Jun 27, 2014

Hunky Avian Funky Arisa... cubaan LHN & RH mendidik melalui penulisan

BY Rose Harissa IN , , 23 comments

Perghhh... tajuk kemain lagi... hahaha...

Hari ni... saya ke sekolah... berbincang dengan cikgu pasal prestasi anak. Sebagai cikgu dan mak, kami sama-sama menyatakan kerisauan tentang Gen-Y... tentang silibus pelajaran yang semakin mencabar, tentang anak-anak Gen-Y yang tak fokus... dan terkeluarlah isu pendidikan seks.


"Tahun depan, budak-budak KSSR ni dah mula belajar reproductive system, puan... kita dah tak boleh nak malu lagi dah... budak-budak sekarang ni, kita dah tak boleh cakap bebird... pepet tu semua dah... kena cakap terus terang...kena ada gambarajah baru diorang faham..."


Saya gelak-gelak. Saya pun mula berterus-terang dan bersembang yang benar dengan cikgu.

Balik rumah, saya belek semula buku Avian Arisa. Dalam hati berkata, "Aku dengan kak Lily dulu berhempas pulas buat buku ni, orang tak pandang pun... sekarang Kementerian dah tekankan isu ni...hmmm... rugilaaahhhhh..."

Sebagai pengarang, saya sakit hati sebab isu pembelajaran ni pernah saya dan Kak Lily Haslina Nasir bangkitkan suatu ketika dulu. Kami mungkin mak-mak yang garang tapi dengan anak-anak kami selalu cakap direct.

Sebagai pengarang, kami sering dicari orang-orang penerbitan PTS untuk melakukan projek baru dan diminta memberikan idea bernas (secara rahsia dalam ertikata lain geunine pig penerbitan). Maka saya dan kak Lily bangkitkan isu ni... nak buat buku pasal masalah budak-budak tentang perkara-perkara yang perlu mereka tahu tentang persediaan akil baligh.

Target dan sasaran tentulah budak-budak baya anak kami sendiri, Haiqal dan Ik yang waktu tu baru darjah dua dan satu. Sebab waktu tu mereka sendiri dah mula tau apa itu haid... bla bla...

Maka dengan niat murni, nak mendidik anak-anak melalui buku, saya dan kak Lily bersemangat waja, memulakan sesuatu yang baru... demi mencapai visi penerbit, memandaikan bangsa.

Gigihlah kami duduk bersila di Kino KLCC. Angkut segala educational teen punya buku untuk jadi rujukan. Betapa terujanya kami berdua berangan nak setanding dengan buku omputih. Comel dan ber'knowledge'.

Saya offer diri untuk buat layout, cover, lukis comic, grafik, dan susun atur huruf demi tak nak menyusahkan designer PTS untuk ikut kemahuan kami. Sampaikan kami angkut anak-anak berkampung di Bangi Kopitiam Dolomite, dari pagi sampai ke tutup kopitiam sampai semua menu kami try demi takut dihalau... demi nak menyenangkan kerja pihak penerbit.

See? Gila tak gila RH... ada ke pengarang dalam Malaysia yang tau buat semua dari A to Z sebuah buku, sampai bertunggu tangga di printer cek CTP? (tu pun ada jugak silap... bila dah jadi buku padahal rasa dah betulkan semua dalam PDF)


gigih dapatkan kata pengantar dari bonda TKC... yang tak layan sembarangan buku...
[caption id="attachment_2477" align="aligncenter" width="474"] gigih dapatkan kata pengantar dari bonda TKC... yang tak layan sembarangan buku...[/caption]
Tapi... halangan dah mula nampak awal lagi. Saya tak masuk meeting... sekadar menerima arahan, itu tak boleh ini tak boleh... sampai naik muak.

Sebenarnya kami berhajat buat watak Avian Arisa ni umur-umur Ik dan Haiqal... tapi pihak penerbit mintak up jadi watak budak sekolah menengah baru nak baligh. Payah... padahal kami ada pengalaman dengan anak-anak sendiri...

1) Saiz buku — cabaran buat saya. Terasa dipermainkan. Sekejap saiz itu, sekejap saiz ini... bayangkan... dengan grafik dan comic, bila sesuka hati pihak atasan mintak tukar saiz... saya rasa tak ada designer yang tahan. Dekat 9 kali diubah... tapi saya bertahan... demi nak hasilkan jugak sesuatu untuk Gen-Y.

2) Isu nama AVIAN — ditentang kerana nama tak Melayu. Saya bengang... dah saya kata, buku ni bukan untuk Melayu semata... sebab tu saya pilih nama AVIAN! Supaya semua kaum boleh baca.

3) Isu kartun berlengan pendek, berseluar pendek, tak bertudung — Pun menguji kesabaran saya. Kerana saya merasakan pihak yang berada dalam meeting itu tak faham konsep. Dah sah-sah buku itu untuk budak-budak belum akil baligh! Sumpah saya rasa nak jerit kenapa ortodok sangat... padahal kartun saya tu ala chibi.

4) Isu lukisan dan rajah organ lelaki dan perempuanagain... masalah ortodoks. Saya lukis dalam bentuk kartun yang kiut-kiut, bukannya real illustration supaya budak-budak senang faham. Again, orang-orang dewasa yang berada dalam meeting board tak mengerti.

5) Layout — angan-angan kami nak buku yang free-flow, comel, macam buku omputih tak menjadi... bila mana, saya terpaksa akur kehendak penerbit yang mahukan layout ikut undang-undang buku. Hmm... sedih... terus buku jadi rigid.

Buku ni memang penuh airmata... penuh effort dari kami. Hajat nak mengelak budak-budak dapat maklumat salah dari sumber lain. Berjanji dengan pembaca akan keluar pada Pesta Buku 2011. Ribuan ringgit kami habiskan demi nak menyambut buku ni di pesta buku. Macam kenduri kahwin, dengan bunga telur, goodies bag bagai.

kemain menghabiskan duit, buat bunting, goodies, t-shirt segala...

Sudahnya hujung Jun 2011 baru muncul.

Ya, kami memang nampak halangan buku ni, dari tajuk, cover, kartun sampailah dah terbit. Semua benda jadi isu.

Bila dah keluar, kami terus nampak halangan yang sama. Malah ada kami dengar dari kalangan penulis sendiri yang berpesan supaya ibubapa memantau anak-anak daripada membaca buku ini. Kalau tanya, kami memang KECEWA, sebagai pengarang, sebagai mak-mak bila ada mak-mak lain yang melabelkan buku tu tak patut dibaca walhal di sekolah anak-anak dah lebih advanced.

Sampaikan saya tertanya... diorang ni tak ambil tau ke pasal apa anak-anak belajar kat sekolah?

Kenapa mesti sekat buku yang berilmu? (bukan puji buku sendiri tapi sebab kami buat kajian untuk hasilkan buku ni)

Kenapa mesti ortodoks?

Sexual education - Fundamental facts of life!

Bukanlah maksudnya kita ni kena mengajar anak menge'seks'. Ini pun kena tune sikit otak.

Saya sendiri dengan Ik, selalu jerit kalau dia tengah 'boner'. "Hoi! Kau fikir awek ye sampai 'tunit' kau tegak macam tu?!" *saya sebut tunit kasi comel sikit bunyinya...hahaha*

Ya... dia kecik lagi... baru darjah empat... tapi saya selalu dengar cara dia bersembang dengan kawan-kawan dia... dah tahap sekolah menengah... So, sebagai mak yang pernah belajar di University Of Discovery Malaysia (gelaran untuk UTM), saya kena berfikiran terbuka sementelah saya dengan suami sendiri cakap direct aje.

Dulu waktu Ik baru nak tadika, tertangkap juga dia sedang menatap lama gambar seorang artis perempuan yang menayangkan dada gebunya di sisipan RAP. Memang kena jerit.

Zaman la ni... banyak sangat sumber melucah tanpa perkataan... Kita tak boleh samakan dengan zaman kita yang mana mak bapak tak ajar benda-benda macam ni. Zaman media sosial, kita pun sebagai ibubapa kena berubah setakuk. Ego kena ketepikan. Malu kena tahan kejap.

Kalau tak, anak ada banyak cara lain nak belajar. Media sosial.

Masa ni, jangan salahkan novel. Salahkan pemikiran anak yang tak tau bezakan mana buruk, mana baik... sebab ilmu asas tu tak ada. Dan jangan menyesal kalau anak-anak GEN-Y ni cakap, mak ayah saya tak cakap salah pun... tak ajar, tak larang, tak bagi ilmu.


  • Atau nak ke tunggu, anak dara menangis bawak perut ada isi sebab tak tahu... bila penis masuk melalui vagina, sperma akan berserakan dan kalau sperma itu aktif akan disenyawakan dan menjadi zuriat?

  • Atau anak lelaki bangga sebab tingkatan tiga dah berjaya menabur benih di ladang wakaf?

Haa... ambik kau! Maaflah ye... RH memang tak reti cakap berlapik. Kak Lily sendiri selalu kata macam tu... tapi mak tak kecik hati... hahaha...

Beleklah dulu isi dalam AVIAN ARISA sebelum korang gigih palu kompang kata buku tu lucah. Biarlah penerbit kata buku ni slow, tapi saya dan kak Lily tetap rasa buku ni paling rich dengan pengisian dan paling cun pernah kami buat bersama.

Kalau tak banyak... sikit pun jadilah asasnya sampai ke otak anak-anak supaya sel otak berhubung, sexual education fundamental + agama, kena jalan seiring di zaman media social berkuasa ni... kalau tak... habislaaaaa...

cover asal yang saya suka... plain... simple... tapi menangkap mata

Nah... saya tempekkan sikit isi dalam... korang nilailah sendiri lucah ke tidak... patut ke buku ni dipantau, patut ke ibu bapa menghalang anak-anak baca buku macam ni...?









Kenonon nak bersambung... siap suruh budak-budak tunggguuu sebab Kak Lily dan Kak Rose nak bagi hadiah bonanza... sudahnya buku masuk peti besi.... :'(

Bila kreativiti pengarang terhalang... oleh sikap ortodoks yang tak kena tempat... haihhhh...
Cc: Kak Lily Haslina Nasir (mari mengimbau nostalgia tentang komitmen dan dedikasi... kita kan selalu jadi geunine pig... huahahahaa...)

23 comments:

  1. Salam RH.
    Wah. Tajuk entry tak menahan betul. 3-4 kali baca pun masih tak faham. Kena baca isi baru buleh faham.

    Saya hanya pembaca. X pernah tahu apatah lagi faham jerit perih seorang penulis. Sbb tu saya cuba elakkan dr kutuk semua buku/ novel yg saya baca. Yg best saya puji. Yg kurang masuk dgn saya, baik ku diam. Sbb selera pembaca lain2.

    Saya mmg jarang beli buku PTS. Nnt saya cari buku ni & baca sendiri. Tp dr input di atas sememangnya ini adalah sesuatu yg anak2 perlu tahu. Dan sbg ibubapa sepatutnya ia jd salah sebuah naskah yg boleh jd sumber rujukan utk kita sampaikan kpd anak2.

    Tp hakikatnya masih ramai ibubapa yg tak ajar tentang benda ni kt anak2.

    ReplyDelete
  2. Bagus buku ni.. memang patut diteruskan.

    ReplyDelete
  3. Anak lelaki yg darjah 4, baru abah dia nak cerita pasal "cukup umur" dia cerita balik kat abah dia.. rupanya cikgu dah start ajar pasal ramai budak2 yg tak sedar dorg dah akil baligh. Anak saudara yg lelaki umur 11 tahun pun ada yg dah akil baligh.. terkejut dengar pasal rasanya zaman kita dulu tak pernah dengar seawal tu cukup umur . Budak2 sekarang dah makin cepat matang kot.

    ReplyDelete
  4. Sangt setuju dengn rose...cra didikan ibu bapa sekrang tdak bleh diaamakan dgn zaman dahulu....intetnet berleluasa....pngaruh luar lgi hbat....so sbgai ibu bapa kita pn kna tngktkan ilmu kita ttg menagani anak anak gen y ni....baru bc sket bku ni tpi rsa terbaek..keep up a good work rose

    ReplyDelete
  5. Perlu sangat pendidikan seks sekarang ni buat melindungi anak2 dari sexual predator. Has dengar dari kawan, di sukabumi Indonesia kanak2 seramai 89 dirogol oleh seorang lelaki. Dah lama benda ni berlaku tapi takde sorang pun ibubapa tau sebab budak2 ni tak tau apa yang dilakukan keatas mereka tu salah

    ReplyDelete
  6. Salam dear Zai...
    hahaha... saya tak tau la penulis lain macam mana... tapi saya ni dengan kak lily memang banyak liku... dan selalu dimintak buat sesuatu yang baru...

    Buku ni pun sebenarnya detail lagi saya buat... tapi banyak dah kena caras dan tone down... sampaikan usia watak pun tukar jadi besar sikit...

    tak apalah... cabaran macam ni biasanya akan mengentalkan lagi semangat...

    ReplyDelete
  7. dah takde dah... :'(

    ReplyDelete
  8. betul yang... saya pun tak faham kenapa ada yang marah pasal buku ni...
    sebab budak2 sekarang sekolah rendah dah belajar... masalahnya yang bercakap tu pun ada anak sekolah rendah... saya tertanya dorang tak menyembang ke dengan anak2?

    mmg budak sekarang cepat baligh... sunat aje darjah 3, darjah empat sore dah lain bunyi... jalan pun kontrol macho... heee

    ReplyDelete
  9. kan? tak leh ikut cara mak bapak kita didik... kalau kita malu, anak-anak sebenarnya dah tak malu bercakap dengan kawan... sudahnya kita yang malu sendiri sbb tak mampu ajar anak sendiri...

    tengkyu darling... :)

    ReplyDelete
  10. haaaa... betul has... ada budak tak reti... ingat tak salah... budak sekarang otak kita kena sumbat... kalau tunggu depa cari tahu sendiri... habis laaa...

    ngeri baca citer has tu...

    ReplyDelete
  11. saya sebagai orang dewasa berumur 33 tahun banyak lagi tak tahu pasal reproduktif system. bilakah masa atau umur yg sesuai untuk sy terangkan pada anak lelaki saya atau anak perempuan saya ye kak rose. anak lelaki saya dah umut 11 tahun... yg perempuan 6 tahun dan 3+ tahun

    ReplyDelete
  12. dah elok sangat bagitau anak lelaki yang umur 11 tahun tu... kalau malu, bagi je baca buku ni cari buku 2ndhand... (hahah bukan promot tau sbb akak takde royalti dah... buku ni dah pupus)

    ReplyDelete
  13. hurmmm...kena cari buku ni sebab saya pun takde pengetahuan yang mendalam secara saintifik untuk terangkan. tq kak rose... ;)

    ReplyDelete
  14. eina firman az zahraJun 27, 2014, 9:10:00 PM

    Assalam kak...bagus buku ni,blh d jdkn panduan tuk anak2,dkt mn ye blh dptkn?...

    ReplyDelete
  15. Salam kak RH.. Agreed. Bila saya tanye, ape tu ape ni and my parents just said, i dont know and its not the time you should know and you will know soon. Soon? When? Hermm. Dan masih ramai orang fikir perkara ini masih taboo untuk budak-budak macam saya. Tapi its quite weird jugak since buku akak takde la lucah. Its just facts and all based on science kan? Yela, ortodoks kan. Semua salah. Ape pun, banyak info for me since saya baru 16 tahun. Sayangnya, dah takde di pasaran. I have to say here, its really worth to buy and read it for teens. Yeah, for me also. :)

    ReplyDelete
  16. Bagus info dlm buku ni kak rose, tu baru baca sikit kalu khatam sebuah buku penuh ilmu di dada...syg sejuta kali syg kalu terkubur begitu saja kan...hmmm...

    ReplyDelete
  17. Rasa nak bc pulak buku ni...tq RH.

    ReplyDelete
  18. Bg saya buku ini punya ilmu yg sgt bernilai..
    RH & LHN dah memudahkan tugasan ibu /bapa & guru..
    Walaupun ramai yg mengaku berfikiran terbuka tp isu ini mmg xmudah utk ditangani..
    Akan cuba cari buku ni sbb sy ada ramai anak saudara jd buku ni panduan yg bagus bila berhadapan dgn soalan2 mereka yg xberkesudahan.. :)

    ReplyDelete
  19. Akak,sy x nafikan buku ni banyak info. Bukan sekadar untuk kanak2 (fokusnya) sahaja, tapi untuk seorang dewasa macam sy. Huhu

    ReplyDelete
  20. Grah ada beli buku ni, walaupun cover bukan cover asal akak yg plain tu, but trust me, the current cover memang selalu menjadi daya tarikan utk adek2 saudara grah yg nmpak buku tu di rak buku2 grah. Confirm diaorang nak pinjam and grah akan kasi pinjam punya sebab memang dorang patut tau pun kan. Buku ni memang berguna, simple and senang utk dipahami. Hope buku akak RH and akak LHN ni akan dicetak kembali. Aminn.

    ReplyDelete
  21. Cari cari cari buku inintuk isya & diha ..hemm mana nk cari.. rose bolh cop IK jd CUCU MENANTU sama umur dgn isya & muda 1th dr diha ha3....

    ReplyDelete
  22. Menarik. kena cari ni.. untuk tambah ilmu budak sekolah. sbb cikgu pun tempat rujukan budak. sampai xtahu nk jawab dah.. huhu

    ReplyDelete
  23. Mama nak kata kat sini Tahniah RH & LHN dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penulis hebat ini kerana telah berjaya menghasilkan karya Avian Arisa. Mama dah beli dan baca buku ini dan mmg amat amat hargai atas segala idea dan usaha penat lelah korang untuk terbitkan buku ni. Rasa sangat lega sbb buku ni boleh bantu Mama utk kongsi maklumat dan cerita pada anak lelaki remaja yg umur 13 thn. Ya Mama setuju parents zaman ni kena lebih terbuka, buang rasa malu utk perkara yg penting spy anak-anak kita dapat ilmu yg betul dan faham dgn jelas. Mama harap korang teruskan berkarya, pedulikan segala komen yg tidak membina/menyokong usaha murni kalian. Semoga kalian sentiasa dalam rahmatNYA. Teruskan perjuangan kalian, Mama doakan kalian terus maju jaya

    ReplyDelete