Monday 20 April 2009

Susahnya bila perempuan jadi 'freelancer'...

Teringat kembali pengalaman-pengalaman 'ditindas' kerana menjadi penulis yang tidak bekerja di pejabat seperti yang lain.
Kadang-kadang aku marah bila mendengar ayat, "Ala... kau kan dah tak kerja. Duduk rumah buat apa? Takkan tak boleh pergi?" Bagi aku mereka tidak mengerti. Mungkin sangka mereka hidup aku ini sangat bersenang lenang, sekadar menulis sahaja di rumah. Kadang-kadang aku rasa mereka lupa bahawa aku ini perempuan yang sudah bersuami. Aku ada tanggungjawab lain yang lebih besar pahalanya dari melakukan kerja-kerja amal kebajikan yang sudah tentu mengerah tenaga aku dengan kadangkala tanpa apa-apa bayaran. Kadangkala ada yang meminta aku mengajar 'Vector art' secara percuma!
Sekasar-kasar aku, aku tidak tega membiarkan hubby makan sendiri walaupun dia sebenarnya tidak kisah. Tapi naluri sebagai isteri itu tetap ada untuk melaksanakan tugas kepada suami. Ya, memang masa kerja aku tidak seperti waktu kerja orang lain, pagi-pagi masuk kerja dan pulang ke rumah waktu petang. Mereka yang tahu aku sudah tidak bekerja, selalu menggambarkan hidup aku ini indah kerana boleh bersenang-lenang dan goyang kaki di rumah. Dan mereka sering beranggapan aku bebas ke sana ke mari.
Tapi mereka tidak tahu aku struggle melakukan kerja 'freelance'. Bukan sekadar menulis. Tapi aku melukis juga. Pernah aku terfikir untuk tidak lagi menulis dan APO? bagi memberikan sepenuh tumpuan pada bidang penulisan tapi aku tidak sanggup. Kerana bermula di APO? aku membina nama 'Nora', menimba pengalaman menulis. Sehinggakan ada yang menyangka Nora itu seorang lelaki yang sudah berusia kerana menulis cerita-cerita seram serta misteri.
Hanya kebelakangan ini setelah aku ter'exposed' menulis novel, barulah sesetengah mereka tahu aku ini Nora, seorang perempuan. Tapi jangan pandang rendah kepada aku hanya kerana aku berhenti kerja dan buat kerja di rumah. Jangan ingat aku sudah tidak ada kerja lain untuk dibuat. Menjadi freelance seperti aku ini sangat memenatkan . Perlu ada simpanan karya yang banyak bagi memastikan perjalanan kerjaya 'freelance' ini sentiasa berjalan. Otak terasa senget sebelah kerana bekerja keras melukis dan menulis dalam waktu yang sama . Dan ada masa terpaksa berhenti seketika untuk memasak dan melakukan kerja rumah sebelum hubby balik dari kerja. Dan menjelang bulan Jun nanti, aku perlu bersedia untuk membawa kembali Ik duduk dengan aku. Aku sudah nekad mahu mengganti kembali waktu-waktu yang 'hilang' bersamanya dulu . Pada masa ini, sudah tentu masa aku semakin terbahagi pecahannya.
Memang susah bila perempuan jadi 'freelancer' dan bertambah susah bila ada yang tidak mengerti hakikat 'freelancer' yang bersuami dan ada anak!
Saranan aku, pergi baca Rooftop Rant karya Hlovate. Dan selepas itu anda akan pasti lebih faham susahnya bila perempuan jadi 'freelancer'...


15 comments:

  1. memanggggggggggggggggggggggg memenatkannnnnnnnnnnnnnnnnnn... sy sokong 200%...

    ReplyDelete
  2. alaaa...akak...jangan la berenti tulis kat apo? saye minat gile citer seram yang akak tulis tu...hehe

    ReplyDelete
  3. tu yg sedeyyyyyynya... hr ni brkobar2 nak bertentang mata... sampi booth nbkara, budak kaunter ckap rose harissa xdtg hr ni... tulah pasai ptg td sblm g pwtc Xbukak blog... check dolu... pakai belasahhhh... apupn sy lom beli novel tu sbb tuannya xde... insyallah hr rabu kita jupe kul 7ptg...

    ReplyDelete
  4. Nurra : haaaa... leganya ada yang sokong dan faham.
    weeyyy... hari aku cuti sbb nak buat keje... tapi nk bgtau kau selain jumaat sabtu ahad, aku sampai kul 2 ptg je...

    Aslina : eh... takkk... akak takkan berhenti tulis kat APO walau susah dan sibuk camna pun... :)

    ReplyDelete
  5. kalu gitu koi dtg jumaat, tak pun ahad sbb amir ade jemputan pekomik..

    ReplyDelete
  6. rose jangan pandang belakang rose..pandang depan ja dan jaga rumahtangga rose dan kita jaga ibu/bapa kita inshallah hidup berkat rose..selamat berjaya rose..liza yang sentisa memantau blog rose..kha..kha..

    ReplyDelete
  7. Alahai Rose, mcm marah saja bunyi ko tu... knp? sprti yg pernah aku baca kan" jgn hiraukan apa pandangan org lain.... d mana pun kta berada mulut org tak akan berhenti becakap.... pedulikan...kita yang mencorak hala tuju kita sendiri krn kta lah pelakonnya".... cewah bukan main lagi aku kan...hehehehe... so that's right dear... hanya ko yg tahu tugas seorg penulis "freelancer" tu..yg penting ko tak lupa kat hubby n anak ko kan......

    Hah...pd mrk yg tak faham, betul tu bacalah RTR tu..... jgn susah aku sentiasa ada dalam blog ko n as ur friend as well......kekeke

    Wehhh ko nak bawa Ik sama ko...bagus..aku tabik beb.... sesibuk ko pun Ik nanti ada pd ko...

    ReplyDelete
  8. salam rose...
    mmg bukan senang menjawat jawatan freelancer.. klu tkde disiplin diri yang tinggi..kirim salamm aaa!
    Mmg orang nampak surirumah cam releks tapi..itular sebenarnya keje yang tak pernah habis..Klu keje ada gak excuse klu rumah sepah atau sesekali terasa malas..kejee...
    Akak sebenarnya tabik sgt orang blh buat freelance..sbb dorang ni very disiplin.. akak tau sbb akak pernah dua tahun duk rumah tak leh nak menulis sepotong ayat pun..
    (huh lepas perasaan nih!!!)

    ReplyDelete
  9. Pehh..!!
    Luahan hati yang terpelecok dan melecet..!!

    Masa mula-mula Artikel Misteri APO? keluar, gua rasa bersyukur sebab ada juga susur galur Tamar Jalis kat negara ni.. (penat cari siri Bercakap Dengan Jin.. Hampeh dah takde lagi..!!) Ingatkan dah hilang dibawa angin sendu nan lalu..!! First time gua nampak nama Nora, gua terus yakin yang nama tu memang digunakan oleh seorang perempuan..

    Dalam masa yang sama, nama Nora tu jugak laa yang membuatkan gua kembali menulis setelah bertahun-tahun gua berhenti.. Dan nama Nora tu telah menjadi ecstasy semangat gua untuk terus menulis..!!

    Tapi sayang.. rupa-rupanya Nora tu dah ada anak dengan laki..!! Tak jadi laa nak buat sebagai idola.. Hahahahahaaa..!! (Tau dek laki sis ni mau kena pelangkung gua dibuatnya)

    Gurau je sis..!!
    Gua tak pernah membeza-bezakan penulis.. Terutama sekali yang menulis cerita seram dan mistik.. Dengan ini gua dengan rasminya menghadiahkan sepasang kaki katak goreng pada sis Nora..!! Ambik.. ambik.. Jangan memalu..!!

    ReplyDelete
  10. ntahlah, aku ni dah 17 tahun kerja makan gaji ngan orang tak pernah terfikir langsung kalau ada orang kerja macam ko ni..
    aku rasa kalau aku berhenti kerja "freelance" aku adalah tidur..gerenti aku cuma tau membesarkan badan jer...
    kesimpulannyer aku rasa orang macam ko ler yang paling tabah kat dunia nie..
    ingat senang ker nak fikir semua tu..anak tu ok lagi..tapi hubby nie memang nak kena jaga baik2...
    paling penting kita tahu apa yang kita buat...

    ReplyDelete
  11. Jangan putus asa....teruskan kerjaya akak...go...go...cayuk

    ReplyDelete
  12. salam kak rose..

    pada sy.. kita x perlu dengar semua ckp2 orang.. kerana orang2 x paham apa kerja kita sebenarnya.. hanya kita jer yang tahu apa yang kita lakukan..

    saya sentiasa doakan akak sentiasa berjaya dengan semua kerja2 akak...
    semoga akak berjaya...
    saya suka karya berikan cintamu... best giler cite dia... dah 6 kali saya baca,walaupun sy dah tahu jalan ceritanya...

    ReplyDelete
  13. Nurra : kalo jumaat, dri kul 2 sampai kul 4 aku di booth PTS ye... :)

    liza :amboi... liza jadi tukang pantau blog saya? hahahha... mekasih liza...mekasih banyak2 tu kira mengikuti perkembangan saya lah tu... hehe


    Leeya : mmg aku marah bila org tak paham... lainla kalo aku ni dah stabil. ini baru nak merangkak rangkak...
    ha.... mmg aku nak ambil ik balik... rindu sangat dh nak manja2 ngan dia... :)

    Kak Nik : sempat lagi buat kelakar ya... hahha... anyway mekasih sbb mudah memahami pekerjaan semacam saya buat ni... terharu...!

    Cer :dalam lawak hampes ko tu... dah buat sis terharu gak... isk isk isk... sendu sungguh rasa hati ni...
    tapi ko tu jangan mudah lupa diri bila dah populer kat APO nanti... ingat tuuuu.... (dalam nada bergema...)

    Yus : hahaha... ko pun sama, sempat gak buat kelakar... hampes betul.. tengkiu laling sebab kata2 ko tu dh bg semangat kat aku...

    Ilyah : tengkiu laling... terharu!

    Mell: mekasih... atas sokongan... mekasih sbb sukakan BCM ... mekasih sangat2... :)

    ReplyDelete
  14. sabr rose..segala keindahan kita yg nampak..yang perit dan penat sebenarnya adalah nikmat yg org lain tak tau.mcm melahirkan anak..kan letih, sakit, penat..segalanya ada..tp bila lahir sj baby, terbang kekusutan dan kesakitan...Allah balas dgn kasihsayang dan nikmat tak terhingga..

    ceh..ter tak sengaja terjadi ustazah lak..bukan utk sapa..utk diri sendiri n pembaca sekelain gak kan kan

    biar luncai dan labu2nya...

    ReplyDelete
  15. Ina : mekasih... kata-kata yang ina bagi tu sangat berguna untuk saya... hehehe... mekasih sbb mengerti... :)

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016