Thursday 24 December 2009

Periuk nasi bocor...

December 24, 2009

Macam mana kalau periuk nasi bocor?
Tampal atau beli baru saja?
Kalau periuk nasi kat rumah bocor, aku selalunya akan tampal dengan kapur sirih! Hahaha...orang guna kapur untuk makan sirih, tapi aku? Guna untuk tampal periuk bocor!
Ya... aku masih masak nasi secara manual. Dalam periuk macam gambar kat sebelah ni. Ketawalah kalau nak ketawa. Tapi inilah padahnya kalau bersuamikan seorang technician! Banyak barangan elektrik yang dia tak galakkan aku pakai. Antara alasannya jangan jadi pemalas. Nasib baik, dia masih benarkan aku guna mesin basuh. Kalau tak mahu hari-hari aku menangis dalam bilik air sebab terpaksa berus baju dengan tangan sendiri. Sedangkan tangan ini jugalah yang nak melukis dan menulis.

Okey, itu cerita periuk untuk masak nasi.

Macam mana kalau periuk nasi lain yang bocor?
Maksudnya tempat cari makan. Ya, salah satu 'periuk nasi' aku dah bocor! Full stop. Bocor yang tak boleh dibaiki lagi. Mesti ada yang akan gelak guling-guling atau bertepuk tangan bila tahu periuk nasi aku dah bocor! Mesti ada yang akan kata, "Ha! Padan muka! Itulah... tamak sangat! Pengacau!"

Kerana mulut badan binasa. Memang betul! Tapi kadang-kadang kerana mulut orang lain, badan kita juga boleh binasa! Aku pun dah malas nak mencari milik siapa mulut itu. Malas nak pergi salotep. Biarlah kalau ada yang baca karya-karya aku dan sampaikan pada orang lain bahawa cerita aku tak matang, dialog aku begitu begini...suka guna nama pelik-pelik. TAPI kalau tak suka, jangan hasut orang lain jadi tak suka sama. Pendek kata, jangan KONDEM! Aku pun tak tau sejak bila nama watak aku pelik. Pelik sangat ke nama Eddy Ezli? Azalan? Hazry Izhar? Azfarel? Nur Fasha? Intan Edrinaz? Ah! Malaslah nak senaraikan! Boleh tengok sendiri kat polls novel sebelah blog ni. Kecuali Elly Idzlianizar tu... bukan nama aku reka... tapi dah nama dia betul... dia hero realiti aku... nak buat camna?

Pernah tak jumpa orang yang kita tak ada buat salah pada dia pun, tapi tiba-tiba aje, dia merasa amat jaki dengan kita? Mungkin yang baca akan rasa banyak sangat masalah aku ni. Lepas satu, satu... entah. Aku pun tak tahu kenapa... tapi aku faham satu, cara paling bagus untuk menjatuhkan orang lain, adalah dengan menyebarkan cerita yang bukan-bukan. Atau paling tidak, demoralized seseorang! Aku tak suka nak cari gaduh dengan orang sebab tu aku lebih suka DIAM dan tak mahu bercampur dengan orang, tak mahu nak pergi ke mana-mana hatta berjumpa kawan pun aku tak mahu. Bukan sombong tapi menjaga batas. Tapi ada jugak orang yang kacau dan sebarkan cerita bukan-bukan.

Biarlah... aku cuma pegang kata;
Hidup macam roda. Hari ni kita kat atas, esok lusa kita kat bawah. Rezeki ada di mana-mana.
Ada yang kata, mungkin cara aku salah. Berkerut sekejap kening. Cara aku yang bagaimana ya? Aku terlalu agresif kut? Buat itu buat ini dan cerita pulak kat blog, ada yang membaca akan rasa jaki atau rasa aku tamak! Salah ke kalau Tuhan sudah bagi aku kelebihan untuk buat dua perkara dalam satu masa? Atau mungkin ada yang jaki kerana aku terlalu outspoken diblog? Tapi maaflah... aku bukan Drama Queen. Aku bukan pandai membodek orang, aku selalu cakap dari hati. Tapi kalau orang suka sangat percaya cakap orang lain dan menggunakan nama orang lain dalam usaha untuk menakutkan atau mengajar seseorang supaya sedar diri, maaf...wrong person! Aku bukan 'yes person' yang hanya mengangguk dan tunduk pada sebarang 'ugutan'. Budaya ugut-mengugut, menakut-nakutkan ni takkan memajukan manusia. Tanya salah.... tak tanya salah tapi kalau tanya, disenaraihitamkan pulak...tak sedar diri...tak bersyukur...tamak...demanding...macamlah buku bagus sangat...ingat diri dah hebat sangatlah...bla...bla...bla...
Bak kata seorang kawan... "Kau dah syahid dalam perjuangan!"
Ha ah yelah tu...perjuangan yang mengorbankan diri sendiri sampai terlingkup periuk nasi. Hanya sebab aku ada periuk nasi lebih! Macamlah kerana periuk nasi lebih tu, aku jadi jutawan!

Aku tak peduli kalau ada yang akan kata aku seorang yang kurang ajar. Aku tak pandai nak berlakon jadi BUDIMAN. Hell! Inibelogsaya! (Pinjam nama blog Hanis Zalikha yang sangat sweet itu). Blog untuk berinteraksi dengan orang-orang yang suka saya! Suka hati sayalah nak cerita pasal apapun. Saya nak promosi novel ke... cerita hantu saya ke... lukisan saya ke... saya punya suka. Sejak bila ada undang-undang suruh jangan tulis apa yang kita rasa kat blog? Yang tak suka mungkin akan baca juga tapi baca dengan hati jaki. Tapi kadang-kadang tu rasa juga malas nak update blog. Malas nak cerita apa-apa nanti orang tak suka saya, akan tahu apa perkembangan saya. (Hoh! Terasa skema dan comel pulak bila menggunakan 'saya'...hohoho!)

Entah mengapa diungkit semula. Bermakna ada yang menyimpan dalam hati dan terasa hati tak tentu hala. Sedangkan aku dengan orang lain tak ada masalah pun. Aku dah malas dan penat nak explain. Kerana aku perlu maju dan teruskan langkah. Jalan kena pandang depan, tapi tak mahulah sampai terangkat dagu kerana aku tak mahu jadi manusia yang lupa di mana tempat aku berpijak. Takut tersembam! Tersungkur langsung tak boleh bangun. Aku takkan lupa orang yang pernah mendidik dan mengajar aku.

Tak tahu mengapa orang yang tak ada kena-mengena dengan aku sangat sibuk mengambil tahu apa yang aku buat. Prinsip aku senang aje... aku tak kacau orang... jangan orang kacau aku. Tersentuh sikit, aku masih boleh sabar. Tapi kalau sampai tahap mengacau hidup... gunung api pun boleh meletus! Aku bukan jenis yang boleh berdiam diri kalau orang sudah mengusik hidup aku dan peribadi aku yang tak ada kena-mengena dengan kerja.

Kalau ada yang terluka...aku peduli apa? Rawatlah hati sendiri supaya luka tu tak bernanah dan tak jadi jangkitan kepada orang lain. Sebab aku sendiri lebih terluka-SANGAT TERLUKA! Aku diceraikan! Talak tiga sekaligus! Tapi apa boleh aku buat lagi? Memang dah tak ada jodoh! Lagipun kuasa talak bukan di tangan aku...ada yang lebih berkuasa.

Akan tetapi apabila sudah berjumpa dengan para senior yang senasib dengan aku, terutama yang diceraikan... aku fahamlah situasi sebenar... siapa yang kuis siapa, sebenarnya siapa yang tak suka siapa? Bila dah jadi macam ni tiba-tiba hati aku berkata sesuatu; mungkin ada yang suka menggunakan nama orang lain. Mungkin ada yang suka sangat menggoreng.
Sebenarnya memang aku dah rasa something wrong somewhere tapi diamkan sebab tak mahu syak wasangka berlebihan takut terkena tiupan syaitan. Bila dah kena batang hidung sendiri...compiled pengalaman orang lain yang senasib, barulah tahu rasa. Tak salah lagi apa yang aku rasa! Perkara ini sebenarnya sudah jadi a very personal issue! Tidak ada kaitan dengan perkara lain tapi lebih kepada perasaan individu lain kepada seorang individu lain.
Dan tiba-tiba aku rasa, berdosa ke kalau aku ni multitalented (boleh melukis dan menulis dalam satu masa)?Mungkin ada yang tak boleh tengok orang muda naik dengan cepat... dikata tak sabar dan gelojoh. Zaman sekarang bukan zaman tunggu dan lihat... orang sudah maju ke depan, tak kanlah kita masih nak ke belakang?
Be a leader, not a follower! Ini pesan bos zaman aku kerja makan gaji dulu.

Bak kata Bunkface :
Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing
Jagalah periuk nasi sendiri. Jangan bengang atau jaki kalau orang lain ada periuk nasi lebih. Tak bermakna orang yang ada periuk nasi lebih itu hidup kekenyangan. Tapi boleh jadi juga, dia perlu mencari periuk nasi lebih kerana dia punya tanggungan yang lebih. Bukan setakat menanggung anak sendiri. Jangan ingat semua orang tamak bila bekerja lebih. Dan kalau diri sendiri ada periuk nasi lebih, jangan halang orang lain pun nak cari periuk nasi lebih. Sendiri mau ingat!

Berpatah arang berkerat rotan. Mungkin bunyinya macam sangat teruk. Tapi tak pe... aku akan gunakan arang itu untuk masak nasi lain. Sebab aku lebih suka masak nasi secara manual. Nasi yang masak secara manual lebih sedap. Tak perlu TEKAN SUIS untuk CEPAT MASAK.

Bak kata seorang sahabat yang tumpang sama menangisi nasib aku: "Tak apalah Rose... mungkin apa yang jadi kat kau hari ni, ada benda lain yang kau tak nampak masa depan."
Terima kasih, saya terharu.

Dan memetik kata penulis hebat, Ahmad Patria Abdullah;
Penulis hebat dan besar perlu tragedi.
Tragedi mendewasakan penulis.
Karya hebat lahir dari tragedi.
Penulis hebat hasilkan karya besar, karya besar lahir dari hidup penulis yang penuh tragis.
Hmm...tahun ini banyak sangat yang terjadi kat aku. Ini dugaan untuk tahun baru @ Maal Hijrah. Di saat aku mengambil keputusan untuk jaga semula Ik dan sekolahkan dia di sini. Tapi kalau tak kena macam ni, mungkin aku takkan berganjak. Mungkin bila dah ambil semula Ik, aku akan dapat periuk nasi baru! Jadi aku tak boleh sedih. Kena kuatkan hati, tenang dan terima dengan hati lapang...FIKIR POSITIF. Senyum dan jangan berdendam. Manalah tau aku boleh jadi macam yang saudara Ahmad Patria Abdullah cakapkan tu.
BUKTIKAN sesuatu!
Lakukan demi keluarga bukan untuk siapa-siapa.
Yelah... asyik masak nasi putih. Mungkin lepas ni cuba masak nasi beriani pula dengan PERIUK BARU!
Mudah-mudahan sedap!
AMIN!

Oh ya... terima kasih tak terhingga kepada yang setia mengikuti blog aku ni... cinta walaupun blog aku ni taklah sehebat blog Hanis Zalikha... sengihnampakgigi

Monday 14 December 2009

Robert Pattinson vs Ben Barnes = Edward Cullen vs Dorian Gray

December 14, 2009
Aku ni bukan penggemar Twilight Saga. Tidak novelnya mahupun filemnya. Bila tengok filem yang pertama, mood rasa terjejas bila tengok heronya, Robert Pattinson. Aku tahu ramai yang dah jatuh cinta kat Robert Pattinson ni semenjak dia jadi Edward Cullen...tergoda
Tapi bagi aku... alamak... pokpok dia tak cukup hensem dan tak cukup charming untuk jadi pontianak yang lawa. sengihnampakgigi Mukanya... kelihatan agak pelik dan tak cukup untuk menarik perhatian aku supaya melekat tengok Twilight sampai habis. Cuba bandingkan siapa yang lebih handsome sebagai pontianak?


Memanglah di luar filem mereka berdua berkawan baik...
Tapi rasanya Ben Barnes (Prince Caspian) lebih sesuai jadi pontianak sebab dia mempunyai kulit yang semulajadi pucat. Mata hitam pekat yang semulajadi besar. Buat aku tengok Narnia berulangkali semata-mata nak tengok Ben Barnes ihikhik.
Frust sungguh bila dapat tahu sebenarnya Ben Barnes tersenarai antara empat finalist untuk casting watak Edward Cullen. Ini jawapan Ben Barnes;
I wanted to be in that Twilight film but I was too old. There’s no way I could look seventeen for the next three years.
Hahaha... macam aku pulak yang interview dia ya?
Sebenarnya bagus juga Ben Barnes tak ambil sebarang role dalam Twilight. Sebab wataknya sebagai Dorian Gray dalam filem Dorian Gray (lelaki muda yang handsome dan immortal - juga seorang gay!) lebih menyerlah daripada Edward Cullen. bestbestbestbestbest Dan ceritanya lebih bagus dari Twilight!


Dorian Gray adalah sebuah filem British yang diadaptasi dari Oscar Wilde’s 1891 novel, The Picture of Dorian Gray. Filem ni dah banyak kali dibuat remake. Tapi remake yang terbaru menggunakan Ben Barnes sebagai Dorian Gray lebih malatops! Kisah lelaki muda yang naif yang akhirnya sanggup menjual jiwa demi mengekalkan rupa mudanya yang cantik. Memang cantiklah Ben Barnes dalam filem ni. Terus terfikir dia untuk jadi 'Arsalan' aku... hehe rindu

p/s: Kepada peminat Edward Cullen, JANGAN MARAH peace... Statement ini keluar kerana aku die hard fan Ben Barnes dan Dorian Gray! pompom Sampaikan aku memang ter'obses' nak buat novel macam Dorian Gray. Tapi rasanya kalau buat novel macam tu... adusentah penerbit mana yang sanggup terbitkan sebab segala 18SG, PL, SX terkandung di dalamnya... hmmm... garupale
Ya, Rose Harissa BERANGAN lagi!jelir

Wednesday 9 December 2009

Kalau isteri nak kurus, sila suruh suami peluk selalu...

December 09, 2009
Kak Lily Haslina kata aku dah GEMUK!...(aku sendu! higs...higss...higss...) - hakikat yang sukar aku terima!
Bila Kak Lily tanya apakah dulu aku sekecil adik aku Yanti (yang sekarang ni ada kat rumah aku) - aku jawab tak...dulu aku lagi KECIK! malu-malu.
Kak Lily gelak macam nak berguling. Apalagi Adib Imran anak ke tiga Kak Lily - yang kalau bercakap ngan aku macam kawan-kawan - almaklum, gua auntie yang rock ma!terkekeh
Wah wah wah... masing-masing tak percaya aku lebih kecil dari Yanti. Memang susah nak percaya kalau tengok saiz badan aku sekarang. Lagi Kak Lily tak percaya sebab aku kata semua kebaya lama aku, si Yanti tak muat nak pakai... menandakan dulu aku memang kecil molek orangnya (hohoho). Tapi tak perlulah aku mention berapa body stats aku... cukuplah sekadar jadi kenangan silam yang takkan mungkin berulang walaupun aku pergi ke Slim World.
Cukup aku katakan, saat mengandungkan Ayik, berat aku mendadak naik dari 45kg ke 90kg! Haa... dapat bayangkan? Tak dapat? Bayangkan sahaja macam peti ais bergerak! Hahaha...
Sekarang berat badan itu cuma hilang 1/3...higs...higss...higss...

Korang mesti dapat meneka dengan tepat kerana ia matematik mudah!
Tapi bila jumpa artikel ni, terasa harapan kembali bersinar. Marilah...kita sama-sama berkongsi kebaikan ini...

KHASIAT PELUK ISTERI

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.


Mahu percaya? Tapi rasanya ada logiknya juga kan? Sebab bab senda gurau tu memang amalan, aku ngan hubby macam kawan-kawan. Tapi bab kurus tu... hmmm...nampaknya... lepas ni tak perlulah aku perabih duit nak ke Slim World. Kena suruh hubby kerap peluk aku! setan Agak-agak makan terlebih atau naik sekilo dua...suruh aje hubby peluk... hohoho!

Tuesday 8 December 2009

Pokok Pahit : Penawar Kanser?

December 08, 2009
Pernah dengar tentang pokok pahit? Serius... aku baru kali ni dengar. Itu pun setelah balik kampung hujung minggu baru-baru ni. Selama ni memang tak pernah ambil tahu pasal pokok herba.
around
Tapi setelah dengar cerita mak pasal jiran sebelah. Aku ternganga. Rupanya mak cik sebelah rumah tu pernah kena kanser payudara. Dia pernah tunjukkan pada emak payudaranya yang sudah merah dan berkudis. Erkkk...

Tapi tahu ajelah kalau namanya orang kampung. Bukannya nak pergi hospital. Dengan alasan, TAKUT! Takut dibedah.

daun pokok pahit

Kata emak, mak cik tu minum air pokok pahit selama dua tahun dengan bantuan ubat antibiotik. Dia minum dan sapu daun pahit pada bahagian yang terkena tu. Sekarang, Alhamdulillah... sihat, segar bugar. Aku pun pelik bila tengok mak cik tu dan tak sangka dia pernah kena kanser payudara. Mak cik tu kata, orang asli di kawasan hutan kata, pokok pahit tu adalah penawar mujarab sakit kencing manis, darah tinggi dan kanser.

Hah! Aku terkejut... sebab memang tak tahu pun pasal pokok pahit. Nampak sangat pengetahuan aku banyak yang kurang. Tapi bila berborak dengan Kak Lily Haslina... katanya memang ada kawannya yang sanggup ke Pahang mencari penawar kanser. Dia tak pasti pokok apa... tapi aku agak, pokok pahit la kut. Dan kawannya yang sakit tu sihat walafiat. Sedangkan rakannya yang lain yang mengikut terapi di hospital, meninggal dunia akibat kanser payudara. Memanglah ajal maut di tangan Tuhan. Tapi tak salah kalau kita usaha, kan?

Tapi kata mak cik jiran mak aku tu... air rebusan kulit pokok pahit tu memang terlalu pahit. Kalau sesiapa tak tahan boleh jadi sakit kepala. Terutama kalau terus direbus kulitnya tanpa dijemur terlebih dahulu. Tapi kalau dah boleh jadi penawar tu, peduli apa pada pahitnya ya tak? Lagipun orang tua-tua pernah cakap, yang pahit itu ubat. Pahit akhirnya akan jadi manis... dan yang manis sebaliknya akan bertukar jadi pahit! Dalam maksud ni...

kulit pokok pahit

Sebab bila aku tengok mak cik tu cergas gila sekarang ni, memang aku tak percaya dia pernah kena sakit tu. Hmmm... abah kata, pokok tu dah nak pupus. Susah nak cari sebab orang main tebang aje tanpa tahu khasiatnya.

Aku pun sampai sekarang macam percaya tak percaya aje dengan kemujaraban pokok pahit tu. Tapi bila tengok mak cik sebelah rumah tu... setelah lebih kurang tiga tahun berlalu... nampaknya kena percaya juga. Yelah... aku yang rasa banyak cari maklumat ni pun masih tak tau pasal pokok tu. Nampaknya orang bijak pandai kena ambil inisiatif menyelamatkan pokok tu dari terus pupus kalau ia benar-benar mujarab sebagai penawar kanser!

Tuesday 1 December 2009

Ikan Pekasam

December 01, 2009
Salam... hai semua...peace
Selalu aje aku tinggalkan blog... kepada yang selalu sudi baca blog merapu aku ni... terima kasih banyak-banyak... maaf, belum punya waktu untuk ronda-ronda di blog kengkawan... ada kelapangan nanti aku pergi ya... Insya ALLAH Taala...
Hari ni aku rasa gembira sangat... rasa nak jingkrak-jingkrak saking gembiranya! Kenapa? Huhu... faham-faham sendirilah... Apa yang penting rasa lega sangat... ringan sebelah bahu... phewwww!


Untuk meraikan kegembiraan ini aku tak perlu beli barang mahal-mahal. Tetiba teringin sangat nak makan ikan pekasam! senyumkenyit
Okey... aku mengaku tak makan durian - petai - jering - kerdas - budu - bawang - sambal - pucuk ubi - ect. Tapi kalau IKAN PEKASAM... perghhh... aku tak boleh nak tolak! My favorite ever! tergoda
Dapat makan ikan pekasam goreng bercili dengan nasi lembik panas-panas, memang mengancam! Tak jumpa lauk lain pun takpe. Aku rela gaul nasi panas-panas dengan ikan pekasam aje. Dengan serdak-serdaknya aku sanggup tabur atas nasi. Tambah-tambah time musim hujan macam ni... mmg 'hor liao' la kalau dapat makan ikan pekasam!


Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016