May 25, 2011

Besi pada gigi @ braces @ pendakap gigi

BY Rose Harissa IN , 21 comments

Braces atau dalam bahasa Malaysia adalah pendakap gigi. Dulu-dulu, ada tanggapan kalau sesiapa pakai pendakap gigi, "Wah! Kayanya kau!"

Sekarang, mari aku ceritakan kisah aku berkaitan braces dan gigi aku ni...

Macam aku, mengenal braces ni masa darjah 6 (berpuluh tahun yang lalu!). Tengok TV time tu, terus cakap kat abah aku, aku nak pakai braces sebab tak tahan kena ejek macam lagu Halimah Jongang tu! Tapi masa tu memangla lagu tu belum wujud lagi. Tapi sekarang bila aku dengar lagu tu, sumpah aku menyampah! Sebab tu aku benci lagu tu!
Tapi manalah abah nak melayan kehendak anak yang banyak songeh time tu. Maka, berkuburlah hasrat aku nak betulkan gigi aku yang ter'ke depan' ni, kesian kan?

Sebenarnya, kalau korang rajin google, masalah jongang ni ada banyak jenis. Salah satunya, jangan tak caya sebab kemalangan yang menyebabkan masalah gusi. Aku termasuk dalam golongan ni. Tercampak dari buaian bawah rumah kampung semasa gigi susu dan gigi kekal saling bercanggah nak ambil tempat. Gila babas terhantuk pada gelegar lantai. Darah keluar jangan ceritalah. Mulut bengkak jangan cakaplah, tapi time tu tak bawah gi klinik pun, sapu minyak aje kat urat yang terputus antara gusi dan bibir atas. Ngeri kan?

Lama-lama tu la baru sedar gigi dah lain. Bila nganga rahang berbunyi. Tapi tak ambil port sebab malas nak menyusahkan mak bapak.

Setakat kena ejek tu, perkara biasa bagi aku dari sekolah rendah sampailah masuk UTM. Bayangkan, mentaliti orang kita, sebab yang mengejek aku tu semuanya Melayu! Macam-macam gelaran dapat. Dari jongang, hantu gigi, yang menyamakan aku dengan selebriti pun ada. Tak cukup ngan tu, siap ada yang buat mimik muka dengan aksi gigi ke depan. Sedih kan? Bayangkan perasaan aku masa tu, bayangkan jugak perasaan terhina tu tetap ada bila diejek walaupun umur dah cecah 19, 20, 21 tahun. Dekat U beb! Memang tak pakai akal!

Tapi time study kat U tu aku rasa dah terlewat nak buat braces sebab kalau kat klinik kerajaan pun kena beratur, mau berjaman tori nak sampai turn. Sempat tua dulu. Nak buat kat klinik swasta pulak, tak mampu. Masa tu takde PTPTN. MARA yang taja aku dengan lebihan duit (setelah tolak yuran segala) sebanyak 800++ je untuk satu semester. Bayangkan, dengan duit sebanyak tu nak teruskan hidup sebagai budak Architecture. Memang rasa kene torcher mental!

Time kerja pulak, niat nak buat ada tapi disebabkan sibuk dengan kerja dan dapat pulak pakwe yang tak kisah gigi aku camna janji hati baik, body cun (hahaha...tetiba je... time tu je la, sekarang mak dah kembang! hahaha!) aku pun jadi tak kisah. Dah malas nak fikir lagipun kos nak buat sangat mahal kalau pergi klinik swasta.

Tapi dah tua-tua ni, bila bersembang dengan Kak Lily Haslina Nasir, niat nak pakai braces tu datang balik. Tambahan pula aku terdengar cakap-cakap belakang yang mengejek gigi aku bila tersenyum masa ambil gambar sebab nampak gusi! Serius cakap, aku memang tak berkenan nak bergambar sebab gigi ni la. Malu sangat. Nak senyum pun memang tak yakin.

Hubby memang tak bagi aku buat. Membazir katanya. Tapi bila aku selalu cerita akan masalah jiwa aku yang tak konfiden nak jumpa orang ramai, yang rasa terhina bila kena kutuk, dia pun memberikan restu! Yihaaa! Ala, kalau lawa pun bini dia jugak kan?

Oleh itu, setelah meluahkan rasa tekad pada Kak Lily, aku pun mula survey klinik swasta yang boleh buat dengan cepat-tak payah tunggu turn. Last-last dah rezeki agaknya, terjumpa satu klinik kat Kota Kemuning ni. Aku pun segera emel doktor itu. Dan ini jawapan beliau:

Wednesday, March 30, 2011 11:59 AM

Hi Nora.
Yes. we do braces for clients aged 30y/o or even older.
The cost depends on the TYPE of braces & the DIFFICULTY of the case. The conventional metallic braces will cost from RM3800. We also have metallic self-ligating braces (RM4800++) and (semi) transparent self-ligating braces (RM5800++). As I mentioned earlier, the price also depends on case complexity.
As for the payment, we allow installments. However, a deposit of about RM1000++ is required during the fitting of the braces.

The appointments depend on whether extractions (removal of teeth) are required as part of the treatment. So, it is best ifyou could visit us for consultation. Please call my managers Miss Tan/Azmin should you need any assistance regarding our clinic hours and consultants in attendance.

Thank you.
Best regards,
Khor Choo Pang (Dr),
BDS MDSc MFDRCSI FRACDS
Director/Principal Clinician


Bila tau macam tu, aku tak fikir panjang, terus redah pergi klinik tu lepas ambil Ik balik sekolah. Jumpa Dr. Khor. Sampai aje, sebut nama aku beliau dah kenal dan tau aku yang emel dia. Wah! Bagus sungguh! Beliau cek gigi aku dan kata memang bagus aku buat braces sebab dia dah tersenyum bila dengar rahang aku berbunyi bila dia suruh nganga. Katanya lagi perhaps braces would solve that problem. Dan braces juga akan buat senyum aku lebih lawa katanya. Ha? Siapa yang tak tergoda mendengarnya, kan? Tapi lemah semangat jap beliau kata,

"Macam kes you, kena cabut 4 batang gigi untuk beri ruang gigi merapat ke dalam dan kena pakai dua tahun,"

Aku dah terbelalak. Gila! Mana pernah aku cabut gigi... inikan pula nak cabut 4 batang! Tapi bila dia tanya nak buat ke tak? Aku terus angguk kepala. Jam tu jugak buat mould gigi.

Lusanya, aku datang balik untuk cabut gigi. Kos cabut sebatang gigi RM50. Jadi total adalah RM200, tidak termasuk dalam kos braces. Menggeletar! Gila, gigi yang sihat perlu dicabut secara paksa. Walaupun doktor bius, sampai mulut rasa senget, liur meleleh sebab deria rasa hilang kejap, tapi bunyi kruk...krak gigi digoyang buat aku ngeri. Sepanjang sejam tu duk pejam mata, tak sanggup nak bukak mata walaupun doktor aku tu, Doktor Chi, kiut, sopan lagi berhemah orangnya! (hahaha... sempat lagi ya che' rose!). Yelah, banyak kali dia mintak maaf bila tengok aku tersentap-sentap. Dua gigi atas bawah belah kanan dicabut serentak. Gigi yang bawah, susah sungguh nak cabut. Bila tercabut dekat seinci panjangnya! Gila! (gambar menunjukkan ruang kosong setelah gigi dicabut. Gila banyak ruang. Nampak sangat gigi memang ke depan)

Lusa tu jugak malang menimpa sebab gigi taring belah bawah yang panjang dekat seinci tu kena infection! Hadui! Dirawat oleh Dr. Andrew. Terpaksa tangguh cabut 2 lagi gigi belah kiri. Seminggu lepas tu baru cabut, oleh Dr. Andrew. Memang betul seperti yang direkomen, bab cabut gigi Dr. Andrew lebih terer. Mujur lepas tu takde jangkitan untuk dua gigi tu. Cuma, gigi taring yang belah kanan tu kena lagi jangkitan. Terpaksa dicuci oleh Dr. Chi. Mak oiiiii! Rasa nak melalak aje! Tangkap urat kepala beb dia punya sakit! Duh!

Kata doktor memang salah satu gigi susah nak sembuh. Aduh! Seksa! Aku rasa sakit beranak sekejap je sakitnya, tapi sakit cabut gigi sampai demam aku dibuatnya. Rasa nak surrender aje tak nak pasang braces. Tapi bila fikir 4 batang gigi dah rongak, kena bertabahlah. Pendek kata lepas tiga minggu dari hari pertama cabut gigi belah kanan, barulah sedia dipasang besi.

Melihatkan aku ni jenis phobia, doktor suruh pasang besi untuk gigi atas dahulu. Dan oleh kerana aku ni tak nak rasa sakit melampau lagi, aku pilih self ligating (RM4800), sebab kata doktor kalau pakai yang tu kurang sikit rasa sakit (berdasarkan survey) dan bergantung kepada pergerakan gigi, masa pakai akan lebih jimat antara lebih kurang 6 - 9 bulan berbanding braces jenis tradisional. Seminggu lepas tu baru pasang bawah punya. Jenis ni takde boleh tukar kaler dan aku pun memang tak suka yang berkaler-kaler.
*ni gambar lepas lengkap pasang untuk gigi bawah.

Sekarang dah sebulan aku pakai braces. Memang rasa kiut tiba-tiba bila ada besi kat gigi ni (hahahahaa). Tapi sampai sekarang aku masih makan soft food dan kena potong kecik sebelum masuk mulut. (Aku memang hairan tengok orang pakai braces boleh selamba aje makan macam-macam) Sebab kalau gigit walaupun cuma gigit hotdog, rasa sengal tetap ada. Sentiasa rasa ketat gigi. Jadi aku memang kena lupakan favorite food macam kerepek, jajan, coklat, daging, sup tulang, etc. Mungkin lepas ni jugak aku boleh kurus sikit memandangkan mitos ada menyebut sesiapa yang pakai braces, akan kurus! Yahuuuuu!!!

Kita tunggu dan lihatlah ya apa hasilnya nanti. Boleh ke tidak jadi lawa macam Misha Omar (hehehe). Aku pun macam tak boleh nak hadam, boleh ke ruang kosong tu rapat nanti? Macam magik aje!*tiga minggu bersama braces*
Nasihat aku pada sesiapa yang nak pakai braces dalam usia macam aku ni, kena sediakan mental dan fizikal secukupnya serta kena sedia laburkan wang ringgit untuk jaga gigi. Macam doktor gigi aku sarankan, aku kena banyak makan vitamin C dan B-complex. Kena banyak berkorban. Sebab apa?

  • Kena cuci gigi setiap kali lepas makan. Pendek kata kena bawak bekal berus gigi. Tapi kalau tak selesa nak cuci gigi kat tempat awam, biasanya aku berkumur dulu dengan Listerine. At least takde ketul-ketul makanan lekat kat besi.
  • Makan main telan aje... kena tolak daging dan semua yang memerlukan kunyahan lebih.
  • Kena pakai berus gigi spesial macam dalam gambar tu untuk gosok celah-celah besi. Berus gigi kecik tu pulak pakai dua tiga kali je dah kena buang. Jadi, memang banyak duit kena labur.(http://www.aso.org.au/docs/orthodontics/caring_for_teeth_and_gums.htm)
  • Masa menggosok gigi lebih lama dan kena bercermin untuk pastikan semua gigi bersih. Yelah, dah penat-penat pakai besi, nanti dah bukak, takkan nak biarkan gigi kuning pulak.
Jadi kepada sesiapa yang nak buat braces atau rawatan gigi di sekitar Shah Alam, bolehlah pergi kat klinik yang aku buat braces ni. Tapi call dulu ya, kalau walk-in alamat berjam la menunggu.

Ooi & Khor Dental Surgery
7A, 1st Floor, Jalan Anggerik Vanilla N31/N, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor
Tel & Fax 03-5122 4331
E-mail : ok_dental@yahoo.com
Location : Klik untuk peta di sini