Monday 23 June 2014

KUPASAN NOVEL GUY NEXT DOOR oleh Ariee Mattdespatch

Review novel Guy Next Door paling saya suka...  bukan bintang atau rating yang RH harapkan... tapi apa yang pembaca dapat tangkap dari isi setiap novel yang di tulis. Dan ya, saya memang suka buat pembaca berprasangka waktu baca karya RH sebab saya nak tengok... mereka dapat tak? Fikir tak? Mengangguk ke tidak... bla bla bla... sebab tu setiap novel saya akan cuba tukar gaya bercerita... dan saya tahu, sebab tu la bukan semua orang yang sama suka semua karya saya... :D
Terima kasih kepada novelis Ilya Abdullah sebab berkongsi review ini dalam pm kepada saya. Kepada Ariee Mattdespatch, maaf Kak Rose tempek tanpa kebenaran awak (sebab kak Rose takde FB personal)... tapi sungguh, review awak yang paling Kak Rose suka. Nanti boleh claim AKBYG (kalau ada rezeki jadi buku).
Review Ariee ni sesuai untuk orang yang kata tak faham/keliru dengan penggunaan POV1 dalam GND.

Saya senyum je... sebab nampaknya mereka tak faham, setiap bab, POV1 adalah dari Adam dan Kris, bukan RH yang bercerita. Maksudnya, segala prasangka aku-KRIS dijawab aku-Adam dalam bab baru....vice versa...

Alhamdulillah... sekali lagi Ariee, terima kasih atas kupasan detail yang awak bagi ni... <3


Sebuah Novel Dan Seorang Ariee

Tajuk : Guy Next Door

Pene : Kaki Novel

Penul : Rose Harissa

Harga : Rm 21.00 Sm

Secebis Ulasan Secangkir Luahan

Sinopsis Novel

Guy Next Door berkisar pada Kristal iaitu seorang ank tunggal kpd pasangan MakCik Umi dan Pak Amid yg tinggal berjiran dengan Adam Putra.Kristal ataupun Kris adalah seorang gadis yg bersikap persimis pd jirannya iaitu Adam hanya akibat drpd rasa dipinggir ibubapanya dan rasa ego yg merantai diri.Kristal juga seringkali tidak mengendahkan keadaan sekelilingnya akibat hanyut dlm musim percintaan yg hangat bersama Fandi.Konflik terjadi apabila Fandi berkahwin dgn Tun Nazuha atas sebab satu insuden yg menyebabkan Tun Nazuha mengandung.Demi mengisi ruang kosong dlm hidupnya akibat kehilangan Fandi,Kristal menjadi kian rapat dgn Adam iaitu jiran sebelah rumahnya yg juga seorang kartunis yg menempa nm di luar negara.Pada ketika itu berbagai kejadian terjadi hingga membibitkan satu perasaan aneh dlm diri kristal....Dari sudut Adam Putra pula.. Kristal ada seorang gadis yg mempunyai auranya yg tersendiri.. selama lebih drpd 5 tahun dirinya tidak bertegur sapa dgn jirannya itu walauhati tertarik pada sang gadis di sebelah rumahnya akibat dr sepengetahuanya bahawa gadis itu telah mempunyai kekasih.Rasa cinta yg tersimpan kemas dlm lubuk hatinya tidak terungkap malah dia hanya berserah pada takdir hinggalah peristiwa Kristal terputus kasih dipertengahan jalan.. dan ruang kejadian itu seakan membuka jalan kepadanya untuk semakin rapat dgn Kristal dan dgn segala rasa yg terpendam itu Adam seakan menzahirkan semuanya melalui sikapnya yg mengambil berat dan seringkali menemani Kristal bersembang.. Apakah kejadian seterusnya.. hayati nvl Guy Next Door karya terbaru dr Rose Harissa ini secara sepenuhnya dgn memiliki sendiri di dalam versi cetak yang kini hangat di kedai kedai buku berdekatan anda...

Review Aku Pada Novel GND

Firstly yg berada dan bermain di kepalaku akibat dr pembakaran muka surat nvl ini di Facebook oleh pembaca nvl yg lain.. "Huh.. aku harus carik sampai dapat buku ni..secepat mungkin!!"..Demi setelah nashkah yg meriah dgn berbagai mainan warna pada covernya itu berada di hadapan mata, terus mataku meratah setiap baris ayat ayat yg terukir diatas kertas yang berwarna putih.Melihat pada seawal bab karya terbaru Rose ini maka hatiku seakan menjerit keraguan pada karya ini..malah jeritan itu kian bertukar kpd sedikit prasangka yg berlegar di dalam ruang benak pemikiranku tentang sebuah lagi karya yang seakan sama bentuk gaya teknik penulisannya.Akibat dari itu perasaan prejudis kian mengembang mekar hingga aku gagal meneruskan pembacaan kerana hati yang dirasuk perasaan membandingkannya dengan sebuah lg karya yang pernah kubaca.Akibat dari sebuah komen seorang kwn penulisku di ruang mukabuku.. aku bertindak serta merta dgn memutuskan semua kaitan dan melumpuhkan terus hasutan jahat yg bermain dengan enak didalam hati..Dengan pembacaan bersama keterbukaan minda serta perasaan yg kian santai maka aku menemui beberapa elemen menarik dlm GND ini....

TEKNIK PENULISAN

Suatu penggunaan teknik yg bagi diriku seakan sukar kpd pembaca yang baru mula bertatih dalam dunia pembacaan nvl kreatif.. bagi diriku nashkah ini adalah sebuah garapan yang tidak bersifat mesra pembaca dimana penulis tidak meletakan sedikitpun "caption" atau apa2 tanda bahawa kita berada di ruang diri watak siapa.. TETAPI... jika dilihat atau dibaca degan secara teliti.. maka teknik inilah yg dinamakan "play with the mind"..teknik sebegini lebih merangsangkan sikap dan deria keterujaan kita dan sikap ingin mengetahui kita pada darjah yg paling tinggi...malah kita juga dibiarkan meneka dlm kesamaran tentang.."apa akan terjadi" akibat situasi itu...atau apakah tindakan kita(watak) selepas ini..Tahniah diatas kebijaksanaan penulis yg bijak memaksa hati dn perasaan saya berlibang libu dalam mendasari karya terbaru beliau ini.Sesungguhnya penggunaan "PoV1" pada karya ini dgn cara sedemikan penulis sebenarnya memviarasikan berbagai perasaan didalam hati pembaca dn membakarnya hingga menjadi rentung apabila berbagai konflik yg tercipta disambung dgn baik dn jitu.Sayugia kita perlu maklum..Dengan penggunaan teknik sebegini kita seakan mempertaruhkan karya kita dalam pertimbangan tewas atau menang dalam melarut perasaan pembaca pada karya kita itu..jika plot dan subplotnya tidak disusun dgn baik maka seluruh karya itu bakal hancur akibat pembaca gagal menyelami diri watak dan mencerna sikap dan karekter watak yg dicipta... tetapi karya ini SANGAT BERJAYA merusuh hati para pembacanya dgn mengaplikasikan "aku" sebagai watak utama secara bersilang.

WATAK DAN PLOT NOVEL

Seluruh kejayaan novel ini bagi saya adalah terletak pada jalinan kukuh plot pada setiap watak yg dicipta.Kita seringkali terbaca atau terdengar ada sebahagian drpd penulis sering berkata.."saya suka menulis sebab saya boleh bermain dgn watak ciptaan saya"..Serius.. kadangkala timbul juga persoalan pada benak saya..." beraninya dia berkata sebegitu... tahukah dia maksud 'play with your own creature' itu.. ? bolehkah dia menterjemahkannya pada karyanya itu? Satu pelajaran baru yg serasa saya wajar bg para penulis baru untuk melihat dan meneliti pada karya ini.. Inilah dimana apa yg dikata.."bermain dgn watak ciptaan saya" itu.. jalinan watak yg mempunyai berbagai sudut perasaan dan tidak statik pada urutan layer konfilk malah lansung tidak terkeluar dr jaluran plot utama atau sublpotnya menyebabkan kita memiliki seluruh perasaan pd watak Kristal atau Adam dan kadang2 hati kita seakan bertempur sesama sendiri dlm menakrif sebuah keputusan atau mainan perasaan yg dilakukan watak2..itulah yg dinamakan "bermain dgn watak" apabila pembaca kadang2 menyosong daya imaginasi kesendirian mereka dlm melunaskan tuntutan hati akibat permainan dalaman watak yg dicipta.Kekemasan plot nvl ini pada awalnya meragui minda saya dn cuba meragut pergi seluruh kepercayaan yg sy buahkan pada karya terdahulu penulis iaitu Wasilah Cinta Weera..Plot novel ini seakan sebuah lori kontena yg mendaki jlnraya ke Genting Highland..ia terlalu perlahan...Seawalnya hati saya tertanya tanya juga..:kenapa?".. maka dengan meneruskan pembacaa saya dapat merungkai jawapannya.. penulis membuat satu titik awal kepada hati pembaca..penulis melarutkan pembaca pada setiap isi lekuk penceritaannya dari awal bab dan mengenalkan sikap dan perwatakan watak..melegarkan watak pada plot dn subplot yg hanya berliku liku dlm daerah kekeluargaan watak utama sebelum memecut penuh tenaga apabila tiba di pertengahan konfliknya.. sekali lg kelebihan pengalaman penulis memainkan peranannya disini walaupun pada awalnya karya ini seakan garapan bernada santai..tetapi apabila plotnya mengoyak langkah semakin laju maka bertebaranlah kerikil ketidakpuasan ditepi landasan laluannya hingga pembaca terhenyak dlm berjutaan permainan rasa yg kukuh dipahat kedalam hati..

GAYA BAHASA

Secara terangan nvl ini adalah termaktub dlm kategori nvl santai dgn berbagai suntikan humor.. dan kebijaksanaan penulis memainkan gaya bahasa dlm caranya yg tersendiri mmg menyerlahkan bakat penulis dlm bidang ini.Segerombolan ayat2 sinis dn puitis hasil lantunan perdebatan dua watak utana menjadikan saya dipaku dgn penuh pesona.Malahan segala baitan ayat ayat puisi atau kata2 yg diambil dr peribahasa Inggeris menambahkan seri menawan dlm karya ini.Secara mendalamnya bagi saya.. penulis mmg bijak menggunakan gaya bahasa pertuturan dan persekitaran yg dicipta demi meraih seluruh perasaan yang membekas di dlm jiwa pembaca yg ditanamkan dgn diri watak ciptaannya.Pengguna bahasa Inggeris dlm nvl ini bagi saya ada satu kepentingan sebagai sebuah sifat karya itu sendiri..yg dicipta dlm bentuk budaya masakini dan watak serta sifat perwatakan watak yg berpendidikan tinggal serta bermastautin di luar negara..maka konflik penggunaan bahasa luar tidak timbul malahan ia adalah satu suntikan keperluan yg penting dari jarum plot yg dicipta..

KESIMPULAN KEBAIKAN NOVEL

Bagi saya..novel ini adalah satu hantaran mesej sinis pada masyarakat.Kadangkala kita seakan melupakan hidup dlm konteks permasyarakatan hanya bersandarkan pada sifat tidak mahu mengambil tahu tepi kain oranng.Sedangkan didalam masyarakat yg merasakan diri mereka semakin moden nilai nilai murni itu sebenarnya penting demi melunaskan suatu perintah dari Pencipta Dunia ini dn dengan hidup dlm eratnya tautan kemasyarakatan menjadikan sesebuah komuniti itu kukuh dan saling bantu membantu serta meringankan beban yg terpikul seandainya jika bersendirian.Malahan penulis juga meletakan satu kod etika pergaulan dlm bermasyarakat yg bagi saya terkadang seringkali kita hanya membaca atau cuba mengambil faham suatu dr satu sudut tanpa memperdulikan sudut yg lain..contoh ketara.."penulis meletak pertanyaan kpd segelintir individu yg merasakan mereka terlalu islamik hingga terlupa adat dn adap hidup dlm bermasyarakat dgn baitan ayat penggunaan "sudu" ketika majlis kenduri..serius kita sering terjumpa keadaan sebegini apabila kita bertamu dlm sesuatu majlis keramaian dimana ada daripada sesetengah org masih gagal merasai sensitiviti hidup bermasyarakat dn cara kod pergaulannya bilamana penggunaan tgn kanan yg berlumuran dgn hasil nasi yg beradun dgn kuah pada jarinya ketika mengambil sudu..malahan ada ketikanya keadaan lebih mengejutkan lagi. Adakah kerana kita mempraktikkan nilai islamik maka kita harus keterlaluan dlm memanifistasikannya??

Secara sedar atau tidak kita juga dipertontonkan gaya cinta para muda mudi masa kini dimana segala rasa perasaan cinta itu diluahkan melalui mekanisma sentuhan dr pasangan masing masing..dn kita juga diperuntukan utk memikirkan kewarasan dlm ertikata berkasih sayang dgn lontaran maksud..bolehkah? dn bagaimana jika ikatan perasaan itu tidak menjejak pelamin..dn bagaimana jika perihal pergaulan dan tindakan kita itu disebarkan pada khlayak umum?? fikirlah sendiri dn ambil iktibar dr karyaku ini kata penulis pada pendapat saya..

Perkara yg TERPENTING dan MENJADI INTIPATI kepada novel ini adalah kupasan akhir saya.. Kenapa kita seringkali merasakan tindakan kita yg gagal menceritakan sesuatu kepada orang yg mempunyai kepentingan dlm diri kita itu satu sikap yg baik? Nahhh... Disinilah Terbenamnya TEMA NOVEL INI...iaitu "Prasangka atau Tanggapan" yg terhasil dari sikap kita yg suka menyorok sesuatu hanya dgn berpendapat orang lain telah pun tahu...atau apaperlunya orang lain tahu..sifat dn sikap sedemikian byk menimbulkan implikasi buruk berbanding baik malahan ia terkadang membiarkan hanyutan perasaan yg jauh dari sebuah kebenaran.Sikap berterus terang sebenarnya cermin kepada kejujuran dlm pentas kehidupan sesorang..malah dgn bersikap jujur kita sebenarnya berjaya mengelak gayutan syaitan dari tangkai hati orang lain..sungguhnya jgn suka memendam sesuatu perkara penting atau kurang penting bagi diri kita kerana ia bakal melumpuhkan sistem kepercayaan malah terkadang ia bisa merobek dan menghancurkan hati orang lain..tetapi dlm berjujur ada ketikanya kita perlu juga menapis kejujuran itu..disitulah terletaknya seluruh akal dan minda kewarasan dlm mencipta sebuah keputusan..

Menggulung review saya ini..secara keseluruhan bagi saya nvl ini adalah satu karya hebat dari penulis yg hanya bersandarkan pada sebuah topik mudah tetapi cara nukilan penulisnya meletakkan karya ini berada didalam suatu ruangnya yang tersendiri..dan anda diluar sana wajib memilki karya ini dan mendapatkannya segera dan hayatinya.. Sungguh berbaloi baloi karya ini dgn sedikit wang yg terkeluar dr dompet kita..malahan terdapat seribu kebaikan dn sejuta riuh perasaan yg bakal berkompang dlm hati anda jika ia menjadi hak anda..rasai sendiri sepetimana saya rasai kini....

wassalam

ikhlas darpida

Ariee Mattdespatch

22Juni2014

Malaysia

29 comments:

  1. Saya setuju.. saya lah peminat setia novel rose harissa dan nora Ismail..novel yg padat dgn segment penceritaan tp masih santai untuk dbaca..menerbitkn beberapa perasaan yg masih boleh di handle..saya suka3..semua author yg saya suka memang berlainan cara penyampaiandlm novelnya..tyvm

    ReplyDelete
  2. Norashikin Che Murat23 June 2014 at 22:02

    Terbaik..

    ReplyDelete
  3. kak RH...so skrg nmpk x...akak dh berjaya smpi kan 'sesuatu' dan ada yg memahami..pd yg duk kondem2 tu abaikan...anggap mcm angin lalu je tau..teruskan usaha...

    ReplyDelete
  4. cut the crap..baca novel bukan untk ilmiah..untuk santai menenangkan otak..pening baca comment diatas..

    ReplyDelete
  5. pening? takpela... jangan susah payah baca...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... <3

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... rasa sikit lega... <3

    ReplyDelete
  8. tahniahhhhh kak Rose.... karya yg ikhlas dr hati akak...alhamdulillah smp kepada pembaca mcm kami ni. .teruskan berkarya kak rose..jgn berhenti...ur peminat always support u sis...

    rinduu my adam n kristal...

    ReplyDelete
  9. miss like a.k.a yanie23 June 2014 at 22:22

    satu komen a.k.a review yg sangat menarik.......x semua org membaca novel seperti ari mattdespatch nie....tahniah tuk RH sebab novel GND mmg berbaloi tuk dimiliki

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... terima kasih darling sbb sudi baca karya seposen akak.. muah!

    ReplyDelete
  11. ah ah... dia punya kupasan jujur... komen dia bagi akak, menjawab pembaca lain yang keliru...

    ReplyDelete
  12. Ibu HadifHessa23 June 2014 at 22:47

    huuwaa... histeria tgk cover gambo header blog!!!!

    ReplyDelete
  13. Review yg sgt menarik, suka sgt dgn cara Rose sampaikn dlm cara penulisan,even ank akak yg lelaki pun minat dgn novel nie esp watak adam . Teruskn menulis esp utk kami yg hanya pandai m'baca tp x pandai menulis. Tqvm..:-)

    ReplyDelete
  14. Not your novel darling.....tu coment mat despatch tu...dah serupa novel you kena audit ngan lecturer..

    ReplyDelete
  15. ye... saya faham darling... sbb komen tu panjang dan detail... sbb tu saya kata jangan sesusah baca... <3

    takpe... saya dah biasa naskah karya saya 'ditelanjangi' oleh student yang buat tesis... <3

    ReplyDelete
  16. hahaha... hero-hero jadi bodyguard jaga blog...

    ReplyDelete
  17. wah kak sue... terharunya saya, anak lelaki kak sue suka watak adam... mudah2an dia ikut perangai adam yang baik tu... <3

    ReplyDelete
  18. fuhhh...berpinor mata sy baca review dia...tp sgt padat...n bahasa dia tk tpakai dek otak sy ni haaa....heeeeee
    n i love GND tooo....

    ReplyDelete
  19. Terbaik utk ulasan dn pnulis nvl jgak...dh lame ikuti citer ni bila terbit jd xcited nk beli n baca...memang x pernah miss dgn karya che rose dr zmn alaf dn skrg kaki nvl...pnulisan yg trbaik bg akak...abaikn mrk yg x minat @ suke cari psl...lama nungu che rose mnulis blk...last ari tu dgn nb kn...tp wasilah cinta weera tu xnk trbit yg baru k?? Nk gnti yg lama xde ms tu....

    ReplyDelete
  20. Wahh rose ada peminat adam & kriss lagi nih..
    GND mmg hasil yg lain dr buku2 rose yg lain & review ariee ni baik tuk promote GND lebih lg, mungkin tuk.di jd kn drama nti.. segala nya mungkin rose insyallah. ...

    ReplyDelete
  21. RH....selain dari GND yang ada versi hard copy, ada tak citer lain yang telahpun dibukukan? Macam citer RAID tu, ada versi cetak ke?

    ReplyDelete
  22. hehehe. Tahniah. Ramai org suka GND. sya pun suka. hehe

    ReplyDelete
  23. peminat baharu24 June 2014 at 23:12

    Saya mengenali Rose menerusi GNY, dan saya suka POV1 drpd 2 watak utama. W/pun mulanya agak keliru, bila dh baca, rasa seronok dpt menyelami cerita dari 2 perspektif yang berbeza.

    ReplyDelete
  24. Sufa'idatul Hasanah binti Kamaruddin24 June 2014 at 23:29

    benar ttng kupasan dia atas tentang GND.. tp saya lebih suka Wasilah Cinta weera.. hih pape pown kak rose mmng pndai bermain dgn watak.. seronok dibaca..

    ReplyDelete
  25. peminat baharu25 June 2014 at 00:56

    *GND... sorry typo

    ReplyDelete
  26. Dear kak Rose...
    Jujurnya. Saya tak baca GND dr web, tp saya tgu dr dulu lagi GND versi cetak, and yeah... Terkujat kejap, ohmaii, kak rose guna pov 1 antara dua watak, pasti akan berlainan dan saya tahu, takkan mengecewakan bila ianya sentuhan kak rose...
    Saya kenal tulisan kak Rose dr Kisah Adli lagi.. Mulanya Satu Cinta. Suka juta lemon ngan cete tu.
    And hoyeahhh, GND sangat masuk hati saya jugak.
    Melting ngan caring si Adam, Melting ngan sikap sayang adam pada mak dia, and tersendu baca part Adam kehilangan mak dia* cecepat lepastu call mak, huhu*
    Tahniah kak Rose... Kalau kat GdRead ada 10 🌟. Saya bagi paling tgi...
    Tahniah akk.. Tgu AKBYG plak.. Tgu versi cetak, amin ya Rabbi
    Salam- Si Dia aka AN

    ReplyDelete
  27. Assalam RH..
    Mmg awesome novel ni.. First tym sy bc novel.. Sblum ni klu sy bc pun, msti xkn khatam.. Tpi novel GND ni sminggu sy leh abiskan.. Mmg jln cter yg mnarik n cute glerr.. Klu dpt diolah kpd filem atau drama lg best.. Novel ni ada smbungan lg x?? Hehehe

    ReplyDelete
  28. Kat kuantan ad x jual novel ni? Dri thn lps sy cri ..x jumpe2..

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016