Jan 14, 2011

Drama King & Drama Queen...

BY Rose Harissa IN


Aku, Dia & Drama Queen...
Hmmm... tu tajuk novel remaja terbaru kak Lily Haslina Nasir.
Tapi kan... tajuk tu memang kena gakla ngan aku sekarang. Dah nak muntah darah dah...kalau dulu yang popular cuma Drama Queen, tapi sekarang Drama King pun ada! Seriously...aku dah jumpa ramai camtu kat Facebook... mak aiii... benar-benarlah FB ni memang boleh memecah-belahkan ummat!

Gossip yang tersebar, Facebook akan ditutup selama-lamanya pada 15hb Mac 2010 ni. Wah! Ramailah yang meroyan...hahaha... tapi bagi aku, tutup ke tak tutup ke sama aje. Tak luak pun! Huhu...to be honest, aku memang boleh hidup tanpa benda-benda ni semua. Kalau tak dulu takkan aku sanggup delete akaun Friendster dan Myspace yang dah bertahun aku buat dan dah beribu followers? Dan sekarang aku terfikir pulak nak delete akaun FB!~

Bagi aku, yang paling kronik adalah FB! Kat sini memang boleh nampaklah true colors manusia-manusia... mana yang suka propa, yang suka jaja citer sana-sini, yang suka maki orang, yang suka berlagak dengan kelebihan sendiri, yang suka pantau aktiviti orang lain....tak kurang gak yang suka menyamar guna akaun palsu! Haihhh... aku sendiri dah delete dekat 100 lebih orang termasuk yang guna akaun palsu yang kadang tu aku main approved aje sebab takut orang bilang sombong! Cuma lately, sejak kejadian ada orang cuba pecah masuk akaun FB aku, aku mula cuak dan siasat sapa yang ada dalam FB aku. Terpaksa luangkan masa cek balik satu-satu. Fuhhhh... memang kerja gila la...

Dan ada antaranya aku dapat detect, dari pasukan merangkap orang yang sama! Yang sanggup cipta emel palsu untuk setiap satu akaun FB. Bayangkanlah! Betapa rajinnya manusia jenis ni menghadap FB kan? Sanggup berdrama tu demi nak memantau aktiviti orang lain. Aku pun kurang pasti apa motif penyamaran dalam FB aku ni. Nak pantau apa aku buat? Apa novel baru aku? Atau nak awasi kegiatan harian aku? Alahai... aku bukan jutawan pun kalau nak track kehidupan aku. Dah tu tak kurang jugak yang nak tau siapa yang baik dengan aku dan siapa yang aku sayang....haihhh...

Yang berdrama mempamerkan kehebatan diri pun bersepah...samalah macam lagu Meet Uncle Hussain yang Black nyanyi kat atas tu. Cakap pung pang sana, pung pang sini, tapi realitinya kita sajelah yang tau! Paling takut bila jumpa orang depan kita, pijak semut pun tak manis, bila bercakap lembut gigi dari lidah, manis macam gula bersepuh tepi bibir tapi kat belakang, Tuhan ajelah yang tau betapa jakinya dia kat kita! Hadoiiii...bilalah nak terbuka hijab gamaknya???


FB ni jugak yang menemukan aku dan merapatkan dengan orang-orang yang membaca karya aku dan banyak sokong aku... aku boleh ber'huhahuha' suka suki aku aje dengan dorang... best sangat! Tapi nak sebut nama satu-satu memang panjang giler la senarai, tapi anda tahulah siapa diri yang anda yang selalu saya/kak rose/aku balas komen mahupun inbox...love u all so much! ♥♥♥ :)

Walau bagaimanapun aku tak teragak-agak untuk kosongkan akaun FB aku bulan depan atau mungkin dalam masa terdekat ni. Lagipun pernah cuba tak nangga FB dalam dua tiga hari, haihhh...aman gila hidup aku. Tenang aje buat kerja. Sebab kalau tengok FB tu, kalau tetiba tengok gosip atau statement yang berkaitan dengan kerja, tobat! Memang boleh jaki, muntah darah dan rasa malas nak menghadap FB pun ada jugak, malas nak campur dengan manusia pun ya jugak.

Tapi kalau FB tak jadi lupus pada tarikh yang ditetapkan, mungkin aku akan buat satu akaun hanya untuk promosi karya aku, NOVEL, APO? dan ILLUSTRASI.
Hanya itu! No personal matter. Maknanya kalau takde buku baru, takdelah update... hahaha...jangan marah kawan-kawan...aku ni kadang cakap aje serik tapi pastu jadi diri sendiri balik, yang suka mengarut, yang suka cakap apa aje yang aku rasa at that time. Cumanya mungkin lepas ni tak terlalu peribadi lah... kalau lawak-lawak sengal Ik tu mungkin aku tempek lagi la kalau ada... tapi, gambar-gambar family atau personal memang takkan letak dah...hmmm...

Sebab kalau ada akaun FB yang personal ni lebih kepada mendedahkan peribadi pada orang ramai yang kita tak kenal. Kadang kita tak borak ngan dia pun, tapi dia duk pantau wall kita, tengok cara kita balas komen dan bawak citer keluar FB. Hmmm ini yang bahaya...sangat bahaya dan aku serik sungguh la, susah aku nak cerita kat sini apa yang aku rasa dan kena! Kalau untuk kebaikan tak apa... tapi kalau digunakan musuh untuk menjatuhkan kita? Alamat, terlingkup la jawabnya... Tapi tu la, dah orang tak faham konsep kan? Nama pun FB peribadi, takkan nak cakap pasal bisnes dengan kawan-kawan, tak ke namanya berlagak tu? Haihhh...susah...susah...

Sometimes when you open up to people, you let the bad in with the good.
Bukan nak menyombong, maaf...tak de niat pun. Tetapi sapa yang kenal aku, tau betapa mesra alamnya aku bila bertemu tak kira pernah kenal ke tak...aku tetap macam dulu. Takkan berubah...Insya ALLAH Taala. Kalau jumpa kat Pesta Buku tak jerit tak riuh rendah tu bukan Rose Harissa namanya...pernah jugak berangan nak kontrol ayu, jaga imej, tapi rasa macam plastik amat! Huihhh... penatlah nak kawal macam puppet la pulak... so, baik secara semulajadinya aku begini, garang, ketawa, lembut, sedih, gembira pada bila-bila masa yang aku suka tanpa perlu nak kontrol jaga imej supaya orang mengagungkan macam manusia serba sempurna. Hidup ni tak pernah sempurna walau selebar mana pun kita tersenyum kepada dunia.

Lagipun lebih baik jugak aku lupuskan FB sebab boleh tumpukan perhatian pada penulisan dan lukisan 100% lagipun aku sangat sibuk sejak jadi driver tak bergaji untuk Ik. Tapi kalau tak balas emel kat FB, orang tuduh sombong, terlepas komen dah ada yang kecik hati, haih...kalau nak menjaga hati semua orang, memang tak jadi kerjalah jawabnya. Jadi, lebih baik takde FB langsung. Hahaha... aku cakap bajek macam bagus kan? Lisa Surihani yang lebih sejuta kawan kat FB pun tak kecoh macam aku... haha... tapi dia bolehlah, dia artis, post aje status, berebut orang nak komen, tak balas pun takpe asalkan ada update. Aku ni, jangan kata FB lupus, bila buku lupus pun harus orang lupakan terus... heeee...

Maka, kalau lepas ni korang klik personal FB aku dan tak jumpa, harap faham sendiri la ya... :). Lagipun malaslah nak cerita pasal diri sangat nanti ada orang ingat aku perasan glamour macam artis ni... aku tak nak camtu, aku ni seadanya aje, sebab hidup ni cuma sementara. Aku cuma mahu menulis sesuatu kisah untuk dibaca sebagai pengajaran, iktibar dan didikan walaupun tak seberapa... tapi janganlah pulak korang lupakan aku eh? Kalau jumpa kat Pesta Buku tu, tegurlah macam biasa, jangan bimbang, walaupun RH ni berwajah sombong, payah senyum tapi sebenarnya sangat peramah (hohoho! memuji diri sendiri la pulak! werrrkkk! :P)

Lepas ni mungkin hanya tinggal blog saja untuk aku beritahu perkembangan terkini. Dan Insya ALLAH, ada official FB untuk karya aku sahaja, tu pun aku suruhlah sesapa yang rajin, macam adik aku ke, hubby aku ke...sesapa ajelah...bayar upah seperti belanja makan di Kenny Rogers misalnya? Hehehe... nama pun keluarga sendiri yang buat kerja ye dak? Buat apa bayar mahal-mahal? Hehehe....

Memang diakui FB banyak bantu mempromosikan novel lebih jauh. Sebab tu aku cubalah buat pages hanya untuk novel menggantikan akaun peribadi yang nak dilupuskan. Tapi err... tapi kalau buat fanpages, nanti malu aje kalau takde orang like. Macam aku punya personal ni pun ada orang sound, kata popular? Tapi kenapa friend tak sampai 3ribu pun? Ini pun orang perhatikan rupanya... hadoiii... Haihhh...mak bukan Hanis Zalikha nak, yang ada pengikut sampai puluh ribu-ribu lemon... tu pun banyak yang tak approved sebab serik.

Ampun maaf dipinta pada sesiapa yang pernah terasa dek status aku di FB yang mana terus delete aku dari list kawan. Takde niat pun nak sakitkan hati sesapa (tapi kalau ramai sangat terasa tu, sampai ada yang hantar emel tanya kenapa aku tulis macam tu, apsal nak sindir2 camtu, kenapa kata camtu, tetiba terfikir sendiri, aihhh...ramai sangat ke yang buat macam benda yang aku sindir atau tulis di FB? Hahaha... lu pikirlah sendiri eh?) Betul tak? Kan? Kan? Serupa siapa makan cili dia yang rasa pedas lah kan?

Walau apapun, aku tetap sayang korang yang banyak menyokong aku di FB selama aku ada di sana... love u all ♥♥♥! Muah! Oh, terima kasih jugak sebab ada yang sayang aku yang tak seberapa lagi tak ayu nih!

Sungguh, sayu betul nak kosongkan FB peribadi tu...ramai yang cuba pujuk aku (terima kasih laling-laling semua) tapi hati dah tekad, kena lupuskan jugak FB tu. Harap entri aku ni dapat menjelaskan sedikit sebanyak sebab mengapa aku nak buang personal FB. Inilah yang dikatakan, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, kerana pengintip, aku kena lupuskan facebook personal tu.

Tapi kalau korang sudi, carilah aku kat sini... ROSE HARISSA ... terima kasih... sebab lepas ni semua info dan update akan terus ke situ walaupun bukan aku yang update mungkin?
Sekali lagi, terima kasih atas sokongan kalian semua... ♥♥♥

Sekian...♥♥♥