Tuesday, September 15, 2009

Kad raya buatan sendiri...

9/15/2009

Sebenarnya dah lama nak buat kad raya sendiri kononnya. Tapi bila dah hujung-hujung puasa ni barulah free sikit dan barulah dapat luangkan masa jelir. Memandangkan beberapa hari lepas jiwa tengah mengamuk, maka ada baiknya buat terapi dengan membuat 'kerastangan'. Dah lama tak buat... rasa macam zaman sekolah-sekolah dulu pulak... tak pun teringat masa lipat kad kahwin sendiri ihikhik.

Huh... jenuh juga nak print kad-kad tu - yang aku khaskan buat pembeli online - atas cadangan Rinn juga. Hero-hero berbaju melayu tu pun idea Rinn... aku ikutkan aje... sebab macam best lak lukis karektor hero novel pakai baju melayu... macam hensem sengihnampakgigi - ayat mengada dan perasan ni eh... setan

Sampai berasap jugalah printer canon aku tu. Akhirnya terpaksa berhenti print setakat yang mampu aje. Itu baru print kad raya yang tak seberapa banyaknya tu... belum lagi nak print novel sendiri.
Untuk pengetahuan Suhaidah... memang confirm akak takkan print Arsalan guna printer canon gelakguling.

Melipat, memotong ikut saiz pun satu hal gak... belum lagi nak tempek kertas isi dalam tu. Tapi rasa bahagia dan tenang jiwa... aku buat dengan rasa cinta malu untuk yang pernah beli online dari aku. Mudah-mudahan, kad raya yang tak seberapa tu dapatlah dijadikan kenangan dari aku tak pun dijadikan penanda buku...
love

Sunday, September 13, 2009

Am I a bitch?

9/13/2009
Pernah dengar orang memaki perempuan dengan perkataan 'bitch'? Mesti pernah bukan? Ini berlaku apabila ada orang berasa tidak nyaman dengan diri kita. Pernah selidik diri sendiri samada anda termasuk dalam jenis-jenis perempuan 'bitch'? Maybe you're bitchier than you might think. Ini aku ambil petikan dari sebuah buku yang aku baca.
Am I a bitch? around
Rasanya ya... sebab aku ni jenis tak suka berbasa-basi kerana bagi aku ianya hanya membuang waktu dan fikiran untuk cari kalimat-kalimat menyenangkan. Kalau aku tak suka, aku cakap tak suka... rasa tak best, cakap tak best. Siapa yang sanggup kawan dengan perempuan 'bitch' macam aku? setan
Kawan-kawan yang mengenal aku dengan baik, akan memahami bahawa apa yang aku ucapkan semata-mata merefleksikan kebenaran. angkatkening
Tetapi kalau yang tak kenal aku dengan baik... apa mereka akan rasa? Mereka akan rasa aku jahat, kasar dan tak tau menjaga hati serta perasaan orang lain. Siapa yang hati leweh, memang sentap kalau dengar hujah aku. Mereka anggap aku tak sedar diri sebab rasa diri popular. Hmm... popular ke aku ni? Kalau popular mesti dah menang Anugerah Penulis Popular ya tak? Ini tak, royalti pun belum merasa beratus ribu. Aku sedar diri aku ni sapa. Tak minta pun orang menghormati aku atau anggap aku guru sebab aku tak ada master untuk jadi guru, kerana yang perlu dihormati bukan manusia macam aku tapi Tuhan yang kat atas sana. DIA yang memberi restu bukan manusia macam aku yang banyak kekurangan ni.
Tapi itulah manusia apa sahaja yang aku perkatakan kepada mereka akan ditwistkan menjadi satu cerita lain yang akhirnya, membawa aib dan padah pada aku sendiri. Kenapa? Kerana mereka tidak dapat menerima hakikat, senang citer, jenis tak boleh ditegurlah. Tapi aku ni bukan jenis manusia yang suka beri penjelasan sebab aku sedar penyesalan selalu datang lambat. Jadi biarkan mereka menyesal sendiri dengan apa yang mereka dah buat, di belakang hari. merajuk Sudah jadi lumrah masyarakat kita sukakan sesuatu yang manis... tapi apabila ditimpa sesuatu yang buruk, habis satu dunia harus dengar duka laranya. Sedangkan mereka tak pernah cuba muhasabah diri, di mana silapnya diri mereka.
Pernah dengar tentang orang yang suka mengadu domba? Mesti selalu kan? Mungkin pernah berjumpa. Itu yang aku alami sejak awal tahun 2009. Banyak yang aku dengar, nama aku disebut-sebut - melibatkan perkara yang buruk - tapi aku malas nak ambil port! Tutup telinga, bising sabarkan hati. Tapi sabar aku ni ada batas. Jenis orang yang suka mengadu domba ni lebih bitchier dari orang yang suka cakap terus-terang, kalau lelaki macam ni, nak panggil apa? Sebab apa? Sebab jenis orang macam ini tak berani nak cakap benda yang betul dan mereka sentiasa rasa mereka betul lagi tertindas. Mereka suka menggunakan cerita-cerita sedih, memanjangkan cerita untuk undang simpati orang supaya mengatakan, 'kesiannya kau... tak patut dia buat begitu kepada kau'. Orang yang macam ini sangat berpotensi jadi musuh dalam selimut kerana mereka pandai menggunakan kesedihan sebagai senjata menawan hati orang lain! Mereka juga suka mengampu kerana suka memberi penjelasan walaupun orang tak minta buat penjelasan. Kerana apa? Kerana mereka mahu orang tahu mereka benar sebenarnya walaupun hati mereka sebenarnya tak seputih mana.
Sakit hati... penat... menyampah dituduh macam-macam buat aku sekarang jadi semakin 'kejam' dan berhati batu dan malas jadi orang yang baik hati. Buat apa tolong orang kalau nanti kita dituduh macam-macam? Kadang-kadang rasa macam tak nak halalkan aje... tapi apa lah sangat ilmu yang aku ada, bukan pernah menang award pun. Biarkanlah... Kalau ada yang terasa, biarlah... bagi aku, kenapa mahu terasa kalau tak pernah buat perkara itu? Kalau terasa tu, maknanya dah rasa tersindir sebab memang pernah buat ketukmeje Jadi maaf banyak-banyak, sesiapa yang tanya aku tentang penulisan lepas ni, aku malas nak layan dah. Jangan ingat aku sombong tapi aku serik dan penat jumpa dengan orang-orang yang bodoh sombong. Hendak jadi penulis tapi kena tegur sikit dah patah semangat. Padahal perkara yang ditegur tu perkara yang betul tentang attitude. Silalah tanya penulis lain yang lebih hebat. Yang satu Malaysia kenal, bukan pada penulis picisan macam aku ni.
Aku tahu ini bulan puasa, tak baik nak cakap kasar-kasar. Tapi kalau dah ada manusia yang suka mengadu-ngadu tidak tentu pasal, aku anggap dia sebenarnya cuba mengaibkan aku. Tapi tetap, aku takkan buat apa-apa... tanduk hanya setakat tulis di blog. Biar penulis lain tahu ada manusia cam ni. Lepas ni aku lega dan biarkan perkara ni berlalu macam angin. Biarlah manusia-manusia berkenaan fikir sendiri dan buat apa yang mereka suka. Sepanjang tahun ni aku nangis sendiri... sapa yang tahu? garupaleAku diamkan aje sebab aku tak suka nak mengadu-domba pada orang lain... Macam-macam emel yang aku terima. Tapi aku dah biasa ditrained menerima kutukan dan umpat keji orang lain.
Sejak zaman-zaman kerja makan gaji dulu. Zaman masih tak pandai menilai manusia. Bila dah jumpa macam-macam manusia, dari yang berpangkat, kerabat, korporat, barulah pandai menilai tapi kadang-kadang tu buat silap jugak sebab masih nak berhati murni dan bersangka baik pada orang sampai sanggup serahkan manuskrip buku yang sudah diterbit supaya boleh belajar. Sudahnya... hmm... manusia kalau suka berlagak... suka cakap besar (walaupun mereka tak rasa mereka macam tu) memang susah... suka angkat diri sendiri tanpa sedar. Bila jumpa orang lain, mulalah mengampu orang itu pula minta ditunjuk ajar tetapi dalam masa yang sama, tetap mengangkat kehebatan diri. Kalau hebat... takkanlah masih tak berjaya, tak keluar kat Astro pun?
Sama macam akulah... belum cukup hebat walaupun pernah berdamping dengan orang-orang hebat serata Malaysia. Kalau hebat, aku dah lama pakai Evo!
Sekarang ini memberi penjelasan, sudah tidak ada dalam kamus hidup aku sebab sekarang ni, aku TAK LUAK DIPUJI TAK MATI DIKEJI! nerd
Masih ada yang sudi berkawan dengan perempuan 'bitch' macam saya setelah baca semua ni? soal

p/s: Oh... ya... chatbox di blog aku ni mengalami masalah... jadi jangan ada yang tuduh aku cuba block orang dari tinggalkan pesanan... angel

Thursday, September 10, 2009

"Bakal isteri aku mesti yang gebu-gebu..."

9/10/2009

"Aku kalau kahwin nanti, isteri aku mesti cantik... kulit mesti gebu-gebu dan seksi..."
"Eleh... macamlah kau hensem sangat nak isteri yang macam tu... pakaian pun serabai aje. Selalu tak mandi!"
"Eh... aku saje je pakai serabai macam ni, supaya takde perempuan mengorat aku. Aku dah ada awek cun! Bila aku jumpa dia aku pakailah hensem-hensem..."
"Setialah tu konon? Blah lah kau!"

Lebih kurang begitulah perbualan aku dengan seorang kawan lama dulu... masa belajar lagi. Aku ni dulu memang ramai kawan lelaki... dah aku ni cakapnya kasar... jadi diorang boleh cakap macam-macam dengan aku... semua topik boleh dibincangkan dari yang lulus tapisan sampailah yang tak lulus untuk pendengaran umum. setan Sebab aku ini adalah seorang pendengar yang flexible.
Tapi kenyataan dia tu sebenarnya mewakili beberapa kawan lelaki aku yang lain. Pendek kata, tipikal punya harapan seorang lelaki la... sebab itu aku smash balik,

"Jadi korang jangan cakap aku beranganlah kalau aku pun nak lelaki yang hensem, tinggi dan macam Cina!" nerd

Sekarang ni masing-masing dah kahwin... dah beranak-pinak. Dah lama tak jumpa. Jadi Pasar Ramadhan adalah tempat yang paling strategik kalau mahu berjumpa @ terserempak balik dengan kawan-kawan lama yang turut berubah dari segi saiz dan fizikal termasuklah aku. sengihnampakgigi

"Hahaha... gemuk kau sekarang... perut boroi seyyy!"
"Eleh.... cakap orang... kau pun sama... anak dah berapa? Lelaki perempuan?"
"Sorang... lelaki... the one and only... kau?"
"Dah masuk dua... dua-dua perempuan..."
"Dah tu mana bini kau?"
"Bini aku kat rumah laa... jaga anak-anak..."
"Teruklah kau... bukannya nak bawa bini jalan-jalan sekali... eh... kau kahwin dengan siapa? Seksi tak bini kau? Dulu kau kata nak yang gebu-gebu..."

*Aku ulang balik memori lama*
*Dia sengih penuh makna*

"Aku kahwin dengan N********h"
"Hah? Kau kahwin dengan dia? Biar betul?"

Aku memang tak percaya sungguh. Sebab perempuan yang dimaksudkannya tu memang aku kenal sangat. Dulu-dulu budak-budak lelaki cakap dia macam makcik-makcik. Body takde cuttinglah... muka tua la... macam-macam la... Jadi bila kawan aku yang termasuk dalam kategori lelaki yang inginkan bini gebu-gebu dulu ni kahwin dengan dia, aku terperanjat beruk. Kemudian terfikir sesuatu...

"Kau kahwin dengan dia sebab dia anak Dato' eh?" Jebak aku dengan confidentnya.

Dia sengih lagi penuh makna siap mengenyit mata. siul
Cissss! Ada udang di sebalik batu rupanya. Aku terkeluh. Aduhai... bukan perempuan aje yang materialistik tahu! takbole Jadi gebu-gebu tu dah tak penting lagi... asal dapat sauk banyak peluang keemasan. Hmm... ketukmeje


Saturday, September 5, 2009

SIAP...!!!

9/05/2009



Tajul Aweera Tajul Arifin, Hero WCW

SIAP JUGA AKHIRNYA...!!!

Ha... memang aku rasa hendak menjerit sepuas-puasnya. Setelah seminggu pulun menaip sementelah line streamyx asyik buat hal, tak boleh online. Jadi aku hadap manuskrip sungguh-sungguh. Bagi aku kemerdekaan aku ketika menulis ialah apabila berjaya menyiapkan manuskrip.

Tahniah untuk diri aku sendiri... selama ini asyik tak yakin boleh siapkan manuskrip dalam masa dua bulan. Akhirnya berkat support novelis Lily Haslina Nasir dan Asma Fadila sendiri, berjaya juga aku akhirnya... kira rekod peribadilah ni. tepuktangan
Akhirnya naskah manuskrip WCW siap juga aku hikayatkan... haduiii... Tuhan sajalah yang tahu betapa leganya aku sekarang ini... doa
Jadi untuk Asma Fadila (PTS), Isnin Kak Rose emelkan . Langsai satu hutang dengan Asma. Perlu sambung langsaikan hutang lagi satu. Rasanya Kak Lily Haslina Nasir tahu apa perasaan bila berjaya melangsaikan hutang-hutang manuskrip...
Over aku kan? Padahal... editor belum edit pun lagi... gelakguling
Tak apalah... memupuk semangat sendiri sebab ada lepas ni kena siapkan manuskrip lain pula...huwaaaa...
gile

Follow Me @roseharissa

About Me

RoseHarissa

"To be perfectly clear, passing is something that has never crossed my mind. Instead of stepping forward and explaining why and prove that I'd really meant no harm, I chose to remain silent. My attitude was, if they don't get it, I don't have to explain it, which was my way of saying that if they don't get me, I don't have to explain me." ©




Random

randomposts