Monday 20 July 2009

Tajul Aweera


Nama Penuh : Tajul Aweera bin Tajul Arifin
Umur : 28 tahun
Keturunan : Melayu - Siam
Profession : Creative Art Director (Advertising)
Hobi : Duduk rumah, tidur, tengok TV, tengok iklan.
*Simpan rambut panjang sebab nak ikut sunnah Nabi.
Nama isteri : Sari Ayu binti Usman


Besar harapan aku nak tengok dia ni duduk sebaris dengan hero-hero lain kat atas tu. Tapi boleh ke? Ervan Prima Sakti pun ceritanya masih separuh untuk disiapkan. Bila aku dah tak ada idea dengan Ervan, aku duduk hadap Aweera pulak... haha...
Sedaya upaya aku akan realisasikan dua hero ini supaya dapat duduk kat kotak hero-hero tu... mudah-mudahan berjaya. Amin!

30 comments:

  1. eh betul ker sunnah nabi simpam rambut pjg nie? emm gud news nk try arr hee!

    ReplyDelete
  2. Fedi, betul... ramai yang tak berapa tau pasal ni...ni sedutan dari citer Aweera yang akak tgh buat :

    Salahkah lelaki Islam menyimpan rambut dan membiarkannya panjang? Tidakkah Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi ikutan umat Islam juga mempunyai rambut panjang dan bukankah ia suatu sunnah, mengikuti jejak langkah kehidupan baginda?
    Ini kerana Nabi s.a.w bersabda (bermaksud): "Sesiapa yang mempunyai rambut, peliharalah ia" dan dilaporkan juga bahawa Nabi s.a.w mempunyai rambut panjang.
    Malah Anas bin Malik ada meriwayatkan; maksudnya; “Nabi SAW memanjangkan rambutnya sehingga mencecah dua bahunya.”
    Dari hadis yang dikemukakan ini, difahami bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW berambut panjang. Justeru, sesiapa sahaja dari kalangan umat mahu berambut panjang, maka itu bukanlah perkara yang dilarang. Asalkan tidak menyerupai perempuan, asalkan tahu menjaganya dengan rapi.
    Weera sendiri menyimpan kumis dan janggut nipis bagi menyeimbangi rupanya yang berambut panjang.

    ha, cubalah... ;)

    ReplyDelete
  3. salam che rose, sukernya aku..hensem...tapi cam Aweera OIM je ada kaitan ke???? biar rambut panjang jgn. panjang misai...kuit..kuit..kuit...
    bilanya che rose aku dah tak sabar nak membelek buku ko tanpa berbuat apa2...he..he..he..

    ReplyDelete
  4. salam teja ... hahaha... rindu kat ko...
    wehh... takde kene mengena ngan Aweera OIM... nama je tersama...
    ah ah, betulll... aku setuju... biar rambut panjang, jangan misai panjang... :))
    bila? ooo... lambat la lagi... dateline aku hantar citer ni bulan 9!

    ReplyDelete
  5. hahaha..rindu kat ko gak...tak sabornya che rose...ko sama je dgn aku tak suker ada misai ya..aku menyampah nengoknya cam muka gatal2 je..terutama cam dato k tu nak muntah aku..laki aku dulu masa dolu2 ada misai, nk nampak garang konon...ala2 sarjan misai,dpt kat aku jgn haraplah pjg kit aku suh gunting...keh..keh...apa2 pun aku tetap suker kat azalan...hahahaha...

    ReplyDelete
  6. adus ada bakal pakwe 'tak rasmi' lgi lah hikhikhik ni yg suke giles ni...kirim salam kat kening ye hikhik

    ReplyDelete
  7. xpasal su dah terpengaruh skit pada pic sebelum baca. ingatkan si aweera OIM tu mujur... bukan. pelik gak bila masa dia kawin hahahaha

    notajarigebu :- xpernah tgk OIM, camne tu... ;P

    ReplyDelete
  8. Hero yg handsome mesti citer best...hehehehe

    ReplyDelete
  9. akak kalau tak salah tekaan saya..hero ni menyerupai ananda everingham, pelakon thailand yang berdarah campuran australia.

    saya doakan akak berjaya! amin...
    aja aja aja!

    ReplyDelete
  10. Teja : huh! tepat sekali statement ko tu... :)) ... wah, ko tetap suka azalan eh... susah aa camni nak develop hero untuk mengalahkan azalan... hehe

    Suhaidah : dia dah kawin aaa... heheh

    Su : loh? macam Aweera OIAM ke? iskk...aweera rupa mat saleh, kebetulan nama aje sama tu pun tang aweera... hehe tapi tak penah tgk OIAM, camna leh kenal aweera?

    Aslina : beliau memang sweet tapi suka pendam perasaan. hehe

    Ilyah : err... mesti camtu ke? buatnya hero je hensem, citer tak best... adoii

    Adra : ada kenalah sikit... lgpun mmg nk buat hero darah Thai... sama tapi tak serupa, akak dh buat Weera lagi 'kiut' dari AE. :p
    tengkiu adra

    ReplyDelete
  11. "Nabi s.a.w mengutuk lelaki yang menyerupai wanita." (Hadis riwayat Al-Bukhaari)
    Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 1993 ada menyatakan, yang baginda ada menyimpan rambut tetapi caranya atau kaifiatnya itu bermacam-macam riwayat.
    "Sesetengah riwayat, rambut Rasulullah itu panjang sampai ke telinga, setengah riwayat sampai cuping telinga dan ada lagi riwayat lain yang mengatakan rambut baginda itu jejak ke bahu."
    Menurut fatwa itu, Imam Nawawi menanggung perselisihan riwayat berkenaan kerana berselisih masa, iaitu masa bergunting, rambutnya akan panjang sampai cecah di bahu, dengan setiap orang yang melaporkan riwayat terbabit memberitakan apa yang dia lihat pada suatu masa.
    Jadi di sini jelas, rambut Nabi s.a.w bukanlah terlalu panjang sebagaimana dijadikan alasan bagi mereka yang lebih cenderung berambut panjang melepasi batas bahu, hingga menimbulkan kekeliruan dari segi gender.
    Nabi s.a.w dilaporkan membiarkan rambutnya panjang dan mencukurnya. Baginda tidak mengatakan apa-apa ganjaran bagi orang yang membiarkan rambut panjang atau berdosa apabila mencukurnya. Tetapi baginda memerintahkan lelaki menjaga rambut.
    Sama-samalah kita berkongsi ilmu..Insya-ALLAH

    ReplyDelete
  12. Panjang lebar kak Yati berceramah... :D

    Sebenarnya tak salah lelaki berambut panjang asalkan tahu menjaganya lagipun kan, berambut panjang kebiasaan orang Arab.

    Hadis Riwayat anNasa'iy dari Abu Qatadah r.a," Aku seorang yg berambut panjang hingga ke bahu. Lalu aku datang bertanya akan Nabi saw (akan kedudukan rambut panjangku itu), maka Nabi saw menyuruhku agar menjaga dan menyisirnya setiap masa."

    Qadhi 'Iyadh (asySyifa'), "Jika kita kumpulkan kesemua hadis mengenai rambut Nabi saw, banyak riwayat mengatakan ia sampai ke bahu.”

    Perihal Nabi dan sahabat berambut panjang adalah realiti di masa silam. Urusan panjang pendek rambut ini adalah urusan keduniaan semata-mata. Boleh mencontohi Nabi saw dan sahabat dan boleh pula meninggalkannya, dalam hal ini tidak tercela. Yang perlu dilakukan ialah menjaga rambut sebagaimana yg disarankan oleh baginda dan tidak membiarkan rambut kita kusut masai dan tidak terurus.

    Sesungguhnya memanjangkan rambut itu mesti mempunyai beberapa hal yang harus diperhatikan, di antaranya :

    1.Ikhlas karena Allah Taala, dan mengikuti petunjuk Rasul, supaya mendapatkan balasan dan pahala.

    2.Dalam memanjangkan rambut tersebut, hendaknya tidak menyerupai wanita, sehingga dia melakukan apa yang dilakukan wanita terhadap rambutnya, dari jenis dandanan yang khusus bagi wanita.

    3.Dia tidak bermaksud untuk menyerupai ahli kitab ( kristen dan yahudi), atau penyembah berhala, atau orang-orang yang bermaksiat dari kalangan muslimin seperti seniman-seniman dan artis (panyanyi dan pemain film), atau orang-orang yang mengikuti langkah mereka, seperti bintang olah raga, dalam model potongan rambut mereka serta dandanannya.

    4.Membersihkan rambut,dan menyisirnya sekali dua hari. Dianjurkan memakai minyak dan wangi-wangian serta membelahnya dari pertengahan kepala. Apabila rambutnya panjang dia menjadikannya berkepang-kepang.


    Yelah, kalau berambut panjang sebab nak ikut sunnah Nabi tapi amalan lain terutama yang wajib tak dibuat, tak guna juga... :D

    ReplyDelete
  13. Salam dari saya !!

    pom pom gurl akk neh!
    hahahha ;D
    hero baru, teruja && tersuka dgn pak cik aweera neh!
    mcm nama kazen elly lak 2. hahhahhah :D

    ape2 tgu novel akak yang neh.. aggaga

    ReplyDelete
  14. dah kawin???ala takpe lah saya mngundur diri le hikhik..ni yg tak sabar nak tunggu ni...

    ReplyDelete
  15. Cikyuyu : hahaha... lawak la pompom girl akak sorang ni... nama je macm kazen elly... kebetulan... hehhe novel yang neh dateline bulan 9... tatau la akak bleh siapkan ke tak...

    Suhaidah : ah ah... dia dah kahwin... kekeke.. sian suhaidah kene undur diri... :))

    ReplyDelete
  16. Insyaallah!
    sempat nye..
    tak kan tak sempat.
    mane boleh tak sempat, :))

    novel itu sedang menanti di hatiku..

    ReplyDelete
  17. rose.. baru letak gambar n profil sikit.. dah berderet yg komen. tak kurang juga yg berkenan. belum baca kisahnya lagi tu... hehe.. syabas!

    ReplyDelete
  18. kak, jgn la pelik. su mmg x tgk OIM, tapi pernah la tertengok muke aweera tu kat lam sok kabar. tu selak2 je. heeee

    ReplyDelete
  19. nurulsuhaida : cikyuyu... takut deh akak... sebab rasa terkincit kincit ni nak bagi sempat siap... wokeh nanti kalo ada rezeki ia keluar sebagai buku, akak pos untuk cikyuyu

    idasm : alaa kak ida.. takut nanti profil je bes, kisahnya tak best... :))

    Nursuzry : lohh... patut laaa... ingatkan su jumpa aweera kat mana2... eh, aweera in person cute banget tau... cumel aje orangnya... ;))

    ReplyDelete
  20. encemmm nye kak...jatuh chenta ni :X

    ReplyDelete
  21. tengkiuuu... hero mmg perlu ensem2 ;)) :D

    ReplyDelete
  22. Hai Rose

    Hansomenya Mamat ni. Tapi tak boleh menandingi Hero idamanku Zarul Effendy.

    ReplyDelete
  23. hai fzzh...
    alamak... kehenseman Tajul Aweera takleh lawan Zarul eh... hehe

    ReplyDelete
  24. tkpe lah kak dah takde jodoh hahahah ayat tak betul hahah

    ReplyDelete
  25. Suhaidah : sedih betui bunyinya... :))

    ReplyDelete
  26. nsb baik bkn nasharul aweera, thu kn spe?

    ReplyDelete
  27. airul... tau... dah penah jumpa pun... comey je budaknya... :)

    ReplyDelete
  28. mtg2 la rmbut dia pnjang gak... jgn tgoda akak, nt cik abg mrh trus dia smpan rmbut pnjang

    ReplyDelete
  29. hehehe... biasa la Airul... kak rose takleh tgk lelaki rambut panjang ni... sbb cik abang penah berambut panjang.. :))

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016