Sunday 22 November 2009

Ya... sayalah NORA yang menulis kisah misteri/seram di APO?

Tajuk panjang giler... demi tak nak ngaku PENULIS. blushing
Okey, aku mengambil keputusan untuk mengaku secara rasmi di blog ni bahawa aku adalah NORA, yang menulis artikel dan lukis illustrasi ruangan misteri di APO?

Sebelum ni aku malas nak mengaku sangat... dah namanya citer misteri kan? Kalau yang tau tu taulah... kalau tak tau, takde la pulak aku beriya-iya nak heboh aku ni siapa. Dah menulis kisah misteri jadi kenalah misteri² juga dan tidak diketahui siapa orang yang menulisnya. setan Tapi sebab kebanyakan yang add aku di fesbuk tanya pasal ni, maka aku ngaku jelah kat sini tapi pasni tak nak dah jawab beriya dah... hehe. Tapi kalau yang dapat tau aku ni perempuan, memang diorang terkejut...tak tau napa. Agaknya orang perempuan tak berkaliber tulis citer seram kut? blushing

Jadi kalau nak ikut sejarah, NORA lebih dulu hadir secara diam-diam pada 2003 bercerita kisah-kisah misteri berbanding Rose Harissa yang hanya muncul pada hujung tahun 2006, bercerita kisah-kisah cinta.

Sepanjang lebih 6 tahun mencoretkan bermacam kisah seram/mistik/hantu/ di APO?, bukan sedikit orang buat andaian (tak kira dari ruangan Apo-apolah?, yang tanya sendiri atau yang emel). Antaranya:

Nora tu sebenarnya adalah lelaki.
Nora tu sebenarnya seorang lelaki tua.
Nora tu seorang nenek kebayan.
Nora tu ada saka.
Nora tu memang berkawan dengan hantu.


Hahaha...gelakguling
Yang lain² malas nak sebut sebab ada yang mengaitkan Nora dengan Tamar Jalis dan Tok Awang Ngah. Wooo...aku belum sampai tahap tu beb. Depa tu otai. Ilmu penuh di dada.
Aku ni perempuan... nak masuk hutan sorang diri pun takut. Tengok cerita hantu pun masih terjerit atau maki² takut. Cuma aku ni sering dapat ilham. Itu aje. malu-malu

Tapi ada juga insan perihatin yang pesan kat aku;
"Kau kalau nak tulis citer hantu, seram, misteri, jangan main tulis aje... ikut undang² sikit."
Agaknya yang dia maksudkan undang² kaum jin.

Aku sengih aje... memang ada sesetengah cerita aku 'ikut undang²' tapi setengah lagi aku tulis tak ikut undang² bila semua datang dari hati dan fikiran. Kalau nasib baik, dapat mimpi mainan tidur atau ilham dari syaitan yang sengaja nak usik aku. Wah... ayat... tapi jangan sangka akidah aku dah terpelecok dari landasan ya. nerd Tapi kerana pesanan beliau itu juga buat aku fikir panjang sebelum cuba menulis novel seram/mistik/misteri. Banyak benda kena ambil kira. Tak boleh main tulis aje... lagipun menulis novel misteri bagi aku berkali ganda lebih susah daripada nak buat lima cerita misteri dua mukasurat dalam sehari.

Jujur, walaupun dah bertahun menulis kat APO? sampai sekarang aku segan nak mengaku kalau orang tanya direct. Biasanya kalau jumpa adik² yang bertanya direct, face to face. Aku sengih aje. Dan aku cukup tak suka kalau adik² aku sibuk canang aku ni penulis. Sebab memang ada seorang ex-boyfriend salah seorang adik aku, yang couple ngan adik aku sebab dapat tau, aku ni Nora APO?. Geram sungguh aku bila dicanang pada semua kawannya bahawa dia couple ngan adik penulis APO? bunuh Nasib baik tak kahwin!


Aku tak pernah terfikir pun nak jadi penulis cerita seram. Kalau setakat menulis cerita dua mukasurat dalam majalah dan baru ada 6 buah buku, rasanya belum layak aku label diri sebagai penulis. Habis kuat pun kalau berada di khalayak penulis-penulis, aku cuma berani cakap aku ni penulis ikan bilis aje. Yang menulis untuk cari duit untuk masa depan anak. Lainlah kalau hasil tulisan aku ada menang anugerah atau paling tidak pun diterjemahkan dalam bahasa lain. Ha, masa tu baru ada 'bran' sikit nak ngaku PENULIS!

Lagipun masa cikgu tanya kat sekolah dulu, kerjaya PENULIS tak pernah tersenarai pun dalam list cita² aku. Aku rasa masa tu, sapa nak jadi penulis kena belajar Sastera. Tapi aku pulak aliran Sains. Dan kalau aku nak jadi penulis, aku takkan belajar Architecture masa kat 'U'. Baik aku amik course berkaitan Literature, Linguistik menekuni sastera.

Ini tidak... masa sekolah rendah, kalau cikgu tanya nak jadi apa, aku jawab nak jadi PELUKIS! Cikgu mengajar kat depan, aku sibuk melukis kat belakang. Dari sekolah rendah sibuk melukis dan masuk pertandingan melukis. Jadi aku score art untuk buktikan aku memang nak jadi pelukis. Dapatlah A1 dalam Seni SRP.

Masuk sekolah menengah, cita² up sikit. Nak jadi ARKITEK. Jadi tawaran belajar kat Sekolah Teknik tu memang dah buka jalan. Cuba gak fight nak tukar subjek Add Math dengan Art tapi tak dapat sebab aku sorang je budak Melayu nak ambik Art. Kemudian dapat tawaran asasi Kejuruteraan (Universiti Teknologi Malaysia @ UTM) di Kolej Mara Kulim walaupun sebelum tu memang ada mohon course Architecture kat ITM (masa ni belum bertukar status 'U' kepada UiTM). Jadi bila dapat masuk pra UTM (aku pilih gi sini sebab bakal masuk 'U 'kononnya) , aku struggle + fight untuk tukar course demi nak buktikan aku mahu jadi ARKITEK. Sampai pegawai Mara ugut nak tarik balik pinjaman aku. Aku pun ugut balik, akan berhenti belajar dari Kolej Mara dan apply ITM sekali lagi. topi

Sebab bagi aku, apabila kita bercita-cita maka kita harus menjuruskan cita² itu ikut landasan yang betul. Yelah, kalau kata nak jadi Jurutera, mesti ambil sebarang kursus berkaitan Engineering kan? Takkan nak ambik kursus Banking pulak. Maknanya kita berusaha dari awal untuk capai cita² dari kecil tu. Kalau kata dari kecik nak jadi penulis, tapi time belajar ambil course perubatan ke pemasaran ke culinary ke... apa kes? angkatkening Kenapa tak ambil course yang berkaitan dengan penulisan kalau betul dari sekolah nak jadi penulis? Lainlah kalau keluar dari institusi pengajian tiba² dapat ruang menulis. Tapi, again, itu bukan cita² dari kecik namanya...itu namanya cita² berubah. Tune kerjaya dah lari.

Aku, bila dah masuk kampus induk UTM di Skudai, JB, cita² turun pangkat sikit bila aku dapati leceh nak jadi ARKITEK (kene tau semua aspek, letih otak nak hafal macam-macam benda dalam bangunan)tension. Aku tukar nak jadi DESIGNER yang reka barangan. Jadi aku fokus subjek design. Subjek kerangka, fizik lingkungan atau kemudahan bangunan aku malas nak pulun.

Keluar UTM memang jadi DESIGNER tapi ART METAL DESIGNER... giler keras! Hahaha. Masa tengah kerja tu, tiba² dapat ilham nak menulis dan terbuka pintu rezeki, menulis citer misteri/seram kat APO? Tup! Tup! Langsung jatuh minat untuk terus menulis - jadi aku tak boleh hebohkan pada semua orang bahawa ini cita² aku dari kecik sebab ia muncul tiba-tiba. Dan aku juga tak boleh nak kata dari dulu aku minat menulis walaupun zaman sekolah ada tulis beberapa novel syok sendiri dalam buku latihan. Sebab tu semua hanya suka², bukan bercita-cita pun. Dulu-dulu aku cuma minat baca novel tapi tak pernah terfikir nak menulis novel benaran.

Tak pandai ah nak cakap munafik (mengatakan sesuatu yang tidak sesuai dengan perbuatan). Ni mesti akan ada yang cakap aku salah guna perkataan. Tapi beb takbole, kalau mahu menulis cerita, kosa kata kena luas. Kena kreatif memainkan perkataan, luaskan pengertian. Sila rujuk kamus Indonesia juga ya, selain kamus DBP. Bahasa kita ni serumpun, jadi toksahlah ada sentimen apa-apa. Aku jadi perujuk bermacam jenis kamus pun sebab ada yang menghentam cerita aku entah apa-apa, bahasa lemah, ayat tunggang-langgang. Jadi kenalah banyak baca kamus, belajar bina ayat elok-elok. Dah namanya menulis tanpa asas, begitulah jadinya... sengihnampakgigi Aku redha ajelah... terima aje apa komen orang... belajar dari kesilapan, timba ilmu dari pengalaman. Tapi dalam pada orang kata karya aku tak best, banyak jugak aku jumpa cerita-cerita misteri aku diciplak dalam majalah lain dan buku-buku seram indie yang dijual di kedai mamak. Apa cerita ni? takbole

Agak² dah hafal dan bosan ngadap besi tiap hari, barulah aku amik keputusan berhenti kerja untuk menulis. Itu pun setelah pastikan tabungan cukup buat menampung hidup sebelum merasa royalti. Iyalah, kalau royalti ala² J.K Rowling, memang dah lama aku duk banglo dan sambar Evo dua tiga biji. Dalam erti kata lain, sampai sekarang, kalau orang tanya aku kerja apa, aku takkan jawab aku ni PENULIS. Sebaliknya aku akan kata duk rumah aje, jaga makan pakai suami dan MENULIS cerita sambil melukis. Dan aku menukar kerjaya dari mereka barang besi kepada menulis@mereka cerita. Ada beza kan? sengihnampakgigi

Tapi kan, kalau royalti @ bayaran claim artikel aku ni ala-ala royalti J.K Rowling, mungkin gak aku tukar lagi profesion, jadi PELUMBA kereta. menari Yelah, dah ada duit banyak, capailah cita-cita nak jadi PELUMBA tu... betul tak? Ini tak, royalti tahunan aku sama aje macam gaji tahunan aku masa bekerja dulu jadi tak dapatlah nak capai cita² jadi PELUMBA yang dah tentu memerlukan duit yang banyak untuk set-up team@ kereta. Sedangkan Mawi pun dapat royalti RM320 aje... inikan pulak orang macam aku yang menulis baru 6 buah buku. Toksah beranganlah jawabnya...

Mungkin orang akan kata sama aje... tak nak ngaku penulis tapi tulis buku, PENULIS jugak namanya. Tapi tak tau kenapa, dalam hati aku terkesan sedikit rasa segan untuk mengaku PENULIS sebab aku bukan dari cabang orang yang menulis dengan ilmu penulisan yang diiktiraf dari mana² institusi. Lagi pula bila dah kenal dengan ramai penulis lain yang lebih gah nama mereka. PENULIS yang benar-benar boleh dianggap berkarier sebagai penulis bagi aku adalah orang yang ada ilmu khusus dalam penulisan (samada Diploma, Ijazah, Master, PhD), menang anugerah berprestij atau karya diiktiraf sayembara (bukan anugerah yang membabitkan kepopularan ya). Contoh macam Faizal Tehrani, Zaid Akhtar, Nisah Hj Haron, Lily Haslina Nasir, Kak Noor Suraya, Ramlee Awang Mursyid, Bikash Nur Idris (sekadar menyebut beberapa nama).tepuktangan

Tapi aku rasa aku ni hanya pencerita yang mencoretkan bermacam kisah untuk dibaca umum. Mungkin dalam konteks ini, aku harus bersetuju dengan tagline Hlovate : i'm not a writer, i'm a mere storyteller. (credit: http://hlovate.blogdrive.com )

Makanya... di blog semak ini (setelah panjang lebar kalian membaca ocehan aku...hehehe) aku mengaku bahawa, akulah...

NORA si pencerita kisah seram/misteri di majalah APO?
malu-malu

Tribute to APO? yang masih sudi mengeluarkan cerita dari NORA dan telah mengangkat nama NORA untuk terus bercerita di majalah mereka...
Sekian terima kasih.
Phewww....!
eksen

18 comments:

  1. Insya-Allah kak, stu ari nt akak pun akn diktiraf jgk. Yg ptg kta thu apa yg kta bt n kt mna nk ltk hsil krya kta... slmt mnruskn krja mnulis aka mreka crita hdup org :P

    ReplyDelete
  2. Airul... mekasih atas sokongan tu... hehee...Insya ALLAH... kalau kita usaha dengan tulus, mesti boleh kan?
    Airul juga... selamat berjuang menulis... heheh best statement 'mereka cerita hidup orang' tu... :)

    ReplyDelete
  3. saya dah lama tak beli apo... grr, ni yg rasa nak beli ni..

    ReplyDelete
  4. Apa pun yg akak andaikan dalam diri akak yang penting akak berjaya buat org ralit membaca kisah misteri dalam APO? Moga berjaya dan terus berkarya..

    ReplyDelete
  5. nora dh boleh tersenyum bangga sebab walau tiada basic penulisan, nora dh tulis 6 buah novel. ingat senang ke tu... hehe... tahniah dan selamat maju jaya. teruskan berkarya yea...

    ReplyDelete
  6. suka gila baca buku hlovate
    :D

    ReplyDelete
  7. Apepun...org tetap panggil akak penulis...you are the best...x sabar nk tunggu karya terbaru kak rose...heheheheh..:-)

    ReplyDelete
  8. haha.. [gelak dulu jap]
    hmm.. akak.. akak.. kalo akak yg dah ada peminat keliling pinggang tu anggap diri sebagai penulis ikan bilis je, agak2nya sy ni penulis anak ikan bilis yg lahir tak cukup bulan je la kut.. huhu..

    ReplyDelete
  9. kali ni panjang ocehan ko eh kak.
    mujur aku tgh ada mood nak membaca hahaha [aku tgh mabuk2 ni...]

    tapikan kak...

    Nora tu sebenarnya adlaah kakak tak sekandung aku wakakakakakakak ooopppsss.

    ko teruskan cite2 ko ni. aku sokong ko dr tepi --> tongkat ko ngan batang mop hahaha

    ReplyDelete
  10. Berapa punya berjela daa..

    Tapi yang menariknya, perjalanan sis agak sama dengan gua.. Gua dulu pun masuk aliran Sains setelah lari dari Sastera.. Lepas tu masuk Teknik sebab rasa diri ni biyut bab teori.. Tapi tang belajar tinggi-tinggi tu tak dapek laa pasal gua tak berduit orangnya.. Sarapan pun asyik makan labah-labah je..

    Pesal gua cerita pasal diri gua pulak nih? Tak malu betul laa gua ni..!!

    ReplyDelete
  11. taniah... bkn senang nak berkhidmat dengan APO..
    aku dulu bercita cita nak jadi penulis novel..tapi jadi pelukis lak...

    ReplyDelete
  12. den polik plak..ekau sorang yo pompuan..
    dah 2 buek pulak cito soram mahram ni..
    de jarang bacao ekau punyo artikel..
    tapi kalu tbco 2 den truihkn yola..
    APO?APO? pun den nak ucapkan tahniahla kerano ekau dah bjayo berado dikalangan laki2 dan bjayo plak..huhu

    ReplyDelete
  13. hi..i memang dah lama tau....nora a.k.a rose harissa..misteri a.k.a.cinta..he..he...
    chewah...panjang gak history u yea..hmm...

    ReplyDelete
  14. patutlah saudari nie macam pernah nampak jer sebelum nie yer.. =)

    psst; Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete
  15. fatul:
    hehehe... beli... jangan tak beli...

    Faizal Rahman:
    Terima kasih banyak...untuk semangat itu!

    idasm:
    Kak ida... tengkyu laling... bila buku dah 10, baru saya rasa lega! heheh...

    fadilla blurr:
    buku hlovate sempoi!

    Ilyah:
    tengkyu laling... kalo ada buku baru... akak mesti heboh kat sini...hehehe

    rania:
    ikan bilis pun ada tak cukup bulan ke? hehee...leks aaa rania...bak kata orang, pelan2 kayuh...

    Nursuzry:
    aku mengoceh panjang sebab nak tinggalkan blog lama... hehehe... takdelah su... sesekali je... mekasihla ko selalu sokong aku...

    cerpelai:
    luahan emosi time tgh bz... hahahha
    patutlah ko selalu biut (biul + siut...hahhaha)... slalu makan labah2 rupanya... hahaha

    Indra Kirana:
    tengkiu bro! wah... ko bleh aa buat novel grafik... :)

    red:
    mekasih banyak2 iyo... tapi den biaso2... duk belakang kaum lelaki jo... :)

    tynn:
    err... dah lama tau ya... mekasih... hehe

    Putra Al-Maliki:
    err... pernah nampak ke?
    Insya ALLAH kalo kelapangan nanti saya ronda blog putra...

    ReplyDelete
  16. perjuangan masih belum selesai..
    teruskannnnn..!!!

    wakakakak cerpelai.. lawak2..
    cam biawak.!!

    ReplyDelete
  17. buekkk:
    memang tak selesai lagi... Insya ALLLAH akak akan teruskan legasi APO?

    cerpelai tuh memang kelako... wpun muka dia konon siyes tak bleh blah... hahahaha x pasal2 termengumpat dia... kekeke

    ReplyDelete
  18. Msh Lg cuba mngenaLi "NORA" dan "ROSE HARISSA".
    "NORA" pnuh dgn kuase 'veto' dia, smpaikn ade kes hero dia msuk dlm mmpi (peLik smpai skrg xhiLang Lg!)
    "ROSE HARISSA" puLak penuh dgn kisah cinta, ksh syg, pergoLakkan hdp.. (sjujurnye,msh Lg curik2 mse utk hbs kn smua noveL akak tu..) :D
    Mcm xpercaya je yg Sya jmpe mlm scoreboard tu akak. sbb "PENULIS" ni sgtla peramah n humbLe org nye!
    Apepun TAHNIAH ye atas smua karya "NORA ISMAIL" & "ROSE HARISSA" :X

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016