Mar 24, 2010

Buku Projek Diet Ain Maisarah di PBAKL 2010

BY Rose Harissa IN , 12 comments


Dapatkan buku Projek Diet Ain Maisarah di PBAKL. Buku hasil kerjasama aku dengan penulis remaja PTS, Ain Maisarah. pompom
Apa yang best pasal buku ni?
  • Gabungan kisah Syuhada dengan kisah realiti Ain Maisarah yang gigih nak berdiet
  • Ada banyak tips berguna untuk diet
  • Kisah-kisah lucu lagi sengal Syuhada dalam misi berdiet
  • Gelagat Yuyu dan Ifah walaupun adakalanya idea mereka kadangkala tak masuk akal, tapi merekalah sahabat sejati Syuhada
  • Ada sedikit kisah cinta monyet Syuhada dengan rakan maya bernama Putera Shazlan a.k.a Ceplos.
  • Buku ni comel giler ala-ala blink-blink sebab ada sticker percuma yang sangat glitter.
Jadi kalau sesiapa dah penat baca novel cinta Rose Harissa yang berat-berat dan penuh konflik, sekarang cuba baca cerita remaja pula. Kisah Syuhada, budak Sekolah Sri Bangsar yang selalu minta tips dari Ain Maisarah untuk diet. Tak rugi beli. Boleh beli di :

Gerai Pink AinMaisarah
Gerai C20
Dewan Tiga
Tingkat 1
Berhadapan SASBADI

atau
Booth PTS (C11-C25)
Dewan Tun Razak 2 (seberang sungai)

pompompompompompom

Mar 22, 2010

PBAKL 2010

BY Rose Harissa IN 11 comments


Semalam aku bertugas di booth PTS di Dewan Tun Razak 2 selama sejam bersama Kak Lily Haslina Nasir. Tahun ni tak pergi banyak hari. Malas nak berlama-lama di PWTC. Tahun ni kasi slow sikit sebelum tarik momentum baru. Sebelum tu sempat menghabiskan sedikit masa bertemu geng Rumah Fantasi. Berkongsi cerita dan pandangan.

Seperti biasa, sebelum ke mana-mana acara, aku selalu nasihatkan diri sendiri supaya jadi seorang yang sopan santun, tidak ketawa dengan sewenang-wenangnya, bergambar dengan anggun serta ciri-ciri lain yang menunjukkan keperibadian ala-ala Miss Universe.

Walau bagaimanapun sangat terkejut bila mendengar Saudara Syafiq selaku MC berkata, ramai orang mencari Wasilah Cinta Weera (pada hari Sabtu) tapi dah habis dan Puan Asma mengangguk mengiyakan WCW habis. Alhamdulillah...doa syukur sangat sebab ni semua hasil kepercayaan PTS Litera juga. Rasa macam dapat payung baru pulak. Mudah-mudahan tak terkoyak!

Okey, untuk minit-minit pertama sesi chit-chat tu aku memang berjaya mengawal diri itupun setelah berasa canggung berada di pentas mini. Rasanya agak pelik, tak macam sesi tandatangan biasa.ihikhik

Tapi minit-minit berikutnya aku gagal! Menjawab soalan dengan selamba lagi spontan. Contohnya, aku jawab tentang soalan 'Cabaran ketika menulis.' Aku dengan selamba mengaitkan dengan memasak...basuh baju malu. Ya, ada yang ketawa. Mungkin ada yang anggap aku tak profesional bila jawab macam tu.

Tapi ini fakta. Ini memang cabaran untuk aku sebagai surirumah bila nak menulis. Separuh dari masa aku didedikasikan untuk anak dan suami. Kadang-kadang apabila letih buat kerja rumah, bila menghadap PC, kepala sudah jem, tak tau nak tulis walaupun sebelum tu ada idea macam-macam. Dan aku bukan manusia yang suka hidup dengan jadual sebab aku tak suka pada sesuatu yang rigid, ia akan buat hidup jadi kaku. Biasanya aku takkan memaksa otak untuk perah idea. Kalau tak ada idea, memang aku tak menulis dan akan layan kartun dengan anak aku. Memang masa terbuang begitu sahaja. Tapi lebih baik dari otak aku jem sebelum masanya...yelah, takut nanti terputus fius, jadi mereng atau sakit jiwa! tensen

Lagipun aku tak pandai nak cakap yang indah-indah kalau realitinya memang tak indah. Buat apa tampil di pentas dengan bercakap begitu cantik tapi orang-orang mengenal aku dengan dekat akan mencebik bibir lalu berkata,

"Ala... dia tu cakap aje pandai. Tapi sebenarnya dia bukan macam tu pun!" Ha... kan itu dah menjejaskan lagi imej.

Jadi ada baiknya aku jadi diri sendiri. Lagipun aku sedar kerana menjadi diri sendirilah pembaca suka datang berbual dengan aku dan aku happy dengan keadaan itu. Terima kasih banyak-banyak pada yang menyokong aku dan masih sudi beli karya Rose Harissa. peace

Cumanya, kat sini nak ambil kesempatan memohon ampun dan maaf pada adik-adik yang menegur aku kat depan tangga Hall 3. Dalam kalut mengejar waktu, terkejut juga bila ada juga yang cam muka tak lawa ni... hehe... terima kasih banyak-banyak dik. Bukan Kak Rose nak menyombong tapi terpaksa bergegas ke Dewan Tun Razak untuk sesi di booth PTS jam 3 petang. Ada rezeki kita jumpa di lain hari. Maaf sangat-sangat!
malu

Mar 8, 2010

Kuliah Vector : Trace atau tidak?

BY Rose Harissa IN 5 comments

Salam...senyum
Aku terpanggil untuk menulis entri berkenaan vector apabila mendengar dan menerima banyak spekulasi tentang art-vector. Kebanyakannya agak tidak menyenangkan aku. Iya, orang yang tidak berkecimpung dalam lukisan vector mungkin senang bercakap. Antaranya :
  1. Bukan susah nak buat vector - trace sahaja gambar.
  2. Bukan susah nak buat vector, scan gambar dan convert jadi vector.
Cukuplah dua contoh sahaja. Jawapan aku untuk dua pernyataan di atas adalah YA dan TIDAK. Kenapa ada dua jawapan? Sebab:

YA - memang ada sesetengah lukisan dibuat dengan cara trace. Malah, dalam Illustrator pun ada tool untuk Auto Trace. Sekarang ini juga terdapat software online yang membolehkan pengguna convert gambar menjadi vector. Tapi, kelemahannya amat ketara. Jika anda mahukan lukisan vector berkualiti, anda hendaklah membayar sejumlah yuran untuk pelukis mereka melukis kembali gambar tersebut dalam masa beberapa hari.

TIDAK - lukisan yang menggunakan Auto Trace tidak akan memberikan impak 'WOW!' kepada mata seni yang melihat. Stroke akan jelas kelihatan seperti ditrace bulat-bulat dari gambar. Okey, walaupun melukis potret vector adakalanya menggunakan kaedah trace, tapi percayalah, jika anda tidak mempunyai kemahiran mengesan bebayang, kontur kulit dan tone warna, maka hasilnya amatlah tidak memberangsangkan mata. Maka, ketajaman mata dan kecekapan tangan serta kegigihan mengenalpasti tone warna adalah dua elemen penting dalam melukis potret vector. Mudah atau tidak? Cubalah sendiri...topi

Bukan semua lukisan vector adalah trace out. Mereka yang pakar (memang ramai yang pakar dalam vector, sebagai contoh, pelukis-pelukis cover penerbit PTS - salute! ),biasanya boleh melukis secara terus di dalam Illustrator.

Sebagai contoh lukisan/ rekaan yang aku sertakan ini. (klik gambar untuk imej lebih besar) Beritahu aku, bagaimana mungkin lukisan ini adalah hasil trace? Untuk apa trace kembali lukisan yang sudah dilukis secara manual? Bukankah itu membuang masa namanya?
Tidak ramai yang tahu, di dalam Illustrator terdapat satu software plugin bernama CAD Tools yang membolehkan pereka/pelukis melukis subjek dengan tepat siap dengan ukuran sama seperti AutoCAD. Malah, menjimatkan masa.
Aku pernah berjumpa dengan pereka dari Singapura yang mengambil masa selama tiga bulan untuk membuat rekaan pintu pagar grill, fountain, kekisi tangga menggunakan AutoCAD. Bayangkan berapa banyak masa terbuang?

Aku tidak kata aku terlalu expert dalam vector... tetapi setelah lebih 9 tahun bergelumang dengan lukisan vector terutama dalam membuat rekaan besi, aku senang hati kerana dapat menghasilkan rekaan dengan cepat. Habis kuat pun dalam masa seminggu, pasti dapat disiapkan, asalkan idea sudah ada dalam kepala. Memang seronok bila dapat membuat lukisan vector. Kesemua rekaan aku lakukan terus di dalam Illustrator dengan bantuan CAD Tools untuk menghasilkan ukuran yang tepat.

Untuk potret vector, aku masih baru. Aku mula melukis potret secara vector sekitar tahun 2006. Belajar sendiri. Tetapi lukisan figura aku ketika itu terlalu hodoh walaupun menggunakan kaedah trace. Setelah berlatih, melihat hasil kerja orang lain di Illustrator World, (yang selalu bikin dagu aku hampir terjatuh akibat kagum dengan kerja mereka) barulah aku menemui stroke aku sendiri. Kaedahnya samalah seperti melukis kembali gambar yang anda lihat dengan detail. Kerana ramai otai vector di Illustrator World yang berjaya menghasilkan potret vector realistik sehingga tidak ada bezanya dengan gambar atau orang sebenar. Tapi aku tidak mahu begitu, aku mahu menghasilkan potret realistik tapi dalam masa yang sama mahu orang tahu ia adalah lukisan dan bukannya imej suntingan komputer. Faham maksud aku? nerdSekian sahaja serba ringkas dari aku tentang vector. Harus diingat, aku tidak belajar secara formal tentang vector. Jadi apa yang aku tulis di sini adalah sekadar apa yang aku tahu. Untuk lihat kehebatan vector made in Malaysia, bolehlah ke laman web http://baung.com/. Aku tahu blog ini dari seorang kawan graphic designer.
Insya ALLAH Taala aku cuba tulis nota untuk cara melukis vector (kalau aku kelapangan ya...malu)
peace