Wednesday 20 May 2009

EVO

"I got to work hard to get it."

Aku masih ingat kata-kata Datin Fauziah Haron (bekas Ratu Cantik Malaysia/World tahun 1975) mengenai Mercedes Sport yang dimilikinya. Masa ni aku berurusan dengan beliau untuk projek Istana Seri Menanti Negeri Sembilan. Beliau menghadiahkan kereta itu kepada diri sendiri setelah berjaya dengan firma hiasan dalaman NU-Pop Designs Sdn Bhd yang dimilikinya. Datin sendiri orangnya sangat bekerja keras, masih bertenaga turun ke tapak projek. Seseorang yang bergelar Datin pun sanggup berusaha keras untuk mendapatkan kereta idaman. Inikan pula orang biasa-biasa macam aku ni .
Kalau Ain Maisarah menetapkan sasaran mahu jadi jutawan, aku pulak menetapkan sasaran mahu beli Evo dengan duit menulis . Ya, ya, aku faham... mesti ada yang gelakkan aku. Tulis novel baru berapa biji dah berangan nak Evo yang harganya lebih RM300K tu sama harga dengan sebuah rumah teres 2 tingkat di Putra Heights yang juga aku angan-angankan. Jangan katakan korang gelakkan aku, hubby sendiri terkekeh-kekeh mendengar angan-angan aku ni. Tak kecik hati pun. Hendak berjaya kena letakkan sasaran. Macam kata Datin Fauziah, "...got to work hard to get it."
Sebab tu pada header blog gambar Evo, hatta pada kad nama pun terpampang lukisan Evo. Sebagai dorongan untuk aku terus gigih menulis dan melukis. Tak kiralah bila umur dah berapa pun, dah jadi nenek ke nanti (kalau umur panjang), kalau mampu pakai, nak pakai jugak kereta ni. Hidup hanya sekali kan ?
Jadi sekarang, aku sedang bekerja keras...

17 comments:

  1. Hai Rose, mula2 aku baca n3 ko nie, dlm hati aku berdoa mudah-mudahan ko dpt apa yg ko hajati...Betul cakap ko tu, kta mesti ada sasaran...tp setelah part yg bawah tu, "tak kiralah bila umur dah brp pun, dah jd nenek ke nanti" part ni aku dah ketawa.....lucunya aku bayangkan..org veteren drive krt yg sporty tu kan....tp tak pe..itulah yg dihajati kan....Hah aku ada cadangan...aku rasa kat sini tak mahal kot "evo" tu tk sampai $100k, ko tinggal kat Brunei kejap, pakai evo..hah lepas tu bwalah balik sna...hahahahaha

    Apa pa pun, good luck to u dear...semoga impian ko tu tercapai...amin.....

    ReplyDelete
  2. Hahahahaa..
    Dah agak dahh..!!
    Dia mesti nakkan Evo gak.. Sebijik cam Cendol laa sis nih..

    Impian gua kalo buleh gua nak beli kapal selam.. Senang nak tangkap ikan nanti..!! Takyah laa gi mancing susah-susah ye tak?..

    ReplyDelete
  3. Err.. Apa yang Mummy Hanan cakap tu memang betul tapi nak bawak balik sebuah kereta ke sini memerlukan banyaaakkk duit sis.. Tiap-tiap hari gua kat Kastam ni gua dapat tengok cukai untuk bawak kereta masuk ke Malaysia sangatlah sengat harganya..

    Dari Kuching bawak Kancil ke Semenanjung pun kurang-kurang 2-3 ribu sis.. Tak termasuk 'duit tepi' lagi tu..!! Adehh laa..!!

    ReplyDelete
  4. kalau jadi polis sekarang ni ada peluang bawa evo hehehe

    ReplyDelete
  5. tak salah rose.. memang tak salah...
    angan-angan boleh jadi impian. impian akan berubah menajdi harapan.. tak mustahil harapan bakal jd kenyataan... akak doakan rose trerus berjaya dan terus berjaya....
    byk masa lagi... insyaAllah...

    ReplyDelete
  6. Leeya : Aduhai... terima kasih kerana mendoakan aku untuk itu,,, terharu dibuatnya mendapat doa dari seorang kawan yang jauh di mata macam ko... (tp dekat di hati),
    hah, nanti kalo ko dengar citer ada sorang nenek kat Malaysia merempit dengan Evo, aku la tu... hahahahah
    tu la... 2 kali aku gi brunei, 2 kali aku tensen tgk pak aji drive Evo, rasa nak numpang aje... kekeke

    tengkiu leeya

    Cer : haha, baru2 dah kenakan cendol, bagitahu dia, nak park Evo depan opis MOy time hantar claim... kekeke... tensen je kawan.,.

    bab2 Kastam tu, sis suh ko je kawtim... nanti sis belanja kuetiow goreng kedai oren... muekekekekeke...

    Wanzu : tu ler pasal... tensen je tgk polis pandu Evo...

    Kak Ida : saya memang suka berangan dulu kak ida... pastu cubalah capai... kalau dapat, tu kira bonus, kalau tak dapat maknanya takde rezeki.. heheeh
    mekasih kak ida atas sokongan tu... :)

    ReplyDelete
  7. che rose...
    psttt baru td akak berselisih ngan kete Evo pak polisi... wakaka!
    Baguslar che rose set target.. cuma jgn mati beragan dah lar..ahaks!..
    Apapun..setiap niat yang baik tu insya-Allah akan ada jalannya! Moga2 harapan che rose dikabulkan AMINNN!
    ps/ akak takleh bayangkan 'nenet' merempit! terbayang watak fauziah nawi buat drift dlm citer senario hahha!

    ReplyDelete
  8. baguslah mcm tu akak...at least akak letakkan matlamat so lebih bersemangat nak capai cita2...good luck...

    ReplyDelete
  9. salam rose tak apa,pasang angan2 tu wajib tapi inshallah dgan bakat dan kerja keras kau,liza yakin rose pasti dpat apa yang kau inginkan termasuk kerta tu,tak apa tua2 pakai janji dapat...jangan lah jadi minah rempit,kalau nak rempit juga pergi liter sepang...kha..kha..selamat berjaya dgan perojak ain maisarah..

    ReplyDelete
  10. Kak Nik : kete Evo pak polisi tu tak best... sbb bukan Evo 7 atau 8... rega dia dalam RM100+++ je,
    kalo mati berangan tu, maknanya takde rezeki ler untuk saya... hehehe... tapi kena usaha dulu ye dak... dapat 2nd hand pun jadilah...
    mekasih kerana meng'AMIN'kan... :)

    Fad : mesti kena letakkan matlamat, kalo dak asyik nak malas aje... :)

    Liza : kelakar la liza ni... tidaklah saya nak jadi minah rempit... :) kalau dapat Evo, mesti sayang2 dan jaga cermat2... mekasih liza...

    ReplyDelete
  11. hahaha..kete sorong aje kf ade saat ini hee~

    ReplyDelete
  12. hahah , cayalah la rose... apapun saya doaan yang terbaik untuk rose.. nanti nak tumpang dua kaki yek bila dah ada evo nanti tau

    ReplyDelete
  13. khalifah fedi : hahah.. lawak... :) takleh nak numpang la ye..


    shila : tengkiu laling... nanti i singgah amik u ngan Evo eh... ahaks!

    ReplyDelete
  14. Nak kowtim kedai oren je?.. Kastam tu suruh balik cungkil cekam je karang.. Hahahahaa..!!

    ReplyDelete
  15. Cer : hahahha...ala... takleh ke? nak naik taraf apa kedai oren tu... makanan berkategori dah skang... :)

    ReplyDelete
  16. Selamat berjaya Puan Rose
    moga apa yang dihajati akan tercapai
    Amin
    very amazing blog

    ReplyDelete
  17. Zakiah : terima kasih sudi datang sini dan terima kasih atas sokongan itu...

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016