Saturday 10 December 2011

Mengapa pengarang seperti J.K Rowling semakin kaya?

December 10, 2011
J.K. Rowling is now one of the most famous authors in the world, who can financially take care of her family beyond her wildest dreams. But imagine how crushed she would have been, if someone had taken her book after she wrote it in the coffee shop, and had printed it themselves without paying her any money, or had arranged for a movie to be made from the book, or arranged for computer games and music to be created based on the book, and had not given J.K. Rowling a penny!

The reason that did not happen is a law called “copyright law.” It’s a powerful law that protects creativity. It can change lives like it changed J.K. Rowling’s life, and the lives of everyone who loves her books. It’s Copyright Power!

Copyright law gave J.K. Rowling copyright power! It says that she alone has the right to decide who can make copies of her book, who can turn her book into a movie, or a computer game, or a song. This is a great power for an author, and J.K. had the power to decide who could do those things, and how much money they would have to pay her.

J.K. Rowling now enjoys millions of dollars in royalties and merchandising revenues from the incredibly successful film adaptations of her books...

sumber : baca di sini untuk maklumat lanjut (KLIK)


Kontroversi yang berlaku dalam dunia buku yang melibatkan seorang pengarang novel tersohor Malaysia baru-baru ni, membuatkan aku terpanggil nak tulis entri ni (sebab teringat nasib yang pernah aku terima suatu waktu dulu dari penerbit yang sama). Aku sedar aku bukanlah pengarang ternama. Mungkin juga apa yang aku tulis akan menimbulkan rasa kurang senang sesiapa yang terasa. Tak pedulilah... sabar pun ada hadnya. Tapi ada antara luahan pengarang tersebut yang aku sokong dan berkata dalam hati, 'akhirnya ada juga pengarang yang berani bersuara soal hak...'

Dah tentu kelantangan beliau menimbulkan banyak rasa kurang senang. Macam-macam tuduhan dilemparkan. Biasalah... hakikat kebenaran memang tak selalu 'manis'. Bukan semua orang boleh menerima secara terbuka apa yang kita cakap. Tetapi tak tahulah samada mereka sedar atau tak tentang hak. Betul, dalam perjanjian termaktub beberapa perkara yang perlu dipatuhi penulis. Namun sebenarnya di akhir cerita, akan berlaku banyak ketidakadilan bagi pihak penulis, iaitu orang asal yang memerah otak memikirkan cerita untuk menjadi antara yang best seller. Hakikatnya memang tiada win-win situation... parah!

Sebab tu pengarang luar negara seperti (sekadar menyebut dua nama) J.K Rowling, Stephanie Meyers (yang buku mereka difilemkan, dibuat merchandise, atau apa sahaja bentuk) menjadi semakin kaya hasil royalti dari pelbagai sumber atas nama Copyright bagi karya mereka. Mereka ada hak pada setiap sen keuntungan yang dikaut. Yelah, dah pecah kepala karang cerita meletop, mestilah ada ganjarannya, kan? Serupa kalau kita berbuat amal dengan niat suci ikhlas tanpa riak, ALLAH tetap bagi ganjaran pahala, kan?

Tetapi hakikat pengarang di Malaysia tak macam ni. (Jangan kau berangan mahu kaya seperti J.K Rowling sekiranya copyright law kat sini tak memihak kamu pun macam ia memihak J.K Rowling). Malah kalau ada pengarang bising, dituduh tamak, tak bersyukur dan sebagainya (sedih!). Creativity is a hardwork tetapi kat sini, hak ke atas kreativiti itu dinafikan. Kadang-kadang terasa macam peminta sedekah pula bila penulis kecil bertanyakan soal royalti. Memang ada akta Hak Cipta tapi tak cukup untuk melindungi pengarang atau pelukis kat Malaysia ni. Keadaan di sini adalah vice versa, pengarang, kena tunduk berputih mata. In fact, kena bayar beribu pulak kalau pengarang atau pelukis nak daftarkan semua ni. Aku pun pernah nak daftarkan karya, tapi bila tengok yuran, duit yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan ke atas ciptaan, aku kibar bendera putih!

Memanglah ada terma yang mengatakan kalau kita cipta sesuatu, hakcipta tu secara automatik adalah hak kita. Tapi cubalah pakai kaedah tu kat sini, memang memakan diri sendirilah jawabnya. Silap-silap dah tak boleh melukis kalau ada pihak lain, claim itu hak diorang  (apalagi kalau kau tak mampu nak pasang lawyer) walaupun dah sah-sah dalam komputer, kita yang lukis, yang karang sesuatu karya tu.

Betul, ada sesetengah pengarang kat Malaysia yang dah jadi kaya hasil royalti jualan buku, tak dinafikan. Tapi bukanlah semua nasib pengarang seperti itu. Lambakan novel-novel di pasaran, menimbulkan persaingan sengit. Walaupun orang kata persaingan itu sihat, tapi tak bagi aku. Tiada persaingan yang sihat. Lebih banyak 'PHD'. Kadang-kadang buku dikata tak laku tapi selalu aje sold out kat kedai. Bila diusulkan kepada penerbit, mereka minta pengarang serahkan bukti mengatakan buku tu sold out. Kadang-kadang buku dikatakan dilupuskan, tetapi bila tengok kat kedai, masih ada. Susah nak jangka. Kena rajin buat siasatan tapi hanya setakat tu la, kalau nak ambil tindakan, memang takkan menang kerana perjanjian yang termaktub. Sudahnya memang pengarang yang 'gantung diri'. Kena bersedia terima hakikat, bila buku 'mati' - tiada di pasaran lagi - maka royalti pun mati!

Tapi bila ada  pengarang yang buka mulut, orang boleh kutuk, boleh kata macam-macam, boleh mengaku hak, boleh tuduh itu ini. Tapi sedar tak, seberapa banyak tenaga, masa, kesabaran yang diperlukan pengarang untuk menyiapkan sesebuah cerita - oh! tolak tepi novel yang cuma tangkap muat, cabul atau meniru habis cerita Korea. Belum termasuk ada pengarang yang sanggup 'terbang' melawat sesuatu lokasi demi nak menghidupkan penceritaan dalam karyanya? Wah... cakap banyak pun tak guna... siapalah yang faham? Balik-balik, kena 'tembak' jugak... maka untuk langkah keselamatan masa hadapan agar tidak kena banned, kena 'cerai talak tiga' dan sebagainya, jangan berani-berani melawan penerbit. Pandai-pandailah memilih penerbit sebelum berkarya... Jadi 'budak baik' tauuuu... ngeee...
 

Agaknya pengarang-pengarang kat Malaysia ni kena berpakat, kemudian terbitkan novel sendiri, macam banyak pengarang muda 'bawah tanah' buat sekarang ni... ヽ(* ̄∇ ̄)ノ

Tapi nak bersatu pun payah jugak. Bukan semua penulis Malaysia yang 'berhati putih'. Maksud aku berbalik kepada persaingan yang kononnya sihat la... macam mana nak sihat, kalau ada yang sanggup 'mandrem' kasi penulis yang dia menyampah, tak suka, dendam, dengki, jadi tak sihat sampai tak boleh menulis? Ha, ni satu lagi penyakit penulis Melayu. Asal marah je, santau! Dendam aje, gi jumpa bomoh! Tak percaya? Malas nak explain, nanti ada yang tuduh kurafat pulak. Yang tak kena, belum pernah kena, bolehlah buat lawak pasal mandrem, santau ni... tapi yang dah kena, memang tahulah rasa seksanya macam mana... Aku tak tulis kalau benda ni tak betul sebab aku tak suka cakap bohong, dah aku sendiri kena. Semua yang based on true story okayyy. Pendek kata, kalau nak survive dalam dunia penulisan ni, mental fizikal kena kuat, kena tahan diuji, kena tabah... tak mati dek keji, tak luak dipuji. 

Dan demi meneruskan kelangsungan hidup yang memerlukan duit, maka pengarang terpaksalah sain sahaja perjanjian sedia ada. Terpaksa pejam mata daripada melihat terma-terma yang tidak memihak di kemudian hari, demi mahu melihat buku berada di pasaran dan dibaca pembaca.  Jadi... pengarang yang tak popular dan tak hebat macam aku ni, kena terimalah seadanya apa yang diberi. Pendamkan saje apa yang tak puas hati kalau mahu melihat buku terus berada di pasaran untuk tempoh dua tiga tahun paling lama. Bersedia menerima hakikat buku akan 'mati' - walaupun dipuji bagus oleh para pembaca - kemudian tulis buku baru, untuk dapatkan royalti baru bagi menampung hidup setahun dua akan datang... ibarat proses metamorfosis rama-rama... (T_T)

Macam aku, banyak belajar dari pengalaman dan ketidakadilan lepas. Biarpun tak ada hitam putih menyatakan nasib sebenar aku, hanya cakap mulut. Ditikam, dituduh macam-macam, disoalsiasat macam pendosa besar
(semua tu terakam dalam minda ni sampai sekarang, kalaulah boleh dicucuk USB untuk dipindahkan ke sini satu satu...), pedih tu memang terasa sangat, tapi daripada melukut di tepi gantang, baiklah aku cari rezeki kat tempat lain. Alhamdulillah, selesa dengan dua penerbit sekarang, yang buat aku mampulah nak teruskan hidup sebagai pengarang walaupun belum mampu jadi jutawan... hahahaa... (^_^)y

Rasanya, berbanding Malaysia, pengarang di Indonesia, negara jiran kita sendiri lebih terbela. Soal hak pengarang sangat dititikberatkan. Haihh...entah bila nasib pengarang Malaysia akan terbela*... |||(-_-;)||||||

Mungkin hanya akan terbela di Padang Mahsyar sana nanti... AMIN!


*Macam mana nak terbela, kalau berbunyi aje sikit, terus dibenci, dibanned, dibuang, dikutuk, dituduh tamak... bla...bla...bla... letih! Jadi kalau kamu bukan pengarang 'the chosen one', diam ajelah, labu ((((_ _|||))))!

Wednesday 30 November 2011

Kredit Kad - 'Along Berlesen'

November 30, 2011
Tergerak hati nak tulis pasal isu kredit kad ni sebab aku pun antara berjuta pemegang kredit kad. 

Ada orang menganggap, pakai kredit kad ni hebat. Lagi-lagi kalau yang bertatus, gold, platinum bagai. Untuk orang kaya memang tak ada masalahlah sebab mereka mampu bayar.
Macam aku dulu-dulu selalu pergi bank, bayar kredit kad bos aku. Limitnya tinggi tapi bos jenis cukup bulan, bayar sebelum dikenakan interest... ala... orang kaya katakan. Sebab tu bos aku pernah cakap, jutawan sejati, takkan berhutang.

Tapi macam mana dengan orang biasa-biasa macam aku kalau pakai kredit kad? 

Mampu ke bayar?

Sebenarnya, tak hebat mana pun kalau pakai kredit kad ni apa lagi kalau setakat gaji bawah RM2500. Serius, memang sakit nak bayar. Aku bukan cakap kosong... based on true story.
Kenapa aku cakap kad kredit ni along berlesen?

Jadi mari aku ceritakan pengalaman aku sendiri...

Aku mula terjebak dengan kredit kad ni dalam tahun 2005. Masa tu dah ada anak. Hubby pulak masa tu sakit teruk. Duit habis beli ubat. Aku kerja pun duit tak cukup. Mana nak beli susu anak, pampers lagi, ubat hubby lagi... sewa rumah lagi, bil, hai... pendek kata, hidup ni memang berbayar kalau nak terus survive. (@_@)

Masa tu nak buat job luar pun takut2 sebab bos warning jangan buat kerja luar. Pantang tok neneknya. Aku buat APO? pun diam-diam, tak sorang pun kat ofis tu tau. Tapi yelah... itu pun tak cukup nak tampung kos hidup. Hidup time tu memang sesak gila. Tapi aku ni pulak jenis tak suka nak pinjam duit walaupun dengan mak abah sendiri. Susah senang aku tanggung sendiri.

So, aku terfikirlah nak pakai kredit kad walaupun ada kawan dah pesan hati-hati jangan jadi macam dia. Kredit kad berkeping, hutang keliling pinggang. Katanya nak buat kredit kad boleh tapi simpan CUMA UNTUK SAAT KECEMASAN SAHAJA! 

Okey, fine, aku berpegang pada kata-kata dia. Aku buat kredit untuk kes-kes emergency. Mula-mula aku apply dari satu bank ni, Mastercard. Lepas tu bank satu lagi Visa. Tapi bank yang ini pandai-pandai kasi kad Master percuma. Aku fikir, tak apalah sebab masa tu memang tak guna lagi. 

Tapi akhirnya...pegangan goyah jugak. Memang aku tak guna untuk shopping sakan. Tapi aku guna untuk keluarkan CASH ADVANCED! Sebab gaji dan duit sampingan dari APO? memang tak cukup waktu tu. Susahnya kami waktu tu, jangan cakaplah. Dengan macam-macam dugaan yang datang. Anak pun asyik demam, hubby lagi macam orang nak mati masa tu. Perrghhh... aku tak taulah dari mana datangnya kecekalan masa tu... 

Aku fikir dari pinjam duit dengan along, baik aku buat cash advanced dengan kredit kad bila sesak tak de duit. Tapi dari RM100, 200 tu la hutang kredit kad beranak pinak. Kena pulak jumlah kredit limit RM20 ribu! Jadi aku anggap macam buat loan ajelah. Pejam mata aje. Bayar pulak minimum payment. Yelah, bukan orang kaya, mana nak mampu langsaikan sekelip mata. \(_ _;)/

Bila limit dah habis, bank call, siap boleh tanya, nak naikkan limit lagi tak...kononnya sebab aku tak miss bayar. Oh, tidak! Cukuplah! ヽ(ー_ー )ノ
imej di ambil dari sini : http://labho.com/phoning-to-your-website-from-credit-card-debt/

Hutang lapuk kad kredit tu masih aku bawak sampai berhenti kerja. Bayangkan, kalau time kerja pun membayar hutang kredit kad macam gali lubang tutup lubang, inikan pula bila dah berhenti. Memang seksa! nak langsaikan RM700 setiap bulan. Bayangkan dah macam bayar instalment kereta. Dari RM20k bila dah masuk interest dan cas-cas terkumpul yang lain, hutang tu dah meningkat jadi dekat RM30! Memang boleh dapat Viva sebijik. (O_O)

Sebab tulah aku cakap kredit kad ni 'along berlesen'. Bank bagi pinjam duit dengan interest tak masuk akal. Tinggal lagi depa tak cari kita sampai ke lubang cacing dengan cara kejam aje...hehehe... Abis kuat pun call hari-hari, hantar surat warning, surat mahkamah ke apa ke... Dorang tak kejam sebagaimana along...(∩_∩;)P
Bayangkan dari tahun 2005 aku sangkut dengan hutang kad kredit. Hidup memang tak tenteram. Lambat sehari je bayar, bank dah call mintak bayar. Hanya pada tahun 2009 aku mampu langsaikan semuanya. Terus tutup buku. Gunting semua kredit kad yang ada. Sengsara beb! Tak ada indahnya memakai kredit kad tu walaupun bank pujuk suruh kekalkan.

Bila habis hutang kredit memang lega sangat-sangat. Tak payah sesak kepala mana nak cekau duit bayar hutang kad. Alhamdulillah juga, rezeki pun perlahan-lahan masuk, walaupun tak banyak sehingga membolehkan aku jadi jutawan tapi cukuplah buat aku dapat hidup tenang, sementelah hubby pun dah pulih dari sakit.

src: eliminate-creditcard-debts.com
Sebab tu aku tak heran kalau tengok orang biasa-biasa, hulur kredit kad time nak bayar apa-apa kat kaunter. Tengok kad kredit memanglah cantik. Kaler emas! Kaler perak. Macam hebat je, muka cool turunkan tandatangan kat resit yang beratus ringgit. Tapi kita bukannya tahu hutang dia dah berapa. Bukan sekali dua aku tengok orang yang beratur depan aku kad kredit takleh swap. Eh, boleh lagi hulur kad lain. Pun tak leh swap jugak! Nak bagi cash tak ada. Ha, tu tanda memang ada masalah...

Kadang aku tak faham sesetengah orang bayar makan kat Kenny Rogers, Secret Recipe ke, even KFC pakai kredit kad. Okey fine kalau ada yang nak jawab, diorang tak bawak cash. Tapi beb, kalau makan pun nak bayar pakai kredit kad, tak ke sakit namanya tu?

Setakat makan tu biarlah bayar cash, sebab makanan akan jadi darah daging. Bila dah jadi darah daging memang susahlah dengan hutang. Jadi...tak perlulah nak berlagak tayang kredit kad, walau apa warna sekalipun... 

Hidup ni sebenarnya memang tenang tanpa hutang. Jadi adik-adik, fikir panjang sebelum nak pakai kredit kad. Kalau setakat nak tayang betapa luxury hidup kau - walaupun hakikatnya biar papa asal bergaya - baik lupakan aje niat tu. 

Lakukan setiap perkara dalam hidup ni dengan tunai.

Sekian... salam sayang...(^o^)y♥♥♥

Tuesday 22 November 2011

Hijab...

November 22, 2011
Menurut kamus, hijab antara lain bermaksud; 1 (kain) tudung penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita. 2 kain penutup, mis tabir atau tirai. berhijab memakai hijab.

Tapi dalam dunia paranormal, hijab dikaitkan dengan tirai yang memisahkan dunia kita dengan dunia alam ghaib. Arwah nenek aku pun dulu-dulu banyak bercerita pasal kisah-kisah misteri ni. Best... aku suka... mungkin tu juga yang menyebabkan aku dapat menulis dan bertahan di Majalah APO? dengan cerita-cerita misteri sampai sekarang.

Tapi pernahkah korang rasa macam mana kena hijab?
Aku pernah... berkali-kali... sampai akhirnya sekarang, aku rasa sense aku tak dah kuat macam dulu-dulu. Aku lambat detect sebarang perkara aneh yang berlaku. Kawan-kawan sekeliling menegur, baru aku tersentap.

Seksa rasanya bila dihijab orang, apalagi kalau berada dalam kerja yang memerlukan otak dan minda 100%, maksud aku menulis. Otak perlu sentiasa memikirkan cerita-cerita yang dapat memuaskan hati pembaca.

Tapi bilamana kamu mengalami saat idea terlalu banyak dalam kepala, in fact, ada yang sudah dibuat plot, dibuat kerangka ceritanya tetapi apabila mahu diterjemahkan menjadi ayat-ayat membentuk novel, kamu akan rasa tertekan, tak ada mood langsung, sakit kepala, badan lemah, tak bertenaga sampai tahap akhirnya terasa mahu berhenti menulis. Semua pun kamu mahu delete... buang...buang...buang dan buang...rasa kamu sudah tidak mampu menulis... Saat itu kamu mungkin memikirkan kamu memang pemalas.

Apabila aku menuliskan perkara ini sebelum ini, ada yang buat lawak di FB... tak mengapa. Kerana mereka belum merasa...bagi mereka tahyul...karut...tapi sama macam kebanyakan cerita-cerita misteri yang beredar di pasaran termasuk apa yang pernah aku tulis di APO?, perkara sebegini memang tidak mustahil. Semakin orang tidak peduli dan menganggap karut, semakin mudah ia meresap. Aku bukanlah nak suruh kalian percaya bulat-bulat... tidak... tapi sekadar bejaga-jaga.

Macam aku sendiri, aku fikirkan semuanya sudah kembali normal, dan aku meroyan tak dapat menulis lagi sebab aku ni PEMALAS... aku dah tak nak ambil tahu... memang aku sorang-sorang aje, buat sendiri menjauhkan diri dari semua kehangatan dunia menulis.

Tapi seseorang dah kejutkan aku... yang mana buat aku terdiam... berfikir panjang dengan penyesalan sebab tak lagi aware pasal benda ni. Kata orang itu kerana aku popular... sumpah, aku bekerut-kerut dahi... popular mananya aku ni? Buku pun ada yang tak laku!

Tapi orang yang baik hati itu tetap 'membasuh' supaya cepat-cepat sedar. Aku tak sangka pihak itu sanggup menghijabkan aku supaya jadi, kosong, kering idea, berhenti menulis, semua orang benci, agar aku akhirnya jadi terkontang-kanting seorang diri, mahu buat karier dan family aku hancur! Kejam! Dan semua tu dilakukan diam-diam. Tak pernah ada yang tahu atau nak ambil tahu...dan takkan sangka pun!

Jadi saat ni, aku macam baru bangun tidur, tersedar dan mengaku memang aku menyumpah-nyumpah sebab terlampau terkejut dan tak sangka. Tapi bila ramai yang bagi sokongan, berikan doa yang baik-baik, aku rasa aku perlu bangkit balik... walaupun aku tak ada ilmu ghaib untuk cantas apa yang dia buat pada aku.

Satu aje doa aku, semoga al-Kasyaf membuka hijabnya pula suatu hari nanti... Aku ada dalam industri buku bukan sebab nak cari musuh cuma nak cari rezeki yang halal...

Terima kasih bagi yang mempersendakan cerita ni...biarlah sebab aku ni tak luak dipuji, tak mati dek keji...
Terima kasih banyak-banyak untuk Kak Lily dan Kak Sal yang banyak bantu bagi semangat kat aku dan pada Kak Norhayati Berahim yang tak jemu bagi nasihat bila aku down bab menulis...
Terima kasih tak terhingga dengan kasih sayang buat kalian yang menyokong perjalanan karier aku dan sentiasa mendoakan baik-baik... perghhh tetiba sendu aku seyyyy... (^_^)

Dihijabkan orang macam mana sekalipun, kalau niat baik dan tulus berkarya, saya yakin orang akan tetap sudi baca karya kecil saya sampai bila-bila... (^_^)v ♥♥♥

Jadi, dengan itu, aku dengan segala kekuatan semangat yang masih tersisa, mengembalikan "A Blog To Remember" ni... sebagai tanda aku akan fight macam mana aku fight dalam game Tekken sampai jadi Dragon Lord (setakat ni la... pasni sambung main lagi sampai jadi Tekken God pula) sori ter'mengarut' pulak...hahahaha

Daaaa...

Sunday 25 September 2011

Siapa kaki 'mandrem'?

September 25, 2011
"Kak Nora... mana buku baru akak?"
"Kak Rose... rindunya nak baca novel dewasa kak Rose..."

Bila pertanyaan-pertanyaan macam ni muncul dekat pages aku atau pun masuk inbox aku, biasanya aku bagi alasan bongek-bongek, like akak MALASSSSS banget yang... akak tunggu idea turun dari langit... akak tunggu dapat hidayah...
Aku malas nak heboh walaupun ada orang cakap aku ni panas baran, tak tahan sabar sampai ada rakan-rakan novelis yang cop aku ni 'novelis kontroversi'. Hah? Aku ke yang kontroversi? APa aku buat ek... rasanya aku cuma pertahankan hak aku je... Tapi sebenarnya, ada masanya akulah manusia yang paling penyabar yang orang lain kalau berada kat tempat aku, kena apa yang aku kena, memang takkan sabar.

Sebelum tulis entri ni, aku berfikir beratus kali, perlu ke tidak aku tulis kat sini. Dan kalau aku cerita pun, orang akan tuduh aku mengarang cerita, "Ala... Nora tu, mentang-mentang tulis cerita seram kat APO?, dia buatlah cerita tahyul bagi alasan kenapa dia tak menulis..." Tapi kalau tak tulis, makin menjadi-jadi pulak hal ni. Macam seronok sangat dia main-main.

Maka, dengan lafaz 'Bismillah'... aku gagahkan jua diri menulis. Mudah-mudahan ini jalan yang betul. Mudah-mudahan hal ni dapat buka mata orang lain.

Actual fact, orang luar memang tak tahu melainkan my hubby and family. Aku pun mula-mula memang buat acuh tak acuh... sebab aku assume yang aku ni memang manusia pemalas. But then, bila one ustaz sound last year, aku terngadahlah kejap. Time tu he said, it's almost setahun lebih dah. Dia cakap macam ni... "penulis jugak, tapi ustaz tak boleh cakap siapa. Yang pasti dia memang nak sekat awak... tak bagi awak menulis lagi dah..."

Time aku dengar tu... aku sengih tak sudah... yelah... sapa la yang nak kenakan aku... macam tak logik aje. Aku bukan ternama pun dan bukannya aku dah kaya raya dengan menulis. Royalti pun semput walaupun buku dah berbaris. Tapi bila si ustaz berkali-kali peringatkan aku, kata si ustaz, sebab bakat yang aku ada, orang cemburu, tak nak tengok aku maju ke depan, barulah aku sedar tak boleh bersikap acuh tak acuh lagi.

Aku selalu sakit kepala. Selalu sakit melepek sampai tak larat nak bangun sampai selalu kena sindir dengan hubby. Walaupun masa tu aku dah rasa tak sedap hati, tapi aku tepis gak lintasan buruk sebab taknak lah terlalu percaya pada benda tahyul. Sampailah satu saat, aku rasa otak aku dah jammed, langsung tak boleh nak fikir nak buat hatta sebaris ayat pun. Time tu aku bergilir, time aku sakit, kak Lily yang sihat, time kak Lily sihat, aku yang sakit. Aku dengan kak Lily dah macam duo pulak. Sampai ada yang beri gelaran bunga rose bunga lily. Sebab tu bila orang sindir-sindir guna 'bunga rose dan bunga lily', sampai tulis dalam intro novel, buat status FB, kami bengang. Nampak sangat sengaja!

sumber gambar : http://ukhwahfillah.com/php-magic-method-fungsi-sihir/

Ada jugak tukang ubat sound aku sebab aku ni malas berubat. Asal nak berubat aje, mulalah aku bagi alasan macam-macam. Tapi bila ada yang kata kalau biarkan nanti jadi penyakit lain, bahaya. So, aku cepat-cepat ke doktor, Alhamdulillah... takde apa. Cuma sakit badan tu macam ada benda yang tumpang belakang aku ni. Rasa nak patah tulang belakang, tengkuk. Rasa malas aku sampai tak terdaya. Hatta nak melukis pun payah, sampai pernah menangis sebab nak lawan rasa malas tu.

Bukannya aku tak pernah ada pengalaman kena santau. Sebab tu aku menyampah sangat kalau orang buat lawak pasal santau ni. Tapi again la kan, bukan semua orang bleh percaya benda ni. Aku pun walaupun tulis cerita seram kat APO? dah bertahun, tapi bila hubby pernah sakit camtu, aku ignore gak walaupun hati kata macam ya. Gigih aku bawak hubby ke hospital dua tahun berulang alik sebab doktor sahkan tirod (hyper). Sampailah kawan baik aku, Intan Nazira, bawak kami jumpa seorang tukang ubat. Dia kata, sakit tirod tu memanglah tapi benda yang sebenar, berlindung kat sebaliknya, sebab tu hubby makan ubat bertimbun pun tirod tetap tak surut, makin tinggi sampai jantung nak pecah adalah.. sampai doktor pun tak tau nak buat apa. Masa tu memang rasa nak menangis sangat sebab memang sah hubby kena santau, badan sampai tinggal tulang. Rumah tangga berantakan.

Lagipun, pernah, waktu kenduri sambut menantu, aku terjumpa ular dalam bilik air. Sekarang ni bila aku recall balik, bagitau kat tukang ubat. Katanya, suami hutang satu nyawa dengan aku sebab ular itu dihantar untuk suami. Kalau suami yang masuk bilik air dulu, sah kena. Sebab perempuan tu dendam sampai mati, kalau dia tak dapat hubby aku, maka dia pun tak mahu aku jugak dapat. Biar sama-sama tak dapat... dahsyat kan dendam manusia ni?

Yeap, itu pengalaman aku dan aku tak tau dari mana datangnya kesabaran untuk aku bertahan almost 10 years. Aku anggap memang jodoh panjang la...

Pasal diri aku ni, malaslah aku nak tulis panjang lebar. Malas nak perincikan keadaan time sakit. Cukup aku bagitau, ada orang hantar pelesit, sebab tu badan aku selalu lebam. Abu mayat, supaya orang memandang aku dengan perasaan benci, muka mandom tak berseri. Patutlah ada orang tegur aku kenapa muka aku menakutkan. Kawan baik aku si Kelly pun tegur benda yang sama. Memang aku perasan, ada je orang tak puas hati dengan aku, marah dengan aku. Tapi sampai sekarang, aku tetap rasa macam tak percaya je dah kena macam tu. Rasa pelik... yelah, siapalah aku kan? Aku menulis sebab nak cari rezeki dan sebab minat bukan sebab nak glamour satu Malaya cam artis. Lagipun ingatkan dunia artis aje ada kaki mandrem... rupanya dunia penulisan pun ada jugak.

Tapi kalau dah bukan seorang ustaz dan tukang ubat cakap benda yang sama, bagi bayangan yang sama, aku nak kata apa lagi? Pasrah? Berserah? Hmmm... susah nak kata.

Tak sangka, ada jugak manusia yang tak nak tengok aku senang. Padanlah macam-macam halangan yang aku dapat. Ada orang sarankan, hantar je balik benda tu... aku pulak kata, tak payahlah... malas nak buat jahat. Cukuplah dia rasa sakit dan letih macam aku rasa... dan kalau betul dia penulis, biarlah dia rasa betapa sakitnya bila tak dapat menulis lagi. Dan kepada yang mengganggu rumahtangga aku dengan cara hitam jugak... ingatlah, ajal maut, jodoh di tangan Tuhan...

Sebab tulah aku selalu pesan kat adik-adik aku, jangan nak bangga sangat cerita kat orang akak kau ni tulis novel. Tak de indahnya. Sebab tu kalau balik kampung, aku paling tak suka kalau sepupu sepapat tanya pasal novel, best tak tulis novel, seronok tak jumpa peminat.

Bagi aku, aku tak ada peminat sebab aku tak suka anggap korang semua peminat. Lebih elok aku anggap pembaca, dan kalau dah jumpa tu kira kawan lah... kan lebih bagus begitu sebab aku ni manusia biasa jugak... masih pakai selipar jepun, tudung RM10 dan baju pasar malam!

Tak ada indahnya bergelar novelis apalagi untuk pengarang macam aku yang tak suka jumpa orang luar dengan gaya glam. Sebab tu kat pages aku, blog aku, aku masih cakap merapu... huhahuha... malas nak jaga imej bagai. Tapi dalam-dalam sempoi aku pun, tak sangka ada jugak orang nak sekat rezeki aku dengan cara 'hitam'. Haihhh... belum lagi aku jadi jutawan dengan menulis ya... kalau dah kaya dengan duit novel esok, silap-silap aku yang 'jalan'! Nauzubillah!

Bila aku cakap sakit, memang ramai yang bagi nasihat dekatkan diri dengan Allah... baca itu, baca ini. Ye, aku tau tu... tapi aku tak sukalah nak bercakap pasal amal ibadat aku secara terbuka... sebab tu urusan aku dengan Tuhan. Terima kasih pada korang yang bagi pesanan macam-macam kat aku, bagi aku tu tanda korang sayang aku dan ambil berat pasal aku.

Kalau ikutkan malas nak cerita benda-benda macam ni. Pantang orang-orang tua.
Lagipun dulu ada manusia pernah sound aku, jangan nak tulis luahan perasaan kat blog... tak payahlah nak bagi semua orang tahu... Cukup aku tulis dan bagi hint dalam cerita-cerita aku kat APO? Rasanya kat situ tempat paling tepat untuk aku ceritakan segala pengalaman mistik aku.

Hmm... well, aku ni nak jadi diri sendiri... malas nak plastik-plastik...

Aku malas nak main kotor sebab aku bukan kaki mandrem. Aku percaya, kalau orang suka aku, sebab memang orang ikhlas suka aku, tak payah nak guna ilmu penunduk. Aku tak nak mati mata tak rapat, mati terseksa atau roh bergentayangan sebab amal ilmu hitam atau melalui zaman tua dalam keadaan nyanyuk tahap orang giler! Tapi aku nak kepada manusia yang berhati hitam itu... bertaubatlah, jangan guna cara hitam untuk sekat orang lain.
Enuff said, I already tired wif ur game!
Biar Allah ajelah yang balas segala perbuatan kamu.

Aku tau, mesti ada yang menyampah kat aku, akan mencemik sinis kalau baca pasal ni. Suka hati kamu sebab kamu tak kena. Lagipun aku tak kacau hidup kamu, dan kalau kamu menyampah sangat kat aku tak tentu pasal, selidik dulu hati tu, hitam atau putih.

Terpulang macam mana korang nak menilai. Terima kasih atas doa dan sokongan korang yang 'sayang' aku! Love uols!

Sekian, terima kasih.


Friday 26 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432

August 26, 2011
Tahun ni aku tak buat kad raya macam tahun lepas. Tak sempat nak buat dan kumpulkan hero-hero dalam satu kad.

Oleh kerana aku dah start bercuti bermula malam ni (seminggu), maka aku nak mintak maaf dari kalian semua atas semua kesalahan samada yang masih ingat mahupun yang sudah lupa, baik yang disengaja mahupun yang tidak, yang salah taip, cerita menyinggung ke, tak best ke...

Atau mungkin ada perlakuan aku yang dah mengguris hati korang, samada aku kenal atau tak. Maklumlah aku ni kadang cakap main lepas je... apa aku rasa betul, tu yang aku cakap, tapi sekarang ni aku cuba juga tune down sebab sedar bukan semua orang boleh terima diri kita seadanya, kan?

Terima kasih kerana korang masih sudi baca cerita-cerita dari NORA di APO? mahupun novel-novel Rose Harissa.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432,
Ampun Maaf Zahir dan Batin,
Taqobalallahu minna waminkum taqobbal ya karim, ja’alanallahu waiyakum minal aidin walfaizin walmaghfurin.
(^_^)V

Friday 29 July 2011

Double standard berlaku walaupun di tempat carwash!

July 29, 2011
Note :
Dictionary
dou·ble stand·ard

double standards, plural

  1. A rule or principle that is unfairly applied in different ways to different people or groups


Sebenarnya ni cerita minggu lepas, sebab memandangkan mata aku bermasalah, maka, aku di'kuarantin'kan dari duduk depan komputer. Kena rawat mata.

Alkisahnya, aku nak cuci kereta dengan enjin sekali sebab comot sangat dah lepas kena servis, tukar tayar, absorber, chamber dan sebagainya... memang saje servis awal sebab malas nak berebut atau melangut kat bengkel time puasa... dekat 2k jugaklah melayang. Phewww... sah aku takde baju raya baru jawabnya tahun ni... (T_T)

Jadi sementara nak tunggu Ik balik sekolah, aku pun pergilah ke sebuah shopping complex kat Shah Alam ni. Boleh beli barang di samping itu kereta akan berkilau kembali... sambil menyelam minum airlah katakan.

Aku pun berhentilah kat satu carwash kat bawah tempat parkir tu. Masa tu sebuah MyVi sedang dicuci. Dan satu pasangan suami isteri baru sampai dengan Perdana. Kesimpulannya kat sini semua kereta buatan Malaysia, hokayyy...

Aku pun terus la tanya harga sebab memang tau kalau basuh kat carwash shopping complex, memang mahal. Dalam masa yang sama, aku tengok pasangan suami isteri sedang mendengar demo polish body kereta dari si tauke. Aku pun tak pedulilah...

Si pekerja Bangladesh ni sibuk suruh aku polish jugak. Pendek kata, promo dalam keadaan separuh memaksa. Panas jugaklah hati bercakap dengan orang tak faham bahasa.

Aku : "Kereta saya baru dicat, buat apa nak polish? Dah, tak payah. Saya nak cuci body, vacuum dan cuci enjin sekali... berapa duit?"

Bangladesh : Polish sport rim lah kak, sport rim kakak banyak kotor. Mau balik raya mesti kasi polish, kilat-kilat itu macam. (Sambil menuding ke arah sport rim MyVi yang memang berkilat macam disadur chrome.)

Dalam hati aku, ek enehhh... ingat aku peghak (maksudnya lebih kurang macam kera dapat bunga) sangat ke dengan sport rim kilat-kilat macam tu? Dah sah-sah sport rim kereta aku memang matte. Polish camna pun takkan bersinar kilau-kilau.

Aku : Tak payah, saya kata nak basuh dan cuci enjin aje. Tak payah nak polish-polish sport rim, nanti jalan-jalan pun kotor jugak. Lagipun saya nak cepat, nak ambil anak sekolah.

Bangladesh : Satu kali la kak... satu sport rim baru Rm50! Nanti kilat banyak cantik...

Aku terbeliak biji mata. "Hah? Satu sport rim RM50? Kalau empat, dah RM200! Gila apa? Dah, tak payah, saya tak mau! Cuci, vacuum, cuci enjin saja!

Si Bangladesh dah nampak nak marah sebab tak berjaya nak promo. Last-last datang sorang budak tak tau bangsa apa, yang pasti bukan melayu sebab cakapnya pelat semacam. Dia tanya "Ape namber" pun aku dengar macam "ape name? Rupanya mintak nombor hp aku masa nak tulis resit.
Budak ni promo pulak pest control dalam kereta. Konon dari harga RM67, dapat diskaun jadi RM50. Aku pun kira cincailah, tak kuasa nak dengar bagai-bagai promosi lagi.

Aku : Berapa lama siap?

Budak : Dalam dua jam macam tu?

Aku : Hah? Dua jam? Mana sempat... saya nak ambil anak balik sekolah lagi... takpela kalau macam tu...

Budak : Okla... okla... satu jam setengah siap. Lepas MyVi ni siap cuci, akak masuk.

Aku dalam hati, ai? Boleh ejas-ejas timing pulak? Sah buat cincai aje... tapi malas nak bertekak, aku pun masuk balik dalam kereta dan tunggu turn nak masuk tempat cucian. Tetiba aku nampak bos tadi panggil budak-budaknya dan tunjuk-tunjuk pada Perdana. Aku dah rasa pelik. Si bangla datang kat aku.

Bangladesh : Kakak, undur belakang dulu, kasi itu kereta masuk dulu...

Aku : Aik? Apahal?

Bangladesh : Diorang mau cepat.

Aku : Eh, saya pun nak cepat jugak! Kan tadi saya dah cakap.

Bangladesh : Dia mau polish, dia banyak duit.

Mendadak aku rasa terhina! Tak tentu pasal aku menjeling geram kat Perdana tu. Oh! Dia banyak duit eh? Okay, fine!

Aku : Oklah... saya tak jadilah! (Sambil me'reverse' kereta dengan kasar dorongan sakit hati)

Menggelabah si bangladesh dan budak tadi kejar balik aku. Tapi sori, hati aku terlanjur rasa sakit. Aku tak peduli dah kalau bunyi enjin diesel aku mengaum mengalahkan harimau garang, bergema kat parkir tu. Baru nak keluar dari kawasan shopping complex tu, budak tadi call aku suruh pulangkan balik resit sebab tak jadi.

Bila aku hantar balik resit, budak tu pujuk suruh datang petang-petang sikit. Aku cakap,
"No! Pergilah buat kereta yang banyak duit tu!"

Terus aku blah gi cari carwash lain. Aku kemudian, terjumpa satu carwash kat bangunan parkir. Aku tanya boleh cuci enjin tak, sebab aku tau bukan semua carwash betul-betul expert cuci enjin kereta. Kalau main jirus aje, jahanam kereta. Bangladesh tu cakap boleh, semua pun boleh... RM18 je pun.

Aku tak cakap banyak terus cakap nak cuci walaupun kena tunggu dekat sejam. Tapi puas hati la sebab tengok dia cuci enjin dengan penuh berhemah, siap sembur angin bagi kering dan sapu chemical untuk protection.

Ayatnya simple dah mudah aje... tapi cukup buat aku rasa bengang, terhina dan nak marah. Amboi, ingat Perdana tu cukup hebat macam BMW ke? Hello, Wira aku pun sama cc aje dengan Perdana tu okey? 2.0 jugak! Bezanya, enjin aku diesel! Huh! Terkejut sungguh aku dengan sikap pekerja carwash pun pandai nak double standard!

Customer
yang nak polish didahulukan sebab dianggap banyak duit dan beri bisnes besar kat dorang. Demi nak polish Perdana yang banyak duit, sanggup ketepikan RM50 dari Wira aku! Huh!

Woooo... mak sentap nok! (>_<)

Friday 22 July 2011

Pakai braces boleh mengubah bentuk muka? - Part 1

July 22, 2011
Selalu tak dengar statement 'Pakai braces boleh mengubah bentuk muka?'
Selalu jugak aku dengar... tapi dulu macam tak percaya je... lagipun orang yang 'bijak pandai' selalu mengaitkan dengan dosa sebab mengubah ciptaan Allah... haihhh...

Tapi sekarang bila aku sendiri dah pakai, oh ye... aku sangat setuju dengan pendapat tu. Sekarang kira-kira dua bulan la aku pakai braces complete. Jumpa kawan-kawan memang ada yang tegur terutamanya Kak Lily Haslina Nasir. Ayat femes dia,
"Eh, perempuan, benci kau! Muka kau dah lain. Dagu kau dah tirus!"

Hahaha... jangan fikir dia benci aku betul2 pulak. Kami biasa guna perkataan tak kena ayat ni... hahaha... walaupun tulis novel, tak semesti bila bercakap nak guna ayat novel jugak... kena realistik la sikit.

Mula-mula aku macam tak caya, ye ke dah berubah... apatah lagi hubby duk komplen kenapa gigi tak masuk-masuk lagi ke dalam. Siap nak tolong tumbukkan lagi biar masuk cepat! Hampes sungguh dapat suami tak romantik macam Wan Azfarel ni... hishhh...

Jadi, kat sini, aku nak bagi semangat kat sesiapa saja yang tak confident nak pakai braces. Nasihat aku pakai ajelah... apatah lagi kepada mereka yang sering diejek sebab ketidaksempurnaan gigi.

Jangan geli ya tengok gigi aku. Niat baik ni bagi semangat kat pembaca yang senasib dengan aku. Mudah-mudahan perubahan yang ditunjukkan dapat membantu dari segi moral kepada sesiapa yang nak berhajat nak pasang braces.

Ni gambar selepas cabut empat batang gigi, 8/4/2011. Nampak tak bahagian atas bawah yang rompong tu? Ha, itulah gigi yang dicabut... kiri kanan pulak tu.


Yang ni pulak masa pasang bahagian atas sahaja pada 14/4/2011. Nampak tak betapa cerunnya dawai yang mengikat sebab gigi taring masuk ke dalam.
Yang ni pulak bila dah pasang braces untuk bahagian bawah, 27/4/2011.
Yang ni lepas sebulan pakai, 25/5/2011.

Terkini... 22/7/2011. Taraaaaaa...! Nampak tak? Nampak tak gigi taring tu dah nak sama rata dengan gigi lain. Perlu diingat, aku pakai braces self-ligating, jadi gigi sentiasa rasa sengal bila diketap atau time mengunyah. Sampai sekarang aku makan, potong kecil-kecil dulu. Dan bila pakai self-ligating ni kadang-kadang memang terasa gigi mengetat sendiri. Jadi memang betullah apa yang doktor cakap, dawai tu ada 'memori' sendiri untuk ikut bentuk asal semasa di bend.


Sumpah, dulu aku menyampah betul nak bergambar dan tersenyum. Sekarang rasa lain sikit. Yakin diri nak sengih lebar-lebar. Bila sengih tu, takde lagi bibir ternaik atas gusi. Jadi memang betul braces mengubah bentuk wajah.
  • Nampak macam makhluk asing bila sengih dengan besi berbaris kat gigi.
  • Kadang-kadang rasa comel bila ada besi kat gigi... hahahaha, jangan muntah ya... sesekali syok sendiri
  • Darjah kemuncungan mulut dah semakin berkurang bila mulut dikatup .
  • Hidung rasa lebih mancung... lalalalala...
  • Senyuman nampak lebih genuine @ ikhlas!

Tak la lawa pun, cumanya rasa best boleh sengih lebar-lebar, tak takut diejek lagi macam dulu-dulu.


Jadi sesiapa yang nak pakai tu... dan dah ada duit... cepat-cepat pergi buat sebelum tua macam aku. Tak usah risau mahal sebab buat braces sekarang dah banyak klinik yang sediakan plan installment!

Nanti aku ceritakan perkembangan selanjutnya. Salam sayang...


Wednesday 25 May 2011

Besi pada gigi @ braces @ pendakap gigi

May 25, 2011
Braces atau dalam bahasa Malaysia adalah pendakap gigi. Dulu-dulu, ada tanggapan kalau sesiapa pakai pendakap gigi, "Wah! Kayanya kau!"

Sekarang, mari aku ceritakan kisah aku berkaitan braces dan gigi aku ni...

Macam aku, mengenal braces ni masa darjah 6 (berpuluh tahun yang lalu!). Tengok TV time tu, terus cakap kat abah aku, aku nak pakai braces sebab tak tahan kena ejek macam lagu Halimah Jongang tu! Tapi masa tu memangla lagu tu belum wujud lagi. Tapi sekarang bila aku dengar lagu tu, sumpah aku menyampah! Sebab tu aku benci lagu tu!
Tapi manalah abah nak melayan kehendak anak yang banyak songeh time tu. Maka, berkuburlah hasrat aku nak betulkan gigi aku yang ter'ke depan' ni, kesian kan?

Sebenarnya, kalau korang rajin google, masalah jongang ni ada banyak jenis. Salah satunya, jangan tak caya sebab kemalangan yang menyebabkan masalah gusi. Aku termasuk dalam golongan ni. Tercampak dari buaian bawah rumah kampung semasa gigi susu dan gigi kekal saling bercanggah nak ambil tempat. Gila babas terhantuk pada gelegar lantai. Darah keluar jangan ceritalah. Mulut bengkak jangan cakaplah, tapi time tu tak bawah gi klinik pun, sapu minyak aje kat urat yang terputus antara gusi dan bibir atas. Ngeri kan?

Lama-lama tu la baru sedar gigi dah lain. Bila nganga rahang berbunyi. Tapi tak ambil port sebab malas nak menyusahkan mak bapak.

Setakat kena ejek tu, perkara biasa bagi aku dari sekolah rendah sampailah masuk UTM. Bayangkan, mentaliti orang kita, sebab yang mengejek aku tu semuanya Melayu! Macam-macam gelaran dapat. Dari jongang, hantu gigi, yang menyamakan aku dengan selebriti pun ada. Tak cukup ngan tu, siap ada yang buat mimik muka dengan aksi gigi ke depan. Sedih kan? Bayangkan perasaan aku masa tu, bayangkan jugak perasaan terhina tu tetap ada bila diejek walaupun umur dah cecah 19, 20, 21 tahun. Dekat U beb! Memang tak pakai akal!

Tapi time study kat U tu aku rasa dah terlewat nak buat braces sebab kalau kat klinik kerajaan pun kena beratur, mau berjaman tori nak sampai turn. Sempat tua dulu. Nak buat kat klinik swasta pulak, tak mampu. Masa tu takde PTPTN. MARA yang taja aku dengan lebihan duit (setelah tolak yuran segala) sebanyak 800++ je untuk satu semester. Bayangkan, dengan duit sebanyak tu nak teruskan hidup sebagai budak Architecture. Memang rasa kene torcher mental!

Time kerja pulak, niat nak buat ada tapi disebabkan sibuk dengan kerja dan dapat pulak pakwe yang tak kisah gigi aku camna janji hati baik, body cun (hahaha...tetiba je... time tu je la, sekarang mak dah kembang! hahaha!) aku pun jadi tak kisah. Dah malas nak fikir lagipun kos nak buat sangat mahal kalau pergi klinik swasta.

Tapi dah tua-tua ni, bila bersembang dengan Kak Lily Haslina Nasir, niat nak pakai braces tu datang balik. Tambahan pula aku terdengar cakap-cakap belakang yang mengejek gigi aku bila tersenyum masa ambil gambar sebab nampak gusi! Serius cakap, aku memang tak berkenan nak bergambar sebab gigi ni la. Malu sangat. Nak senyum pun memang tak yakin.

Hubby memang tak bagi aku buat. Membazir katanya. Tapi bila aku selalu cerita akan masalah jiwa aku yang tak konfiden nak jumpa orang ramai, yang rasa terhina bila kena kutuk, dia pun memberikan restu! Yihaaa! Ala, kalau lawa pun bini dia jugak kan?

Oleh itu, setelah meluahkan rasa tekad pada Kak Lily, aku pun mula survey klinik swasta yang boleh buat dengan cepat-tak payah tunggu turn. Last-last dah rezeki agaknya, terjumpa satu klinik kat Kota Kemuning ni. Aku pun segera emel doktor itu. Dan ini jawapan beliau:

Wednesday, March 30, 2011 11:59 AM

Hi Nora.
Yes. we do braces for clients aged 30y/o or even older.
The cost depends on the TYPE of braces & the DIFFICULTY of the case. The conventional metallic braces will cost from RM3800. We also have metallic self-ligating braces (RM4800++) and (semi) transparent self-ligating braces (RM5800++). As I mentioned earlier, the price also depends on case complexity.
As for the payment, we allow installments. However, a deposit of about RM1000++ is required during the fitting of the braces.

The appointments depend on whether extractions (removal of teeth) are required as part of the treatment. So, it is best ifyou could visit us for consultation. Please call my managers Miss Tan/Azmin should you need any assistance regarding our clinic hours and consultants in attendance.

Thank you.
Best regards,
Khor Choo Pang (Dr),
BDS MDSc MFDRCSI FRACDS
Director/Principal Clinician


Bila tau macam tu, aku tak fikir panjang, terus redah pergi klinik tu lepas ambil Ik balik sekolah. Jumpa Dr. Khor. Sampai aje, sebut nama aku beliau dah kenal dan tau aku yang emel dia. Wah! Bagus sungguh! Beliau cek gigi aku dan kata memang bagus aku buat braces sebab dia dah tersenyum bila dengar rahang aku berbunyi bila dia suruh nganga. Katanya lagi perhaps braces would solve that problem. Dan braces juga akan buat senyum aku lebih lawa katanya. Ha? Siapa yang tak tergoda mendengarnya, kan? Tapi lemah semangat jap beliau kata,

"Macam kes you, kena cabut 4 batang gigi untuk beri ruang gigi merapat ke dalam dan kena pakai dua tahun,"

Aku dah terbelalak. Gila! Mana pernah aku cabut gigi... inikan pula nak cabut 4 batang! Tapi bila dia tanya nak buat ke tak? Aku terus angguk kepala. Jam tu jugak buat mould gigi.

Lusanya, aku datang balik untuk cabut gigi. Kos cabut sebatang gigi RM50. Jadi total adalah RM200, tidak termasuk dalam kos braces. Menggeletar! Gila, gigi yang sihat perlu dicabut secara paksa. Walaupun doktor bius, sampai mulut rasa senget, liur meleleh sebab deria rasa hilang kejap, tapi bunyi kruk...krak gigi digoyang buat aku ngeri. Sepanjang sejam tu duk pejam mata, tak sanggup nak bukak mata walaupun doktor aku tu, Doktor Chi, kiut, sopan lagi berhemah orangnya! (hahaha... sempat lagi ya che' rose!). Yelah, banyak kali dia mintak maaf bila tengok aku tersentap-sentap. Dua gigi atas bawah belah kanan dicabut serentak. Gigi yang bawah, susah sungguh nak cabut. Bila tercabut dekat seinci panjangnya! Gila! (gambar menunjukkan ruang kosong setelah gigi dicabut. Gila banyak ruang. Nampak sangat gigi memang ke depan)

Lusa tu jugak malang menimpa sebab gigi taring belah bawah yang panjang dekat seinci tu kena infection! Hadui! Dirawat oleh Dr. Andrew. Terpaksa tangguh cabut 2 lagi gigi belah kiri. Seminggu lepas tu baru cabut, oleh Dr. Andrew. Memang betul seperti yang direkomen, bab cabut gigi Dr. Andrew lebih terer. Mujur lepas tu takde jangkitan untuk dua gigi tu. Cuma, gigi taring yang belah kanan tu kena lagi jangkitan. Terpaksa dicuci oleh Dr. Chi. Mak oiiiii! Rasa nak melalak aje! Tangkap urat kepala beb dia punya sakit! Duh!

Kata doktor memang salah satu gigi susah nak sembuh. Aduh! Seksa! Aku rasa sakit beranak sekejap je sakitnya, tapi sakit cabut gigi sampai demam aku dibuatnya. Rasa nak surrender aje tak nak pasang braces. Tapi bila fikir 4 batang gigi dah rongak, kena bertabahlah. Pendek kata lepas tiga minggu dari hari pertama cabut gigi belah kanan, barulah sedia dipasang besi.

Melihatkan aku ni jenis phobia, doktor suruh pasang besi untuk gigi atas dahulu. Dan oleh kerana aku ni tak nak rasa sakit melampau lagi, aku pilih self ligating (RM4800), sebab kata doktor kalau pakai yang tu kurang sikit rasa sakit (berdasarkan survey) dan bergantung kepada pergerakan gigi, masa pakai akan lebih jimat antara lebih kurang 6 - 9 bulan berbanding braces jenis tradisional. Seminggu lepas tu baru pasang bawah punya. Jenis ni takde boleh tukar kaler dan aku pun memang tak suka yang berkaler-kaler.
*ni gambar lepas lengkap pasang untuk gigi bawah.

Sekarang dah sebulan aku pakai braces. Memang rasa kiut tiba-tiba bila ada besi kat gigi ni (hahahahaa). Tapi sampai sekarang aku masih makan soft food dan kena potong kecik sebelum masuk mulut. (Aku memang hairan tengok orang pakai braces boleh selamba aje makan macam-macam) Sebab kalau gigit walaupun cuma gigit hotdog, rasa sengal tetap ada. Sentiasa rasa ketat gigi. Jadi aku memang kena lupakan favorite food macam kerepek, jajan, coklat, daging, sup tulang, etc. Mungkin lepas ni jugak aku boleh kurus sikit memandangkan mitos ada menyebut sesiapa yang pakai braces, akan kurus! Yahuuuuu!!!

Kita tunggu dan lihatlah ya apa hasilnya nanti. Boleh ke tidak jadi lawa macam Misha Omar (hehehe). Aku pun macam tak boleh nak hadam, boleh ke ruang kosong tu rapat nanti? Macam magik aje!*tiga minggu bersama braces*
Nasihat aku pada sesiapa yang nak pakai braces dalam usia macam aku ni, kena sediakan mental dan fizikal secukupnya serta kena sedia laburkan wang ringgit untuk jaga gigi. Macam doktor gigi aku sarankan, aku kena banyak makan vitamin C dan B-complex. Kena banyak berkorban. Sebab apa?

  • Kena cuci gigi setiap kali lepas makan. Pendek kata kena bawak bekal berus gigi. Tapi kalau tak selesa nak cuci gigi kat tempat awam, biasanya aku berkumur dulu dengan Listerine. At least takde ketul-ketul makanan lekat kat besi.
  • Makan main telan aje... kena tolak daging dan semua yang memerlukan kunyahan lebih.
  • Kena pakai berus gigi spesial macam dalam gambar tu untuk gosok celah-celah besi. Berus gigi kecik tu pulak pakai dua tiga kali je dah kena buang. Jadi, memang banyak duit kena labur.(http://www.aso.org.au/docs/orthodontics/caring_for_teeth_and_gums.htm)
  • Masa menggosok gigi lebih lama dan kena bercermin untuk pastikan semua gigi bersih. Yelah, dah penat-penat pakai besi, nanti dah bukak, takkan nak biarkan gigi kuning pulak.
Jadi kepada sesiapa yang nak buat braces atau rawatan gigi di sekitar Shah Alam, bolehlah pergi kat klinik yang aku buat braces ni. Tapi call dulu ya, kalau walk-in alamat berjam la menunggu.

Ooi & Khor Dental Surgery
7A, 1st Floor, Jalan Anggerik Vanilla N31/N, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor
Tel & Fax 03-5122 4331
E-mail : ok_dental@yahoo.com
Location : Klik untuk peta di sini

Sunday 24 April 2011

Pra pelancaran... Avian-Arisa

April 24, 2011
Salam...
Ibu-ibu... bapak-bapak... teman-teman... terutamanya adik-adik dan anak-anak yang disayangi sekalian...
Anda semua dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis
pra pelancaran
buku
Hunky Avian - Funky Arisa
'Cabaran Menjadi Teruna, Payahnya Menjadi Dara'
Pada 1 hb Mei, 2011, jam 5 - 8 petang.
Pelbagai hadiah 'kiut-miut' disediakan untuk hadirin bertuah!
Jumpa anda di sana...!

Monday 4 April 2011

Avian-Arisa

April 04, 2011
Ini adalah cover yang aku buat untuk siri Avian-Arisa. Sudah diserahkan ke tangan editor pada awal minggu lepas. Lega sangat-sangat bila sudah selesai tanggungjawab. Sekarang tunggu pruf dan akan sambung untuk sebarang pembetulan.
Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar... Amin!

Tuesday 29 March 2011

♥ One Love...One Nescafe! ♥

March 29, 2011

Elehhh... baru dapat satu mug nescafe dah gedik Che' Rose eh?
Hehehee... bak kata orang Sarawak, sik lalek pa orang mauk madah! (tak peduli apa orang nak kata).
Macam dalam kartun tu la keadaan aku sekarang. Sangat 'menakutkan' untuk dipandang. Asyik menghadap laptop dalam keadaan rebah bangun demam, batuk tak berhenti. Jadi apabila hubby buatkan nescafe, rasa demam tu kebah kejap...apatah lagi sudah tentu nescafe itu dibancuh dengan penuh kasih sayang olehnya... huhu... (sebenarnya bukan satu mug, tapi satu teko! dan ya, Rose Harissa adalah Nescafeholic, addicted! Bagilah nasihat apa pun tentang nascafe...memang percuma...dah tak dapat nak tolong dah. Nescafe sangat sedap dan percaya atau tak, itulah ubat migrane Che' Rose! Tapi sayangnya, aku cuma suka minum nescafe tapi tak suka pun nak masuk peraduan nescafe...kalau masuk, rasanya harus menang sebab dapat kumpul penutup botol sepanjang minggu... hehehe)

Apabila dah semakin berusia ni, dah tak perlu nak cakap love, sayang, rindu sepanjang masa. Perkataan semakin kurang, tetapi perbuatan semakin banyak. Penat gak kadang bercakap benda jiwang-jiwang ni. Macam aku pun, bila nak cakap 'i love u,' 'saya sayang awak,' ngan hubby rasa macam geli je. Tapi ngan orang lain macam kawan ke pembaca ke ok je pulak...(hah! jangan nak tuduh Che' Rose gatal ya! Untuk pengetahuan yall, Che' Rose seorang manusia yang penuh kasih sayang tapi SETIA hokkayyyy? )

Macam aku, apabila aku dalam keadaan sibuk... perbuatan-perbuatan kecil hubby seperti membancuh nescafe, menggoreng nasi kurang garam atau kadang terlebih garam, membuat jemput (cekodok) dan lempeng, tumis sardin, kemas rumah, memicit bahu sambil aku menaip dan sebagainya sangat bermakna... pendek kata, kasih sayang♥ rasa bertambah lagi segudang... hehehe...

Sekarang ni bagi aku perbuatan lebih berharga untuk menunjukkan kasih sayang... yelah, cakap sayang, i love u tapi hampes tak nolong apa pun, tak guna gak kan? Penat aje... dibandingkan dengan cakap i love u sampai berbuih mulut atau memanggil dengan panggilan sayang, aku lebih prefer memeluk lama tanpa bercakap apa pun.

Cannot see the different
eh? Ini adalah interpretasi cinta... tak perlukan kata sayang berjela...i love you you must love me... bla bla..bla...
Ha, korang yang dah ada suami atau isteri tu, cuba time-time gedik atau 'kenjet' tu, gi peluk suami atau isteri korang...peluk je... jangan buat apa-apa atau cakap apa...peluk lama-lama... ( yang belum kahwin tu jangan gatal pulak nak test, peluk awek atau balak korang, tapi kalau nak dosa free, trylah buat...)
Ha, camna para suami dan isteri? Can you feel the love tonight? ♥ hik...hik...hik...

Jangan pulak korang salah sangka...bila peluk tak semestinya nak 'tuttt...' kena faham betul-betul...feel the love okay? Bukannya make love! Huwahhh! Ni kang ada pulak yang pandang serong kat Che' Rose... tapi sekali lagi highlight, feel! Feel! Not MAKE... but FEEL! Ha, ada bezanya di situ. Ah, kalau ada yang tak faham gak...pergila nyanyi sendiri lagu Elton John tu... :)
And can you feel the love tonight
How it's laid to rest
It's enough to make kings and vagabonds
Believe the very best

Begitulah adanya kisah Che' Rose yang dalam pertapaan ini...
Sampai ketemu lagi di lain entri... daaaaaaaaa... ♥♥♥

Monday 21 February 2011

Mitos perempuan dan aiskrim : Jilat? Gigit tak boleh?

February 21, 2011
Pelik tengok tajuk panjang lebar kat atas? Atau rasa geli geleman? Hahaha... kalau dengan Che' Rose, tak ada yang tabu untuk dibicarakan atau dibincangkan. Sesapa yang rapat dengan aku memang taulah how far I can go...sehinggakan ada yang tak lepas untuk pendengaran umum. Macam kak Lily Haslina selalu terjerit bila dengar komen spontan aku yang agak 18PL + SX +SG?
Tapi memang logik what? Lagipun kalau terlalu tabu sangat pun susah jugak, zaman semakin moden, kalau semakin tabu, semakin banyaklah benda-benda yang sepatutnya tak berlaku dulu kala tapi sekarang ni bersepah-sepah masalah yang melibatkan benda-benda yang kononnya tabu untuk dibicarakan umum.

Tengok sahajalah topik ni...

Korang tentu pernah makan aiskrim bila jalan-jalan dengan family kan?
Atau sekurang-kurangnya tengok orang makan aiskrim sambil berjalan?
Mesti pernah.
Tapi sebelum aku mengoceh lebih panjang lebar... aku mintak maaf kepada sesapa yang terasa annoying dengan topik ni dan lebih baik tak payah baca sebab mungkin agak lucah pada pembacaan korang yang mungkin berfikiran agak ortodoks?
Ampun! Ini adalah suara aku hasil penelitian dari hobi suka tengok gelagat orang ramai.

Okey, to the point, aku nak tanya korang pernah dengar mitos pasal perempuan dan aiskrim? Hahaha...mesti ada yang tahu jadi aku malas nak explain lelebih dekat public ni. Faham sendiri la bila tengok gambar-gambar yang aku sertakan untuk menguatkan lagi topik ni.

credit: shutterstock

Sekarang dengan pertolongan gambar di atas, adakah kalian faham maksud aku? :)

Bukan apa, aku sejak tahu pasal mitos tu zaman sekolah dulu, memang tobat, aku elak makan aiskrim kat tempat awam. Paling tidak pun, kalau nak makan jugak, aku akan ambil port, duduk. Dan aiskrim itu tak dijilat, sebalik aku gigit dan kunyah semata-mata nak elak pandangan serong lelaki-lelaki yang memandang atau terpandang. Biar mitos tu cuma tinggal mitos untuk dorang...hehe...
Memanglah ada yang tegur, kuat benar gigi kau gigit aiskrim yang sejuk tu?
Well... gigi kapak la katakan... memang lah kuat... hahaha...

Okey, kembali ke topik asal. Aku nak tanya apa perasaan korang kalau tengok perempuan makan aiskrim menjilat-jilat di khalayak ramai. Siap berpusing lidah 360 darjah! FuyooOoo!!! Pasti ada lelaki yang dah terbeliak biji mata dan mana-mana yang imaginasi terlebih tu dah berfantasi liar di siang hari... hahaha... tapi euwwwww! What the &^^%^?!!

Bagi aku, aku menyirap aje kalau tengok perempuan makan aiskrim macam tu. Tak kiralah aiskrim kon ke, aiskrim batang ke...tapi aku memang ada terasa nak gi sound sedas:

"Beb, makan aiskrim tu boleh tak, tak payah jilat keliling dengan lidah terjelir macam tu? Buruk benor gayanya...!"

Tapi memandangkan aku ni bukanlah kaki tegur direct terutama orang yang aku tak kenal langsung dan takde kena mengena langsung dengan hidup dan mati aku, maka aku simpan aje rasa sebal dalam hati... huh!

Sungguh, kadang terfikir para perempuan ni tau ke tak pasal mitos tu? Ya, okey, memanglah cuma mitos tapi hellooooOoooo...memang nampak buruk benar melihat perempuan menjelirkan lidah menjilat aiskrim di khalayak ramai. Apalagi yang bertudung. Seriously... aku yang perempuan ni dah berasa 'lucah' melihat gaya jilatan yang...yang..err...opsss... tengoklah gambar di bawah, apatah lagi kaum lelaki yang memandang. Kadang rasa macam ada yang tahu tapi tetap saja makan macam tu konon nak bagi hint pada lelaki tentang... tentang...ah! Malas aaa nak terangkan, kang kena cop blog lucah la pulak! :p... korang fikirlah sendiri...

Bukanlah nak cakap aku tak pernah makan aiskrim dan macam bagus. Tapi again, hellloooOooo...sebagai perempuan, kita kena tau common sense sebagai perempuan di khalayak ramai. Makan, biarpun cuma aiskrim, carilah tempat duduk. Makan dengan tertib. Sebab kadangkala ada perkara-perkara, yang walaupun cuma mitos, tapi sedikit sebanyak, aku akui memang menggambarkan peribadi kita dalam sesuatu hal... dan kalau ya pun memang macam tu, tak payah tunjuk melalui perbuatan...biar jadi rahsia peribadi, adegan dalam kelambu, cukup!
Jadi aku sebagai perempuan nak menyeru kepada para perempuan...berhati-hatilah ketika makan aiskrim di khalayak ramai... kang tak pasal-pasal membuat kaum lelaki ter....! Ooopsss...!*tutup mulut...jahat mulut ni! biasa dia!* Hehehe...

Cukuplah sebelum ada yang baling kulit pisang ke skrin komputer sebab menyampah baca ocehan Che' Rose yang entah apa-apa...

Sampai di sahaja ya? Aku terpaksa bertapa lagi. Entah bila akan surface balik. Rasa nak muntah darah sangat-sangat dah ni... haduiii...

Jadi maaf kepada sesiapa yang aku masih belum sempat balas komen dan emel... Apapun, terima kasih kepada semua yang sudi menjejak setia ke belog untuk diingati ini... (^_^)v

Salam sayang... love y'all! ♥♥♥
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016