Tuesday 11 August 2009

Apabila dua orang lelaki berkasih sayang, adakah mereka GAY?

Kalau korang melihat dua orang lelaki berpelukan, bertepuk bahu, bertanya khabar dengan gembira, apa yang ada dalam fikiran korang?
Apakah korang akan kata mereka itu gay?
Kalau korang kata macam tu, alamat, habislah novel terbaru aku ni kena baling ke dinding. Sebab aku buat cerita pasal dua orang lelaki yang berkasih sayang...

Tapi korang percaya tak kalau aku kata dorang berkasih sayang kerana ALLAH? Yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Kerana mereka mahu menjadi salah satu daripada 7 golongan lelaki yang dilindungi oleh ALLAH di akhirat kelak. Dua orang yang saling mencintai karena ALLAH akan mendapatkan lindungan dari ALLAH di akhirat nanti, dan ALLAH akan mengizinkan kedua orang tersebut untuk masuk ke dalam syurga-Nya.
Ini kisah cinta unik Tajul Aweera dan Ray... Tajul Aweera yang sudah berkahwin tapi tetap menyayangi Ray melebihi harta yang dia ada. Yelah, asyik cerita lelaki yang begitu menyintai perempuan aje... bosan gak aku. Sekarang aku mahu tukar sikit. Lelaki menangis kerana lelaki. Amacam? Korang setuju tak?
Cuma nanti, mungkin kalau ada yang tak faham konsep, akan terus menuduh mereka gay sebelum membaca sampai ke akhir cerita.
Agak-agak korang, akan rasa nyampah tak nanti kalau baca cerita macam ni? Aku tak pandai nak tulis cerita bersastera tinggi. Aku cuma boleh tulis cerita nyata yang ada di sekeliling masyarakat kita yang mungkin tanpa sedar, kita sering tersalah anggap tanpa mengenal mereka yang sebenarnya. Sebab budaya dan masyarakat sering membuat tohmahan terlebih dahulu. Penyesalan itu biasanya datang kemudian... lambat!
Aku baru pulih dari demam dan selsema. Fuh! Aku masih perlu mencari kurang lebih 60 ribu patah perkataan lagi untuk sempurnakan hikayat ini. Mudah-mudahan berjaya... AMIN!


Gambar sekadar hiasan (sebab aku suka citer Supernatural...). Tapi janganlah pulak ada golongan songsang menggunakan alasan bercinta kerana ALLAH untuk teruskan 'percintaan' mereka yang sudah tentunya berorientasikan hawa nafsu!

28 comments:

  1. salam roses...
    kalau camtu mesti best citernya. memang akan ada yang fikir bukan-bukan sebab jarang lelaki close sangat dengan kawan lelakinya. Kalau perempuan dengan perempuan ramai.kalau yang serong tu memang kena luruskan balik dengan baca 2-3 kali khatam....uji kefahaman.

    ReplyDelete
  2. salam leeza...
    mekasih... Insya ALLAH saya akan buat yang best... nak ubah sikit pandangan orang ramai... sebab saya selalu dengar org kata kalau lelaki baik dengan lelaki mesti gay... tapi setelah saya ada jumpa lelaki baik dengan lelaki bukan kerana diorang gay, jadi terfikir nak buat cerita macam ini, yg orang akan tuduh bukan2 tapi sebenarnya tidak...

    oh ya, saya lupa jawab soalan leeza, mydin USJ ada jual lauk pauk jugak tau... ;)

    ReplyDelete
  3. kalau dah peluk2, pegang tangan.. itu sudah hampir kepada definisi gay..

    ReplyDelete
  4. suka cerita yang lain dari yang lain..
    tul jugak...
    asyik2 couple..
    boring

    ReplyDelete
  5. nape ek kalo 2 lelaki yg berkasih syg..cepat je dipandang senget, serong, menjunam n smua ade hehe..
    Tp kita takkan kata apa2 kalo nmpk 2 org perempuan yg berkasih syg, bertepuk tampar, berpeluk cium (krn dorang bestfren forever)
    hmmm...
    manusia..mcm2 perspektif :)

    ReplyDelete
  6. kalo dua-dua laki tu hensem gile
    dan rapat gile
    maka akan lagi ler disyaki gay

    laki lembut jarang2 gay. ngeh3..

    ReplyDelete
  7. setiap manusia berpadangan berbeza. ada yg memahami dan ada yang mencemuh. x salah lelaki sama lelaki rapat. janji bukan hubungan songsang.

    tapikan kak rose, ayang su klu sms ngan kawan lelaki dia mesti guna word awak. dan x pasal su sound dia. abg ni ada ati ngan dia ker? dah tu sms ber awak2. huhuhu geli aku. lepas kena sound tu ayang su dah x guna word tu kat kawan lelaki dia hahahaha. jahat aku nih... :P

    ReplyDelete
  8. Salam rose,

    huk..huk..huk..sabar ya, aku tetap menyokong ngko...tak sabar menunggu kemunculan novel ngko...

    ReplyDelete
  9. Wei aku rasa aku boleh paham citer ko ni pasal aku ada member yang laki dia cam tu.. masalahnya masyarakat kita ni slalu pandang negative pada benda2 cam tu kadang bila aku pkir2 sian gak kt laki kawan aku tu niat buat dengan nama Allah tapi orang suka nak salah erti.. apa2 pun aku tak sabar lah nak baca novel ko tu..kalau ko yang tulis sure best punya...

    adios...

    Ameera Aizeq

    :D

    ReplyDelete
  10. Fatul : teringat tagline 'bukan gay cuma seni' ... :D

    Puteri kebayan : setuju! citer ni saya masih kahwinkan dia tp kasih dia tu lebih sikit kepada kawan lelaki dia tu... kekekeke

    pu3syakira : itu la pasal... sbb tu tetiba nak buat kawan lelaki best fren nak tgk apa kata readers... :)

    rubi : hahaha... ni mmg dua2 hensem, cumanya si Ray tu tua 13 tahun dr hero... agaknya sah org akan kata gay kan? heheh

    Nursuzry : tak songsang su cuma sebab depa baik sgt org kata songsang... tgk lah nanti bila dah siap camna...
    heheh tp ko kejam su... sian ayang ko kena sound... comey aaa dia bahasakan kawan dia 'awak' :))

    Tun Teja : yaa... kau sudah mendengar sedikit luahan aku semalam... aku harap berjaya la aku garap dengan baik... takut nih... tenkyu beb berjumpa semalam...

    Ameera : dah de company ko skg... tahniah... hehe... hah... ko ada member yang laki dia cam tu? ha kan? mesti orang nak pandang serong kan? aku ni selalu perati mamat2 yang keluar masuk ke masjid kat umah aku ni... kadang rasa kagum tgk dorg berpeluk bertempur tapak mcm gembira sangat berjumpa pastu amik wudhuk gi solat...

    pergh.. tp ayat ko yang terakhir tu.. buat aku takut je.. kalo tak sedap... abis aku! :D

    ReplyDelete
  11. salam che' rose..
    lucu pun ada baca n3 ni..
    kalau istilah salam semut..(ala2 pak arab tu) rasanya boleh diterimalah.. tp jgnlah siap landing2 pegang2 mcm gambar hiasan kat atas tuh.. geli menengoknya.. heheh.

    ReplyDelete
  12. Edehh..!!
    Dean dan Sam Winchester dari siri feveret gua telah digaykan?
    Lepas ni kena tengok cerita Doraemon laa jawabnya.. Kehkehkeh..!!

    Berpelukan, bertanya khabar, menepuk bahu tu gua pernah buat dulu kat sorang member yang dah lama betul gua tak jumpa.. Takde pulak rasa cam gay masa tu.. Elok je gua kawin dengan b1n1 gua sekarang ni.. Ada anak sorang lagi..!! Hahahaa..

    Terpulang pada individu jugak laa ye tak? Mana yang subjektif, mana yang objektif.. Mana yang surat, mana yang sirat.. Pada gua laa, diorang dengki kot sebab takde kawan nak buat camtu.. Edehh..!!

    Sekian, berjumpa kita lagi dalam Ehwal Sebelum Subuh..!! As'salamualaikum.. (iringan lagu nobat)

    ReplyDelete
  13. Err.. Lupa nak cakap..

    Semalam memang world betul sis punya mengumpat!! Sampai gua pun ikut mengumpat sama.. hahahaha..!!

    Tapi lepas gua lepak ngan sis semalam, datang satu semangat gua nak wujudkan ilham novel gua dulu.. Mekasih sis..!! Belanja laa lenkali.. Orang glemer dah masuk TV takkan sirap pun kemut? Kehkehkeh..

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Rose,
    Persepsi setiap orang tak sama. Teruskan jerlah... Jangan risau pasal tanggapan orang. Bak kata omputeh don't judge a book by it's cover. Cheh wah!!! pakai pepatah omputeh lak :D. Zilla sentiasa menyokong karya-karya Kak Rose.:):):)

    ReplyDelete
  15. Opsss! lelaki dgn lelaki.. :-o
    hahahah :D
    saya dah rasa mesti ctew akak kali neh mmg da bomb tahap gaban..
    yerla.. kan jarang orang wat story lelaki & lelaki berkasih sayang.. huhuhuh
    Lagipun, keadaan sekeliling mmg ada cam neh..

    Manusia biasa lah, tengok keadaan cam dah pk berjuta tafsir.. sebelum tahu kebenarannya..
    kan akak.. adat manusia kan.. biasalah!

    Apa-apa, saya sentiasa sokong akak! Walau ada yang cakap ctew akak cam tak ada motif or apa-apa jer... belum baca belum tahu!!

    yerlaa.. dah 5 novel ada dalam genggam saya.. semua top2.. sedap di baca.. tak ada yang tak besh!!. Kalau hayati.. byk yang baik & buruk..

    semoga ctew yang nie membuat saya tergugat lagik!!
    Hooray... kak rose!!!

    ReplyDelete
  16. x semestinya.
    syg mcm saudara sndiri.

    ReplyDelete
  17. hehe...saya no komen lah..Nanti dah baca baru saya komen hahah....Berpeluk dengan tepuk bahu???Ehh mana de salah papa saya dengan adik lelaki saya berpeluk n tepuk bahu tak gay pun hahah...Takpe2 akak siap kan je ..Kitaorang tetap sokong..dun worry sis!

    ReplyDelete
  18. salam kak rose...
    gua saluuuttt sama lu..
    buat cerita mcm ni..memng gua rase nak bace sekarang,tp apakan daya kan..huhu
    memang org Malaysia(kebanyakan,tak semua la) tak paham n tak penah nak ambil tahu pasal hadis berkenaan 7 golongan d janjikan syurga tu..

    dari pengalaman,org Yaman memang begitu kuat ukhwah sesama muslim..memang mereka ni akan bercium pipi klu berjumpa.. kalau berjalan berdua,akan berpegangan tangan seperti spasang kekasih (mmg berkasih kerana Allah pun)..

    mereka akn layan sesama mereka dgn ramah n mesra dan akan bertegur sapa dgn sesiapa shj..tidak kira adik beradik atupun bukan..

    dan sebagai tambahan..lafaz salam dan senyuman sentiasa menerpa jika berselisihan..

    jadi..skali lg sy salut akak sebab berani buat cerita cm ni walaupun fikiran 'org kita' masih jumud pada masalah ni...terima kasih..
    biar selamba asal tak dosa~

    ReplyDelete
  19. Kak Nik : hahaha... gambo tu sesaje je sensasi... lagipun minat dua hero tu... heheh... nantila saya cuba kupas isu ni supaya orang lebih clean n clear memandang dua lelaki yang berkasih sayang meaning best fren aaa

    Cerpelai : gambar tu bukan sis aaa yang gay kan... kebetulan terjumpa... terus tempek sini... sbb kalo tgk citer tu skg selalu nangis tgk dorg adik beradik... best kan citer tu...
    pandangan orang mana nak sama cer... asal tgk lelaki bergumbira berpeluk tanya kabar terus cop gay... tu yg nak buat citer gitu...

    hah... terer kan mulut sis kalo ngumpat? kekeke.. tu seme citer tauladan... yg buruk jadikan sempadan...
    kalo ko semangat buat citer mcm ko cakap tu... buat je... taip dari hati! baru citer ikhlas...

    p/s : semalam bukan kemut tapi tensen makanan kat kedai ijo lumut tu tak best nak belanja org bukan segan... hahaha... alasan!

    Zilla : aduhai... tengkyu banyak2 sebab sentiasa menyokong akak... Insya ALLAH kak rose cuba siapkan cerita ini dengan baik...

    cikyuyu : hahaha... kalo akak nak amik ati sebb ada org kata citer akak takde motif or apa2 aje... baik akak benti menulis...
    tu la... nak buat citer lelaki ngan lelaki best fren...
    mekasih sebab cikyuyu sentiasa menyokong akakmu ini yang tak seberapa ni... hehe... ai lebiu!


    Nur Mariaminul Amalina : setuju dengan kata-kata anda 100%! tengkyu!

    Suhaidah : hahahha... buat lawak lak... papa suhaidah dgn adik takkan orang pun nak tuduh gay kut... :))

    is selamba : salam Is! akhirnyaaaa... kak rose berjumpa juga dengan orang yang faham apa yang cuba kak rose sampaikan! tengkyu!

    Itu namanya musafahah. Kalaulah lelaki sama lelaki berpeluk melaga pipi sampai menimbulkan syahwat, dah tentu menghampiri zina. Dan jelasnya apa sahaja perkara yang mendekatkan dengan zina adalah haram. Tapi dalam hal Weera dengan Ray, dorang buat macam tu sebab nak mengeratkan silaturrahim lagipun tak timbul syahwat langsung. Dan apa sahaja perkara yang mengeratkan silaturrahim akan dapat pahala, Insya ALLAH Taala…

    tapi Is... akak takut juga kalau tak dapat menyampaikan dengan baik apa yang ingin disampaikan... Insya ALLAH akak cuba tulis sebaik mungkin dan siapkan ikut waktu... supaya dapat dibaca untuk tatapan umum... AMin!

    ReplyDelete
  20. yup....u r welcome..
    ok kitorg akan support akak abes-abesan seandainya akak mencetuskan sesuatu y mengikut telunjuk ajaran agama....

    do ur best....ameenn

    ReplyDelete
  21. salam kak..
    agak² bila novel ni blh kuar hehe
    lmbat g ke?
    yana xsabo nk baca ni...
    agak² blh lawan cite Berikan Cintamu x?
    hehe bukan apa..yana plg suke novel 1st akak..
    bkesan btul watak Azalan tu..hehe wlaupun dah brulang² baca xbosan²...hehe susah btul kalau tjatuh cintan kt hero dlm novel ni...

    ReplyDelete
  22. hahahah tulah kak...Itu bermakna lelaki sesama lelaki yg berpeluk tak semestinya gay hahahah

    ReplyDelete
  23. is selamba : huhu... takut lak kak rose baca ayat mengikut telunjuk agama itu... maklumlah diri sendiri pun masih tercari-cari... neway... tengkyu 4 uols punya supports! :D

    YANAS : salam Yana... heheh... bila nak kuar? tak tahu lagi tapi dateline hantar manuskrip awal bulan 9... err... tapi tatau la hero ni bleh celen Azalan ke idak... :p

    Suhaidah : hahaha iya... setuju! 100%

    ReplyDelete
  24. kak rose..
    bahagianya hidup kalau dapat pakwe cm azalan kan..hehehe

    ReplyDelete
  25. kak, aku kejam skit je. x byk.

    tapi aku sound ayang aku dgn nada yg penuh romantik. tu pasal lepas tu dia dah x guna perkataan tu dah. dia guna word bro!! hahaha

    hohohoho... berawak2 di katakan comey. adeh!

    ReplyDelete
  26. YANAS : tu la pasal... semua benda buat ikut sunnah... :D

    Nursuzry : hahahha... ko kejam hubby ayang ko sayang, takpe Su... macam ala2 mat shuffle lak ayang ko guna bro... :))

    ah ah... bagi akak, kalo laki guna saya awak ngan kawan2 dia...cam comey...

    ReplyDelete
  27. jgn kata ayang aku je kak guna word bro tu. aku pun sama guna word bro ngan kawan lelaki bila bersms atau chat. baru la gerekkkkk hehehehe

    huhuhu... comey!

    ReplyDelete
  28. hohoho... kira rock aaa tu su... kekeke... mmg gerek ah...

    ye... comey! ;))

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016