Monday 23 February 2009

Sesi fotografi PTS bersama Elly

Salam bertemu kembali dari pertapaan... Hari ni aku timbul balik. Hari ni jugak keluar rumah ke PTS untuk mengambil saudara Ikram dan saudara Zaidi kerana kami ada temujanji sesi fotografi dengan Elly di bengkel Petronas Ah Hong kat Jalan Sentul. Bukan senang nak dapatkan Elly sementelah dia kini lebih suka bertapa di kampung halaman, Perlis sepanjang cuti perlumbaan. Last jumpa Elly masa race kat Sepang Disember lepas. Ini pun dia dan Ikmal turun ke KL sebab rakan sepasukan, Zamri Baba melangsungkan perkahwinan di Klang. Aku aje yang tak dapat pergi walaupun mendapat jemputan dari Elin, tunangan Zamri Baba.
Sebenarnya aku tak tau pun jalan ke bengkel Ah Hong... cam biasalah, aku memang fail geografi KL, hanya tau kedai dia lot tepi depan balai polis Sentul. Sesampai kat situ dalam jam 10.30 pagi. Oleh sebab Elly masih kat rumah, jadi kami minum dulu! Tujuan sesi fotografi ni sebab nak ambil gambar untuk cover buku Evolusi Elly : Daripada Rempit Kepada Juara. Mock-up cover yang dibuat oleh saudara Zaidi , memang gempak! (Tak sangka rupanya kita sekapal ye Zaidi, bekas budak Arkitek) . Aku pun dah terkagum-kagum macam tak percaya tengok cover yang baru peringkat mock-up tu. Tapi memandangkan gambar yang digunakan adalah gambar lama, gambar zaman Elly masih comot dan berlemuih, maka itulah sebabnya diadakan sesi fotografi.
Wah! Makin bergaya adik aku tu... bak kata Zaidi, lepas ni bleh shoot untuk AF pulak! ... Eh? tapi sepupu Elly, Aweera (17 tahun) dah berjaya jadi top 12 One In A Million (3). Aku pernah jumpa Aweera ni masa bertapa kat Perlis kutip cerita dan gambar dari Elly hujung taun 2007. Muka depa ni sepupu sepapat lebih kurang aje... kiut! Adalah bangchaq dan Elly tunjukkan studio jamming aweera and the band kat satu cafe popular kat Kangar tu, apa nama tah, tak ingat. Elly bila lagi gaknya nak tunjuk bakat terpendam... hehe...yelah Elly ni pun ada bakat nyanyi dan main gitar. Tapi satu aje... kurusnya tetap maintain walaupun dah masuk cabaran tingkatkan berat badan. Naik sekilo aje! haha. Tapi itulah, sekurus-kurus Elly, biarpun orang tak pandang pada pelumba motor cub prix, diam-diam, mampu juga pakai BMW! Aku yang menulis ni bila lak mampu pakai Evo ye?
Berbalik kepada fotografi tadi, macam-macam gaya mereka minta Elly buat. Dari pakai racing suit, sampailah pakai uniform pasukan. Aku tukang tengok aje dan snap gambar sendiri untuk buat update kat blog ni. Dah sampai tengahari, Elly ada ajak makan sama-sama lagipun dia nak balik ke Perlis petang ni jugak. Tapi dah tak sempat sebab aku kena hantar saudara Ikram dan saudara balik ofis memandangkan mereka ada temujanji lain. Adapun, ketika melihat kesungguhan saudara Ikram dan saudara Zaidi tadi, aku sebenarnya terharu amat. Terasa berbaloi segala usaha dan jerih aku sepanjang menghadap buku ini. Bukannya apa... buku ini kisah benar, ada motivasi... orangnya pula masih hidup jadi cabaran tu sangatlah besar dan berat tanggungjawabnya untuk memastikan Evolusi Elly itu benar-benar berjaya sebagai sebuah buku yang diharapkan mampu memotivasikan mat rempit. Bukan tidak ada rakan-rakan yang hairan kerana aku beriya-iya sangat nak buat buku ni . Malah ada yang kata aku bakal membuang masa dan buat penat aje. Antara ayat popular, 'siapa nak baca buku macam tu?'. Tapi, aku memandang ke depan. Mungkin sekarang orang tak pandang buku ini. Tapi aku yakin dan percaya, lambat laun, akan ada orang mula mencari. Dan kepercayaan ini aku kongsi dengan hubby yang turut menyokong aku menulis buku pasal Elly ni. Pada hubbylah aku kongsi segala keluh kesah dalam menjayakan buku ni, dialah yang banyak memberi perangsang . Buku ini pernah terbiar lama sebab aku dah kepenatan untuk mencari penerbit . Kalau tidak kerana Kak Lily Haslina membawa aku bertemu orang kuat PTS, saudara Fauzul Naim, mungkin buku ini bakal terkubur begitu sahaja. Sampai aku ada duit sendiri, baru aku terbitkan sendiri. Mujur, PTS sudi menerbitkan dan memberi panduan kepada aku untuk merubah sedikit buku itu menjadi penuh dengan motivasi.
Bahkan semangat aku makin berkobar-kobar terhadap buku ni setelah membaca berita yang tersiar dalam Harian Metro Isnin, 16hb Februari 2009.
Antara lain petikan dalam berita itu:
"Bagaimanapun, saya tidak tahu ke mana perlu saya tuju untuk merealisasikan impikan itu. Justeru saya berfikir dengan mengasah skill berlumba motosikal yang sudah diubahsuai di jalanan, ada pihak akan menyedari bakat yang ada pada diri saya dan memberi peluang kepada saya berlumba secara sah."

Jadi, aku sentiasa mengharapkan dan berdoa agar kisah Elly ini dapat dijadikan teladan untuk mat rempit yang tak tahu hala tuju mereka untuk berusaha berlumba secara halal. Kerana Elly dulu pun asalnya mat rempit. Bukan dia sahaja, malah ada beberapa orang lagi jagoan cub prix yang memang bermula sebagai mat rempit di kampung masing-masing. Tapi mereka ada daya usaha untuk merubah diri mencari jalan untuk berlumba dengan betul. Ini memang impian aku untuk menulis sesuatu tentang mat motor. Jadi oleh itu aku pilih untuk kisahkan cerita seorang pelumba supaya mat-mat rempit yang lain sedar dan tahu ke mana mereka perlu pergi jika mahu berlumba secara sah. Bunyi macam murni sungguh niat aku ini kan? Ye, aku memang itu tujuan aku. Aku hanya mampu memberi sumbangan dalam bentuk penulisan. Alang-alang ambil langkah sebagai menulis sepenuh masa, apa salahnya aku lebarkan lagi cabang penulisan. Adakalanya aku membuat sesuatu untuk kepuasan dan minat yang tersendiri. Ya, kali ini aku menulis memang kerana nama. Sebab aku nak jadi perempuan pertama yang tulis kisah pasal mat motor... Insya ALLAH Taala, Evolusi Elly : Daripada Rempit Kepada Juara bakal terbit tidak lama lagi. Malah buku ini juga merupakan masterpiece aku untuk tahun ini. Sebab aku tidak mahu dikenali hanya sebagai penulis roman picisan!
Dan untuk itu, untuk beberapa hari akan datang, aku bakal tenggelam lagi. Nak baca pruf dan susun gambar! Sampai jumpa lagi

12 comments:

  1. che rose moga2 tenggelam... pastu timbul ngan idea dan karya yang superb k...

    ReplyDelete
  2. Tkpe, biar org berkata buruk dulu, at last mereka akn berkata yg baik2 plak hehheheheh Sy sokong anda.Teruskn usaha ya!

    ReplyDelete
  3. dhan : huhu... Insya ALLAH... terima ya dhan... :)

    Salbie : terima kasih, kata2 salbie tu jadi penambah semangat saya!

    ReplyDelete
  4. Salam,
    akk ku sayam!! :)

    opss, jeles bagai rasa!! jumpe elly 2..
    mane boleh nie akk jumpe dia!!
    ape2, saya sokong akk sebanyak mungkin.. kah kah :D

    bia buku nie jadi panduan untuk mat rempit 2, nak jadi mat rempit sejati ker. ape ker??? biarlah ke jalan yg betul..
    ape2 syabas untuk elly,
    bakal muncul dgn kisah2nya.. hehhe :D

    P/s: Comey pergh sepupu die!! mmg muke lbh kurang aa.. sekali tgk mcm elly,!! yg tak leh tahannya, rambut yg mengurai panjang, kah kah :D mesti akk suka kan???

    ReplyDelete
  5. salam cik yuyu

    hahah... toksah ler jeles... tengkiu sbb sokong akak...

    ye, akak pun harap buku tu jadi panduan untuk mat rempit, bukan mereka aje yang ada kisah gelap dan jangan ingat susah nak berjaya...

    aweera tu muka lebih ke muka ikmal, kiut terlebih... keke... rambut panjang ketak2 akak tak minat suka aaa cikyuyu... kekeke...

    ReplyDelete
  6. akk,
    ishh.. asyik2 muke cm ikhmal. hahha :D
    nape tak muke macam elly jerk kah3,
    elly yg ensem bagai 2,,
    uwekkk :p

    agagga,
    yer2, betul 2!!
    harap2 jadi panduan kepada mat rempit!!!!

    chayok2!! mat rempit

    ReplyDelete
  7. bagus ler...
    aku tunggu buku ko tu...
    mana tau esok2 anak aku merempit gak..boleh aku suruh dia baca...
    buat pedoman...
    ni kira cerita motivasi nie...
    mesti ada orang yang baca punya..
    orang yang macam aku ler...
    suka tgk orang berjaya...

    ReplyDelete
  8. cikyuyu : hahaha, betullah... muka elly tu lain sikit... tapi dia bukan hensem, dia kiut dan fotogenik... hahahha
    tetiba akak rasa mcm dah jadi penyokong mat rempit je...

    Yus : aku pun takut gak, yeler... buku2 umum, motivasi macam tu bukan ramai pun nak baca... tapi kalau aku tak buat, tak cuba pasal mat motor ni, tak tau ye dak?
    aku berusaha nak buat supaya aku nak jadi penulis pertama yang tulis pasal mat motor! nanti kalau aku tak cuba, aku akan nyesal bila tgk orang lain tulis... hahaha...
    apa la aku ni kan?

    ReplyDelete
  9. akk,
    ye ker? tapi elly ensem la akk..
    hahha :D
    ishh, mesti akk sokong akmal agy kan.?adehhh...

    same3 kita sokong mat rempit akk,
    idup mat rempit!! gaggagaga

    ReplyDelete
  10. cikyuyu : elly tak hensem aaa... dia kiut kekekekke...

    ReplyDelete
  11. aweera memang gempak gilerrrrrrrrr
    ada pic aweera lagi tak?? nak buat poster tuk promot aweera

    ReplyDelete
  12. juliet : heheh... peminat aweera la ni eh... gambar dia takde... gambar elly dgn ikmal banyak la... :P

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016