Monday, November 26, 2007

my favorite drawing!

11/26/2007

Elly lagi? hahhaha... muntah darahlah korang tgk blog aku asik ada gambar Elly jek... hehehe... ni antara lukisan favorite aku buat masa ni...
Bukannya tak de cerita yang aku nak ceritakan... tapi cam malas la plak nak taip panjang2. Jadi aku post aje la lukisan ni. Lately kemalasan nak menaip entry blog semakin menjadi-jadi. Hehehe... sori lah ye, kalau tetiba blog ni bersawang ke apa ke...
Jumpa lagi...

Friday, November 23, 2007

Elly dalam bentuk lukisan aku!

11/23/2007

Ni antara hasil kerja aku hari ni… gambar Elly dulu2, tahun 2006. Dalam lukisan ni aku suka warna merah tu… hahaha, merah kegemaranku!

Puas hati bila dapat siapkan gak wlaupun dalam mood yang tak menentu hari ni. Lynn dan Kak Lily taulah keadaan aku camana hari ni, sebab mereka berdua yang rajin berulit SMS dan call dengan aku hari ni…takdelah aku bosan sangat melayan mood tak menentu ni...

Tapi apa pun, dalam graf mood aku kejap menurun kejap naik, dari siang aku tersenyum-senyum sampai ke malam memikirkan mereka berdua ni… mujur ya, ada kawan2 penulis yang sudi berkongsi idea dan pandangan ni, yang boleh menerima kritikan sesama rakan. Kena pulak aku yang jenis bila time post mortem, macam bagus… diri sendiri pun terumbang ambing! Hahaha… tapi taklah tersangkut sendiri ye tak… yang tak semangat boleh jadi semangat, yang tak yakin, boleh jadi berani…

Hmm… apapun, malam ni aku dapat penyakit lama… jadi ‘kelawar’ lagi…

Tuesday, November 20, 2007

No Mercy!

11/20/2007

Pagi tadi Kak Lily call… Aku tengah nak bersiap keluar ke APO? Biasalah dia tu, rindu kat aku ler tu! Hehehehe…Bergosip kejap, ala, biasalah kalau dengan Kak Lily, memang bercakap x abis, ada aje idea dia... sampaikan otak aku tak berhenti ‘bekerja’.

Ada juga dia duk cucuk2 aku, tak nak kerja lagi ke? Ada kerja kat TV***. Kalau mendengar segala imbuhan sambil pejam mata, memanglah terasa mengancam. Tetapi disebabkan aku masih waras… tak nak! Yeap, aku muda lagi… tapi sebab aku terasa muda lagi la aku stop kerja ngan orang. Cepat2 tarik handbrake. Dah bazir masa 8 tahun, jadi sekarang aku nak buat benda yang aku suka… susah sikit tak pe… tak cukup waktu rehat pun takpe, sebab kalau aku tak cuba, nanti aku nyesal.

Aku dah tak larat nak kejar ke sana ke mari macam dulu lagi. Aku dah tak sanggup nak kerja sampai tengah malam untuk orang lain…sudahnya keluarga aku tah ke mana…

Cukuplah pengalaman lama, sampai terpaksa tidur kat site! Wahh… aku rasa aku satu2 designer besi kat Malaysia ni yang sanggup tidur kat site semata-mata nak pastikan pekerja2 asing (Thai dan Myanmar!) tu bekerja betul2… berani betul aku kan? Dah tu siap usung pulak dorang naik keta sesame (sebab bos nak jimat kos pengangkutan) kadang2 sampai utara, sampai selatan.

Aduh, aku rasa kalau bagi kat designer lain, mesti dorang tak ingin. Jaga imej maaaa… dan aku pun kalau disuruh balik buat semua tu, ya ampun! Tak mo lagi. Jadi cukupla… aku memang tak cari kerja lain pun. Aku seronok mencabar diri sendiri walaupun risikonya besar!

Keluar rumah, pergi claim, atau settle apa-apa yang patut, balik umah, melukis menulis. Dah cukup happy dapat buat apa yang aku suka. Design besi dulu pun suka dan minat gak, tapi dah tutup buku, jadi sejarah. Sekarang ni nak manipulate kebolehan untuk aku buktikan pada bos, bahawasanya aku boleh hidup cari makan dengan bakat yang aku ada… biar berita tu disampaikan melalui angin kepada dia yang pernah merendah2kan kebolehan aku. Wah… pendendam aku rupanya ya? Hmm, ada masa2nya… tapi dendam aku biasanya aku balas dan tunjuk balik apa yang aku boleh buat… makan masa pun tak apa… janji hati aku puas! Ni betul2 no mercy! hahaha

Tadi kul 3 lebih, kuar rumah balik, pergi jumpa ejen insurans, bekas kawan bekas bos aku. Alahaii… sign surat surrender untuk tukar insurans lain, sbb yang asal nak naikkan premium! Huh!… ruginya! Nasib baik ada buat investment sikit. Tapi terpaksa la jugak tukar daripada aku tambah premium, bayar lelebih. Bila dah jumpa bekas kawan bekas bos… terkeluarlah cerita2 lama… hmm… memang tak rugi pun aku berhenti kerja dari situ…

Monday, November 19, 2007

Terima Kasih Cikgu!

11/19/2007

Semalam, aku dapat emel dari Cikgu Ilias, aku lebih suka panggil cikgu, lebih hormat rasanya. Kenal tak siapa Cikgu Ilias? Mesti korang tertanya-tanya, siapa pulak Cikgu Ilias ni… si Rose ni suka benar mengarut dalam blognya! Maaflah ye, that’s what blog are for! Untuk orang2 yang bukan selebriti macam aku ni meluahkan isi rasa hati wpun bukan semuanya…

Kisahnya, lepas dapat emel tu, aku telefon Cikgu Ilias… dia tgh drive balik dari stadium Kangar. Malamnya dapatlah berbual dengan Cikgu Ilias, segan sangat sbb Cikgu sendiri yang call! Dalam hati tu berdebarlah jugak (aku ada darah gemuruh ye!), yelah, cakap dengan orang kita tak kenal, tak pernah jumpa… tak tau karektor macam mana… TAPI… biasalah aku ni… hilang darah gemuruh, bergemuruh pulak dengan gelak ketawa! Macamlah aku dah kenal Cikgu Ilias bertahun!

Adui… bila dikenang balik, seganlah pulak… tapi itulah aku. Susah nak sembunyi karektor diri bila berjumpa dengan orang yang aku boleh borak. Bila ketawa, ketawa sungguh2… kalau rasa nak menangis, menangis ajelah…Lagipun aku tak nak meletakkan gelaran penulis tu sebagai sempadan untuk berbual... Aku lebih senang jadi diri aku bila berbual dengan orang.

Apapun, terima kasih banyak yang tak terhingga buat Cikgu Ilias atas segala bantuan, maklum balas dan mempercayai saya! Insya ALLAH Taala, saya akan perbaiki segala kelemahan. Kalau tiada aral melintang patah, Insya ALLAH Taala saya akan usahakan ke Batu Kawan pada hari Asean Cup nanti. Kalau tidak pun pergi terus ke Perlis lepas Hari Raya Haji… memang lebih elok kalau dapat bersemuka… lagi banyak perkara yang dapat diperbetulkan…Hmm... itulah Cikgu Ilias, ayah kepada pelumba Negara, Elly Idzlianizar bin Ilias (Expert) dan Elly Idzliaikmal bin Ilias (Novis)... Terima kasih Cikgu!


P/s : Happy Birthday untuk Kak Lily (19 November), Happy Birthday in advanced untuk Lynn Dayana juga (21 November)
Kesimpulan : Orang yang lahir hujung tahun memang dong2! :p

Tuesday, November 6, 2007

Tentang Elly

11/06/2007

Akhirnya hari ini dapat juga Elly meluangkan masa berjumpa dengan aku. Aku ambil dan hantar dia balik ke rumah abang saudara dia. Kami ke Kenny Rogers. Duduk di situ sampai 5 jam! Bertemankan cappuccino dan kopi. Aku hanya sempat menjawab panggilan dari Kak Lily je. Yg lain2 terpaksa aku abaikan! Maaf ye kawan2! Bukan senang nak dapat berborak dengan Elly, anak jati Kangar. (sampai terpaksa tangguhkan pemergian ke jamuan Alaf 21 petang tadi, maaf ye warga Alaf sbb sy dtg lambat tadi)
Perbualan kami akhirnya dah menjadi seperti perbualan kakak – adik. Daripada ketawa, terkedu, terlopong sampai aku tak segan silu mengalirkan airmata mendengar ceritanya. Apatah lagi bila melihat matanya jugak dah merah. Lagilah aku emo…
Mengenali Elly dengan lebih dekat, buat aku termenung dan berfikir panjang. Orangnya cukup merendah diri, menghormati, berhemah cakapnya dan penuh professional. Cakapnya penuh isi dan wawasan. Pendek kata, dia bukan sekadar berlumba untuk suka2. Betullah kata orang, don’t judge the book by it’s cover! Dan aku betul2 tabik pada Elly walaupun dia cukup merendah diri mengatakan dirinya belum jadi yang terbaik. Namun begitu, pada aku, dia cukup rencah dalam merasai pengalaman hidup wpun usianya masih muda. Aku tak mahu cerita panjang2… cukup aku katakan, ini pengalaman berharga buat aku mengenali seorang pelumba bersemangat waja, wpun tubuhnya kurus tinggi, tapi dah sampai peringkat Asean! Yang mungkin pada kita2 ni, mereka tidak cukup glamour. Tapi percayalah… mereka punya komuniti tersendiri yang cukup besar. Cubalah sebut nama Elly di kalangan mat2 motor. Itu belum sebut Ahmad Fuad, Obert, Norizman, Suhadi, Fazli & Fazrul. Kerana aku pun hanya mengerti bila start mempelajari tentang mereka2 ini… :). Jangan pandang enteng kepada pelumba-pelumba motor. Ia merupakan profession yang memerlukan pengorbanan dan tekad kuat kalau mahu mencapai tahap tertinggi. Semuanya aku citerkan pada hubby. Dan dia juga memang terkejut juga mendengarnya dan bertanya, bila nak siap? Alahai...!
Thanks to Paulynne (S.A.M Sdn Bhd) yang membuka peluang untuk aku mengenali Cub Prix khususnya, seterusnya memberi jalan untuk aku bertemu Elly. Dari sekadar minat melukis mukanya, sampailah tercabar untuk buat sesuatu, nekad bertemu sendiri, belajar sesuatu tentang dunia permotoran, belajar pergi litar, etc.
Buat Elly, terima kasih banyak2! Selamat Maju Jaya untuk Yamaha Asean Cup 2007 (medan pertempuran juara2, yg menghimpunkan semua juara motor dari seluruh negara Asean). Semoga tercapailah impian yang Elly katakan itu… Chaiyok!

Saturday, November 3, 2007

Elly - The ultimate Mr. Nice Guy

11/03/2007

Hilang sudah kesebuan perut aku! Awal jam sebelas pagi tadi, sekali lagi aku ke Sepang, kali ni ditemani hubby. Terus saja Paulynne bawa aku berjumpa dengan Elly! Haha… seperti yang dikatakan Paulynne, dia memang sudah tahu pasal aku dan dia memang the ultimate Mr Nice Guy. Tapinya tadi, aku pun sekadar memperkenalkan diri dan menyerahkan hasil kerja aku pada dia. Seronok sangat dia menerimanya. Aku katakan pada dia, hari ni mmg aku takkan tanya banyak. Kerana bukan tempat serta masa yang sesuai. Sempat kenal2 dengan Azlan Shah Kamarudin, rakan pasukan Elly. Tapi x sempat kenal adik Elly, Elly Idzliaikmal yang tgh praktis untuk kategori Novis. Borak2 tak sampai 10 minit. Lagipun dia kena ready untuk ujian masa. Sempat ke paddock Ah Hong kejap sebab aku nak tgk motor no 19 dia. Gambar pun tak sempat ambil, hubby ajak kuar, kerana tak nak kacau Elly lelama kat situ.

Hubby aku yang selama ini payah nak berborak dengan orang, alih2 dengan Elly, elok aje bualnya. Siap dikatanya Elly ok dan sangat sesuai sebagai rider!

Wpun berbual kejap, bertukar2 contact number, tapi ramahnya Elly mcam dah kenal lama, jadi aku pun mudah aje bergelak ketawa. Aku pun sampai terkeluar loghat utara bila cakap. Siap dia tunjukkan tulang selangkanya yang patah diskru dengan besi. Ngeri pulak aku. Tapi dan lagi aku usik kata, dia bertulang besi! Kak Lily, aku tak tersipu-sipu tau. Maintain jek! Hahaha...Tapi tak tahan panas meruwap kat litar tu. Sib baik tak migrane!

Terkejut aku bila hubby tanya Elly esok race kul bape… alahai, dah berkenan nak berborak la tu… Terima kasih banyak kat Elly, yang cukup ramah dan tak sombong walau dalam masa yang singkat.

Follow Me @roseharissa

About Me

RoseHarissa

"To be perfectly clear, passing is something that has never crossed my mind. Instead of stepping forward and explaining why and prove that I'd really meant no harm, I chose to remain silent. My attitude was, if they don't get it, I don't have to explain it, which was my way of saying that if they don't get me, I don't have to explain me." ©




Random

randomposts