Tuesday 20 October 2009

Seks Malam Jumaat - Mitos atau Sunnah?


Tajuk kontroversi. Sesiapa yang berfikiran konsovertif, dinasihatkan jangan baca entri ini. Kalau nak baca juga, sila buka minda terlebih dahulu. peaceTapi ini hakikat, selalu sangat kalau sebut hari Khamis malam Jumaat, mesti orang-orang yang dah berumahtangga fikir pasal seks. Kononnya itulah hari wajib untuk buat ibadah yang mendatangkan kenikmatan tu. Kadang-kadang ada suami kononnya sibuk sangat kat pejabat tapi sanggup balik rumah cepat pada hari Khamis. Kononnya tak nak terlepas aktiviti dengan isteri. Kelakar sungguh rasanya.
terkekeh
Urusan seks tidak diperincikan oleh syara’. nerd

Tapi tak tahulah kenapa lelaki-lelaki Melayu suka sangat mengaitkan malam Jumaat dengan seks. Habis tu, hari Isnin, Selasa, Rabu, Jumaat, Sabtu, Ahad, tak bolehkah? Jadi tak keterlaluan dikatakan bahawa ia hanya mitos mengenai 'ibadah sunat' dan tak ada masuk dalam bab sunnah pun. Cuma mentaliti orang Melayu sudah diterapkan zaman berzaman mengaitkan malam Jumaat sebagai malam bulan madu.cinta

Mungkin ada yang akan marah dengan isu yang aku bangkitkan ini. Mungkin juga ada yang akan kata, aku bakal merosakkan minda remaja dan golongan belum berkahwin. Tapi aku tak bertujuan nak menghasut minda sesiapa. Ini hanya artikel bebas, dari seseorang yang sudah berumahtangga dan pernah mengalami pasang surut kehidupan. Tidak kerana artikel aku ni maka minda pembaca akan rosak, banyak lagi perkara lain yang merosakkan minda, jadi tak perlu bias. encem

Aku ada seorang kawan yang beritahu, hari Sabtu dan Ahad adalah hari yang paling ditunggu-tunggu. Hari berbulan madu. Tak kira tempat pun. Tapi itulah dianya antara rencah yang buat rumahtangga bahagia. Pada aku tak kisahlah nak buat cara apapun kalau dah ada hubungan halal. Kalau dah suka sama suka, tak usahlah kita pandang serong kan?

Suami mana yang tak suka kalau isterinya 'wild wild west' kan?
Suami yang dapat isteri macam ni, mesti keluar rumah pun tak nak. Pendek kata, nak berselingkuh dengan perempuan lain pun dah tak sempat! setansetan

Al-Baqarah: 223 (Isteri-isteri kamu adalah ladang tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah ladang kamu itu sebagaimana yg engkau sukai...)

Sebabnya banyak pasangan Melayu yang semakin tua, semakin bosan untuk menghadapi seks. Inilah masalahnya. Dan sedar tak sedar ia jadi antara satu sebab terjadinya perselingkuhan. Puncanya? Tak keterlaluan kalau dikatakan bahawa banyak pasangan Melayu yang masih berfikiran konsovertif dalam soal 'ibadah yang mendatangkan kenikmatan' ini. Sebab kebanyakan akan kata, dah tua, perkara itu dah tak penting lagi. fikir

Aku ni jenis terbuka dan dah banyak kali jumpa kawan-kawan yang sebaya mahupun berpangkat kakak yang mengeluh sudah tak suka berhubungan dengan suami. Vice versa. Dah jadi tak seronok. Habis, macam mana nak seronok kalau hanya hari Khamis malam Jumaat sahaja yang dapat... lepas tu mulalah 'air tendang naik ke kepala' dan cari jalan berselingkuh. terkekehSeks malam Jumaat tu cuma mitos orang Melayu! senyumkenyit. Kalau nak ulas panjang lebar pasal ni, takut ada yang menghentam aku pulak. Iyalah, perkara-perkara begini dianggap sensitif, malah ada yang anggap lucah pun. Bagi aku bukan lucah. Ia seni rumahtangga. Percaya atau tak, ada juga perkahwinan yang runtuh hanya sebab masalah dalaman begini. Ini realiti kehidupan. Tepuk dada tanya selera. peace

Sepatutnya setiap hari adalah sama dan istimewa untuk suami isteri... tak payah tunggu hari Khamis malam Jumaat. setan
lucu

11 comments:

  1. ha..ha..ha..lucah ke? aku rasa biasa bg yg dh kawen,tapi bdk yg blm kawen kekdg terlebih taunya...betul apa yg dikatakn oleh cikgu rose kiter...tak semestinya mlm jumaat je,mlm2 lain pun boleh tetapi rose kkdg lelaki ni ingat prmpn ni nk mlm jumaat je...tu yg silapny..

    P/S:cik yuyu ada comment tak??he..he..he..

    ReplyDelete
  2. hehehe... lucah ke tidak tu terpulang teja... tapi aku jengkel sungguh bila kawan2 lelaki aku sibuk sangat duk hint2 pasal malam jumaat bila dorang chatting kat opis hari kamis. kadang kesian pun ye jugak dengan mentaliti dorang tu... asal malam jumaat aje... seks... isk isk....hari lain 'puasa sunat' agaknya... =))

    hahaha... tak pasal2 ko tanya komen cikyuyu ye? futus fius budak tu nanti nak menjawab... :D

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak....erm...benda macam nie sebenarnya xlucah pon tapi pengetahuan...cuma mentaliti org kita nie agak low..so baru sebut pasal seks dah tunduk malu2 alah..tapi bukanlah kita nak mendabik dada menunjukkan kita suka plak dengar benda2 gini..just think positive jek....betul ar tuh saya setuju..antara sebab2 laki suka berselingkuh bukan pepon sebab kita sebagai isteri nie...xnak berubah dari takuk lama..kalau baru2 kawen dulu yelah ikut jek...bak kata akak "bini wild..wild west..."...pasal malam jumaat tuh pon kalau ikutkan iva xbape setuju sebabnya kalau korang kata malam jumaat kalau ehem..ehem..dapat pahala lebih..tapi korang jgn lupa..kalau setakat ko je puas tapi pihak satu lagi xpuas..kan dah dapat dosa..walaupun xbesar tapi pengaruh jugak tuh...erm....hehehe....macam pandai2 benorkan...
    ok kak...da..

    ReplyDelete
  4. Kak eka dah gelak guling-guling dah nih! nasib baik tak jatuh katil! heheheheheh

    ReplyDelete
  5. iva:
    Waalaikumsalam Iva...
    terima kasih kerana berfikiran terbuka... i likee... hehehe
    alaa... pahala malam jumaat ni hanya mitos org melayu aje iva... kat negeri Arab nun takde pun nak buat amalan sunat malam jumaat... tak kiralah baca yassin ke apa ke... setiap malam pun ada pahala kalau kita buat amalan2 sunat tak kiralah atas katil atau sejadah... :))
    heheh... terima kasih bagi pandangan iva tu... sekurang-kurangnya akak tau akak tak bersendirian dalam hal ni... :D

    kak Eka:
    uik? katil? hahhaha...
    saya tulis entri ni sbb tensen ngan kawan2 lelaki yang gedik sangat bagi hint malam
    jumaat. :))

    ReplyDelete
  6. ala Kak..bukan lucah mane pun.Open uR Mind!!

    * malam jumaat SUNAT,malam lain WAJIB!!!
    ekekeehh....

    ReplyDelete
  7. setiap malam adalah indah jika suami ade di sisi.. :)

    ReplyDelete
  8. Hai laling,

    bagi aku pula, tak pernah terfikir mcm tu...maksud aku "seks malam jumat"...hah nak tau apa ya aku fikir kalau mlm jumaat....tak lain tak bukan "malam hantu"...hahahaha... ni sbb dulu suka tenguk crt ndon "mlm jumat keliwon"....
    Hem, berbalik tentang seks tu....hah betul3x, tak perlu tunggu mlm jumaat ke,mlm2 lain buleh apa...... ini kena fikir lah sendiri kan.....
    yes, l'm agree wit u,.isteri kena agresif sikit....hahaha...

    ReplyDelete
  9. Kan lebih bagus kalu org2 kita anggap yg malam Jumaat tu adalah malam amalan kita membaca Yassin berjemaah.

    memang klu nak di ikutkan mental org2 kita, yg malam Jumaat tu adalah mlm bulan madu. Hari lain pun ok gak bulan madu. yg penting kedua2nya ingin bersama. tapi klu sorang je yg teringin masuk angin kuar asap la namanya hahahahaha

    ko kan ada je topic yg nak di kontrovesikan wakakakakakakak

    Mujur mlm ni adalah malam sabtu wahahahahahaha

    ReplyDelete
  10. Salam che rose.. akak terjmpa saranan ni masa blog hopping kat blog ni http://ttuyup.wordpress.com/ mgkin nilah antara penyebab mlm jumaat jd top nite kut!

    ANJURAN BERJIMA’ :

    * “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah : ‘Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani’ Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya.”

    * “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada’ dan Qadar Allah).”

    * “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah : “Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah” dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba.”

    * “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”

    * “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”

    * “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”

    * “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”

    * “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka),”

    “WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S.”..1* (1*) Al-Ikhtisyaah, ms 132-135, As-Saduq, Al-Faqih ms 456, Al- Ilal ms 174.

    ReplyDelete
  11. Vilda Fida:
    hahahha... lawak la Fida ni... =))

    pinky lucia:
    hehehe... statement best tu...

    Mummy Hanan:
    heheh... tu lagi satu mitos org kita tu leeya... malam jumaat je malam hantu... kekeke...
    tu laa.. org kita dah biasa... malam jumaat malam bulan madu...

    Nursuzry:
    Su... aku bukan apa... dah naik jengkel dgr kawan2 laki sibuk sangat pasal malam jumaat... asal sebut malam jumaat kepala ingat yang itu laa... hari lain tak nak agaknya... :))
    kontroversi eh topik ni? aku saje bukak topik ni...merujuk kepada kawan2 laki aku... hehehe

    Kak Nik:
    Kak Nik... pada saya, buat hari apap pun, kalau tak didik anak betul2... tak jadi jugak macam yang disebut tu...
    cumanya org lelaki kita dari dulu zaman tok nenek moyang lagi asal malam jumaat aje malam bulan madu... tu saya bukak topik, mitos atau sunnah...?
    sbb takde pun jumpa anjuran nabi kata berjimak malam jumaat tu sunnah... kalau yang kak nik tampal tu penah lah saya jumpa...

    sorilah kalo saya silap... tgh demam dan batuk... otak tgh recharge balik... fius banyak putus... haha

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016