Jan 29, 2015

SUNAT SMART KLAMP

BY Rose Harissa IN , , , , 42 comments

Sebenarnya ni entri tertangguh. Kisah apa yang berlaku sepanjang cuti sekolah lepas. Di mana saya stress nak mengejar deadline manuskrip (saya ni paling takut kalau mungkir janji dengan editor... :D).

Tapi kerana komitment pada anak, memang kali ni saya terlewat hantar sebulan! Memang bera jugaklah muka I... haihhhh...

Berbalik cerita Ik sunat, setelah dah nak naik darjah lima, setelah dalam kelas cuma tinggal dia dua orang yang belum bersunat, Ik akhirnya terbuka hati nak bersunat. Sebelum ni saya sound dia, tak guna kau bersunat kalau malas mengaji, solat pun tak reti. Besok kahwin nak tanggung anak bini macam mana?

Sebelum saya memulakan cerita ni, tolong ya jangan anggap bukan-bukan. Saya eager nak share dengan ibu-ibu yang duk rumah, kena jaga anak lelaki bersunat by your own. Yelah... takkan nak tunggu suami balik kerja uruskan anak tu, ye dak? 'Berkarat'lah budak tu...

Dan, gambarajah dalam entri ni semua saya lukis sendiri. Jangan tuduh saya nak melucah pulak. Sebab sepanjang saya jaga anak saya sendiri ni, banyak yang saya belajar dari anak saya. Pengalaman tu, memang buat saya lega sebab rasa dah tunaikan tanggungjawab pada anak.

Bila saya tanya Ik, apsal nak sunat? (sebab saya ingat nak suruh dia sunat masa darjah enam). Dia kata, kawan-kawan dia kata, kalau tak sunat sekarang, nanti anu buta sampai ke tua.

Saya dengan suami geleng kepala. Bebudak sekarang, bukan main lagi sembang. Hakikatnya, memang kau punya buta, Ik oiii.

Maka, seminggu sebelum cuti sekolah bermula, saya call Poliklinik Shaik. Tarikh yang diorang open untuk sunat tak banyak, 3 kali aje dan guna teknik smart klamp. So, saya buat appointment 23hb. Nov. 2014 (Ahad) jam 8.30 pagi, suami saya bising gak, kenapa tak ambik tarikh 29hb sebab nak tunggu mak abah datang. Tapi hati mak-mak dalam jiwa saya ni, rasa lebih baik ambik hari yang paling awal, nanti apa-apa senang.

Saya mulalah buat research pasal smart klamp ni. Sebab I have no idea apa itu smart klamp. Dan cara jaga anak masa dalam pantang. Ada yang kata senang baik. Ada yang kata, pakai smart klamp boleh lasak-lasak.

Well... jangan cepat percaya. Bila saya dah alami, baru saya sedar, lain orang, lain pengalaman. Dan ini pengalaman saya...

Sehari sebelum sunat, Ik sakit matalah pulak. Eloklah dia naik pentas hari kecemerlangan sekolah, dengan mata bengkak merah. Malam tu bawak pergi klinik. Dapat ubat sapu dan ubat titis.


Hari Ahad tu, saya yang berdebar. Paksa suami dan Ik keluar rumah awal. Sebab saya ni, jenis biar sampai awal, jangan lewat dari janji. Nurse dah pesan, datang klinik terus pakaikan anak kain pelekat. Lepas breakfast, sampai klinik lagi lima minit 8.30 pagi, bila tengok tak ada orang, roller shutter bukak separuh aje. Apalagi, suami dah menjeling. Siap sindir cakap "Dah cakap, tak guna datang awal. Tengok, klinik tak bukak lagi! Degil!" Wooo... mak sentap jap. Malas nak bertekak, saya ajak Ik masuk ikut pintu yang bukak separuh tu. Sekali tengok dalam, dah ada orang. Nurse suruh naik tingkat dua. Sekali tengok, memang dah ramai orang. Dah mula pun acara sunatnya. Dah berkumandang suara meraung-raung. Hahahaa... mulalah muka Ik pucat.

Tak lama lepas tu, barulah suami saya naik dan muka dia bera je tengok ramai orang... hahaha... tu la... nak lawan menteri Pembangunan Wanita Keluarga... ehehe...
Masa nak menunggu giliran, puluh kali kejap dia ke bilik air. Asyik nak terkucil dengar bebudak meraung... apatah lagi bila tengok yang keluar bilik siap menangis teresak-esak.... hahaha...

So, saya dengan suami pesan,

"Kau jangan jadi macam budak tu! Buat malu aboh je!"

"Tolonglah Ik, jangan nak meraung. Malulah kau taekwondo kalau sunat pun nak meraung. Dah pernah pecah papan kan? Mestilah tahan sakit."

"Maaa... pecah papan mana sakit. Ini nak potong tunit tau!" Ik dah kepit-kepit kaki. Dia ni saya perasan memang ada phantom feeling/pain kat situ kalau tengok orang jatuh terhantuk kat situ, dia yang seriau lebih. Sebab tu bila sparring, tangan dia asyiklah nak tutup kangkang... haihhh!

Bila dah nak sampai giliran, saya ajak suami masuk sekali. Sebab saya tengok, semuanya suami yang masuk, isteri tunggu luar. Mula-mula suami saya tak nak masuk. Biasalah dia ni... hati kering sikit... tak reti nak menunjukkan kasih sayang secara terbuka... heeee

Saya yang teruja nak tengok macam mana proses sunat tu. "Rugilah anak sorang tapi tak nak tengok..." Automatik suami bangun. See? Kuasa kata-kata seorang isteri... hehehe

Bila masuk, saya terkejut gak tengok nurse muda-muda dua orang. Haihh... maknanya diorang ni dah tengok macam ragam bentuk rupa dan warna... hahaha...

Saya berhajat nak rakam proses tu tapi Ik dah pegang dua-dua belah tangan saya. Suami peluk tubuh belakang saya. Tak lama lepas tu baru doktor lelaki tu masuk dengan dua tiga orang lagi nurse dari bilik sebelah. Wah, rupanya bergilir-gilir dia sunatkan budak. Kena suntik empat das. Dua pada testikal, dua lagi atas tundun. Ik dan melentingkan badan nak menangis.

Tak cakap banyak, doktor tu terus gentel 'tunit' Ik. Saya terbeliak biji mata tengok. Ditarik ke atas sehabis maksima mungkin lebihan kulit tu. Dikeluarkan kepala yang selama ni tersembunyi dalam kulit. Wah, Ik genggam tangan saya kuat-kuat. Mula mengerang sakit.

Doktor mark dengan marker pen keliling tempat nak potong. Bila potong, tak ada darah pun keluar keluar. Kagum sat tengok kecekapan doktor memotong dan pasang klamp.

Dan sepanjang proses tu, mujur Ik tak meraung. Cuma dia buat saya nak tergelak 'setan' bila dengar mulutnya tak berhenti sebut...

"Astaghfirullahhhh...Astaghfirullahhhh...Astaghfirullahhhh..."

Hahahahaha! Serius lawak! Baru kau ingat nak berzikir ye!

Tak sampai lima minit, siap! Keluar bilik, lagi sekali Ik buat lawak polos dan kitorang tergelak.

Sunat1
Saya semakin sedar yang banyak benda saya tak boleh nak sorok-sorok dari anak. Saya dengan suami kena cakap terus-terang sebab kami perasan banyak benda yang dia cerita dengar dari kawan yang tak betul.

Bayaran RM160 sekali dengan ubat. Lepas lima hari, kena datang balik bukak klamp.

Ubat yang dapat ubat tahan sakit, ubat bengkak, antibiotik dan ubat sapu. Sebijik ubat sakit mata yang Ik dapat. Dapat picagari jugak untuk cuci luka.

Ubat yang macam ubat mata tu kena sapu keliling kawasan kena kepit tu. Nanti perlahan-lahan ubat tu serap masuk dalam klamp dan kena bahagian luka. Mimpi ngeri datang bila malam pertama, Ik tak boleh tidur mengaduh sakit. Dah bagi ubat tahan sakit pun dia tetap menangis cakap sakit kat tempat kena potong tu. Aduhai... sudahnya saya tidur tak lena, kejap-kejap jaga bila dengar dia mengerang.

Masa nak jaga nilah yang paling kritikal bagi saya... uwaaaaa... setiap kali kencing, kena sumpit air dengan picagari ke dalam corong. Ik menangis cakap sakit. Saya pun rasa nak menangis sebab kalau tak cuci, nanti busuklah. Nasib baik mak kreatif, guna balik botol lama toner. Instead of sumpit, saya sembur. Ik kata tak sakit sangat. Bila nak keringkan pun satu hal. Nasib baiklah ilham datang, gulung tisu, dah hulur dalam corong sampai air semua terserap ke tisu.




Sunat3


Memang saya manjakan Ik. Siap mandikan. Kemain siap sental dengan Cathy Coo... kahkahkah...Punyalah nak anak bersih dan wangi. Setiap kali buang air tak kira kecik ke besar ke memang mak ler yang basuhkan. Demi nak pastikan luka tu bersih. Anak tunggal katakannn...

"Haihhh... nasib baiklah tak naik ketumbit mata mama ni asyik tengok tunit kau..."

"Tak apalah ma... kalau mama cucikan, bersih sikit..."

Sejuk sekejap dengar ayat anak.

Hari ketiga barulah mak abah saya sampai dari kampung. Adik-beradik berkumpul kat rumah kami. Bila dah ramai-ramai, mulalah Ik terliur tak nak pantang. Hatta nugget jenama Segaria yang bagi saya tak best langsung tu pun dia nampak sedap.

Bab makan, saya bakar ikan selar dan tenggiri. Nak cari haruan memang tak jumpa. Pelik sungguh,time nak, langsung tak ada, time tak nak, bersepah pulak. Kami bagi minum air gamat.

Tapi bab sakit tu tiga malam berturut-turutlah Ik mengaduh sakit waktu tidur. Maunya tak sakit, kalau tengah tidur pun, tunitnya 'membekang' (istilah kitorang untuk ereksi supaya Ik faham). Bayangkan, benda luka, ada klamp tapi bekang! Hoiii... giler sakit kut? Suami saya, cool je. Dia kata tak ada apa, siap bangga lagi anak dia 'membekang'.

Saya pulak stress tengok bengkak. Tapi lega sikit bila tengok ikut corong luka dah mula mengering.

Hari ke lima, pergi bukak klamp. Ingatkan doktor yang bukak, rupanya nurse perempuan. Haisehhh... nampak senang aje bukaknya tapi rupanya, mimpi ngeri bermula. Masa nurse potong klip tu, saya dah perasan, kulit melekat pada klamp.

Klamp dibukak, tinggal corong aje melekat kat hujung. Kata nurse, kalau dalam maa 24 jam corong tu tak jatuh sendiri, kena rendamkan dalam air sampai terbukak.

Masuk dalam kereta, Ik menggelisah, cakap gatal. Sampai tumbuk-tumbuk tempat duduk. Nasib baik pakai kain pelekat. Puluh kali kejap dia jenguk tengok. Tiba-tiba dia jerit.

"Maaaa!! Dah terbukak!!" Suara riang ria. Tapi lepas tu...

Sumpah, saya dengan suami tergelak terkekeh-kekeh dengar raungan Ik. Dia tunjukkan pada saya, memang nampak kecik. Ala... normal la kan... sebab benda tu macam tertarik ke dalam lepas corong jatuh. Tapi dia punya takut, sampai ulang kali tanya, boleh baik ke tak, nanti besar balik ke tidak. Well... nak kata apa? Budak lelaki umur 10 tahun ++ pun risau soal kejantanan dia, apatah lagi lelaki dewasa, kan? Padahal, anak saya bukan baca novel pun... *eh tetiba*

Lepas bukak klamp tu lah mimpi ngeri saya kembali lagi. Lagi dahsyat. Sebab baru nampak rupa-rupanya ada gap luka yang agak besar antara tempat potong dan kepala. Abah saya pesan kat Ik, jangan minum air banyak-banyak sekaligus, nanti bengkak. Tapi dia degil. Tak dengar cakap punya budak. Sudahnya memang bengkak.

Saya risau tengok nanah dan dan kuping-kuping. Bila suruh suami dan abah saya tengok, kata diorang, biasalah tu nak baik memang macam tu. Waaaaa... memang macam tu? Segitu ngerinya??? Abah kata memang lambat baik sikit sebab Ik punya buta. Bila keluar, sebab tu rasa ngilu kena kain, dan kadang berkuping sebab 'bogel' sudah.

Masa ni, waktu mandi, saya suruh Ik tekupkan dengan cawan plastik. Lepas siap mandikan baru saya sembur air sikit dan serap air dengan tisu.

Family saya balik semula ke kampung. Maka tinggallah saya berdua dengan Ik di rumah. Siang memang saya benarkan dia berbogel. Sebab nak bagi kena angin. Biar cepat kering. Bayangkan luka menganga. Sampai saya naik stress kena ulang cek tengok. Tanya dia sakit ke tak. Kata dia tak sakit. Bila suami balik kerja, dia tengok, kata okey. Tapi saya tak puas hati. Okey apanya kalau bengkak dah macam buah gajus!

Sunat4

Ik yang terpinga-pinga, tanya, "Ma... buah gajus tu apa?"

Saya pun capai handphone nak google gambar buah gajus, terus tunjuk pada Ik dengan senyum 'setan'.

"Mamaaaaa!!!" Dia berteriak, bengang saya kata tunit dia macam buah gajus! Tapi lepas tu dia sendiri tergelak sebab terpaksa mengiyakan mak dia yang bongek ni, memang lebih kurang aje bentuk buah tu dengan dia punya. Hahaha...

Hasilnya, barulah dia kontrol sikit minum air. Minum banyak kali, tapi sikit-sikit. Bukan sekali teguk habis segelas.

Tapi hati saya memang risau. Sampai saya call Kak Lily Haslina Nasir, tanya dia, "Beb... ada tak anak-anak lelaki kau yang sunat lambat baik? Yang pakai smart klamp?"

Kata dia ada. So, saya lega sikit. Tapi sekejap je. Masuk minggu ketiga tapi tak cantum-cantum lukanya. Tukar sapu dengan minyak gamat pun tak jalan! Minum air gamat dan dua botol pun tetap tak baik-baik. Saya tanya suami, sudahnya dia pun naik stress.

"Mana nak tau! Aku dulu, jahit. Lima hari dah pergi main bola!"

Sudahhhh! Otak kartun saya mula membayangkan teori itu. Ye tak ya, dulu-dulu, khatan luka terus jahit, so cepatlah baik. Ini bekas potong tu tak dijahit. Dibiar menganga lepas klamp dibukak! Suami pun merungut kata smart klamp ni susah baik, tak macam sunat zaman dia dulu... haihhh

Tak tahan, saya bawak Ik pergi klinik semula. Nurse kata, "Oh... normal ni kak. Tak ada apa ni. Ada jugak patient lain jadi macam ni. Akak kena cuci bersih-bersih nanah ni."

Saya tengok cara dia cuci. Sama aje macam saya cuci. Lepas tu dia panggil doktor. Seorang doktor mamak, yang sangat ceria dan happening, masuk. Serius baru tahu doktor kat sini kelakar.

"Normal ni puan. Good. Cantik... cuci kasi bersih saja. Tengok I buat."

Dan saya pun ternganga menyaksikan demo itu. Cuci yang dia maksudkan adalah... siat segala nanah dan kuping yang ada, sampai nampak kulit paling bawah. Haaaaaaa....! Berdarah pun tak apa katanya, janji semua nanah dan kuping, hatta nanah yang baru nak kering pun, buang semuanya. Lepas tu baru sapu ubat keliling luka. OMG! Saya tak tahulah sanggup buat ke tak kat rumah. Tapi doktor tu siap gentel dan picit lagi... wahduiiiiii!!

Doktor yang sunatkan Ik, masuk. Dia buat benda yang sama. Again dia kata good dan cantik! Haihhh... cantik mehhh macam tu?

Bila nak turun dari katil, doktor tepuk-tepuk punggung Ik suruh jalan dengan betul, jangan bongkok dan pesan jangan jalan mengengkang lagi. Buat macam biasa.
Kat rumah, saya buat macam doktor suruh. Memang berdarah dan saya yang menangis walaupun Ik kata tak sakit. Masa ni barulah saya terfikir nak cari pil haruan. Jumpalah pil Har-One ni. Tak apalah tak dapat makan ikan sebab pil ni pun sangat mujarab... RM28 ada 50 biji. Kalau tahu, awal-awal dah cari... sebab nampak, lepas bagi pil ni, lukanya mengering nanah kurang.

image_5Doktor pesan, jangan kasi benda tu terlentok. Bila nak tidur kena sendal kain kat bawah supaya anu tak terlentok dan 'patah'. In fact, dari Ik kecik (dari zaman pakai pampers saya akan park tunitnya menghala ke atas, ni petua my suami and my abah jugak demi kesempurnaan ' jagoan' :D)... Sebab tu saya pesan kat Ik, bila pakai underware, tarik, kasi parking ke atas supaya nanti tak lembik jatuh. Sampai la ni, habit dia, mesti akan betulkan parking, takut sangat terlentok jatuh bawah... heeee...

Tapi masa sunat, saya tak terfikir pun, sebab takut mengganggu luka.

So, bila doktor dah cakap macam tu, again, kekreatifan memaksa saya fikir alternatif lain. Instead of sendal dengan kain kasa kat bawah, saya buatkan anduh, lekat dengan masking tape.


Sunat5Bila siang, anduh tu saya biarkan terbuka bahagian atas. Menampung ia supaya tak jatuh bila berdiri. Bila malam, masih style anduh tapi saya bungkus silang supaya luka tak tergesek pada kain masa tidur dan tak payah gantung kain.

Sunat6Bila nak keluar pun saya buatkan anduh bungkus silang, pakai seluar longgar. Bila buka kain kasa tu memanglah melekat pada luka. Kena tuam dengan air suam nak bagi tanggal. Dalam dua tiga hari jugaklah setiap kali cuci, luka balik. Tapi nampak, gap tu makin rapat dan kain kasa tak melekat lagi lepas bangun tidur.

Lagi seminggu sepatutnya nak bukak sekolah, barulah luka sunat tu betul-betul bercantum.
Haihh... gilaa... sebulan cuti habis macam tu aje melayan budak sunat. Dan nasib baik jugak, cuti sekolah extended lagi seminggu sebab banjir.

Sampai la ni, sesekali, Ik akan suruh saya cek tengok dah okey ke belum. Memang dah okey sangatlah. 'Buah gajus' pun dah surut... dan dia kata, 'bekang' macam biasa. Hahaha...

Sepanjang jaga anak sunat, mandikan, makan bersuap, akhirnya kerja-kerja saya berterabur, FB Pages senyap. Saya cuma dapat taip manuskrip belah malam. Design jobs memang tak ambil langsung dah.

Sekali lagi saya harap tak ada yang salah faham baca dan tengok lukisan-lukisan dalam entri ni. Saya bukan nak mengajar tapi ini personal experience saya. Anak tunggal, so, saya dokumentasikan pengalaman ni supaya nanti dia dan isteri dia ada reference untuk anak-anak diorang pulak.
Sori sesangat kalau ada yang tak boleh terima keterbukaan entri ini, mahupun cara saya dan anak. Lain orang, lain cara ajar anak memasing. Apatah lagi sekarang ni, dengan adanya hukum kat Malaysia, anak tak boleh dirotan. Haihh...

Sekarang, bila dah sunat, saya berhentikan Ik mengaji, ambil alih tugas tersebut di rumah. Biar bonding ibu dan anak kuat sampai dewasa. Lagipun, anak sendiri, tak dapat rotan, boleh dijerit, pulas telinga kalau tak makan diajar. Pokoknya, bukan senang nak didik anak zaman sekarang ni.

Semoga, ada manfaat untuk ibu-ibu. Heeee... (^__^)\m/ <3

42 comments:

  1. Begini rupanya kalau guna teknik smart klamp ya. Anak saya pakai teknik laser & jahit, lebih cepat kering & sembuh lukanya, Alhamdulillah...good sharing Rose, kudos to you. Thumbs up!

    ReplyDelete
  2. Good info la RH

    ReplyDelete
  3. hahaha... kita mengalami kisah yg sama.. ank saya pun bersunat pada tarikh yg sama.. nasib baik wat kat klinik pakcik sndri.. mmg dah cop yg pertama so x de la dia dengar meraung menangis bagai.. pakai klamp jugak & process baik makan masa & jugak ada nanah2 & kopeng2 yg dia ckp x sakit tapi kita yg tengok x senang duduk.. sampai husband ckp lau ada baby lg nak baby girl coz x sanggup nak melalui lg proses ank bersunat... tp yg best nye, bukan setakat ank yg panic tgk bebird dia.. dgn mama nye sekali pelik & wat muka cuak.. haha.. ank jenis x menangis kuat tp air mata meleleh la bila lps bukak klamp bebird jd kecik.. hihi.. pengalaman yg indah sebenarnye utk setiap ibu.. :)

    ReplyDelete
  4. ah ah... beginilah rupanya... baru tahu susah baik... uwaa... untunglah siapa yang dapat sunatkan anak cara laser + jahit...

    tengkyu sudi baca... :D

    ReplyDelete
  5. tengkyu dear sbb sudi baca... :D

    ReplyDelete
  6. heheh tu belum tgk yang real... ngaaa... :D

    ReplyDelete
  7. hahaha... high five sket!
    selama ni saya duk google cari pengalaman ibu2... ramai yang serah bulat-bulat kat suami...
    tapi sebab duk rumah, terpaksalah cucikan dan jaga...
    ngeri kan tengok luka tu... kita yang mak-mak ni panik, takut anak punya nanti tak cantik... hahahaha
    setuju, memang pengalaman indah... rasa lega dapat jaga anak...

    ReplyDelete
  8. hahah mekasih sudi baca ya zura... :D

    ReplyDelete
  9. Rose yg clamp ni mmg ssh sikit nk baik yg ri g lg ok.. lupe akk nk crt dgn awk
    akk ada 4 ank sdr llaki yg time sunat mmg kat rum atok dia (rum yg akk dok) yg kelakor sbb X bolh gantung kain sbb ceiling tinggi, so mak akk yg mmg akal panjang pakai pengetos yg plastic. Air mmg kene catu makana jgk. Pernah dlm 1th mak akk jaga 3org bersunat (2ank sdr +1 adk sdr) dh mcm nurse plk akk time tu.
    Anyhow this is VERY VERY IMFORMATIVE & fm here oths cld share mana yg bagus mana yg X ok. Hence nti for next year ibu2 bolh pilih mana yg TERBAIK tuk ank2 mereka

    ReplyDelete
  10. Hmmm...anak lelaki tunggal akak pun mulanya sunat pakai clamp sbb org kata senang sikit jaga. Tapi entah macam mana lepas jer pakai clamp tu bila dia berdiri, clamp tu terus tercabut sebab 'nunai' dia masuk ke dalam. (badan cik abang tu masa tu semangat sikit). apalagi, berdarah meleleh-leleh...nak pengsan akak tengok. Anak akak pun akak tengok dah pucat semacam...last sekali, doktor kata kena buat balik style tradisional. tp instead of jahit, dia bakar je kulit yang luka tu. Cuak gak akak tengok....pas tu kena jaga macam orang sunat biasa lah...tak teruk sangat, ok jer...

    ReplyDelete
  11. Fuhhh mnakutkn..!!
    Good information kak rose.. Wlupn msih xde ank tp bley gak mnmbah pngtahuan..hihi
    Bru pham tknik smart clam ni..lau x, mmg trnganga j bla owg cite..haha

    ReplyDelete
  12. anak sulong i sebaya anak u la...tp i sunatkan dia ms cuti skola bln 6 ari tu. guna teknik traditional yg potong n jahit. since i ni single mother so mmg i dok ngadap la ms dr buat kerja...ngeri giler bila tgk dia buat kerja. alhamdulillah dlm 1 minggu evrythg dh ok n dia pn dh bole berlari. tp mkn n minum mmg pantang. anyway a very informative entry yg sgt cute...

    ReplyDelete
  13. saya ketawa sensorang baca e3 sis tp seyes saya tabik sis..anak sy bersunat umur 7 tahun sb xcidnt anu die kene paip tp mmg sy tak jg anak duk rumah mak mentua apa yang sis tulis buat sy terfkr dn nk rs sndr perasaan jg ank bersunt ... ade sorang lg baru umur 7 tahun...dulu malu sis nk tgk.. x pernah tgk lngsung ..huhu suami ngn mak mentua aje y dok bersih n letak ubt ..
    hadoiii malu betul ape punye ibu laa aku nie...\
    insyaallah yang sorg lagi akn sy jg sebaiknya time bersunt nnti...

    pengalaman yang sgt menarik sbnrnye kan..rugi 1 time terbaik dengan ank ...

    ReplyDelete
  14. Hahahaha.....mmg ilmu yg baik utk d kongsikn, tahniah ceq ucapkn uat akk rose....
    Pengalaman akk rose sm mcm ceq yg tlg kak ipaq & emk mentua jaga ank saudara yg berkhatan cara tradisional.
    ;)

    ReplyDelete
  15. As-salam,
    Teruja baca cerita sunat cara smart klamph ni. Saya pun nak sunatkan anak saya cuti bulan 3 ni. Saya x tau pula ada cara mcm ni..ingatkan bila dah potong guna laser terus elok je..tak perlu jahit atau apa2...
    Hahaaa... lagi dasyatkan..mujur juga rose ada crite disini barulah akak tau..
    mana lagi bagus...sunat cara tradisioanal + klamph, atau tradisioanal + jahit, atau laser + klamph, atau laser + jahit..atau ada cara lain lagi yang saya tak tau...
    Anyway tq utk info yg sgt berguna nih...

    ReplyDelete
  16. Assalam sis ros. Saya seronok bc citer ros. Sebtlnya saya pon tgh jaga anak bersunat. Umurnya 3 thn. Kaedah potong & jahit. Skrg hari ke5. Mmg kena berani. X blh teragak2. Yg nak gelaknya si ayah plak takot2. Pdhal patotnya dia yg berani. Jaga luka bersunat mmg mencabar. Masa nak bersih & keringkan lepas anak kencing. X blh disentuh. Itu ini sakit. Nak bg mkn ubat pon ssh. Saya x peduli. Janji cpt baik. Skrg luka bersunat tu dah kering. Anak pon dah blh berjln elok. Bgn dr tilam sendiri. X takot dah nak kencing. Thanks sbb kongsi xperien ros psl anak bersunat. xoxo ^_^

    ReplyDelete
  17. informasi yang sangat berguna kepada ibu yang ada anak lelaki. will apply to my baby boy nanti

    ReplyDelete
  18. cerita sis ni sgt membantu sy..tq so much sis.

    ReplyDelete
  19. ilustrasi akk sama macam anak saya.. nak cr pil haruan tu,,dok suh rendam dalam air garam bagi nanah keluar.. dah 2 minggu pun xbersunat .. ai pun nak buat anduh mcm tula.. thanks kak rose

    ReplyDelete
  20. Hampir 80% citer ni sama dgn ank sy. Ubat sapu same. Rm 160. Bengkak. Nurse pompuan muda2. Nasib ank 6thn. Belum tahu malu. He2. Ni dah nak masuk 16 hari masih x susut bengkak ( buah gajus ). Anak saya gelarkannya topi. Nasib jumpe entri ni. Petabg tadi terus cari gamat ngan segala balutan seperti dalam rajah yg sis tunjuk. Tq sangat2. Sebelum ni hy bergantung pd ubat doc. Disebabkan tiada pengalaman, 5 kali ulang alik ke klinik tersebut. Lusa nak naik sekolah ( orentasi thn 1). Tp x baik lg ni.. hmmm.. semoga anak saya cepat sembuh.

    ReplyDelete
  21. Tablet Har One tu bagus... bagi makan tablet tu... Insya ALLAH Taala cepat baik dan kering... :)
    sebab pada pengamatan saya, tablet tu lagi bagi kesan baik berbanding gamat

    ReplyDelete
  22. welcome dear...
    pil tu memang bagus... carilah... cepat baik makan tu

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah... welcome dear...

    ReplyDelete
  24. Saya susah hati bengkak sunat mcm ank puan guna clamp dh 10 hr lbh dhlh xnk pka seluar sakit lh.tolong bntu saya.perlu pergi pakar kank2 ke

    ReplyDelete
  25. Assalammualaikum Kak Rose, saya baca tulisan kak Rose ttg sunat/khitan ini jadi sedikit tenang. Anak saya umur 5th tgl 27 des kmrn di khitan. Setelah lepas klamp, sama seperti foto di atas. Jd memang agak lama ya kempis bengkaknya, kak..

    Luka sudah mulai mengering, tp sisa bengkak saja..

    Terimakasih atas tulisannya yg sgt bermanfaat ini y..
    Salam kenal... 😊

    ReplyDelete
  26. cari pil haruan jenama sama ,tak jumpa puan. kedai jamu x jual . saya cuba jenama lain. kes sama guna clamp. dah semingu cuti sekolah x ok lagi bengkak bila kena kain sakit lah. tak surut-surut. doktor bagi antibiotik minum dn sapu. pakai seluar tak nak sakit katanya huhu. pening. memang susah hati yelah alat anak, mcm2 andaian dalam pale terlebih potong kulit ke. surut tak bengkak ni dah 14 hari ni. dulu abag2 nya guna konvensional cepat sembuh, rasa nyesal lak ingat cepat sembuh guna clamp. pandangan saya sapa yg guna clamp fikir dua kali lah sebb semua tak sama better cara biasa atau laser.

    ReplyDelete
  27. Sama seperti anak saya..mulanya saya cemas juga karena sudah 2mgg tak kunjung baik lukanya macam buah gajus (saya tak paham buah tu haha),...stlh baca blog ini saya jadi optimis anak saya akan sembuh dgn baik dan 'cantiiik' hasilnya..haha
    Thanks for sharingπŸ˜‰

    ReplyDelete
  28. Anak sy sunat 24 Des, krn khawatir sy googlig n nemu artikel ini...lumayan mengurangi rasa khawatir sy krn semua yg sy takutkan (spt gambar2 diatas) tenyata normal2 aja & it's ok.

    ReplyDelete
  29. Iya mba Santi.. jd agak tenang ya baca tulisan ini. Gimana anaknya sdh kempis bengkaknya y?

    ReplyDelete
  30. bolh sy dptkn no pn sbb sy nk tanya pasal luka sunat clmp

    ReplyDelete
  31. ni no wsp sy 0148835886

    ReplyDelete
  32. Posting yg sangat membantu. Anak saya pun guna kedah smart clamp..mengalami situasi yg sama.Terkejut jgk bila tgk bengkak yg besar dan lambut plk surutnya. Lega rasanya bila bc penulisan sis. Tq Sis..good info.

    ReplyDelete
  33. Salam santi dan Nina... maaf... baru sekarang membalas... πŸ˜‚
    terima kasih pada kalian kerana sudi membaca pengalaman kecil saya ini...
    <3

    ReplyDelete
  34. Waalaikumsalam Nina... salam kenal juga dari Kak Rose... maaf, baru sekarang balas...
    terima kasih ya sudi baca artikel ni...
    ya, kalau ikut orang tua, mereka kata sunat tradisional lebih cepat sembuh...
    smart klamp ni kena jaga betul2 dan cepat bagi mkan pil atau ikan haruan...

    ReplyDelete
  35. Wati.. memang cara konvensional tu lebih cepat sembuh... macam akak takde pengalaman sebab anak seorang... nak tak nak terpaksala guna smart klamp... 😭😭😭

    ReplyDelete
  36. welcome dear...
    Alhamdulillah... tulisan kecil kak rose ni dapat buat santi jadi optimis... <3

    ReplyDelete
  37. Alhamdulillah... terima kasih juga sebab sudi singgah baca...
    Itulah... sis dulu pun terkejut tengok macam tak nak baik... 😭😭
    Adalah rasa menyesal sebab tak usaha cari khatan cara traditional...
    Dah hujung2 cuti... barulah kreatif... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  38. Salam sis...
    sy awalnya tgh risau, anak sy sama mcm anak sis.. bengkak mcm buah gajus but Doc ckp its normal.
    Tapi kan, kerisauan tu hilang sikit bila baca story sis, rupanya bkn sy sorang yg otak katun risau tahap melampau tgk anak mcm tu. anak x sakit sy yg nk nangis 😁

    Tq sis share pengalaman.

    ReplyDelete
  39. Salam. Saya baru je terjumpa entry ni. Itupun sbb risau memikirkan anak yg bersunat tempohari belum baik. Luka dah kering tapi bengkak mcm buah gajus tu masih ada. Rasanya dah dekat sebulan lebih. Jika minggu dpn buah gajus tu blm surut.. kena gi klinik shaik kembali. Mmg risau sangat2...huhu

    ReplyDelete