Thursday 19 April 2012

Saranghaeyo, Arumi! - Final Cover

April 19, 2012
Ini dia... final cover novel Syok! - Saranghaeyo, Arumi! @Arumi Kekasihku!.
Ha, kan dah kata novel ni berbau Hallyu, tengok, siap ada cop mohor lagi...  (*^_^*)
Ini pertama kali kolaborasi dengan Ney Nazwani si vectorian hebat PTS itu bagi menghasilkan cover novel ala K-Pop... 
Suka sangat konsepnya yang aegyo! 
Biarpun, tidak begitu meredhai warna PINK yang menjadi pilihan ramai itu... (^,^!)y

Thursday 12 April 2012

Saranghaeyo, Arumi! @ Arumi Kekasihku

April 12, 2012

Lama aku tak update blog ni...
Bukannya malas, tapi, sungguh, banyak sangat kerja aku nak kena selesaikan. Walaupun kononnya dah buat pengumuman 'tutup kedai' dah tak nak ambil job lain sebab nak fokus pada buku sendiri. Tapi memandangkan bila masa Pesta Buku Antarabangsa 2012 ni nak menjelma, aku korbankan dulu, buat dulu mana yang penting untuk team.

Ini projek terbaru aku dengan PTS Litera. Novel ala K-Pop. Masa dengar idea ni dari Pengurus Litera, Haryani Kamilan, aku dah excited walaupun dah lama benor tak melayan drama Korea. Setakat tahu gitu-gitu aje perkembangan terbaru. Tapi nampaklah, projek ni memang mengujakan. Apatah lagi di 'gu' kan bersama Kak Lily Haslina Nasir dan Ney Nazwani @ Ney Joehan. Memang aku tak peduli pada usialah bila setuju nak buat novel K-Pop ni.

Heronya bernama ARUMI AISY bin ARAMI
Heroinnya bernama AIYANI binti HANIN

Punya gigih nak siapkan, padahal dalam masa yang sama, aku ada tanggungjawab kena siapkan buku cerita berkomik untuk Keluarga Besar Norlina Alawi yang mana Kak Lily Haslina Nasir uruskan semuanya soal cerita. Aku tinggal buat cover, buat layout, buat komik. Fuh! Memang masa tengah buat tu rasa nak surrender jugak sebenarnya. Tapi dah dasar darah Naga Chini kan, semangat tu terlebih-lebih.

Sampaikan punyalah nak siapkan novel k-Pop ni, aku terpaksa memaksimakan teknologi yang ada. Boleh kata, 90% Saranghaeyo Arumi ni aku taip dalam iPhone, sambil-sambil tunggu anak dalam kereta, tengok TV, mahupun masa nak tidur. Gila gigih kan, menaip kat skrin kecik tu. Begitulah... dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tup-tup, 3 minggu siap, aku serah pada editor kecil molek, Cik Adilah Riduan pada hari kasih sayang 14 Februari 2012 sebab cerita ni adalah berkenaan orang yang kurang kasih sayang dan terlebih kasih sayang. (^_^)y

Alhamdulillah juga, tajuk Koreanya, diterima pakai, setelah nyaris ditukar dan buat aku sikit kecewa... Alhamdulillah... lega bila lepas tajuk Saranghaeyo, Arumi ni tapi mestilah ada a.ka. nya, iaitu, Kekasihku, Arumi.

Jadi inilah dia, novel remaja (err... novel remaja lagi...). Dijangkakan pada Pesta Buku nanti, tapi tak tahulah bila... susah nak cakap sebab kalau orang dah faham saat-saat genting Pesta Buku ni, fahamlah kenapa kalau buku tak keluar. Proses ya... banyak proses kena lalui... bukan tulis buku, pap! esok terus keluar. Jadi, para pengarang, sikit sebanyak kenalah ambik tahu proses-proses yang turut memeningkan kepala sesiapa sahaja. Kalau tak tabah, memang boleh mengamuk. Tapi kalau anda cool, anda boleh gelak-gelak, dan bersimpati kepada pengurus dan editor yang bertungkus-lumus nak memastikan keluarnya sebijik buku. Wah! Dah bagi ceramah pulak.

Novel ini bersiri. Ini buku pertama dan dalam halaman belakang, aku ada taipkan ringkasan cerita buku kedua. Bila tu, tak tau lagi. Bergantung kepada kegigihan.

Oh, ya, aku nak ambil kesempatan bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada si gadis aegyo, Fatin Liyana Asri (http://honeykoyuki.blogspot.com/), kerana sudi membenarkan aku melukis mukanya yang serius comel itu dan sangat sesuai sebagai heroin, Aiyani dalam buku ni. Fatin, kamu sangat-sangat sempoi! Terima kasih banyak-banyak kerana sudi memberikan keizinan pada Kak Rose si pengarang bilis ini.

Baiklah, sekiranya buku ni tak sempat nak jumpa korang kat Pesta Buku nanti, aku cuba usahakan jual online. Tapi tak bolehlah banyak. Nanti aku bagitau kat sini.

Okeylah... sekarang mahu sambung kerja, sambil senyum-senyum... p(*^____^*)q
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016