Friday 10 April 2009

DEMI EVO ELLY

EE yang sudah siap digam, menanti untuk potongan kemaskini.

Wah tajuk... mengundang kontroversi ke? Kalau setakat aku tulis ayat begitu, ada yang salah faham, tak tau lah... jangan ingat ada apa-apa ya. Cumanya, tajuk itu berkenaan dengan hari ni. Aku merempit ke pejabat PTS, meredah hujan lebat siap ribut petir. Tapi lepas aje masuk KESAS, eh eh... tak hujan pulak.
Hari ni aku dera Ikram. Hehehe kesian dia . Demi nak memastikan esok aku dapat serahkan goodies bag untuk media. Borak-borak kejap kat ofis PTS dengan Tuan Fauzul, Wanzu, Nisa yang comel, terus aku dan Ikram ke printer di Jalan Klang Lama sebab nak ambil beberapa buku yang dalam proses binding.
Hah! First time aku ambil buku fresh dari kilang. Sempat gak tengok 'Aku Bukan Superstar' bersusun tunggu dibinding. Aku senyum aje, tumpang gembira untuk Kak Lily . MMS gambar itu kepada Kak Lily. Misi aku nak ambil dalam 50 buku Evolusi Elly untuk dibawa ke Sepang esok. Ikram asyik tengok jam, sebab nak balik Perak, bas jam 5.30 petang. Kesian dia... Maaf ya Ikram.
Alhamdulillah... berjaya juga aku bawa pulang 50 naskah Evolusi Elly. Sebenarnya dari masa dekat printer lagi airmata aku dah bergenang. Sampai rumah, mintak hubby angkut naik atas rumah, sebab aku kena susun nak masukkan dalam paper bag bersama-sama katalog PTS, maklumat lain dan poster .
Bila belek-belek, aku tak tahu nak cakap apa dah. Tuhan Lebih Tahu apa yang aku rasa. Walaupun gambar-gambarnya hitam putih, tetapi aku puas hati. Sangat-sangat puas hati apabila lukisan-lukisan yang aku lukis, yang selama ini orang kata aku gedik sebab asyik lukis Elly, terpapar dalam buku tu . Terbuktilah sudah... aku bukan gedik! Semuanya ada tujuan. Buku ini impian aku. Orang lain mungkin tak faham. Tapi apabila kita melakukan sesuatu dengan begitu bersungguh (passion) apabila ia berhasil, ia lebih menyenangkan daripada memikirkan soal duit. Percayalah !
Makin lebar senyuman aku bila melihat hubby membelek dengan senyuman... jadi, hati isteri mana yang tidak gembira? Rasa berbaloi, berkelana sampai ke Perlis seorang diri berhari-hari dengan restu hubby .


malam ni kena habiskan masa susun dan cop buku-buku tu dengan cop peribadi aku...

10 comments:

  1. Hem...banyaknya goodies... alahai Rose, untuk aku tak de ke?... hahaha aku gurau je....tp kecian ko ya buat kerja sendiri tp tak pe lah kan bebaloi...kalau aku dekat2 sana meh aku tolong....hah tu hubby ko pun gembira....

    ReplyDelete
  2. aduii... leeya... aku berhenti jap ni... ingatkan senang aje... mcm sikit aje... tp rupanya jenuh nak kepilkan satu2... mata plak dh ngantuk... adeh...

    ReplyDelete
  3. udh kuo buku bawu ye kak..
    tahniah!

    ReplyDelete
  4. Bangchaq dah tak tahu nak cakap apa dah.Terharu, gembira,sedih. Tahniah untuk adik bangchaq ni yg kuat semangat dan akhir nya keluar dah buku yg kita tunggu selama ini... congrats.

    ReplyDelete
  5. KAK ROSE;

    uhhh. semakin hari semakin menggilai mahu mndapatkan elly,

    Tahniah akk,
    rasa cam sedih lah akk wat stment cam nie.. akhrnya!! impian akk tercapai gak nak wat buku elly.

    syabas akk!!

    nanti bagi byk2 poster elly kat saya yerk.. hehhe ;)

    ReplyDelete
  6. wooo... tahniah!! tahniah!!

    kak rose, masa pesta buku nnt buku ni dah ada lum?

    ReplyDelete
  7. eya : ya laling... tp ni bukan novel tp kisah benar dan motivasi.

    bangchaq : kalau tidak kerana penerimaan bangchaq sekeluarga, dah tentu saya tak dapat teruskan semua ni. Terima kasih tak terhingga. Doakan agar buku lebih berjaya untuk agenda-agenda seterusnya... :)

    cikyuyu : hoihh... kontroversi sungguh statement cikyuyu tu... tu kat atas tu abah elly... nak elly kena dapatkan resti cikgu ilias dulu.. hahahha
    tunggu cikyuyu... akak belum dpt buku... yg ambil pun hanya untuk wartawan... buku sebenarnya masih dalam kilang. tgh binding... :)

    Su : Dah ada dah... tp kalau nk tandatangan Elly, dtg pada 24hb jam 3-4 ptg... siap ada motor dan TV lagi nanti...

    Eya : Wokay... jumpa la kita nanti...saya ada di booth NBkara setiap hari...cuma 24hb sejam di PTS dengan Elly... :)

    ReplyDelete
  8. akk,
    ishkK! diam2 dah la..
    malu lak saya.kan abah elly bace?
    mati saya.. hehe :DD

    * tapi yg pntg, poster itu sy mahu jgk.
    huhuhu..

    ReplyDelete
  9. hahhaa... tu laa... kekeke
    lepas pesta buku la ye akak pos cikyuyu... sbb bku tu pun akak x dpt lagi... 20hb baru kuar di pasaran... :)

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016