Wednesday 9 December 2009

Kalau isteri nak kurus, sila suruh suami peluk selalu...

Kak Lily Haslina kata aku dah GEMUK!...(aku sendu! higs...higss...higss...) - hakikat yang sukar aku terima!
Bila Kak Lily tanya apakah dulu aku sekecil adik aku Yanti (yang sekarang ni ada kat rumah aku) - aku jawab tak...dulu aku lagi KECIK! malu-malu.
Kak Lily gelak macam nak berguling. Apalagi Adib Imran anak ke tiga Kak Lily - yang kalau bercakap ngan aku macam kawan-kawan - almaklum, gua auntie yang rock ma!terkekeh
Wah wah wah... masing-masing tak percaya aku lebih kecil dari Yanti. Memang susah nak percaya kalau tengok saiz badan aku sekarang. Lagi Kak Lily tak percaya sebab aku kata semua kebaya lama aku, si Yanti tak muat nak pakai... menandakan dulu aku memang kecil molek orangnya (hohoho). Tapi tak perlulah aku mention berapa body stats aku... cukuplah sekadar jadi kenangan silam yang takkan mungkin berulang walaupun aku pergi ke Slim World.
Cukup aku katakan, saat mengandungkan Ayik, berat aku mendadak naik dari 45kg ke 90kg! Haa... dapat bayangkan? Tak dapat? Bayangkan sahaja macam peti ais bergerak! Hahaha...
Sekarang berat badan itu cuma hilang 1/3...higs...higss...higss...

Korang mesti dapat meneka dengan tepat kerana ia matematik mudah!
Tapi bila jumpa artikel ni, terasa harapan kembali bersinar. Marilah...kita sama-sama berkongsi kebaikan ini...

KHASIAT PELUK ISTERI

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.


Mahu percaya? Tapi rasanya ada logiknya juga kan? Sebab bab senda gurau tu memang amalan, aku ngan hubby macam kawan-kawan. Tapi bab kurus tu... hmmm...nampaknya... lepas ni tak perlulah aku perabih duit nak ke Slim World. Kena suruh hubby kerap peluk aku! setan Agak-agak makan terlebih atau naik sekilo dua...suruh aje hubby peluk... hohoho!

11 comments:

  1. saya nak kurus.. saya nak peluk sape kak? haha

    ReplyDelete
  2. hahaha... fatul buat akak tergamam nak menjawabnya... =))

    ReplyDelete
  3. ekekek, k.rose tajuk yg mengujakan...adehhh, cm nk buat link kt blog jek sal entry k.rose nih..hahahha, bley ka???

    ReplyDelete
  4. kak, sy pun nak kurus.. blk rumah seminggu, sekilo lg naik ni hah.. dah tu, sy nak suruh sape peluk? hukhuk.. sedih...

    ReplyDelete
  5. he..he..hubby aku xpeluk hari2 pn...huwaaaaaa...sedih..sedih..ada kah aku akan membesar cam peti ais bergerak che rose weh!!!he..he..

    ReplyDelete
  6. aku sedang mengamalkan nye kak ooiii. petua ni dah lama aku dpt. adalah dlm 4thn lepas.

    so ko amalkan la. aku skang ni kating badan menten. hahaha

    ReplyDelete
  7. Rose, aku rasa aku pun amalkan juga, tp..mungkin tak berhasil sbb aku kan selalu masak utk hubby n anak2 aku...hah..tu yang terlebih sudah tu... tp tak pe lah, yg penting aku ngan hubby aku happy...:D

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Rose!

    Saya baru khatam Mulanya Satu Cinta a.k.a MSC.
    Okey saya tau saya ketinggalan zaman tapi nak jugak komen. Haha..
    Saya dah buat post pasal MSC and saya ada cilok book mark utk MSC dengan cover die dari blog Kak Rose (hope u dont mind eyh.. ;) )
    Saya suka Ezli!! Sebab dia arrorant with an infectious grin and classically tall, fair and handsome looks. Waaaa!! Teruja baca sambil buat lakonan dalam kepala sendiri dengan dua watak yang kak rose 'wujud'kan wajahnya kat dlm blog ni. an outstanding phenomenon that make reader having fun while feel the story. tahniah.
    =)

    ReplyDelete
  9. LaDolce vs CN:
    hehehe... boleh buat link... dekat post entry tu... masukkan link entry akak ni... nanti dia automatik jadi link...

    Rania:
    Kalo untuk Rania... suruh mak peluk kut? Ksih sayang mak akan menurunkan kolesterol dalam badan Rania... hahaha... teori akak ni..

    Tun Teja:
    Hah? hubby ko tak peluk hari2 pun ko tetap kurus dan maintain... tensen je aku tgk ko... haha

    Nursuzry:
    Aku pun amalkan juga tapi kekurusannya tidak sekata... kekekkee

    Mummy Hanan:
    Takpe leeya... masakan ko dah membelai perut suami dan anak-anak.. besar pahala tu... hehehe

    ekin:
    hah? dah baca MSC? heheh... tengkyu ekin... terharunya akak... tak pe... tak kisah pun ekin cilok dan tampal kat blog... nanti kak rose gi baca kat blog ekin ya...
    mekasih bebanyak atas komen tu...

    ReplyDelete
  10. Salam Kak Rose,

    Artikel ni memang menarik. Cam tau-tau je aku ni nak kuruskan badan. Boleh di praktikkan tu.
    Marilah kita sesame turunkan berat badan

    ReplyDelete
  11. Salam Zilla...
    hahhaa... tu la... tak ingat jumpa kat mana...
    tapi mmg menarik...
    elok la untuk menguruskan badan secara percuma... hahaha

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016