Sep 10, 2009

"Bakal isteri aku mesti yang gebu-gebu..."

BY Rose Harissa IN 15 comments


"Aku kalau kahwin nanti, isteri aku mesti cantik... kulit mesti gebu-gebu dan seksi..."
"Eleh... macamlah kau hensem sangat nak isteri yang macam tu... pakaian pun serabai aje. Selalu tak mandi!"
"Eh... aku saje je pakai serabai macam ni, supaya takde perempuan mengorat aku. Aku dah ada awek cun! Bila aku jumpa dia aku pakailah hensem-hensem..."
"Setialah tu konon? Blah lah kau!"

Lebih kurang begitulah perbualan aku dengan seorang kawan lama dulu... masa belajar lagi. Aku ni dulu memang ramai kawan lelaki... dah aku ni cakapnya kasar... jadi diorang boleh cakap macam-macam dengan aku... semua topik boleh dibincangkan dari yang lulus tapisan sampailah yang tak lulus untuk pendengaran umum. setan Sebab aku ini adalah seorang pendengar yang flexible.
Tapi kenyataan dia tu sebenarnya mewakili beberapa kawan lelaki aku yang lain. Pendek kata, tipikal punya harapan seorang lelaki la... sebab itu aku smash balik,

"Jadi korang jangan cakap aku beranganlah kalau aku pun nak lelaki yang hensem, tinggi dan macam Cina!" nerd

Sekarang ni masing-masing dah kahwin... dah beranak-pinak. Dah lama tak jumpa. Jadi Pasar Ramadhan adalah tempat yang paling strategik kalau mahu berjumpa @ terserempak balik dengan kawan-kawan lama yang turut berubah dari segi saiz dan fizikal termasuklah aku. sengihnampakgigi

"Hahaha... gemuk kau sekarang... perut boroi seyyy!"
"Eleh.... cakap orang... kau pun sama... anak dah berapa? Lelaki perempuan?"
"Sorang... lelaki... the one and only... kau?"
"Dah masuk dua... dua-dua perempuan..."
"Dah tu mana bini kau?"
"Bini aku kat rumah laa... jaga anak-anak..."
"Teruklah kau... bukannya nak bawa bini jalan-jalan sekali... eh... kau kahwin dengan siapa? Seksi tak bini kau? Dulu kau kata nak yang gebu-gebu..."

*Aku ulang balik memori lama*
*Dia sengih penuh makna*

"Aku kahwin dengan N********h"
"Hah? Kau kahwin dengan dia? Biar betul?"

Aku memang tak percaya sungguh. Sebab perempuan yang dimaksudkannya tu memang aku kenal sangat. Dulu-dulu budak-budak lelaki cakap dia macam makcik-makcik. Body takde cuttinglah... muka tua la... macam-macam la... Jadi bila kawan aku yang termasuk dalam kategori lelaki yang inginkan bini gebu-gebu dulu ni kahwin dengan dia, aku terperanjat beruk. Kemudian terfikir sesuatu...

"Kau kahwin dengan dia sebab dia anak Dato' eh?" Jebak aku dengan confidentnya.

Dia sengih lagi penuh makna siap mengenyit mata. siul
Cissss! Ada udang di sebalik batu rupanya. Aku terkeluh. Aduhai... bukan perempuan aje yang materialistik tahu! takbole Jadi gebu-gebu tu dah tak penting lagi... asal dapat sauk banyak peluang keemasan. Hmm... ketukmeje


15 comments:

  1. alahai.. aku ingat pompuan je.. rupanya lelaki pun sama.. huhu

    ReplyDelete
  2. aku pun ramai kwn lelaki dari prpm,time belajar lelaki ni nk awek yg cun2 tapi bila dah tau memikir nak plak yg byk duit biar pun tak cun dan tua...janji tak yah keja teruk2 menyara keluarga...huh!!

    ReplyDelete
  3. hehe..tu la psl..bile ckp tang ni, mst ade laki yg menafikan, pdhal diorg pun same..

    erkk..aku gebu tp xsuke yg gebu.huhu..

    ReplyDelete
  4. la.. ada juga camtu ek?
    hmm.. kalo kawan sy cakap camtu depan sy - tak kira laki ke perempuan, konpem sy pelangkung sekali.. kalo laki, reject terus..!
    haha [gelak tak baik]..

    ReplyDelete
  5. kak, sama lagi ko ngan aku kak. dulu masa skolah pastu sambung blajar mmg byk kawan ngan lelaki. sbb senang nak ajak bergasak hahahaha. ngan pompan ni [masa skolah ye] leceh klu tergurau kasar. asyik nak boikot aku jew [eh! terlebih sudah]

    zaman dah berubah kak. lelaki ngan pompan sama jew. cuma jantina je laian2 heeeeeeeee

    ReplyDelete
  6. akakkkkkkkk......asal lama tak bersiaran ni...tenet problem lgi eh??

    ish2 kan btul lelaki pun ade yg matrealistik..bukan perempuan jew..ahaha bajet je member akak tu demand tinggi eh nak yg gebu..haha

    ReplyDelete
  7. matrealistik??? hmmm
    xpe xpe,rini aku xnak bertazkirah la..
    korang ckp la pape y selamba asalkan xdosa tau..

    haha jodah itu di tgn Tuhan..
    jangan 'nak' je..
    berdoa banyak2..hehe

    ReplyDelete
  8. pinkylucia:
    tu ler... dah takde beza dah... :)

    Teja:
    perkara ni biasa kan Teja... aku ada beberapa lagi kawan laki cam tu, yang sanggup kahwin sebab nak senang... hisshhh...

    itafukada:
    betul tu ita...jadi lelaki takleh tuding jari kata pompuan je materialistik...

    ko gebu dan kaya tak ita? hehehehe

    rania:
    haa... tu la hakikat dunia zaman sekarang ni rania... pandai2 pilih pasangan ye... hehehe

    Nursuzry:
    haih... ko mmg su... banyak dah benda kita sama nih... tapikan akak suka ber'aku' aku ni... biarlah org kata kasar... tapi best... mcm aku ngan kak lily... hahaha

    Suhaidah:
    Last week internet problem... this week lak... mood malas... maklumlah aa puasa... takut tersalah cakap... :D... member akak tu mmg sengal sikit... tak chenta takpe janji duit banyakkkkk

    is selamba:
    tazkirah? heheh... ni benda yang betul is... masalah terpinggir sebenarnya tapi berlaku dalam masyarakat...
    jodoh mmg di tangan Tuhan...
    tapi ada jugak yang mencari jodoh dengan melihat kebendaan dulu dibanding dengan mahu melihat Tuhan... wahh... akak lak yang bertazkirah? :))

    ReplyDelete
  9. Hai Rose
    Lelaki ni kalau nak wife mesti yang cantik,seksi etc etc. Contohnya abg saya (besar punya buaya).
    Kalau dating, makwe2 dia jambu maut. Last2 kahwin dgn kakak ipar saya yang terlebih size (xxl)- padan muka dah jadi cinta kolestrol hahaha. Tapi dah jodohkan dorangkan nak kata ape.

    ReplyDelete
  10. fullamak akak..
    best la akak mnyampaikan tazkirah akak tu..hahaha
    betol betol betol..mmg mende tu semuanya manusia la y pilih sbb kita ni ada 'ikhtiari' (pilihan)..
    dan selalunya,haloba nafsu didahulukan xkiralah dari segi apa pun..harta ataupun sebagainya..(xleh ckp lebih2 nnti kene gam)
    so..lantak dorg la apa dorg nak buat janji xdosa n xlupa Tuhan..
    kan kan kan !!! :D

    ReplyDelete
  11. fzzh:
    hahaha... itu normal... lelaki mmg camtu... tp bila kahwin... lain lak yang dapat... dah jodoh kan? nak kata apa lagi...

    is selamba:
    pilihan atas nafsu tu yang salah... tapi ikut suka depa la kan? masing2 punya selera... :D

    ReplyDelete
  12. btul tu kak. masa mula2 aku nak reply kat sini guna sy atau su rasa cam kekok je. akhir skali dgn selambenya ber aku jugak ngan ko kak hehehe

    ReplyDelete
  13. Ala su... akak tak kisah la kalo ko nak beraku ko ngan akak... lagi sempoi kan? kira rock! yeah! :))

    ReplyDelete