Thursday 19 March 2009

UBAT STRES

from: Suryati Abdul Samad

Salam Che Rose..

Maaf sekiranya saya telah menggangu dan menyibuk sikit kat sini. Saya nak tahu adakah akan terbit novel terbaru Che Rose dengan NBkara Sdn Bhd dalam masa yang terdekat ini setelah SDH.

Jika sekiranya ada saya amat berharap agar Che Rose memaklumkan di blog Che Rose kerana terdapat beberapa lagi karya Che Rose yang masih belum lagi saya miliki. Saya memang meminati dengan genre karya yang Che Rose tulis. Bayangkan jika sebelum ini sekiranya saya membeli novel pasti hubby akan berkata yang saya sudah kemaruk dengan cerita-cerita (bagi dirinya sedikit mengarut, mungkin..?!) sebegini tetapi setelah saya membuat pesanan novel-novel Che Rose dan hubby yang suka membaca novel ambil sikit awal cerita, sikit tengah cerita dan sedikit akhiran cerita katanya dah tahu apa penamat cerita tersebut. Tetapi setelah dia menatap karya-karya Che Rose dia boleh membacanya sehingga habis tanpa melangkau-langkau (betul ke ejaan ni..?) walau sehelai muka surat pun..! Bayangkanlah! Saya pun telah bertanya akan pendapat dia akan karya Che Rose maka jawapannya adalah karya Che Rose sesuai untuk melepaskan tension setelah penat seharian di pejabat serta ketika bersantai. Maka saya pun bagitahu padanya maka tak rugilah saya berbelanja lebih sedikit untuk mendapatkan karya-karya Che Rose jadi dia sendiri tiada komen untuk itu.

Terima kasih Che Rose kerana telah menghasilkan karya-karya yang pada pendapat saya amat sesuai dengan jiwa saya.
teruskan dengan perjuangan mu wahai Che Rose...!

+++++++++++++++++++++++++++++


Emel di atas adalah antara emel yang mengharukan perasaan aku di kala stress sekarang ni. Sangat terharu bila mereka suami isteri sama-sama membaca novel aku... Sejuk rasa membacanya... terima kasih Suryati . Lagi satu ubat stress aku ialah makan ! Makan seenaknya tanpa memikirkan kadar kolestrol, gula, garam dan sebagainya. Berapa harganya pun dah tak kisah, asalkan sedap dan senang hati makan... . Ni makan malam aku sebentar tadi setelah keluar sekejap dari huru-hara hidup dua tiga menjak ni. Nasi Beriyani kat restoran nasi kandar Padang Kota Mydin USJ. Tu belum tengok pinggan hubby tu, siap dengan sup ayam lagi. Kami memang macam ni, bila bab makan, tak pernah nak berkira . Lihatlah... bersih kan aku makan? Aku memang tak suka makanan bersepah dalam pinggan. Nampak tak elok pada pandangan mata aku. Cuma ayam tu aje keras sikit, tak koser aku nak habiskan. Dan demi nak mengelakkan daripada balik rumah mengantuk kekenyangan, aku perabih nescafe O panas segelas. Huh, memang pemakanan yang tidak sihat .

5 comments:

  1. Wah kembang idungg.. ini pmbkar smngat berjuang... mnulis hingga ke hujung nyawa... (tibe2 je sedey teringat arwah Rejabhad (PAk JAB) mentor hubby yg berkarya hingga ke akhir hayat(siang pegi keje mcm biasa rebah dlm perjalann blk ke rumah)

    ReplyDelete
  2. tahniah sis.

    ppsssttt... tu saja nak tunjuk bertapa kekenyanglah tu bila abis mengosongkan pinggan dengan baki ayam. huhuhu

    ReplyDelete
  3. Tahniah kerna ko berjaya menghabiskn sepinggan nasi itu,kecik2 cili padi,badan kecik makan memang menjadi....he..he..he..tak aik..aku nk ucapkn Tahniah kerna wujudnya TLT,dah xsabor aku nk memilikinya...sayang Cik rose...

    ReplyDelete
  4. Waahh.. Terharu betul ye?..
    Sampai habis licin makanan kat dalam pinggan..
    Kehkehkeh..

    (Lari pegi Qatar..)

    ReplyDelete
  5. nurra : memang jadi pembakar semangat.... bekal untuk menulis dengan lebih gigih... hubby ko mestisedih bila kenang arwah pak Jab kan?

    Su : hahahha... tau takpe... tu tanda senang ati la tu... kekekke

    Teja : itu ler... aku ni kuat makan sebenarnya tapi makan pelan2... jenuh sapa2 nak nunggu... hehe... nanti TLT dah kuar, aku bitau ko... aku nk dgr komen ko... :)

    Cer : Cess... ko ni cer... mmg cerempet tul statement ko tu... :)

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016