Dec 14, 2009

Robert Pattinson vs Ben Barnes = Edward Cullen vs Dorian Gray

BY Rose Harissa IN 11 comments

Aku ni bukan penggemar Twilight Saga. Tidak novelnya mahupun filemnya. Bila tengok filem yang pertama, mood rasa terjejas bila tengok heronya, Robert Pattinson. Aku tahu ramai yang dah jatuh cinta kat Robert Pattinson ni semenjak dia jadi Edward Cullen...tergoda
Tapi bagi aku... alamak... pokpok dia tak cukup hensem dan tak cukup charming untuk jadi pontianak yang lawa. sengihnampakgigi Mukanya... kelihatan agak pelik dan tak cukup untuk menarik perhatian aku supaya melekat tengok Twilight sampai habis. Cuba bandingkan siapa yang lebih handsome sebagai pontianak?


Memanglah di luar filem mereka berdua berkawan baik...
Tapi rasanya Ben Barnes (Prince Caspian) lebih sesuai jadi pontianak sebab dia mempunyai kulit yang semulajadi pucat. Mata hitam pekat yang semulajadi besar. Buat aku tengok Narnia berulangkali semata-mata nak tengok Ben Barnes ihikhik.
Frust sungguh bila dapat tahu sebenarnya Ben Barnes tersenarai antara empat finalist untuk casting watak Edward Cullen. Ini jawapan Ben Barnes;
I wanted to be in that Twilight film but I was too old. There’s no way I could look seventeen for the next three years.
Hahaha... macam aku pulak yang interview dia ya?
Sebenarnya bagus juga Ben Barnes tak ambil sebarang role dalam Twilight. Sebab wataknya sebagai Dorian Gray dalam filem Dorian Gray (lelaki muda yang handsome dan immortal - juga seorang gay!) lebih menyerlah daripada Edward Cullen. bestbestbestbestbest Dan ceritanya lebih bagus dari Twilight!


Dorian Gray adalah sebuah filem British yang diadaptasi dari Oscar Wilde’s 1891 novel, The Picture of Dorian Gray. Filem ni dah banyak kali dibuat remake. Tapi remake yang terbaru menggunakan Ben Barnes sebagai Dorian Gray lebih malatops! Kisah lelaki muda yang naif yang akhirnya sanggup menjual jiwa demi mengekalkan rupa mudanya yang cantik. Memang cantiklah Ben Barnes dalam filem ni. Terus terfikir dia untuk jadi 'Arsalan' aku... hehe rindu

p/s: Kepada peminat Edward Cullen, JANGAN MARAH peace... Statement ini keluar kerana aku die hard fan Ben Barnes dan Dorian Gray! pompom Sampaikan aku memang ter'obses' nak buat novel macam Dorian Gray. Tapi rasanya kalau buat novel macam tu... adusentah penerbit mana yang sanggup terbitkan sebab segala 18SG, PL, SX terkandung di dalamnya... hmmm... garupale
Ya, Rose Harissa BERANGAN lagi!jelir

11 comments:

  1. Salam..

    Ha..ha.. saja nak bagi komen sikit... Saya memang minat giler kat Robert Pattinson dan ok2 ngan Ben Barnes..

    Sama2 sesuai kalau Ben Barnes tu jadi pontianak cuma tang mata yang Robert lain sikit.. yang lain lebih kurang sama jer..

    ReplyDelete
  2. Hahaha...Kak Rose saya sokong akak. Tak minat lalu dengan Robert Pattinson. Memang tak handsome pun.

    Nak berangan tak pe, kak. Tak payah bayar pun. Hehehe...

    ReplyDelete
  3. Zulita Saad:
    Salam...
    Hehhe... takpe Zu... masing2 punya pendapat sendiri... mungkin bagi Zu suka pontianak versi Rpart. Saya lak suka Barnes lebih...

    Cik Farah:
    Tak sangka ada orang sama ngan akak... kekeke... takut gak kene banned ngan peminat Rpart... ahaha...

    mekasih cik farah...

    ReplyDelete
  4. Saya suke R.P heheh...tpi xde lah ensem sngat..
    sya suke gi jaafar onn hahaha....(Ape lak tibe2 msk2 jaafar onn nie..)

    ReplyDelete
  5. Suhaidah...
    loh? tetiba masuk jaafar onn tersedak dia nanti... :))

    ReplyDelete
  6. dulu masa obses dgn movie twilight mmg ingat rob pattinson tu dah "perfect" utk jd edward cullen.. tp bila baca semua buku the twilight saga dan jd obses lbh kpd buku berbanding movie, mmg tak dpt nak elak drp rasa rob pattinson cuma takat "ok2" je utk watak edward cullen tu.. ;;)

    ReplyDelete
  7. wahhh... rania dh baca semua siri dia ya...
    kak rose yg x baca ni pun mmg rasa Rpart tu tak sesuai jadi edward cullen... hahhaha...

    ReplyDelete
  8. yup.. sy dah baca semua buku twilight saga tu.. siap ulang baca berkali2 dah.. huhu.. mmg edward cullen dlm buku lg charming.. haha.. kdg2 rasa terganggu pulak bila ulang baca buku terbayangkan rob pattinson dlm movie yg mcm terlbh "cover" utk jd edward cullen.. haish.. merudum semangat.. huahuahua..

    ReplyDelete
  9. laaa... ye ke rania... kak rose tak penah baca bukunya... cuma belek2 kat kedai buku... taktau napa tak terbeli la pulak...sbb bila dah tgk 1st movie... rasa tensen aje tgk RP tu... betul macm kata rania... dia terlebih 'cover'... dn bg akak dia tak cukup charming n cantik... camtu gak heroinya... *grin*

    ReplyDelete
  10. kristen si heroin dlm movie tu kakak sy mmg tak suka tgk dia berlakon.. sy pn rasa mcm tu gak.. huhu.. sesuka hati je sy ni ngutuk org.. ahaks..

    p/s: sy tak beli gak buku2 tu.. baca ebooks je.. nak tunggu kumpul duit utk beli sendiri mcm lmbt sgt.. jd baca ebooks dulu.. nnt ada duit lbh baru nk beli.. tatau la bila.. tp akan beli la.. =p

    ReplyDelete
  11. Rania... heheh... ingat akak sorang aje yg rasa camtu... nampak tak romantik dan takde chemistry... akak pun tak excited nak tgk movie ke 2.

    Beli yang terjemahan punya la... akak tgk dah ada malay translation... hhehee

    ReplyDelete