Jan 15, 2010

Mulut jahat ada saka...

BY Rose Harissa IN 17 comments


Gejala – gejala gangguan sihir/jin pada manusia:

TANDA-TANDA KETIKA JAGA :
  • Apabila ia hendak membaca Al Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.
  • Sakit kepala yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)
  • Tidak dapat memberi tumpuan kepada sesuatu (tidak boleh fokus)
  • Malas dan lemah badan (tanpa sebab).
  • Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.
  • Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan.
  • Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.
  • Terasa seperti ada sesuatu bergerak dalam perut.
  • Kesan lebam pada kaki.
TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR.
  • Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia kerap bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar-benar berlaku.
  • Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.
  • Kerap terjaga tidur di waktu malam.
Antara penyebab-penyebab seseorang itu disihir ialah:

  • Mungkin ada yang dengki dengan perniagaannya yang maju, atau kenaikan pangkat atau kejayaan.
  • Memutuskan pertunangan, mengakibatkan pasangannya ingin membalas dendam kerana mendapat malu atau rasa tercabar.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati, cemburu, buruk sangka dan lain-lain yang seumpamanya.
_________________________________

Sebenarnya banyak lagi tanda-tandanya. Tapi yang aku senaraikan itu adalah apa yang aku rasa sejak beberapa bulan kebelakangan ni. Kebetulan, beberapa minggu lepas, aku ke Melaka untuk bawa adik berubat. Tapi diminta Kak Lily untuk join sekali sebab dia tengok aku sangat cepat baran dan marah kalau berlaku apa-apa. Memanglah sebelum tu kami ada bergurau pasal saka.
Tapi bila si pengamal perubatan alternatif tu bagitau aku 'ada benda' pada badan aku, sentap jugaklah. Yelah... sebelum ni dah memang hubby pernah kena. Sengsara hidup kami. Kemudian, aku bukukan pengalaman tu dalam CMDH. Sekarang aku coretkan sedikit lagi dalam manuskrip WCW. Sampai aku sempat bergurau dengan pak cik tu, aku punya atau orang lain punya...
Pak cik tu memang menegur sebab aku macam main-main. Aku... manalah reti serius sangat kalau bukan pasal kerja. Bukannya nak suruh semua orang percaya kerja-kerja karut ni. Tapi kalau Tuhan berkehendakkan jadi, maka jadilah... aku kena reda kerana itu jugalah yang aku coretkan dalam novel. Sambil menulis, sambil belajar untuk diri sendiri.
Tapi lepas balik tu, memang badan aku semakin lesu, sakit kepala makin kerap. Sampai sekarang aku tak boleh menulis sehingga aku minta tangguh pada editor di PTS untuk manuskrip baru, begitu juga dengan artikel untuk APO?. Aku masih tak dapat beri cerita baru untuk Rambai. Aku mengadu pada Kak Lily. Entahlah... dia yang banyak mendengar keluh kesah aku kebelakangan ni. Mungkin sebab dalam banyak perkara kami ada persamaan.
Dan bila emak aku datang ke sini untuk urusan kemasukan adik bongsu ke Politeknik, aku terkejut bila emak kata memang arwah datuk ada bela jin Islam. Huwaaaa...
Dulu-dulu memang arwah datuk aku tu beriya-iya mahu mengajar segala macam ilmu perubatan. Tapi tahu ajelah budak darjah enam bila dah pandai mengubat orang. Jadi riak dan angkuh... makanya ilmu tu tak menjadi lagi.
Patutlah... apa yang hati aku kata, apa yang aku rasa kebanyakkannya jadi betul. Sebelum apa yang terjadi pada aku, aku dah dapat rasakan dulu. Mungkin kerana tu juga aku boleh menulis cerita misteri dari selama 6 tahun lebih, non-stop! Bunyi macam best kan? Macam ala-ala Supernatural gitu... (hoh... sempat lagi buat lawak!)

Tapi sebenarnya tak pun...sampai sekarang aku tak ada mood untuk menulis. Entahkan kerana saka atau kerana memang ada orang tujukan kepada aku. Dan kejadian baru-baru ini, buat darah aku mendidih naik ke kepala. Puas Kak Lily sabarkan aku. Dia memang dah agak aku akan melenting. Maunya tak melenting, dalam keadaan penat, tak ada mood, jiwa mandom, sibuk dengan urusan keluarga (sampai tak dapat nak berfesbuk dan berblogging seperti biasa) serta malas nak ambil tau pasal orang lain, ada pulak orang yang buat cerita bukan-bukan kata aku buat begitu begini, aniaya orang dan mengapi-apikan orang. Padahal aku sudah lama tak contact sesiapa melainkan seorang dua kawan yang aku percaya. Amboii... mentang-mentanglah aku ni luarannya kasar, nampak sombong... sewenang-wenangnya orang mahu memburukkan aku. Aku dah puas menangis dan mengadu pada Kak Lily.
Aku merancang terlalu banyak benda... mungkin terlalu ghairah dengan idea yang bermacam tapi bila Tuhan bagi aku ujian, memang aku tersungkur. Sampai rasa tak nak bangun dah. Tapi mujur keluarga dan kawan-kawan yang sayang aku tetap bagi sokongan.

Sungguh aku sangat letih dengan karenah manusia sebab tu aku memencilkan diri dan buat hal sendiri tapi tetap orang ganggu hidup aku. Orang tetap tuduh aku buat perkara yang tak pernah aku buat. Entah macam mana orang boleh tuduh aku, aku pun tak tahu. Mungkin kerana aku cepat melenting, jadi orang mudah cakap sembarangan dan orang lain pun percaya. Sudahnya sekarang... biarlah apa orang nak kata... biarlah apa orang nak buat pada aku. Mungkin juga kerana mulut aku laser, orang susah nak percaya pada aku. Tapi tak apa...penjelasan bukan cara aku untuk membela diri. Semakin kita menjelaskan, semakin orang ingat kita cuba menegakkan benang yang basah. Kalau orang suka, Alhamdulillah...tapi kalau tak suka, jangan cari gaduh dengan aku. Biarlah orang mahu percaya apa yang mereka dengar dari mulut orang lain. Aku bukannya ada kuasa nak halang atau sekat rezeki orang. Aku memang baran tapi tak busuk hati nak khianati orang lain lagi-lagi yang baik dan berbudi terhadap aku. Tapi orang yang suka mengampu, memang suka mereka cerita. Biarkan mereka dengan labu-labunya!
Aku ada tanggungjawab lain. Anak dan suami lebih penting.
Mungkin 2010 adalah tahun untuk aku berehat supaya tak terlalu pulun menulis...supaya orang berhenti kenakan atau cemburukan aku...
Wallahualam bi shawab...

17 comments:

  1. Kak..dni pun sedang mengalami pengalaman yg sama. Mungkin akak perasan entry2 berkaitan adik dni sakit... Tp adk dni teruk kak..kami berubat dah habiskan bpuluh2 ribu..btahun2 jugalah. Alhamdulillah skrg makin baik khdpn kami sefamily. Tapi tak tahulah..jin ni xkan puas ht xggu manusia. Percaya atau tak, fail exam pun mungkin ada kaitan dgn jin. Tp mgikut sebab2 tertentu...

    *telinga berdengung masa exam
    *sihat, tapi tangan tiba2 rasa kejang
    *rasa berdebar padahal tak ada ape2 dan fikiran jadi hilang fokus dan rasa macam ada sesuatu
    *urat tiba2 rasa bergerak2


    Ini yg pernah dni alami. Dan mcm2 lg... Tempat solat ada pasir.. Nampak kelibat hitam, kdg2 putih. Lepas tu kena tindih. Barang tiba2 hilang. Sakit kepala bila 'dikencing' jin. Ini yang kami sefamly lalui... Bny lg azab yg adk dni kena.. :'( doakan kami sekeluarga selamat... Moga akak jg cpt sembuh dan selamat dari gguan makhluk tu..amin.

    ReplyDelete
  2. huaaaaaa .... manakootkan!
    komen kat atas ni cam seyes jer
    banyakkan bersabar, doa n usaha
    yh lain Allah yg tentukan
    Jadi maka Jadilah ia ...

    ReplyDelete
  3. salam, kak rose..
    bertabah ya, kak.. semua tu dugaan.. mungkin ayat2 ni mcm tipikal sgt.. tp percaya la, DIA menguji ikut kemampuan hamba2-NYA.. insya-ALLAH, akak boleh harunginya dgn baik.. aminnn...

    ReplyDelete
  4. ardinihumaira:
    Salam Dini... kita berkongsi cerita yang sama rupanya... macam kak rose ni memula nak ignore tapi lama2 diri sendiri yang rasa serba tak kena.. jadi terpaksalah admit... macam-macam kan orang sanggup buat...
    untuk dini dan keluarga... bersabarlah... kak rose pun sekarang ni tengah cuba sabarkan diri supaya tak cpt melenting... :D

    Frodo:
    memang menakutkan... tapi tu la hakikat...kalau Tuhan kata jadi... jadi dan sekarang kak rose terima ajelah sebagai ujian...

    rania:
    salam Rania... tengah menyabarkan diri dan bertabah ni... terima kasih ya... ayat tipikal tu kadang2 cukup untuk menguatkan orang yang mendengarnya... :) tengkyu lalinggg

    ReplyDelete
  5. Salam kak rose. Lama tak singgah sini.
    Hmm, akak sabar banyak2. Smua ni ada hikmah kann kak. Tuhan nak uji akak macam mana nak face benda macam ni. Sabar banyak banyak. Take care jugakk :D

    ReplyDelete
  6. hai kak Nora...walaupun akak tak kenal kita tapi kita selalu singgah sini baca blog akak...harap bersabar ya...semoga suatu hari nanti kebenaran akan terbentang...hope kak Nora sentiasa sukses...

    ReplyDelete
  7. Nur Amni:
    Salam amni... rindu kat amni... heheh... terima kasih sebab prihatin kat akak... cayang amni!

    ezi:
    hai ezi...terima kasih sebab selalu singgah sini dan baca ocehan akak yang kadang2 tah hapa2... terima kasih atas doa dan keprihatinan ezi... :)

    ReplyDelete
  8. salam kak rose,

    seriue tu bunyinye... abis kak rose dah pg berubat lum... klo saka yg mcm kak rose kate tu mungkin ok lagi kot... tapi klo org lain yg hantar tu maknenyer nak kene berjaga - jaga...
    di harap kak rose sentiasa tabah dan sabar selalu... jangan berputus asa tau.Semoga kak rose di lindungi dari perkara yg tidak2 ni. Amin....

    ReplyDelete
  9. Salam Zilla...

    setakat ni kak rose sendiri-sendiri je dulu...
    tu la... yg kak rose takut kalo org hantar... serik tgk hubby menderita...
    neway... tengkyu sebab zilla perihatin dan ambil berat... :)

    ReplyDelete
  10. biasa-biasa je kak rose
    bukan nye ape bimbang hati ni bile dgr cam tu...serik tengok org yg kene aniaya tu menderita... bukan setakat org yg kene, org yg di sekeliling pun terlibat sama...mak,bapak ank, adik beradik, semua-semualah...

    ReplyDelete
  11. Insya ALLAH Zilla... takde pape..
    memulanya kak rose rasa susah nak accept... skg dah okey sikit... mudah2an kak rose dapat menulis semula dengan baik...

    ReplyDelete
  12. salam kak rose.

    ekin baru habis baca buku epal. meletop okey. haha.. betul kata kak lily pasal penggayaan kata akak dalam buku tu yang memang selamba badak.
    benda tu la yang kita perlukan sekarang betul tak? bukan cerita jiwang yang meleweh2 lagi yang jadi pujaan. balik2 cerita lebih kurang sama je, kan? kita seharusnya lebih terbuka dalam hal2 semasa ie; cerita gigolo mamat macho tu. perh! tergugat beb baca buku tu, hahaha!!

    ekin bagi 5 bintang utk buku tu! suka sangat dengan bahasa sempoi tu. ;)

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.... mudah-mudahan kak rose di kurniakan kesihatan dan idea yang melimpah ruah selepas ape yg berlaku sekarang ni....setiap kejadian ade hikmahnye yang tersendiri....

    ReplyDelete
  14. Ekin:
    Salam ekin...
    isk isk... rasa macam terbang ke langit ke tujuh bila baca komen ekin tu... hehehe... nasib baik kak rose cepat sedar diri... mekasih ekin sbb sudi baca novel epal ijau tu... mekasih gak kat kak lily yang sudi mempromosi kan SDH kat ekin...
    kalo ikutkan kak rose memang suka tulis cerita sisi gelap manusia... yelah.. asyik suci murni aje, bosan gak kan? hidup ni tak sempurna...
    mekasih untuk bintang2 tu...

    Zilla:
    :) kene kuatkan diri, kalau tak nanti makin berleluasa... skg kak rose lebih hati2... :)

    ReplyDelete
  15. Amni pun rindu akak. heheh. tapi tula skrg busy sikit, tak ada masa nak online sgt. heheh. akak take caree okay :D

    ReplyDelete
  16. hehhehe... akak pun sibuk sangat sbb dalam proses pindah umah... :D

    ReplyDelete
  17. pasal saka ni...
    memanglah payah nak ckp...
    mcm2 ilusi jin utk merosakkan manusia...
    dia nak jauhkan kita dari Allah...
    lagi kuat kita nak taat pada Allah lagi kuat die nak damping kita...
    wallahua'lam...

    ReplyDelete