Thursday 24 December 2009

Periuk nasi bocor...


Macam mana kalau periuk nasi bocor?
Tampal atau beli baru saja?
Kalau periuk nasi kat rumah bocor, aku selalunya akan tampal dengan kapur sirih! Hahaha...orang guna kapur untuk makan sirih, tapi aku? Guna untuk tampal periuk bocor!
Ya... aku masih masak nasi secara manual. Dalam periuk macam gambar kat sebelah ni. Ketawalah kalau nak ketawa. Tapi inilah padahnya kalau bersuamikan seorang technician! Banyak barangan elektrik yang dia tak galakkan aku pakai. Antara alasannya jangan jadi pemalas. Nasib baik, dia masih benarkan aku guna mesin basuh. Kalau tak mahu hari-hari aku menangis dalam bilik air sebab terpaksa berus baju dengan tangan sendiri. Sedangkan tangan ini jugalah yang nak melukis dan menulis.

Okey, itu cerita periuk untuk masak nasi.

Macam mana kalau periuk nasi lain yang bocor?
Maksudnya tempat cari makan. Ya, salah satu 'periuk nasi' aku dah bocor! Full stop. Bocor yang tak boleh dibaiki lagi. Mesti ada yang akan gelak guling-guling atau bertepuk tangan bila tahu periuk nasi aku dah bocor! Mesti ada yang akan kata, "Ha! Padan muka! Itulah... tamak sangat! Pengacau!"

Kerana mulut badan binasa. Memang betul! Tapi kadang-kadang kerana mulut orang lain, badan kita juga boleh binasa! Aku pun dah malas nak mencari milik siapa mulut itu. Malas nak pergi salotep. Biarlah kalau ada yang baca karya-karya aku dan sampaikan pada orang lain bahawa cerita aku tak matang, dialog aku begitu begini...suka guna nama pelik-pelik. TAPI kalau tak suka, jangan hasut orang lain jadi tak suka sama. Pendek kata, jangan KONDEM! Aku pun tak tau sejak bila nama watak aku pelik. Pelik sangat ke nama Eddy Ezli? Azalan? Hazry Izhar? Azfarel? Nur Fasha? Intan Edrinaz? Ah! Malaslah nak senaraikan! Boleh tengok sendiri kat polls novel sebelah blog ni. Kecuali Elly Idzlianizar tu... bukan nama aku reka... tapi dah nama dia betul... dia hero realiti aku... nak buat camna?

Pernah tak jumpa orang yang kita tak ada buat salah pada dia pun, tapi tiba-tiba aje, dia merasa amat jaki dengan kita? Mungkin yang baca akan rasa banyak sangat masalah aku ni. Lepas satu, satu... entah. Aku pun tak tahu kenapa... tapi aku faham satu, cara paling bagus untuk menjatuhkan orang lain, adalah dengan menyebarkan cerita yang bukan-bukan. Atau paling tidak, demoralized seseorang! Aku tak suka nak cari gaduh dengan orang sebab tu aku lebih suka DIAM dan tak mahu bercampur dengan orang, tak mahu nak pergi ke mana-mana hatta berjumpa kawan pun aku tak mahu. Bukan sombong tapi menjaga batas. Tapi ada jugak orang yang kacau dan sebarkan cerita bukan-bukan.

Biarlah... aku cuma pegang kata;
Hidup macam roda. Hari ni kita kat atas, esok lusa kita kat bawah. Rezeki ada di mana-mana.
Ada yang kata, mungkin cara aku salah. Berkerut sekejap kening. Cara aku yang bagaimana ya? Aku terlalu agresif kut? Buat itu buat ini dan cerita pulak kat blog, ada yang membaca akan rasa jaki atau rasa aku tamak! Salah ke kalau Tuhan sudah bagi aku kelebihan untuk buat dua perkara dalam satu masa? Atau mungkin ada yang jaki kerana aku terlalu outspoken diblog? Tapi maaflah... aku bukan Drama Queen. Aku bukan pandai membodek orang, aku selalu cakap dari hati. Tapi kalau orang suka sangat percaya cakap orang lain dan menggunakan nama orang lain dalam usaha untuk menakutkan atau mengajar seseorang supaya sedar diri, maaf...wrong person! Aku bukan 'yes person' yang hanya mengangguk dan tunduk pada sebarang 'ugutan'. Budaya ugut-mengugut, menakut-nakutkan ni takkan memajukan manusia. Tanya salah.... tak tanya salah tapi kalau tanya, disenaraihitamkan pulak...tak sedar diri...tak bersyukur...tamak...demanding...macamlah buku bagus sangat...ingat diri dah hebat sangatlah...bla...bla...bla...
Bak kata seorang kawan... "Kau dah syahid dalam perjuangan!"
Ha ah yelah tu...perjuangan yang mengorbankan diri sendiri sampai terlingkup periuk nasi. Hanya sebab aku ada periuk nasi lebih! Macamlah kerana periuk nasi lebih tu, aku jadi jutawan!

Aku tak peduli kalau ada yang akan kata aku seorang yang kurang ajar. Aku tak pandai nak berlakon jadi BUDIMAN. Hell! Inibelogsaya! (Pinjam nama blog Hanis Zalikha yang sangat sweet itu). Blog untuk berinteraksi dengan orang-orang yang suka saya! Suka hati sayalah nak cerita pasal apapun. Saya nak promosi novel ke... cerita hantu saya ke... lukisan saya ke... saya punya suka. Sejak bila ada undang-undang suruh jangan tulis apa yang kita rasa kat blog? Yang tak suka mungkin akan baca juga tapi baca dengan hati jaki. Tapi kadang-kadang tu rasa juga malas nak update blog. Malas nak cerita apa-apa nanti orang tak suka saya, akan tahu apa perkembangan saya. (Hoh! Terasa skema dan comel pulak bila menggunakan 'saya'...hohoho!)

Entah mengapa diungkit semula. Bermakna ada yang menyimpan dalam hati dan terasa hati tak tentu hala. Sedangkan aku dengan orang lain tak ada masalah pun. Aku dah malas dan penat nak explain. Kerana aku perlu maju dan teruskan langkah. Jalan kena pandang depan, tapi tak mahulah sampai terangkat dagu kerana aku tak mahu jadi manusia yang lupa di mana tempat aku berpijak. Takut tersembam! Tersungkur langsung tak boleh bangun. Aku takkan lupa orang yang pernah mendidik dan mengajar aku.

Tak tahu mengapa orang yang tak ada kena-mengena dengan aku sangat sibuk mengambil tahu apa yang aku buat. Prinsip aku senang aje... aku tak kacau orang... jangan orang kacau aku. Tersentuh sikit, aku masih boleh sabar. Tapi kalau sampai tahap mengacau hidup... gunung api pun boleh meletus! Aku bukan jenis yang boleh berdiam diri kalau orang sudah mengusik hidup aku dan peribadi aku yang tak ada kena-mengena dengan kerja.

Kalau ada yang terluka...aku peduli apa? Rawatlah hati sendiri supaya luka tu tak bernanah dan tak jadi jangkitan kepada orang lain. Sebab aku sendiri lebih terluka-SANGAT TERLUKA! Aku diceraikan! Talak tiga sekaligus! Tapi apa boleh aku buat lagi? Memang dah tak ada jodoh! Lagipun kuasa talak bukan di tangan aku...ada yang lebih berkuasa.

Akan tetapi apabila sudah berjumpa dengan para senior yang senasib dengan aku, terutama yang diceraikan... aku fahamlah situasi sebenar... siapa yang kuis siapa, sebenarnya siapa yang tak suka siapa? Bila dah jadi macam ni tiba-tiba hati aku berkata sesuatu; mungkin ada yang suka menggunakan nama orang lain. Mungkin ada yang suka sangat menggoreng.
Sebenarnya memang aku dah rasa something wrong somewhere tapi diamkan sebab tak mahu syak wasangka berlebihan takut terkena tiupan syaitan. Bila dah kena batang hidung sendiri...compiled pengalaman orang lain yang senasib, barulah tahu rasa. Tak salah lagi apa yang aku rasa! Perkara ini sebenarnya sudah jadi a very personal issue! Tidak ada kaitan dengan perkara lain tapi lebih kepada perasaan individu lain kepada seorang individu lain.
Dan tiba-tiba aku rasa, berdosa ke kalau aku ni multitalented (boleh melukis dan menulis dalam satu masa)?Mungkin ada yang tak boleh tengok orang muda naik dengan cepat... dikata tak sabar dan gelojoh. Zaman sekarang bukan zaman tunggu dan lihat... orang sudah maju ke depan, tak kanlah kita masih nak ke belakang?
Be a leader, not a follower! Ini pesan bos zaman aku kerja makan gaji dulu.

Bak kata Bunkface :
Don’t want much, I just want everything
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone

In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing
Jagalah periuk nasi sendiri. Jangan bengang atau jaki kalau orang lain ada periuk nasi lebih. Tak bermakna orang yang ada periuk nasi lebih itu hidup kekenyangan. Tapi boleh jadi juga, dia perlu mencari periuk nasi lebih kerana dia punya tanggungan yang lebih. Bukan setakat menanggung anak sendiri. Jangan ingat semua orang tamak bila bekerja lebih. Dan kalau diri sendiri ada periuk nasi lebih, jangan halang orang lain pun nak cari periuk nasi lebih. Sendiri mau ingat!

Berpatah arang berkerat rotan. Mungkin bunyinya macam sangat teruk. Tapi tak pe... aku akan gunakan arang itu untuk masak nasi lain. Sebab aku lebih suka masak nasi secara manual. Nasi yang masak secara manual lebih sedap. Tak perlu TEKAN SUIS untuk CEPAT MASAK.

Bak kata seorang sahabat yang tumpang sama menangisi nasib aku: "Tak apalah Rose... mungkin apa yang jadi kat kau hari ni, ada benda lain yang kau tak nampak masa depan."
Terima kasih, saya terharu.

Dan memetik kata penulis hebat, Ahmad Patria Abdullah;
Penulis hebat dan besar perlu tragedi.
Tragedi mendewasakan penulis.
Karya hebat lahir dari tragedi.
Penulis hebat hasilkan karya besar, karya besar lahir dari hidup penulis yang penuh tragis.
Hmm...tahun ini banyak sangat yang terjadi kat aku. Ini dugaan untuk tahun baru @ Maal Hijrah. Di saat aku mengambil keputusan untuk jaga semula Ik dan sekolahkan dia di sini. Tapi kalau tak kena macam ni, mungkin aku takkan berganjak. Mungkin bila dah ambil semula Ik, aku akan dapat periuk nasi baru! Jadi aku tak boleh sedih. Kena kuatkan hati, tenang dan terima dengan hati lapang...FIKIR POSITIF. Senyum dan jangan berdendam. Manalah tau aku boleh jadi macam yang saudara Ahmad Patria Abdullah cakapkan tu.
BUKTIKAN sesuatu!
Lakukan demi keluarga bukan untuk siapa-siapa.
Yelah... asyik masak nasi putih. Mungkin lepas ni cuba masak nasi beriani pula dengan PERIUK BARU!
Mudah-mudahan sedap!
AMIN!

Oh ya... terima kasih tak terhingga kepada yang setia mengikuti blog aku ni... cinta walaupun blog aku ni taklah sehebat blog Hanis Zalikha... sengihnampakgigi

27 comments:

  1. k.rose, knape nih luahan rasa ati..kna craikan nn sape..xpela k.rose pepun kna byaj bsabar yea..inilah dikatakan 1 wadah prjuangan, xde nama pjuang kalo xde halangan..amik iktibar dari kisah pjuanagn Rasulullah dulu2..
    hehe, pndai la plak yay nk bg nasihat yea...be strong k.rose..SENTIASA BERSAMAMU-digi

    p/s:-kalo periuk nasik kt dpur bocor bli baru jek, nnti sy tlg belikan kt rantau pnjang, murah2 jek..:-p

    ReplyDelete
  2. che rose..manjadda wajadda..sapa berusaha dia yang dpt..so sendulik kan!!! When God close the door, He will open the window, rezeki Allah luas..carilah, Dia yang tentukan. Bukan sesiapa pun kat bumi ni...

    ReplyDelete
  3. Tatabahasa okey.
    Penggunaan bahasa okey.
    Pemahaman pembaca bagus.

    100% untuk karangan Bahasa Melayu ni! Tahniah!

    Hahaha.. okey, merapu pulak. Mari sini saya cakap point saya.

    - Orang dengki memang merata-rata kat dunia ni. Take it to positive side, it'll make us stronger.

    - Lalang juga sangat suka mengikut alunan angin. Ke kiri angin, ke kiri lah ia. Ke kanan angin, ke kanan lah ia. Jadi lalang-lalang begini juga sangat RAMAI. Kita jugaklah yang kadang-kadang jadi tunggul sekejap nak tengok lalang menari-nari. (cewah.... ayar poyos ni.)

    - Kuasa yang besar memang mampu membuatkan kuasa kecik tenggelam. Tapi orang lupa, kuasa besar itu boleh menghancurkan diri sendiri dengan gelombang yang sama besar. Kalau tak cash dia bagi installment. Kalau tak pun, kat akhirat nanti adelah tu.

    Oh, merapu macam ni memang best. Tapi lama-lama boring sebab kutu-kutu dengki memang selalu wujud hendak lagi kepada orang-orang yang berjaya.

    Jadi teruskan berusaha agar kutu-kutu ni nanti senyap sendiri. Tak apalah Kak Rose... MUDA lagi kaaaannn.... boleh lagi nak kumpul duit sampai boleh rembat lima EVO! Hehehe
    :D

    /s: Panjang berjela macam nak lawan entry akak je. Hahaha..

    ReplyDelete
  4. salam!
    akak ! be strong , manusia di alam dunia nyata. Mmg suka cari masalah , walau macamanepun 1 hari nanti tidak untuk kita , jadi untuk dia balik.

    Insyaallah , saya sentiasa menyokong akak!
    Biarkan dia , nak menjeles secara tidak rasional!
    bukan dia , tuhan sentiasa disisi akak!
    Apa yang akak lakukan tidak menjemput periuk nasik dia kan?

    so?
    Hari ini hari dia , esok lusa mungkin hari dia!
    alhmdulillah jer , rezeki ada mane2 kan akak?
    mybe lps nie,dapat yang lebih bagus lag!
    amin.

    salam sayang saya untuk akak!

    ReplyDelete
  5. LaDolce vs CN:
    Yaya... ini luahan ibarat - cuba bersabar - tapi tak boleh bersabar... tapi jangan ingat hubby akak lak yang ceraikan akak... hehehe...
    entri ni penuh maksud mendalam...
    hah... kalau rantau panjang, bukan setakat periuk aje kak rose nak mintak tolong beli tapi toto, beras siam, baju kelawar... etc... :))

    Kak Nik:
    Terima kasih banyak kak nik... saya percaya apa yang kak nik cakapkan tu... :)

    kecik:
    Ekin... wah wah... macam cikgu sekolah nak bagi markah lak ya...
    tak pe ekin...akak okey aje... meluahkan apa yang akak rasa... pasni malas nak pk dah... bak kata kak Nisah Haji Haron dalam blognya... Orang yang berjaya harus PEKA dan juga PEKAK.
    PEKA kepada peluang. PEKAK kepada segala kata-kata orang (yang tidak langsung tidak bermanfaat itu)


    cikyuyu:
    terima kasih... akak selalu tau cikyuyu penyokong tegar akak... Insya ALLAH... kak rose takkan tumbang... akan usaha juga sampai habis daya... sayang cikyuyu! :)

    ReplyDelete
  6. Salam maal hijrah kak rose,
    sedih saya membaca entry yang ini. huhu...
    Banyak nak tulis, tapi tak tertulis jadinya sebab terasa fikiran juga terganggu dengan apa yang kak rose hadapi.
    berat mata memandang, pasti berat lagi bahu memikul.
    tak de apa ucapan sabar atau apa dari saya kerana saya tahu kak rose memang sudah penyabar. cuma doa saya agar yang baik-baik datang dari Allah untuk kak rose dan keluarga. ameen... jaga diri ya kak rose.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Manusia selagi bergelar manusia
    selagi itulah hasad dengki ada

    selagi mata celik
    selagi itulah segala umpatan dan fitnah di tabur-taburkan

    seperti bunga rampai atau beras kuning

    hai!! manusia... manusia...

    tapi bila tertutupnya mata
    terkambuslah diri di dalam tanah
    maka segala hasad dengki tidak ada lagi

    begitulah seterusnya kitaran kehidupan manusia

    selagi jasad dikandung badan
    dan selagi jasad tidak bercerai dari badan
    itulah dia MANUSIA
    yang tidak pernah sunyi dengan HASAD DENGKI


    kredit dr blog ke 3 aku hahaha

    sabor ye kak. pedulikkan dia/mereka2 tu. yang pasti ko ada aku.

    weh! bila leh jumpa lagi ha... windu aarrr

    ari tu jumpa sekejap jew huhuhu

    ReplyDelete
  9. rose..
    sabar eh. biasa lah.. hati org tak sama. kalau jalan lurus je pun, mesti tak best kan? ada simpang tiga.. simpang empat.. baru ok kot hehe. mungkin juga Tuhan gunakan "dia" sebagai salah satu cara utk menguji.

    takpe.. rose kuat :D mungkin Tuhan akan gantikan dengan sesuatu yg lebih barik, dari apa yg rose hilang. insyaallah.

    -sil-

    ReplyDelete
  10. Umi Azrini:
    Salam Maal Hijrah juga buat Umi yang jauh...
    memang berat pun... rasa nak rebeh bahu akak ni ha... hahaha... tapi takpe... kak rose masih dapat bertahan, takkan ngalah. mekasih sebab umi prihatin dan memberi sokongan.

    Nursuzry:
    wahhh... bagusnya... mekasih tampal kat sini.... heheh
    aku mmg sabo la Su... tgklah... kalo ada rezeki, jumpa kat Pesta Buku taun dpan... hohoho... lambat lagi ye dak... tu pun kalo aku join Pesta buku...

    tobleronez:
    Sil... mekasih banyak2 beb! ni bukan setakat simpang, bonggol, longkang, lubang, semuanya ada... hahaha... okeh... aku kuat... mudah2an ada rezeki lain... mekasih beb!

    ReplyDelete
  11. Rose,
    Alquran ada menyebut Allah memberi bencana ujian dan dugaan pada hambaNYA di suatu tempat tu kemudian akan menggantikan dgn sesuatu yang lebih baik....

    Redha dan jangan patah hati.. pandang muka Ikh, renung mata dia... kau nanti kuat semangat

    ReplyDelete
  12. pegi blasah saja org macam tu, baru dia tahu langit tu tinggi ka rendah..bedebah betul

    ReplyDelete
  13. sabor je lah kak....
    manusai biasa r..
    dengki tu tak habis2 lagi dalam hati..
    janji saya suker baca citer akak.

    ReplyDelete
  14. 8-} ermmm no komen !! muahaha
    ape ape pun ...
    ' .. Allah bersama orang-orang yang bersabar'
    - alBaqarah:153

    biar selamba asal tak dose !!

    ReplyDelete
  15. salam kak rose... ini ika/ummi...hihi...
    sedih pula baca entri ni.. sabar ya kak..
    apapun, sy tetap sokong akak walau bumi terbelah dua sekalipun!!!
    hehe....

    ReplyDelete
  16. Lily Haslina:
    Kak Lily... terima kasih banyak2 sebab ko sudi dengar cerita2 aku... harapnya lepas ni semuanya menjadi lah ya...
    demi anak-anak...

    iliasashari:
    huwaa... kalolah bangchaq dekat ngan saya, dah tentu saya upah pi belasah depan... hahaha

    Zitaomar:
    mekasih banyak2... orang2 mcm Zita la yang menguatkan semangat akak untuk terus menulis...

    is selamba:
    apapun... mekasih... tagline ko mmg best! hahaha

    Gadis Luar Biasa:
    Salam Ika...
    mekasih sbb tumpang bersedih... sokongan ika akak simpan buat penguat semangat... tengkyu laling...

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum rose harissa ku sayang
    dah lama akk tak datang tapi sekali datang rupanya adikku sedang mengamuk..ye ke?

    Rose,lagi banyak orang mengutuk,mengumpat, menganiaya,memfitnah dan berbagai2 me lagi..lagi besar pahala,lagi besar rahmat,lagi besar rezki, lagi besar nikmat..dengan syarat redha,ikhlas dan tabah.

    Insyallah nant dapat BESAR PUNYA yang baik2.
    Allah takkan biarkan hambaNYA yang teraniaya.. sekali kita berdoa dan meminta,beratus kali DIA menghampiri kita..

    lama tak jumpa Rose,last sekali jumpa masa akk bagi coklat..hehehe...masa tu belum mahir lagi..sekarang pra mahir..

    ReplyDelete
  18. Salam Rose... bbyk bersabar. Anggaplah dugaan ni sbg semangat utk kau terus berkarya. Biarlah perbuataan "baik" dia Allah yang tentukan. Kalau bukan di dunia, pasti di akhirat...

    ReplyDelete
  19. ekekeke, ok2..nnti sy belikan k..periuk tuh susah nk post, besor gedabak...hmmm toto pun besor gakk...kna anto kat umah tuh..hrrmmm, baju klawar tuh nnti sy blikan yea....

    p/s:-balik kelate nnti kna svey bju kalwar corak2 ros merah...waahhh, ah cunnyaa!!!

    ReplyDelete
  20. ina:
    waalaikumsalam kak ina ku...
    masa tulis entri ni mmg tgh mengamuk... tapi skg tak lagi... tgh nak bangkit balik dari jatuh...
    terima kasih atas kata2 nasihat kak ina tu,.. besar makna kat sana...
    oh... sampai skg, saya masih terasa-rasa coklat buatan kak ina tu... sedap, tak manis dan tak pahit... sayang nak telan... hahaha
    Insya ALLAH Taala... ada rezeki kita jumpa lagi kat pesta buku 2010

    Sarnia:
    Salam Kak Sarnia... mekasih atas dorongan tu... mmg tgh terbakar untuk terus berkarya ni... kekekek

    LaDolce vs CN:
    saya ni kan... saja je nak buat kak rose dengki... baju kelawar warna merah... aduihhh... mmg cun aa...
    dah lama tak ke rantau panjang...

    ReplyDelete
  21. ekekekkee, xpe2 nnti blik late sy carikan yea..nnti bg adress nk poskan...:-)

    ReplyDelete
  22. LaDolce vs CN:
    eh? yaya nak beli kan? x pe la... nyusahkan yaya je nak pos2...

    Fatul:
    akak takde duit nak beli baru...lalalala

    ReplyDelete
  23. salam che rose harissa....

    waaa...lama tak singgah, panjang ya entri kali ni...

    ermmm...citer pasal org tak puas ati, dengki, cemburu dan yg seerti dengannya...mmg 1001 malam pun tak abis kan...

    nak kasi nasihat, tak terrer sangat la che rose harissa...yg bole cuma...jangan mengalah...terus buat apa yg diminati...rezeki tuhan dah tetapkan...kita kena terus2 usaha kan... ^__^

    apa2 pun 2010...all the BEST to you...good fortune...good health...n of course good work...ok...^__^

    p/s: mana tau 2010...evo depan rumah hihihi...insyaallah...ya che rose harissa....

    ReplyDelete
  24. salam wanupeh...

    terima kasih untuk kata-kata yang penuh bersemangat tu...
    wah... kalo 2010 evo depan rumah, sayalah orang paling bahagia kat dunia... kekekee
    selamat tahun baru untuk wan!

    ReplyDelete
  25. Salam Kak Rose,
    Dah nama pun manusia... memang cengitu... x blye tengok org senang atau lebih sikit... mulalah nak buat onar menutup periuk nasi org...
    Di harap akak banyak bersabar... sebab ade hikmah di sebalik yang berlaku...

    ReplyDelete
  26. Salam Zilla...
    takpe laa... semua tu buat kak Rose belajar supaya lebih berhati-hati... memang banyak hikmahnya atas apa yang berlaku...

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016