Tuesday, May 26, 2009

WIRA 2.0 DIESEL

Salam semua... Hari ni, pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah, hantar kereta masuk 'wad' untuk 'terapi', sebelum balik kampung hujung bulan ni. Aku siap angkut laptop. Tetapi memandangkan mekanik cakap sangat lama mahu siap (major service - harus beratus aku kena ni), kereta ganti pulak takde sebab dah ada pelanggan lain pakai, maka aku suruh dia hantar aku balik... hehe... Jadi sekarang, aku 'patah kaki' .
Bercerita pasal kereta kesayangan aku tu yang buruk di luar tetapi 'power' di dalam, sebenarnya ramai yang tak percaya bila aku cakap kereta aku tu berenjinkan diesel (Mitsubushi Pajero). Kenapa orang tak percaya? Sebab ramai yang tak tahu, Proton sebenarnya ada keluarkan special Edition Wira Diesel yang berkapasiti 2.0 pada tahun 1997 . Kalau teksi tu lain ceritalah ya tak... Memang tak ramai pun orang pakai Wira Diesel ni. Sebab tu aku masukkan kereta ni sebagai kereta Ady Rafizal dalam 'Cinta Mekar Di Hati'. Boleh juga bagi info kat pembaca.
Kereta aku ni sebenarnya asal kereta company. Bos beli cash tahun 1998 (masa bisnes dia tengah melonjak naik). Kereta bos, dari Mercedes sampai lah Sorento, semuanya berenjin Diesel. Sebab dia penyokong tegar bahan api diesel, nak ikut macam Europe. Sebab pembuat kereta Eropah contohnya seperti BMW, dah keluarkan berjuta-juta kereta berenjin diesel, yang mana kata mereka banyak bagi kebaikan untuk ekonomi dan persekitaran. Terbaru, diorang guna teknologi diesel dipanggil turbo direct injection. Sebab tu kempen menentang penggunaan enjin diesel kat sana, gagal. Orang Malaysia aje yang cakap enjin diesel ni mencemarkan alam, kerana terpengaruh dengan mitos asap hitam, bunyi enjin kuat, dan sebagainya. Sebab tu dalam CMDH aku buat Saifulizam kata Rafizal pakai kereta yang mencemarkan alam . Tapi bagi yang pakai kereta enjin diesel, akan dapat rasa perbezaannya.
Bila aku masuk kerja tahun 1999, bos paksa aku ambil lesen kereta dan bagi pakai kereta tu. Maka sejak tahun 2000 aku dah pakai kereta tu. Jadi bila bos kata nak jual kereta tu pada tahun 2004, aku sayang. Sebab dah tahu 'hati budi'nya. Jadi, aku beli dengan cara potong gaji selama 3 tahun. Abis je bayar kereta ni, aku terus berhenti keja...
Road tax memang mahal. Dulu-dulu dalam RM700++ tapi still, setahun aku boleh jimat dalam RM400++ sebab guna diesel. Tapi sekarang ni roadtax dalam RM300++ je sebab dah disama ratakan oleh kerajaan kerana harga diesel yang dah cecah RM1.758 sen seliter.
Asal warnanya putih, tapi masa nak jual kat aku, bos offer tukar cat. Aku pun apa lagi, terus order warna 'racing red'. Tapi, keluar je kereta tu dari bengkel, aku tak happy melihat warnanya. Rupanya bos mintak cat murah, dalam RM1000 je. Jadi lama-lama merah tu jadi matte atau 'mati'. Lepas tu salahkan aku sebab tak polish kereta tu selalu. Katanya mana ada warna merah yang kekal bersilau-silau. Aku jawab balik, abis tu, Ferrari tu bersilau aje, Honda tu ok aje... toksah kata Honda, MyVi tu ok aje merahnya . Tapi bos jawab balik, lama-lama mati jugalah! Adui bos... nak tipu pekerja sendiri yang memang dah arif pasal cat ni., dia jugak yang ajar aku pasal cat ni. Takpelah... dah namanya bos kan... malas nak bertekak dengan orang yang rasa dia lebih pandai ni. Tunggulah, aku ada duit, cat balik dengan cat mahal, pastu lalu lalang depan company dia... .
Jadi sekarang ni, walaupun orang tengok kereta tu luarannya buruk, aku tetap sayang. Dulu-dulu bos banyak kali provok suruh aku jual dan beli kereta baru. Kereta baru, memanglah best, free maintainance dua tiga tahun, tapi buat apa kalau berhutang dengan bank sampai 7 - 9 tahun? Lagipun, kalau beli kereta baru, setakat mampu beli Proton jugak, buat apa? Aku kata walau apapun yang terjadi, aku takkan jual kereta tu. Sebab aku tahu, lama-lama ia akan jadi 'antik'. Wira enjin diesel beb, mana nak cari dah sekarang ni, dan paling penting, 2.0! CC besar, kuasa pun besar.
Ramai gak yang kondem aku sebab pakai kereta enjin diesel yang kononnya terkenal dengan takde 'pick-up'. Itu lori, memang la takde pikap! Kalau dah corner dengan gear lima, naik bukit gear lima, mana nak ada pikap. Pandai-pandai la main dengan gear. Itulah gunanya transmisi manual. Bukan main tekan brek tekan minyak aje. Itulah yang selalu aku membebel dengan hubby, sebab dia selalu tekan brek tak mau jatuhkan gear, pastu mulalah hilang momentum bila nak pecut balik. Aku selalu cakap kat hubby, dia tak leh drive Evo, elok pakai kereta auto je... hahaha...
Biasanya, kalau aku hantar mana-mana bengkel, mesti mekanik nak test drive dulu kereta tu. Kemudian kata kereta tu bagus. Alhamdulillah... memang bagus pun. Kalau tidak, takkanlah Elly yang pernah drive kereta tu dari Perlis ke Puchong selamba aje tekan 160. 3 jam dah sampai Puchong. Kalau dapat 'lari' kat highway, memang best kereta ni terutama untuk perjalanan jarak jauh. Hah, sapa kata takde kereta enjin diesel takde pikap? Dan kalau tidak, masakan Adib anak kak Lily suka sangat nak naik kereta tu... .
Bunyi dia memang kuat. Dari jauh dah boleh cam bunyinya macam guruh datang.. hahaha... Sebab tu kalau berhenti kat trafik light, kalau kat sebelah tu ada kereta lain yang dipandu oleh pemandu yang tak mahu kalah, diorang mesti buat isyarat ajak merempit. Buat derk ajelah... kalau rasa malas nak layan. Bukan dapat trofi pun .
Kereta ni memang lasak. Bak kata adik lelaki aku, kereta kombat! Tapi yang tak bestnya, bila nak isi minyak (aku pengguna setia diesel Petronas). Selalu kena jerit oleh attendan ataupun pengguna lain cakap aku salah masuk minyak. Letih nak explain. Apa, ingat aku perempuan, aku tak tahu bezakan minyak yang mana satu ke? Lepas tu, selalu kena pesan kat kaunter, 'Diesel ya dik..." kalau tak cakap camtu, memang diorg punch untuk petrol. Jenuh pulak nak kena pergi balik kat kaunter (hubby ler selalu berat mulut nak cakap, lepas tu mulalah dia hangin ).
Best sebenarnya pakai kereta enjin diesel ni. Minyak jimat! Bayangkan aku pernah merasa zaman diesel berharga 58 sen seliter... mak ai... indah hidup, full tank baru RM25, siap boleh pergi balik Kuantan. Isi full tank, boleh sampai Penang, tak payah top up di tengah jalan. Sekarang full tank cecah RM55 tapi masih jimat seperti dulu .
Sepanjang menggunakan kereta ni jugak, aku pernah kena saman sebab accident 3 kereta (tentunya aku di belakang sekali) kat Federal Highway MidValley (masa masih 'P' lepas 6 bulan dapat lesen). Lepas tu saman parking kat Subang Jaya. Aku bayar hari tu jugak. Cukuplah kena dua saman ni, lepas tu tobat, aku sangat particular bab2 parking dan saman ni. Rela jalan jauh, asalkan parking selamat. Dan rempit di jalan yang tiada speed trap. Mata dan otak kena tajam menghafal hot spot si pengintip jalanan ni...bukan main rempit aje.
Itulah dianya kereta yang dah banyak berjasa kat aku. Yang dah bawa aku dari Utara sampailah ke Selatan. Jadi dia tetap akan berada di sisi aku sekalipun nanti aku dah pakai Evo! Hahahaha...
Bila ada duit lebih nanti, nak buat make over, nak tukar warna ke BMW Red, tambah spoiler, nak tukar skirting, tukar bumper GTi yang dah nak rabak tu. Nak bagi dia nampak 'hensem' semula... mungkin nak tukar kepada turbo-diesel, lebih bersih dan menjimatkan daripada diesel biasa, dan lebih 'power'...hehe...

Follow Me @roseharissa

About Me

RoseHarissa

"To be perfectly clear, passing is something that has never crossed my mind. Instead of stepping forward and explaining why and prove that I'd really meant no harm, I chose to remain silent. My attitude was, if they don't get it, I don't have to explain it, which was my way of saying that if they don't get me, I don't have to explain me." ©




Random

randomposts