Mar 3, 2009

PESTA BUKU BRUNEI

BY Rose Harissa IN 7 comments

Salam... Bermula pada 27hb Februari sampai 1hb Mac lepas, aku berada di Brunei. Pergi bersama Kak Norhayati Berahim untuk mempromosikan novel epal hijau. (Terima kasih banyak kak Yati sebab sudi bawa saya yang tak seberapa ini ). Aku park kereta kat rumah Kak Yati sementelah hubby tak mahu hantar kerana katanya aku cuma pergi 3 hari. Nak rindu-rinduan pun tak sempat... huh... sabo ajelah... mujur jiwa aku tough. Mujur juga hala balik tu flight tak delay. Pak Seyit jugalah yang hantar dan menjemput di LCCT. Hujan rupanya bumi Malaysia. Tapi aku tak kira, masuk je kereta, terus rempit balik ke rumah . Wah, buat rekod, sampai rumah dalam masa 20 minit tepat jam satu pagi. Balik-balik, tak dapat nak update blog bila sudah ada kerja menanti untuk disiapkan... hmm... nampak gayanya aku akan sibuk sampai bulan 4 nanti. Pemergian ke Brunei kali ni lebih bermakna sebab aku dah kenal dengan beberapa warga sana termasuklah staff orang kuat Meslia dan Choice book, Mala dan Salman. Jadi bila berjumpa balik tu, memang kecohlah... tau ajelah aku, mana reti nak tayang muka 'plastik'. Kalau aku gelak, aku gelak. Rupanya Bikash Nur Idris dah tiba awal bersama Hafirda Afiela atas tiket Fajar Pakeer. Huhu, jumpa geng lagi... berkenalan juga dengan satu-satu penulis Brunei yang bernaung di bawah FP iaitu Nuriani Johaini. Ni aku tak tau sapa... aku main ambik aje gambar dia, sbb tengah bosan masa orang tak berapa ramai,... yang pasti dia ustaz sebab masa tu ada rombongan budak sekolah agama. Konon2 nak ambil gambar Qaisara. Fida & Bikash jadi saksi! Contoh tak baik untuk adik2... Tak senonoh betul aku ni .

Yang sedihnya, pagi Ahad tu aku tetiba dapat SMS dari adik aku mengatakan adik lelaki aku kat Klang tu accident. Adehh... dah lah nak call tak boleh... SMS ajelah... aku SMS hubby suruh call adik aku tu. Mujur tak ada apa-apa yang teruk, kaki terseliuh dan bengkak. Lepas tu sempat la
gi Nuriani bawa kami jalan-jalan pada sebelah pagi hari terakhir di Pesta Buku Brunei. Qaisara anak Kak Yati pulak, tak duduk diam. Ke hulu ke hilir tawaf dewan, sekejap dengan Sari sekejap dengan Kak Su. Sambutan... hmm... Alhamdulillah... banyak yang buat aku terharu. Paling terharu apabila bertemu dengan seorang Pensyarah, Puan Faridah yang begitu menyukai Serasi Di Hati. Malah beliau menyarankan kepada pelajar-pelajarnya supaya meneliti isi cerita itu. Terkedu-kedu aku mendengar ceritanya. Yelah, manalah aku nak sangka seorang pensyarah begitu menyukai novel epal hijau. Dan tak sangka juga bila novel epal hijau diterima baik di sana. Malah aku tersipu-sipu bila mereka tak putus-putus mengatakan ceritanya 'lawa'. ... ini istilah orang Brunei ya... dan barulah mereka tau, Rose Harissa itu nama 'kelakar' aku. Mula-mula memanglah aku tergelak, ingatkan memang kelakar rupanya kelakar di sana bermaksud tipu. Paling tak sangka jumpa geng 'Ulat Buku'. Rajin betui diorang berjalan. Sempat juga jumpa Kak Noorsuraya (Jemari Seni) dan Rin (adik Kak Moon). Berpeluk sakan dan riuh bila jumpa balik dengan Rin. Seronok bila dapat berjumpa dengan Leeya, Liza, Nisa, Yan, Hajah Rose, Hajah Asrina, Teo Siew Ying yang aku panggil Lilo... hahaha... mereka sangat mengujakan aku . Mereka buat aku terharu. Untuk Leeya, terima kasih untuk cenderahati beg merah dan box comey itu, juga paru berlada yang sedap. Untuk Liza, terima kasih rerama rona merah yang cute tu. Untuk Nisa, terima kasih banyak2 untuk kek keju yang sangat sangat sangat sedap itu. Macam tau-tau aje ia favorite akak yea... Lilo, tak lupa pada gelak tawa anda yang ceria dan riang ria itu. Mudah2an, ada rezeki, kita berjumpa lagi tahun depan... !

7 comments:

  1. syoknye dia. jalan2 cuci mata.

    ReplyDelete
  2. laa... tak jalan2 pun su... banyak masa dihabiskan kat booth... :)

    ReplyDelete
  3. salam rose...wah banyaknya peminat rose...semoga dgan sokongan peminat bertambah semangat menulis dan makin bertambah peminat rose,rerama tu untuk luck rose semoga bertambah kuat dlam menulis,tabah untuk menhadap apa saja ujian yg allah datangkan dan maaf liza tak sempat nak bungkus dah masa singkat liza nak jumpa sebelum rose n kak yati balik tapi tak ada rezeki kita ja jumpa dialam siber ja..rose ada blog or email penulis brunei tu ke?tak sempat berkenalan dgn dia..

    ReplyDelete
  4. Ia le ...rasa tak puas hati..belum puas nak bercerita, buat gossip ke. Maunya kita berdua ni duduk kat kedai n sembang2 ... baru le hemmm ...N pasal bunga rose, sebenarnya masa aku buat 2, tak perasan pula, tp dah selesai aku buat, baru le tefikir...erk biar betul nie....macam sengaja ye tp yg sebenarnya tak...hehehe...

    ReplyDelete
  5. Liza : (dah sedap panggil liza la...) Alhamdulillah Liza... saya pun tak sangka sambutan agak meriah... walaupun saya pergi sebagai Nora Ismail... heheh... mekasih rerama cute tu... mmg sedih la tak dapat jumpa liza lagi sebelum balik...
    rasanya kak Nuriani tu belum ada blog, mungkin bleh ambil emel dia dari blog bikash...

    Leeya : Itu ler... mmg tak puas bergosip... rindu gelak tawa ko, yelah, kita tgk muka masing2 pun dah tergelak-gelak... hahahhaha
    aku suka bunga rose kat gambar aku kat blog leeya tu... heheh

    ReplyDelete
  6. Tak apalah cik rose,mana yg selasa cik rose panggil..selalunya keluaraga johari teh tu panggil liza kak long...kwng..kwng..dan cik rose kalau liza jlan dgan adek2 liza semua urang sangka liza ni adeklah..sedangkan liza anak ke2 dari 11 orang adek beradek lah cik rose,cik rose anak ke berapa?adak beradek berapa orang n bila tarik lahir cik rose jika tak salah bulan march ni ke..dan rerama tu ja dapat liza fikirkan masa tu..dan selamat menulis..

    ReplyDelete
  7. hehe... mmg saya selesa panggil liza dah... ya liza, terima kasih mmg saya tgh gigih menulis... letih!

    ReplyDelete