Apr 16, 2009

Dalam EPG Berita Harian...

BY Rose Harissa IN 6 comments


Pagi tadi masa tengah siap-siap hendak ke PWTC, hubby call, gelak-gelak. Katanya dia dah tengok gambar aku dalam EPG. Adehhh... mesti muka masam dalam gambar. Bila aku tengok , memang muka tak senyum langsung. Hahaha... Lepas tu dapat SMS adik dari kampung. Menghantar omelan Ik...

Ik suka uncle Elly, handsome. Makcik jd la makwe uncle Elly, Ik tak marah. Sebab uncle Elly rapat dengan mama. So, ada connection la dengan dia...

Huh! Aku geleng kepala. Ik memujuk adik aku supaya jadi girlfriend Elly. Tah hapa-hapalah Ik tu. Ik tu memang memilih, dia suka rapat dengan orang yang hensem, lawa dan bersih saja. Dalam masa yang sama gak, dapat SMS dari Elly. Hahaha... katanya muka aku tu muka risau pun ada. Aduiii... mau tak risau. Aku memang berdebar tunggu respon. Lagi pulak, kebetulan Evolusi Elly keluar di Pesta Buku. Dan Jumaat depan ada sesi bincang buku. Elly pesan suruh rileks aje. Dah lama tak berdepan dengan orang ramai, harapnya aku tak kena darah gemuruh.

Oh yea... kepada sesiapa yang telah memesan Evolusi Elly secara online dengan aku, maaf, aku masih tak dapat nak pos kan dalam masa terdekat. Sebab aku tak ada stok. Nak tunggu 24hb, supaya aku boleh dapatkan tandatangan Elly untuk semua buku yang dipesan . Lagipun, kalau dah berkampung di PWTC setiap hari, tah bila masa la aku nak menguruskan semua pesanan . Harap maaf dan harap maklum.

Oh ya, jutaan terima kasih kepada Shelly yang sudi menampal keratan akhbar itu dan bercerita tentang aku... tengkiu laling!



6 comments:

  1. alahai Ik yg comel tu pandai memilih ya... Hah Rose, itu masa ia budak... kalau Ik besar nanti kan, ko rasa mcmana gfnya ye.. hahaha jgn mare le...

    Okey, tahniah sekali lagi....selamat berhappy kat pesta buku tu ya... semuga mendapat sambutan yg lebih baik...... tp ko jgn lah lupa aku yg sedih nie..sbb tak dpt datang..huhuhu

    P/s: Miss u dear......muahhhh

    ReplyDelete
  2. takniah rose masuk surat kabar..walau pun muka rose serius tapi manis juga ya..selamat berjaya rose..go..rose..go..

    ReplyDelete
  3. Org siap tunjuk ngan member....ni lah my favourite novelist.....heheheheh

    ReplyDelete
  4. Leeya : aku jamin Ik akan jadi seorang yang pemilih... aku ni sib baik mama dia.,.. kalo dh lama dia rejek sbb x lawa... sbb dia selalu komplen kulit muka aku itam! huh!

    tengkiu leeya... penat + seronok beb!

    liza : mekasih laling... muka risau tu... hahahha

    Ilyah : lorhhh... sampai camtu? malu la akak.. hik hik hik...

    ReplyDelete
  5. salam//!!
    wuu.. lama saya menghilang!
    terjenguk blog akk,
    tgk paper tuh, ishk!
    minggu lepas sy bz dengan kursus. nak baca paper pun tak sempat. uwrgh!! rugi nye sy tak dapat menglihat elly+akk..
    adoiii...

    tahniah untuk akk,,

    ReplyDelete
  6. salam cikyuyu... mekasih banyak2... hehe... tapi bukan cun pun akak dalam tu... muka tak senyum... hahaha

    ReplyDelete