Friday 3 April 2009

Harga diri seorang perempuan...

Lama sungguh aku tak bersembang dengan kawan-kawan alam maya semenjak sibuk tak ingat dunia ni. Baru hari ni dapat meluangkan masa menjelajah alam maya. Bukan tak ada kerja, tapi aku perlukan rehat sebelum sambung kerja . Dek kerana dah lama tinggalkan ruang chatting, macam-macam ceritalah yang keluar dari kawan-kawan.
Satu cerita yang paling buat aku angin dengan kaum sejenis, pasal perempuan bernama 'A'. Aku tak kenal dia. Tapi selalulah nampak dia kat ruang tu. 'A' ni khabarnya dah kawin dan ada baby girl sorang. Kerja apa tak tau tapi katanya suaminya sering ke oversea. Gambarnya pula sekejap bertudung sekejap tidak.
Agaknya sebab sunyi sering ditinggalkan suami, itulah dia selalu ada chatting dengan orang itu dengan orang ini. Terbaru dikatakan jatuh cinta dengan lelaki yang agak muda dari dia. Si lelaki ni pun aku kenal cuma jarang berbual. Lelaki kan... mana nak tolak kalau perempuan cantik merengek-rengek dengan ayat ala-ala manja gitu . Tak pedulilah dia bini orang ke apa janji layannnnn!
Tup-tup katanya kata kawan-kawan kat situ mereka dah clash. Pasal apa tak tau. Tapi si 'A' ni macam meroyan. Berkawan dengan sesiapa sahaja yang baik dengan lelaki itu. Dengan harapan dapat mencungkil apa yang lelaki tu sedang buat, dia kat mana dengan siapa. Dan kalau lelaki tu baik dengan perempuan lain, dimarahnya perempuan itu dengan kata-kata kesat. Aduhai...
Yang tak sedapnya, ada kalangan teman cyber tu kata dia 's**dal'! Pernah dia marahkan seorang kawan baik lelaki itu kerana tak mahu bekerjasama memberikan nombor telefon baru si lelaki. Katanya, 'lelaki tu dah dapat apa yang dia nak!'
Dalam fikiran anda... apa dia? Aku cuma mampu geleng kepala. Murahnya harga diri 'A'. Tidakkah dia ingat dia itu isteri orang? Tidak cintakah dia kepada suaminya? Mungkin juga suaminya tak cintakan dia... mungkin juga suaminya ada pasang perempuan lain di luar negara. tetapi kenapa mudah menyerah diri kepada lelaki yang baru dikenali? Lelaki... rugi apa? Lagi pulak kalau bujang trang tang tang. Habis madu, takkan nak kumam lagi sepah tu... ye dak? Lelaki mengayat sikit dengan kata-kata manis, dah terpeleot hati, tergadai body.
Automatik aku memang menyampah melihat nickname perempuan itu pun . Sayang... dikurniakan Tuhan rupa paras yang cantik tapi akalnya pendek...
Betul, niat tidak menghalalkan perbuatan. Tapi kalau dah bersosial di alam maya itu dengan niat untuk flirting... maka mudahlah terjebak ke lembah maksiat. Nauzubillah...

10 comments:

  1. Hishhh..haper punye pompuan lah cam tuh...macam gitu lahh jadinya bila perempuan dah hilang MALU...

    ReplyDelete
  2. Itu la Lia... akak geram sungguh dengan pompuan camni... buat malu kaum aje... :)

    ReplyDelete
  3. Hah kenapa le zaman sekarang nie... knp prm tu tak sayang diri dan of course her hubby.... Tuhan dah beri dia kecantikan sayang kan.... Aku pun kalau aku kenal pompuan tu aku kasi sound sikit....cewah...aku pulak yg lebih....tp kan kat sini..banyak juga kes mcm tu...tak sedar diri isteri/ suami org masih nak melaram....."Ya allah jauhkan lah dari ku....." setia pd yg satu ..kan...kan...betul tak? ahaks.....*wink~wink*

    ReplyDelete
  4. perempuan akhir zaman macam ni lah..kita kena ingat dimana saja kita berada yang kita isteri dan ibu inshallah perkara ni tak kan berlaku jika kita sendiri tak melakukan dan ingatlah siapa kita..inshallah allah bantu kita jika kita pandai menjaga diri dan tidak melakukan perkara yang dilarang allah..

    ReplyDelete
  5. Leeya : ha kan leeya... angin kan dgr citer camtu... mmg xsedar diri... bengkek aje aku tgk muka dia... heheh... ya, mintak dijauhkan kita semua isteri2 dari jadi macam tu...

    Liza : itu terjadi kalau isteri mengutamakan dan meletakkan nafsu di depan... sbb tu susah nak kawal diri...

    ReplyDelete
  6. Adus....buat malu je kaum wanita...zaman skrg ni, mcm2 benda pelik yg kita x jangka berlaku...EEEE...minta dijauhkanlah....

    ReplyDelete
  7. tula pasal Ilyah... ada juga terfikir, kalau dah gedik x abis lagi, kenapa dia kahwin eh? dah ada anak lak tu... belum puas kut.. hehe

    ReplyDelete
  8. dah selalu jumpa orang macam tu..
    ada yang sampai dapat anak..
    ntah apa ler yang dia buat kat laki dia..anak tu dah terang lagi bersuluh ada iras kekasih gelapnyer..
    nau'zubillah,.jangan lah kita terpedaya ajakan syaitan sampai nusyuz camtu...
    kalau dah dinasihat tak jalan gak jauhkan diri dari orang macam tu...
    bahaya...

    ReplyDelete
  9. Salam ziarah....

    Hmm...harap2 dia cepat2 ambil ikhtibar dan insaf. Ada ke orang yang nak tegur kesilapan dia tu... rasa kesal pulak bila kita biarkan dia jadi begitu.

    Kekadang kita tak sedar kesilapan kita sehinggalah kita lihat org lain melakukannya...

    ReplyDelete
  10. Yus : Itu la... skg ni mcm2 dah jadi... takut, marah, geram, semuanya ada bila dgr citer camni... :)

    kayteezee : bila ditegur dia melenting... itu yang susah... jadi kita yang melihat, mmg ambil iktibar sahajalah...

    mekasih sbb sudi singgah sini...

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016