Jun 18, 2009

Suatu Malam Bersama Drakula...

BY Rose Harissa IN , 32 comments

Tengah mengemaskini koleksi artikel misteri. Tiba-tiba terjumpa satu artikel ala-ala siri Twilight... hahaha ... Hmm... nampaknya idea berpaksi pada satu perkara yang sama... mungkinkah kerana sebab ini, semakin lama semakin banyak cerita yang seakan sama walaupun penulisnya orang yang berlainan?
Jadi inilah dia ceritanya dengan soundtrack dari kumpulan Muse untuk menambahkan lagi feel ...

******************************
“ SUATU MALAM BERSAMA DRAKULA...” - APO? #126 (1 April 2004)
Aku baru aje dapat kerja di sebuah kedai buku. Saja suka-suka sementara nak menunggu keputusan akhir semester keluar. Kerja di kedai buku ni, bolehlah aku ambil kesempatan baca buku-buku yang aku suka secara pecuma. Lagipun bosan juga kalau dari pagi sampai ke malam duduk aje di kaunter. Kerja aku bermula jam 10 dan berakhir jam 10 malam.

Kedai buku yang aku jaga tu, keseluruhan fasadnya ialah cermin. Jadi sambil duduk di kaunter, aku suka memerhatikan orang ramai yang lalu lalang. Sampai aku boleh cam orang yang regular lalu di depan kedai buku ni. Lepas seminggu aku kerja di situ, aku terperasan pada sorang lelaki. Orangnya tinggi, berkulit putih, rambut panjang paras bahu dan selalu berkot labuh. Aku suka sangat tengok dia, tak tau kenapa. Sekali sekala memang aku kantoi kerana asyik perhatikan dia. Aku cuba lemparkan senyum tapi tiada reaksi yang aku terima. Wajahnya ‘kaku’ dan ‘beku’. Biasanya dia muncul dalam lingkungan jam sembilan malam ke atas. Aku selalu pehatikan dia kerap masuk ke pub yang terletak bertentangan dengan kedai buku tempat aku kerja.

Sungguh mengecewakan bila setiap kali keluar dari pub, dia akan bergandingan dengan perempuan. Perempuan yang berbeza tetapi kesemuanya cantik dan seksi. Aku mengeluh sendirian, minat masih ada pada dirinya tetapi terkilan dengan sikapnya yang sering bertukar teman wanita. Lalu aku kurang lagi memerhatikan dirinya sambil memendam rasa.

Suatu hari, aku terbaca satu berita pembunuhan. Mayat seorang wanita ditemui di sebuah semak samun. Tiada tanda dia dirogol tetapi polis menemui dua lubang kecil di lehernya dan mayat kekeringan darah. Aku terkejut yang amat sangat. Gambar wanita itu sama seperti wanita yang keluar dari pub semalam bersama dengan jejaka misteri idamanku!

Aku mula tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu. Maka malam berikutnya, aku meneruskan kembali aktiviti memerhatikan jejaka tersebut. Dan seperti biasa, dia muncul di depan pub itu. Ketika dia keluar bersama seorang wanita, aku berdiri dan mengecam wanita tersebut. Dia sedar aku memerhatikan gerak gerinya lalu melemparkan satu renungan tajam. Aku berdebar seketika. Perasaan bercampur baur, rindu dan sedikit gementar. Aku pelik dengan sikapku sendiri.

Esoknya pagi-pagi lagi aku dah baca akhbar mencari berita kematian wanita. Ya! Memang ada berita itu. Seorang lagi wanita ditemui mati. Dengan keadaan yang sama, leher berlubang seperti digigit sesuatu dan darahnya seperti dihisap dihingga kering! Dan perempuan itulah yang keluar bersama jejaka misteri itu malam tadi.

Aku tiba-tiba kebingungan bercampur sedih. Mungkinkah lelaki itu terlibat dengan kes kematian tersebut? Aku meneruskan pemerhatian. Selang dua atau tiga malam, lelaki itu pasti keluar dari pub bersama seorang lagi wanita. Tetapi kali ini, sebelum meninggalkan pub, dia akan melemparkan satu pandangan yang sukar dimengertikan ke arahku. Seolah-olah mengetahui aku sedang menganalisa setiap pergerakannya. Berita kematian ngeri wanita-wanita tersebut terus muncul di dada akhbar. Aku semakin yakin bahawa lelaki itu ada kaitan dengan setiap kematian yang dilaporkan.

Suatu malam, selepas aku menutup kedai dan dan bersiap-siap untuk pulang, aku dikejutkan dengan kehadiran lelaki tersebut. Dia berdiri di seberang jalan, betul-betul di hadapan pub sambil memerhatikan aku dengan renungan tajam. Aku tergamam seketika. Kemudian aku terus melangkah laju tanpa menghiraukannya.

Hari-hari berikutnya jarang sekali aku lihat dia keluar bersama wanita dari pub itu. Sebaliknya dia berdiri di bahu jalan dan terus-terusan memerhatikan aku. Serba salah aku dibuatnya. Kini dia seperti semakin menghampiri aku. Pernah dia berdiri di luar cermin, betul-betul di sebelah kaunter. Aku terkejut yang amat sangat bila terpandangkannya. Dia hanya berdiri sambil menyeluk saku. Jantung aku semakin kuat berdebar. Memang dia kacak dan kelihatan menarik. Bila kami bertentang mata, aku tergamam melihat matanya yang seperti berkilauan. Tiba-tiba sahaja dia tersenyum. Dan aku lebih terperanjat bila melihat gigi taringnya yang agak panjang. Anehnya, itu semua membuatkan aku semakin terpikat padanya walaupun aku kini mula menyedari dan dapat mengagak siapakah dia. Aku tertunduk, tidak berdaya menahan pandangannya yang tajam itu. Dan bila aku kembali mengangkat wajah, dia telah tiada di situ!

Berita kematian misteri wanita-wanita pub, sudah jarang keluar di dada akhbar. Tetapi aku mula merasakan diriku seperti diekori dan diawasi. Setiap kali aku pulang dari kerja, terasa seperti ada orang di belakang, tetapi bila kutoleh, tiada sesiapa pun… hanya seekor kelawar yang berlegar-legar di udara seperti mengiringiku pulang.

Lama kelamaan, aku lihat lelaki itu tidak lagi membawa perempuan keluar dari pub tersebut. Sebaliknya dia terus-terusan berdiri di luar memerhatikan setiap geriku di dalam kedai. Aku jadi tidak keruan. Mungkin kerana selalu diperhatikan sedemikian rupa, aku seperti sering terlihat dan terbayangkan dirinya ketika berada di rumah. Malah aku sering termimpikan dirinya. Setiap malam juga aku terasa seperti diekori hingga sampai ke rumah. Mulanya memang aku rasa takut lebih-lebih lagi bila terpandangkan kelawar hitam bermata merah yang selalu terbang di atas kepalaku. Tetapi lama kelamaan, aku sudah tegal dengan keadaan itu malah terasa seperti dilindungi pula.

Suatu malam, seperti biasa, aku lihat lelaki itu berada di seberang jalan. Aku buat-buat tak peduli. Sehinggalah sampai waktu pulang, hujan tiba-tiba sahaja turun dengan lebatnya. Aku berjalan menyusuri kaki lima. Ketika itu telingaku tajam menangkap bunyi derap langkah mengekori dari belakang. Aku kuatkan hati tidak mahu menoleh kerana perasaan takut mula menyelubungi hati. Semakin aku lajukan langkah, ia kedengaran semakin hampir. Kemudian, tiba-tiba sahaja jari-jemariku dipegang seseorang dari belakang. Langkahku serta-merta terhenti dan aku pejamkan mata serapat mungkin. Bila aku buka mata, lelaki misteri itu kini berada di depanku. Aku gugup menatap wajahnya yang pucat tetapi tersenyum memandangku, jelas terserlah gigi taringnya. Dalam hati, adakah semua itu kerana dia tidak lagi membunuh? Aku terkebil-kebil. Tidak dapat menggambarkan perasaan sendiri, takut ada, gementar ada, malah rasa cinta pun ada!

Dia terus berpegangan tangan denganku. Aku ikut sahaja langkahnya tanpa sedar akan keadaan sekeliling. Sedar-sedar sahaja aku berada bersamanya di satu ruang yang diterangi cahaya lilin. Pakaianku juga telah bertukar kepada gaun putih yang cantik. Terasa seperti seorang pengantin. Dia juga berada di hadapanku. Berpakaian serba hitam tetapi kelihatan lemah sekali. Perlahan-lahan dia memelukku. Saat itu aku berasa gigitan lembut di leher. Kupejamkan mata dengan menyedari memang tepat sangkaanku terhadap siapa di rinya yang sebenarnya. Namun aku pasrah pada takdir dan seakan merelakan apa sahaja yang bakal dilakukan terhadap diriku. Mungkin nasibku sama seperti perempuan-perempuan sebelum ini. Fikiranku mula melayang-layang dan terawang-awang.

Tanganku mula terasa kebas dan fikiranku kembali ke alam nyata. Saat itu aku rasakan aliran panas mengalir di leher. Dia mengangkat mukanya. Kelihatan segar. Sedangkan aku lemah longlai. Dia tidak lagi meneruskan hisapan. Dalam keadaan bingung, aku tertanya-tanya kenapa…

Aku kemudiannya didukung dan dibaringkan ke dalam pembaringan yang penuh dengan kelopak mawar. Rasanya aku masih mengenali apakah benda itu. Keranda! Dia cuma senyum dan menepuk-nepuk bahuku seperti mendodoikan bayi untuk tidur. Ketika itu aku tidak lagi memikirkan tentang kematian, sebaliknya aku yakin dan pasti pertemuan dengannya tidak akan diakhiri dengan penemuan mayatku sebagaimana nasib yang menimpa perempuan-perempuan malang sebelum ini…

********

32 comments:

  1. che rose... ape endingnya.... vam seram taoi cam besh.. hehehehehe

    ReplyDelete
  2. ader sambungan lagi ke cerita pendek ko nie???
    aku tak beli APO ler..

    dah macam cerita TRUE BLOOD pulak..

    ReplyDelete
  3. Hoh..
    Taknak guna gantinama 'aku' kat novel?
    Ngapanya sis?
    Ada pantang-larang ke?..
    Edehh..!!

    Tulung sis.. Idea tak mareyy.. Dateline dah dekat..!! Adoihh laa..!!

    ReplyDelete
  4. bez2 kak rose...vampire ganteng hehheheh suka2 mcm cita the twin effect vmpire dia ganteng suka2...ada smbungan ke ni?

    ReplyDelete
  5. Kak...ape terjadi pd perempuan tu....mati ke x ? heheheheh

    ReplyDelete
  6. Salams...
    citer ini best dan mengingatkan kembali kisah drakula yang selalu za baca masa kecil dulu. Memang menakutkan ......

    ReplyDelete
  7. dhan : err... takde ending... macam2 boleh berlaku... hehehe

    Yus : takde sambungan la... abis takat tu je... ni gara2 aku obses tgk citer vampire laa... haha

    cer : ya, ada banyak pantang larangnya... rasa nak terguling je baca ayat last tu... muahahhahaa

    suhaidah : takde sambungan la... tapi best kan kalo vampire ganteng2... hehehe

    Ilyah : heheh... tatau... mungkin vampire tu simpan dia selamanya dalam keranda tu...

    Liza : salam... mekasih liza... tu la... saya mmg suka kalo citer vampire ni... :)

    ReplyDelete
  8. akak lpas ni klu ada tulis cita apa2..Akak ckp lah yg watak hero tu gigi dia cute...saya sku laki gigi cute heheheh...klu ada taring gi saya suka wahwahwahwahwahwhahwahwhw

    ReplyDelete
  9. wahahahah... kita suka menda yang sama la suhaidah! hahahah... mmg suka lelaki ada gigi taring panjang! kadang2 lelaki gigi berlapis pun nampak kiut! hahahhahahahaha

    ReplyDelete
  10. skali lgi firasat akak betul hahahah mcm ibu peri lah pulak....saya pun suka lelaki yg gigi berlapis....heheheh....so harap next novel ada hero gigi cute heheheh

    ReplyDelete
  11. Bes, bes! Tumpang lalu cik rose... Mmg dulu time bace apo, takkan miss cerpen2 keliwon anda.. Seram bangett!

    Betul cite nih cam True Blood n I loveeee True Blood tahap berangan jadik heroin lam cite tuh aa. Mmg mantap laa vampire2 skarang.. Tsk tsk.

    ReplyDelete
  12. cahyacinta : waaa... akak boleh jadi ahlil nujum aa camni... keke... ada dah satu citer terbengkalai, akak buat heroin tertarik sebab tgk gigi hero bertaring... kekeke

    girlfriday : lalu ler dik... takyah bayar tol pun... hehhe... mekasih sbb sudi baca citer2 kita kat APO tu... bes kan berangan jadi heroin vampire... hahaha

    ReplyDelete
  13. boleh jadi karier terbru hahah.Ahli nujum hahah...Lah yeke??akak smabung lah sure saya beli..hahah sebab beragn jdi herion dalam citer tu hahahah

    ReplyDelete
  14. hahahha... citer tu dah terbengkalai la suhaidah... ilham hilang...

    ReplyDelete
  15. ohhh takpe2 klu dah aa idea akak buat lah...chaiyok2!!
    akak apa kta buat story pasal askar ke..
    tak pnah gi org buat akak wat lah heheh....cadangan sahaja

    ReplyDelete
  16. Insya ALLAH Taala kalo ada idea kak rose sambung...
    citer pasal askar? askar apa? TUDM? TLDM? atau unit khas? manalah tau cadangan suhaidah boleh dipertimbangkan... :P

    ReplyDelete
  17. TLDM lah kak...Smart dorh uniform diorang hahah(Angkat bakul uniform bapa sendiri)...muhahahahmuahahah....

    ReplyDelete
  18. hahaha... agak dah... sebab tgk gambar papa suhaidah kat blog... memang ler smart lelaki2 yang beruniform ni... nanti kalo akak nak buat, akak berguru ngan suhaidah ye...

    ReplyDelete
  19. muhahahah....tpi army(sory abg2 n pacik2 army muahaha)saya tak brpa suka..sya tak suka bju loreng tu.sya tgk myeksa kan apatah agi memakai..muahahhahha boleh je..

    ReplyDelete
  20. wahhh... statement menghiris perasaan abang2 army ler ni... kekekeke

    ReplyDelete
  21. muhhahahahah statment kejam sikit je muhahahah...ampun2 klu ada abg2 army atau pacik2 army terbaca muhahaah.....pangkat2 dia pun fening saya nak paham muhahahah

    ReplyDelete
  22. Akak klu tak silap dalam BCM Azalan pun LT Dya kan?dia PSS kan?

    ReplyDelete
  23. Suhaidah : itu laa... kang tulis salah pangkat salah la pulak...kekeke

    Ah ah... Azalan tu Leftenan Muda... tapi err... PSS tu apa? hehe

    ReplyDelete
  24. Pss tu pasukan simpanan..Klu tak silap dlm BCM akak ckp dia join PALAPES kan?Klu saya tak silap le muahaha..

    ReplyDelete
  25. oooo... baru faham...
    ah ah Azalan mmg palapes...dia join sampai dapat leftenan muda... :)

    ReplyDelete
  26. tu lah dia pasukan simpanan tldm...kehkeh pegawai tu...

    ReplyDelete
  27. best2 bila nak jadi novel...tak sabarnya, bleh bayangkan hero a.k.a dracula tu hensem gila babeng mcm dennis oh(hero korea) hahaha..

    ReplyDelete
  28. Suhaidah : ooo... itu macam ka.. patutlah azalan bitau, dia bleh terus masuk tentera dengan pangkat Leftenan... ingat dia tipu2 je... kekekek

    Jujun : errkk... jadi novel? tak terfikir lak nak panjangkan citer ni... oh, tapikan... kalo hensem cam dennis oh, perghhhhhhh... kalah la encik edward dari twilight... kekeke

    ReplyDelete
  29. boleh serap jadi anggota regular tu..Terus dapt Lt..ensem macam denis???muahahah ni yang saya suka ni;)

    ReplyDelete
  30. hahaha... nak serap apanya dia dah jadi cikgu je... tak nak jadi engineer...
    aik? suka Dennis gak ke?

    ReplyDelete
  31. lah yeke...sayang2 klu jadi abe askar lh hahahaha....boleh le sebab macam ady rafizal tu yg minat tu hehehe ensem lagi kuang8

    ReplyDelete
  32. hahhaha... abey askar baju putih, smart kan?
    akak mmg imagine ady rafizal cam dennis... kekeke

    ReplyDelete