Sep 24, 2013

RINDU ITU CINTA - 2

BY Rose Harissa IN No comments

 *hero credit (with permission) to : Fattah Amin


“PSSTTT…Nisa, mamat yang pakai baju merah hati, kat meja depan tu dari tadi asyik pandang ke sini aje…” Hanim berkata dengan suara separuh berbisik. Bibirnya diusahakan sedaya mungkin agar tak bergerak ketika bersuara.

“Jangan perasanlah...” Aku malas menoleh. Mi goreng mamak yang sedang dinikmati lebih memerlukan perhatian aku dari angkat muka tengok keliling. Sedap!

“Aku rasa dia pandang kaulah!” Hanim membuat kesimpulan rambang sambil berpura-pura menyedut minuman. Padahal aku tengok matanya dah naik kero, mengerling jejaka yang aku malas nak pandang yang mana satu jadi target Hanim. Dia ni bukan boleh kira sangat. Kadang muka macam bai jual karpet pun dia cakap hensem. Taste ke laut!

“Suka hati dialah… dia punya mata. Lagipun kat restoran ni kan ramai orang? Entah-entah dia tengok orang kat meja sebelah kita ni. Makanya, janganlah kita nak perasan sangat!” Aku masih bersikap acuh tak acuh. Sebab rasanya semua mata-mata lelaki kat sini, macamlah tak pernah pandang perempuan single macam kami ni datang makan kat mamak.

“Isk… kau ni… beku betullah…! Tak bestlah nak menggedik dengan kau. Tak team!” Hanim menggeleng kepala bila aku buat tak peduli pada keadaan sekitar.

Tapi Hanim terus mengawasi jejaka yang katanya masih curi-curi memandang ke arah meja kami.

“Hee... aku rasa aku tak salah perkiraan ni. Mamat tu memang pandang kau. Tu, kawan dia pun tengah pandang sini jugak.”

Aku masih tak ambil port.

Tiba-tiba mata Hanim membulat dan dia berseru dengan suara teruja. “Aww! Dia pakai braceslah! Kiutnya bila dia ketawa!” Hanim menekap tangan ke pipi. Bajek comel!

Dek terkejut melihat gelagat Hanim yang di luar kawalan itu, aku spontan menoleh, mencari di mana duduknya si jejaka yang dimaksudkan oleh Hanim.

Mata aku akhirnya bersabung pandang dengan seorang jejaka yang duduk di meja bahagian dalam restoran. Melihat jejaka itu sedang tersenyum menampakkan pendakap gigi, aku yakin itulah orangnya.

Hmm…Not bad! Kategori boleh ‘cari makan’. Bolehlah kalau nak jadi model. Tapi aku malas nak memandang lama-lama, takut si jejaka itu terperasan pulak. Sebab kawan dia pun dah ikut pandang sama.

“Okay, fine, dia memang kiut dengan besi berbaris pada gigi dia tu… tapi perlu ke kau beraksi bajek comel macam tu? Kau tu umur dah nak masuk 29 tahu, bukan budak kolej lagi! Macam tak pernah tengok lelaki lain yang lebih hensem!” Aku menggetus, mematikan rasa teruja Hanim.

“Isk, kau ni! Potong karan sungguh! Bukan senang tau nak jumpa orang lelaki pakai braces.” Hanim mencebik.

Aku geleng kepala tengok gelagat gedik tak sudah Hanim tu.

“Beb... dia keluar beb, dia pandang sini beb! Tengok tu... dia senyum! So sweet!” Mata Hanim tak lepas memandang arah kanan. Tapi aku tetap malas nak angkat muka. 

“Lupakanlah mamat gigi besi tu. Ni, kau tau tak, Zurya dah nak balik Malaysia? Dia ada emel aku, cakap nak jumpa kita.” Aku langsung menukar topik perbualan. Jejaka bergigi besi tu tak menarik minat aku langsung untuk  untuk diperbualkan.

“Tau… dia pun ada hantar emel kat aku…” Hanim menggantung kalimat, berfikir sejenak sebelum menyambung, “…tapi aku hairanlah dengan dia tu. Aku ada send request nak kawan dengan dia kat facebook. Tapi sampai sekarang dia tak pernah approved. Dia cuma balas pm. Bila aku tanya kenapa tak approve, dia bagi alasan jarang tengok facebook. Aku tak percaya langsung! Jarang tengok facebook tapi balas pm aku selang sehari.  Ada jugak aku cuba buat akaun palsu untuk add dia… tapi harammm... itu pun dia tak approve. Kena block lagi ada. Aku rasa dia macam nak merahsiakan sesuatu dari aku.”
Nada suara Hanim jelas menunjukkan dia berkecil hati dengan Zurya.

“Buang masa kalau kau nak kecik hati dengan Zurya. Kita kenal dia dari UNIMAS lagi kan? Macamlah kau tak tau perangai dia yang kadangkala egois, kepala angin tu. Setakat tak ada dalam friend list dia, takkan pulak sampai kau dengan dia putus kawan? Semua tu perkara remeh-temeh ajelah! Asalkan dia tetap balas pm kau, tu dah kira baguslah!” Aku menyuarakan pendapat.

“Memanglah kita kenal dari UNIMAS. Tapi kau kat UNIMAs pun satu semester aje. Lepas tu kau quit lepas—“

Aku cepat-cepat potong cakap Hanim. “Dah... kau jangan ungkit lagi kisah lama tu. Memang aku quit cepat tapi lepas tu, kita masih keep in touch through email, kan?”

Hanim tenung muka aku dalam-dalam. Lepas menghembus nafas, dia berkata, “Setakat emel, buat apa? Lambat dapat feedback kau. Dulu, lepas seminggu, baru kau nak balas, macamlah emel tu kena guna setem, kena pos bagai. Sekarang ni kita dah kerja, dah banyak cara lagi cepat untuk berhubung. Dah lama aku suruh kau buka satu akaun facebook, senang kita nak jejak balik kawan-kawan lama dan tengok apa perkembangan mereka. Kawan-kawan kita pun ada tanya pasal kau. Tapi kau yang tak nak berhubung dengan diorang. Kenapa?”

Masih dengan muka tanpa perasaan, aku menjawab, “Ah, malaslah. Buang masa aje semua tu. Lagipun aku tak nak orang tahu pasal aku. Facebook tu sebenarnya lebih banyak memecah-belahkan manusia. Aku sendiri dah tengok budak-budak kat pejabat aku bergaduh disebabkan facebook. Kenapa? Itu semua gara-gara masing-masing berebut-rebut nak tunjukkan kehebatan mereka. Kemudian pihak yang ini pula sibuk memantau status orang lain. Kemudian bergosip dan timbullah fitnah! Kutuk sana, kutuk sini. Tak payah, aku malas nak memeningkan kepala. Ada emel sebang kat Gmail talk dah cukup. Lagipun aku mana ada kawan lain selain kau dengan Zurya…”

Hanim terdiam seketika. “Aku memang kagum dengan pendirian kau tu tapi aku jugak  tak faham dengan sikap kau, Nisa. Aku bukan suruh kau jaga tepi kain orang lain tapi untuk kawan-kawan contact, cukuplah. Saling ambil tahu dan ambil berat, apa salahnya? Tapi kau suka bawak diri. Aku hairan, macam manalah kau boleh bersikap ‘kering’ macam tu? Kau memang tak ada perasaan langsung ke?”

“Perasaan aku dah lama mati, Hanim. Dah 11 tahun! Maknanya, kalau dah mati tu, mana boleh hidup semula!” Aku bertegas, seraya mengangkat punggung dan berlalu ke kaunter bagi membuat bayaran.

Hanim terpanar di kerusinya. "Beb... kau masih tak boleh lupa ke?"

"Sampai mati pun aku takkan lupa apa yang dah jadi."

"Dah jadi sejarah pun, kenapa kau dendam sangat?"

"Memang sejarah lama... tapi aku yang tanggung semuanya!"

"Eee... aku tak fahamlah dengan kau ni!"

Memang aku tak nak Hanim faham dan dia tak perlu apa yang aku pendamkan selama ni...

0 comments:

Post a Comment