebih memandang kebolehan aku merekabentuk ikut kehendak mereka. Jadi diam tak diam, dalam tempoh 2 tahun aku handle projek dari A sampai Z, adalah dekat RM2 juta aku bawak masuk sales. Bukan jumlah yang sikit untuk aku seorang tu . Sedangkan sales exec yang lain, goyang kaki makan gaji basic, makan elaun. Aku? Mana ada elaun minyak, handphone. Macam buat kerja amal la pulak untuk company. Macam mana aku tau figure tu? Mana taknya, lepas pekerja setia bos ditendang dari company, aku yang buat akaun basic kat situ, sementara nak dapat pekerja (ramai pekerja tak tahan kerja sini sebab gaji kecik.
Sales Manager ni selalu jugak provok aku, katanya satu hari nanti, bos akan suruh aku buat sales full time, nanti orang lain akan buat design. Tak faham aku napa ah so tu cakap cam tu. Alih-alih, dia mengadu macam-macam kat bos. Lagilah aku stressed. Mula-mula dia tak mengaku. Tapi aku ni ada gerak hati yang kuat. Kadang-kadang aku boleh rasakan sesuatu yang tak kena. Kalau hati aku berdebar dengan kuat tu, memang adalah something wrong somewhere. Bos memang maki aku. Langsung dia tak percaya aku lagi. Sampai satu tahap, dia buat spekulasi, aku bagi barang lebih pada customer. Petty cash yang aku pegang, bank in slip yang aku failkan, dia suruh orang lain semak sebab tak percaya aku lagi. So, that's it! Aku perlu tarik handbrake dan ambil keputusan drastik, berhenti kerja cara terhormat sebelum ditendang macam sampah! Orang dah tak percaya, aku pulak bukan jenis 'kajang pak malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu'. Macam melukut di tepi gantang la pulak. Aku cuma percaya, hari hijab akan terbuka juga. Ha, sekarang jangan cari aku balik ajak minum-minum... aku dah tak sudi. Orang talam dua muka, balasannya kita kena buat menyombong balik.
Tapi tak sangkalah, bila dah buat freelance ni, ada juga kejadian tikam-tikam belakang ni . Agaknya, orang yang outspoken macam aku... macam kak lily... orang lain senang nak jadikan kambing hitam untuk tutup kesalahan mereka. Pendek kata, diorang cuma berani baling batu pastu sorok tangan kat belakang. Aku memang outspoken, tapi kadang-kadang lepas tu aku lupa apa benda yang aku marahkan. Yelah, dah lepaskan semua kemarahan jam tu jugak...(formula aku nak elak dapat sakit jantung atau kena darah tinggi). Lepas tu mana nak ingat lagi. Lainlah kalau jenis orang yang suka simpan, pendam... depan orang manis mulut aje. Tapi kat belakang? Orang-orang macam ni lebih bisanya dari ular senduk atau tarantula!
Perkara-perkara beginilah yang buat aku malas nak bercampur gaul dengan orang. Rasa nak buat perangai masa kat U, buat hal sendiri tanpa peduli pandangan orang lain. Biarlah orang nak kata jadi kera sumbang sekalipun. Memang susah kalau hidup dalam kelompok manusia dengki mendengki ni. Silap-silap kita tak ke mana sebab terlalu memikirkan umpatan orang.
Macam mana aku menangani masalah-masalah begini? Aku tak ambil port . Buat tak tahu dan biarlah... biarkan mereka dengan mulut mereka. ALLAH Maha Adil. Dalam keadaan sibuk sekarang ni, aku dah tak ada masa nak ambil tahu hal orang lain. Bezanya sekarang aku dalam dunia freelance, orang nak kutuk ke, nak pijak kepala ke, nak burukkan aku ke... dah tak terasa sangat. Apa yang penting, kerja aku jalan dengan lancar .
Lagi pulak hubby pesan kat aku, tak payah peduli orang-orang begitu kerana aku tak begitu kenal mereka.
Yeap... biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!

Azam aku, aku perlu dapatkan 'graphic tablet' (nak jenama Wacom) dalam tahun ni gak! Walau apa orang kata, one fine day, aku nak buat gak novel grafik!



2 comments:

  1. kiter same lah rose...bos aku skrg pn cm nie..huh..huh..aku bersabor disini pn ada sbb kalau x dh lama aku blah...!!

    ReplyDelete
  2. teja, aku dah lama sangat sabar, lapan tahun... lama tu.
    Tapi skg ni cabaran lompat tikam tu rupanya dari besar dan meluas...
    aku harap ko tabahlah yea kat tmpat kerja ko tu... hehe

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016